NovelToon NovelToon
Iparku Adalah Maut

Iparku Adalah Maut

Status: tamat
Genre:Tamat / Cintapertama / Diam-Diam Cinta / Cinta pada Pandangan Pertama / Cinta Seiring Waktu / Pembantu / Enemy to Lovers
Popularitas:5.1k
Nilai: 5
Nama Author: mike Killah

Mengisahkan hubungan percintaan antara Amira dengan pengusaha terkenal bernama Romeo

Karya ini diterbitkan atas izin NovelToon mike Killah, isi konten hanyalah pandangan pribadi pembuatnya, tidak mewakili NovelToon sendiri

Suasana tegang di acara hari pekerja di perusahaan Romeo

Di tengah hiruk pikuk majlis sambutan Hari Pekerja, Elena dengan senyum sinisnya meninggalkan Amira sendirian.

"Aku nak ke tandas sekejap, Mira. Kau duduk sini dulu," bisiknya, matanya berkilat jahat. Amira, lugu dan tidak curiga, hanya mengangguk. "Okay, Lena. Kau cepat-cepat balik," jawabnya.

Di dalam acara tersebut, Roy ternampak Amira duduk sendirian. Roy pun ingin menghampiri Amira.

Namun, sebelum sempat melangkah, telefonnya berdering. Mesej dari nombor yang tidak dikenali muncul di skrin. "Kamu ke kamar 202 sekarang, kalau tak aku akan bocorkan perselingkuhan kau dengan Amira kepada isteri mu," tertulis di mesej itu.

Ketakutan membasahi jiwa Roy. Dia tidak tahu siapa yang mengutus mesej itu. "Siapa ni? Apa maksud mesej ni?" gumamnya, panik.

Tanpa berfikir panjang, dia bergegas menuju kamar 202. Di dalam kamar itu, Elena yang sudah menunggu dengan sabar, memukul belakang Roy dengan kuat.

"Diam!" bisiknya, matanya berkilat jahat. Roy pengsan.

Selepas itu, Elena segera mencari Amira, namun Amira tak ada di acara itu.

"Amira mana? Mana dia?" bisiknya, panik. Rencananya untuk menjebak Amira dengan Roy akan hancur.

..........

Namun, Amira sebenarnya telah lama mengetahui niat jahat Elena. Dia teringat kejadian malam sebelumnya, ketika mendengar Elena berbisik sendirian di dalam bilik, merancang untuk menjatuhkannya. "Aku takkan biarkan dia bahagia," bisik Elena, suaranya penuh kebencian. Apabila Elena nak keluar bilik, Amira berpura-pura tidur.

Amira pergi ke luar halaman acara dan menghentikan Melissa yang hendak masuk.

"Mel, aku perlu jujur dengan kau. Aku hamil anak Roy," ucap Amira, suaranya bergetar.

Melissa terdiam. Dia tidak percaya dengan apa yang didengarnya. "Kau cakap apa? Anak Roy? Kau tipu!" teriaknya, air mata mengalir di pipinya. "Aku tak percaya kau! Kau dah hancurkan hidup aku!"

Melissa pun menampar muka Amira sambil berteriak "Kakakku sendiri hancurkan rumah tangga ku"

Elena yang mengintip dari kejauhan terkejut melihat Amira jujur kepada Melissa. Dia geram. Rencananya hancur. "Amira, kau dah gila!" bisiknya, geram.

Melissa pergi dari acara itu, masuk ke dalam kereta. Amira mengejar kereta Melissa dalam keadaan menangis. "Mel, tolonglah! Dengar aku!" teriaknya, suaranya terputus-putus.

Namun, Melissa tidak mempedulikannya. Hujan lebat turun dengan deras. Amira basah kuyup di jalan raya. "Aku tak nak kehilangan kau, Mel!" teriaknya, suaranya tenggelam dalam suara hujan. Melissa tetap tidak mempedulikan Amira. Dia menangis di dalam kereta.

Amira terduduk di jalan raya, air matanya mengalir deras. Dia sendirian, terluka, dan hancur. Keletihan dan kesedihan menguasai tubuhnya. Tanpa sedar, Amira rebah ke jalan raya, tidak sadarkan diri.

Elena yang mengintip dari kejauhan terkejut melihat Amira pengsan.

"Amira!" teriaknya, berlari ke arah Amira. Walaupun hatinya dipenuhi dendam, rasa kasihan tiba-tiba muncul dalam dirinya. Dia ingin menolong Amira. Namun, sebelum sempat mencapai Amira, sebuah kereta datang dengan laju, hampir melanggar Amira.

Lelaki di dalam kereta itu segera keluar dan mendekati Amira. Elena terkejut melihat wajah lelaki itu. Lelaki itu adalah Alex, lelaki yang pernah memperkosa dirinya empat tahun yang lalu. Mata Elena membara dengan api dendam. Wajahnya memerah menahan amarah.

Elena melihat Alex mengangkat Amira dan memasukkannya ke dalam kereta. Dia mengekori kereta itu dari jauh. Alex membawa Amira ke sebuah rumah yang besar dan mewah. Elena yang mengekori Alex melihat sekeliling dengan bingung. "Ini kan rumah Romeo, kenapa Alex bawa Amira ke sini?" gumamnya, terkejut.

Elena bersembunyi di balik tong sampah di luar rumah, mengintip Alex yang mengangkat Amira masuk ke dalam rumah. Dia kemudian dengan hati-hati masuk ke dalam halaman rumah. Setelah Alex menghantar Amira ke dalam rumah, dia kembali ke kereta untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal.

Saat Alex hendak masuk ke dalam rumah, telefon bimbitnya berdering. Dia menjawab panggilan itu. "Alex, kamu di mana sekarang?" tanya suara Romeo dari dalam telefon.

"Aku tadi hampir terlanggar seorang perempuan, dan perempuan itu pengsan. Terus aku bawa dia ke rumah kita supaya dia boleh berehat. Aku malas bawa dia ke rumah sakit," jawab Alex.

"Ouh ya ka. Okay Alex," balas Romeo.

Panggilan itu terputus. Elena yang mendengar perbualan mereka terkejut. Dia baru tahu bahawa Alex adalah abang kepada Romeo.

....

Di halaman rumah, Elena yang sedang bersembunyi di tepi pasu bunga, jantungnya berdebar kencang. Tiba-tiba, anjing peliharaan Romeo, seekor Rottweiler bernama Bruno, menyalak dengan garang ke arahnya. "Argh!"

Elena menjerit terkejut, terjatuh dari tempat persembunyiannya.

Alex yang sedang menuju ke kereta terkejut melihat Elena muncul dari balik pasu bunga. "Elena?" serunya, keningnya bertaut. Keberadaan Elena akhirnya terbongkar.

"Hoi lelaki tak bertanggungjawab!" Elena menunjuk Alex dengan jari telunjuknya, matanya membara dengan amarah. "Kamu telah memperkosa aku tiga tahun yang lalu, dan sebentar lagi aku akan melaporkan kamu kepada polis. Aku akan pastikan kamu meringkuk di penjara seumur hidup!" suaranya bergema di halaman rumah, penuh dendam.

Alex memegang tangan Elena, menariknya masuk ke dalam rumah. "Jangan cakap kuat-kuat di luar, takut tertangga dengar," bisiknya, berusaha menenangkan Elena.

Amira pula masih terbaring tidak sedarkan diri di atas sofa.

"Lepaskan aku!" Elena menepis tangan Alex dengan kasar. "Kau tak berhak sentuh aku lagi!"

"Tenanglah, Elena. Kita boleh bincang dengan baik," kata Alex, suaranya lembut tapi penuh ancaman.

Elena menampar muka Alex dengan kuat. "I don't care!" jeritnya, matanya merah padam.

Alex tidak terima tamparan itu. "Kau berani tampar aku?" geramnya. Dia menghampiri Elena dengan marah. Elena ketakutan. Matanya terpandang gunting di atas meja. Dengan tangan gemetar, dia mengambil gunting itu dan tanpa sengaja menusuk Alex. Alex terbaring lemah di lantai.

"Alex!" Elena menjerit, matanya membulat terkejut. Dia memeriksa nadi Alex. "Alex?" bisiknya, jantungnya berdebar kencang. Alex sudah tidak bernyawa. Ketakutan membasahi jiwanya. Dia tidak sengaja menghilangkan nyawa Alex. Elena bergegas meninggalkan rumah itu.

Sepuluh minit kemudian, Amira terbangun dari pengsannya. Dia tercengang melihat Alex terbaring kaku di lantai. "Pak?" bisiknya, suaranya bergetar.

Tiba-tiba, Bibik Rita, pembantu rumah Alex yang baru pulang dari kampung, membuka pintu ruang tamu. Dia menjerit melihat Alex yang sudah tidak bernyawa. "Ya Tuhan! Alex!" teriaknya, matanya membulat. Bibik Rita segera menghubungi polis dan ambulans.

"Siapa kamu perempuan! Kamu yang menghabisi Alex!" tuduh Bibik Rita, jari telunjuknya menuding Amira.

Bibik Rita kemudian menghubungi Romeo dan menceritakan semuanya. "Romeo, Alex... Alex dah mati. Seorang perempuan yang tak dikenali menghabisi dia!" teriaknya, suaranya bergetar. Romeo terkejut mendengar berita itu. Dia segera meninggalkan acara di perusahaannya dan bergegas menuju rumah Alex.

Bersambung

1
Dayat
senyum pahit
El Aki 7u7
Terima kasih sudah menghibur kami dengan ceritamu yang luar biasa ini!
anjani: terima kasih atas dukungan nya
total 1 replies
Đông đã về
Sukses membuatku merasa seperti ikut dalam cerita!
anjani: Terima kasih atas dukungan nya
total 1 replies
NovelToon
Novel sejumlah besar sedang menunggu Anda baca! Juga ada komik, buku audio, dan konten lain untuk dipilih~
Semua konten GRATIS! Klik di bawah untuk download!