NovelToon NovelToon
Iparku Adalah Maut

Iparku Adalah Maut

Status: tamat
Genre:Tamat / Cintapertama / Diam-Diam Cinta / Cinta pada Pandangan Pertama / Cinta Seiring Waktu / Pembantu / Enemy to Lovers
Popularitas:5.1k
Nilai: 5
Nama Author: mike Killah

Mengisahkan hubungan percintaan antara Amira dengan pengusaha terkenal bernama Romeo

Karya ini diterbitkan atas izin NovelToon mike Killah, isi konten hanyalah pandangan pribadi pembuatnya, tidak mewakili NovelToon sendiri

Amira menjalani hukuman dan dibebaskan

Pada keesokan harinya, suasana di mahkamah begitu tegang. Pukul 10 pagi, persidangan Amira pun berlangsung. Polis membawa Amira dengan tangan bergari, diiringi oleh dua orang pegawai polis.

Winda, Melissa, Roy, Daniel, dan Mak Sarah hadir di sana, wajah mereka dipenuhi harapan agar Amira dijatuhkan hukuman penjara.

Romeo pula tidak hadir pada hari persidangan itu. Dia memilih untuk menyembunyikan identitasnya sebagai abang kepada Alex.

Saat persidangan dimulakan, Amira duduk di bangku defendan, wajahnya kelihatan murung. Hakim membaca keputusan dengan tegas, "Amira, kamu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun.

" Mendengar keputusan itu, Amira terkejut dan air matanya mengalir tanpa henti. Dia tercengang melihat wajah-wajah keluarganya yang kelihatan bahagia, seolah-olah mereka merayakan kemenangan.

Elena, yang berada di barisan penonton, juga menunjukkan senyuman, merasakan keadilan telah ditegakkan padahal dia yang sebenarnya menghabisi nyawa Alex.

Suasana di dalam mahkamah itu penuh dengan kontras; di satu sisi terdapat kesedihan Amira, dan di sisi lain, kegembiraan keluarganya.

Setelah persidangan selesai, Amira dibawa ke penjara. Dia berjalan dengan langkah yang berat, merasakan beban hukuman yang akan dilalui. Dalam hati, dia bertanya-tanya tentang masa depan anaknya dan harapan yang semakin pudar.

..............

LIMA bulan berlalu, dan kehidupan berubah untuk semua orang. Keluarga Amira, termasuk Winda, Melissa, Mak Sarah, Daniel, Roy, Aliya, dan Benny, memutuskan untuk berpindah ke Amerika Syarikat, mencari lembaran baru dan meninggalkan semua kenangan pahit di belakang. Mereka berharap untuk memulakan hidup baru di tempat yang jauh dari Amira.

Sementara itu, Elena telah bernikah dengan seorang duda dan berpindah ke Filipina. Dia berharap untuk membina kehidupan baru yang lebih bahagia. Dia ingin melupakan segalanya bahawa dia yang menghabisi nyawa Alex.

Amira, di dalam penjara, terus teringat akan keluarganya dan pilihan yang dibuat oleh mereka. Dia bertekad untuk bangkit semula, walaupun perjalanan itu tampak sukar demi anak yang berada di dalam kandungannya.

Setelah sembilan bulan di penjara, Amira melahirkan seorang bayi. Namun, saat kelahiran itu, berita duka menyelimuti hatinya kerana bayi tersebut telah meninggal. Kesedihan menyelubungi Amira, dan air mata tidak henti-henti mengalir. Dia merasa seolah-olah hidupnya tidak pernah berhenti dihantui dengan kesedihan.

.......

Lima tahun kemudian, Amira akhirnya dibebaskan. Dia disuruh mengambil begnya oleh pegawai polis yang bertanggungjawab.

"Baliklah Amira. Dan jadilah orang yang baik di luar sana," kata polis itu dengan nada lembut.

Amira tersenyum lebar, penuh rasa ingin tahu. "Bukan aku dipenjara 10 tahun ke?" tanyanya.

Polis pun menjelaskan, "Disebabkan kamu adalah tahanan yang cukup baik dan tak pernah ada masalah di sini, kami membebaskan anda dan mengurangkan tempoh hukuman penjara."

Amira merasa lega dan bersalaman dengan pegawai tersebut, berterima kasih atas kebaikan yang diterimanya.

Setelah melangkah keluar, Amira menghirup udara segar dengan rasa syukur. "Dah lama aku dipenjara dan tak tengok dunia luar... indahnya udara ciptaan-Mu ya Tuhan," ujarnya dalam hati.

Namun, di dalam hatinya juga muncul keraguan. "Ya Tuhan, aku mahu pergi mana ni? Aku tak ada tempat tinggal. Takkan aku balik ke rumah Mak Sarah?" bisiknya.

Dia mengingat bahawa di rumah Mak Sarah, tiada seorang pun yang menginginkan kehadirannya.

"Di rumah Elena pun tak mungkin, sebab dia sendiri yang mengkhianati aku," ujarnya, terasa hampa.

Tiba-tiba, Amira menjadi mangsa pencopet yang ingin merampas begnya. Dia berteriak.

Tiba-tiba seorang perempuan tomboy muncul dan mengejar pencopet itu. Perempuan tomboy tersebut berhasil merampas beg Amira kembali.

Amira sangat terkejut setelah melihat muka perempuan tomboy itu. Perempuan tomboy itu adalah Mirna, sahabatnya semasa mereka bekerja di Kuala Lumpur dahulu.

"Mirna!" seru Amira, tidak percaya dapat bertemu kembali.

Mirna menjawab, "Amira, aku tak sangka berjumpa dengan kau di sini." Mereka berpelukan dan menangis, merasakan rindu yang teramat sangat.

Mirna bertanya, "Kamu nak kemana ni bawa beg?" Amira menjawab, "Panjang ceritanya, bestie."

Mirna pun mengajak Amira minum di kedai kopi, dan di sana, Amira menceritakan segalanya kepada Mirna.

Mendengar kisah Amira, Mirna berkata dengan nada tegas, "Apa? Berani-beraninya mereka buat kau macam ni, Mira.

Aku sebagai sahabatmu tak terima!" Air mata Mirna mengalir, menunjukkan betapa pedulinya dia terhadap Amira.

Mirna menambah, "Aku sangat kenal kamu, Mira. Tak mungkin kamu menghabisi nyawa Alex. Aku betul-betul tak sangka semua keluargamu sanggup buat begitu kepada kamu, apatah lagi kamu baru kehilangan bayi kamu."

Amira, dengan nada tenang, berkata, "Tak apa-apa, Mir. Aku okay saja. Aku akan berusaha untuk kuat."

Mirna pun mengangguk, berjanji akan selalu ada untuk Amira. Dia kemudian menawarkan untuk membawa Amira tinggal di rumahnya, memberikan harapan baru dalam hidup Amira yang penuh liku.

Bersambung

1
Dayat
senyum pahit
El Aki 7u7
Terima kasih sudah menghibur kami dengan ceritamu yang luar biasa ini!
anjani: terima kasih atas dukungan nya
total 1 replies
Đông đã về
Sukses membuatku merasa seperti ikut dalam cerita!
anjani: Terima kasih atas dukungan nya
total 1 replies
NovelToon
Novel sejumlah besar sedang menunggu Anda baca! Juga ada komik, buku audio, dan konten lain untuk dipilih~
Semua konten GRATIS! Klik di bawah untuk download!