NovelToon NovelToon
Iparku Adalah Maut

Iparku Adalah Maut

Status: tamat
Genre:Tamat / Cintapertama / Diam-Diam Cinta / Cinta pada Pandangan Pertama / Cinta Seiring Waktu / Pembantu / Enemy to Lovers
Popularitas:5.1k
Nilai: 5
Nama Author: mike Killah

Mengisahkan hubungan percintaan antara Amira dengan pengusaha terkenal bernama Romeo

Karya ini diterbitkan atas izin NovelToon mike Killah, isi konten hanyalah pandangan pribadi pembuatnya, tidak mewakili NovelToon sendiri

Plot twist dalam bab ini

Selepas beberapa ketika menunggu, Romeo akhirnya menemui Amira. 

Dengan senyuman yang lebar, dia berkata, "Amira, kamu cantik sangat malam ini." 

Mendengar pujian itu, Amira langsung tersipu-sipu malu. Jantungnya berdebar, merasa campur aduk antara senang dan canggung.

Mereka berbual sebentar, dan suasana menjadi lebih hangat. Romeo kelihatan sangat perhatian, membuat Amira merasa selesa walaupun dalam situasi yang sukar. Namun, setelah tiga jam berlalu, majlis perkahwinan itu pun selesai.

Di rumah, Amira dan Elena duduk di sofa, masih dalam suasana penuh perasaan selepas majlis. Amira menghela nafas, lalu berkata, "Elena, ada yang perlu aku ceritakan."

"Apa, Mira?" tanya Elena, ingin tahu.

"Roy... dia adalah ayah dari anak yang ada dalam kandungan aku," ungkap Amira, suaranya bergetar.

Elena terkejut, matanya melebar. "Apa? Serius kamu? Roy yang pernah memperkosa kamu itu?" tanyanya, tidak percaya.

Amira mengangguk, menahan air mata. "Ya. Aku tahu ini sukar diterima, tapi aku tidak mahu melapor ke polis."

"Kenapa, Mira? Dia harus bertanggungjawab!" Elena hampir menjerit.

Amira menggelengkan kepala, "Aku tidak mahu laporkan dia ke polis. Aku bimbang tentang anak-anak Roy dan Melissa terutamanya Aliya dan Benny. Lagi pula, Melissa sedang hamil tiga bulan. Mereka semua perlukan Roy."

Elena keliru, "Tapi, Mira, ini tentang keadilan! Dia harus dihukum atas apa yang dia lakukan!"

Amira menatap Elena dengan penuh harapan. "Tapi aku tidak mahu merosakkan kebahagiaan Melissa. Dia tidak tahu apa-apa. Dan anak-anak mereka juga tidak bersalah. Aku rela menanggung semua ini sendirian."

Elena merasa berat mendengar keputusan Amira. Dia tahu betapa besar pengorbanan yang dilakukan sahabatnya, tapi di satu sisi, dia juga merasa tidak adil. "Tapi, Mira, ini bukan hanya tentang kamu. Ini juga tentang hak asasi. Kamu berhak untuk didengar."

Amira menatap Elena dengan mata penuh harapan, "Tolong, Elena. Aku mohon. Jangan buat ini lebih rumit dari yang sudah ada."

Elena terdiam, merasa dilema. Dia ingin menyokong Amira, tapi pada masa yang sama, dia juga merasa marah dan kecewa dengan situasi ini.

Setelah beberapa ketika, dia akhirnya mengangguk, meskipun hatinya masih bergelora. "Oke, Mira. Aku akan menghormati keputusanmu. Tapi, kamu harus bersedia menghadapi segala kemungkinan."

Amira menghela nafas lega, merasa sedikit lebih tenang. "Terima kasih, Elena. Kamu sahabat terbaik."

Mereka berdua saling berpelukan, meskipun ketegangan masih terasa di antara mereka. Malam itu, mereka tahu bahawa banyak perkara yang perlu dihadapi pada masa depan.

Di rumah Roy, Roy terhuyung hayang, kelihatan trauma selepas pertemuannya dengan Amira di majlis tadi. Melissa yang melihat keadaan suaminya itu pun hairan dan bertanya, "Roy, kamu kenapa ni? Dari tadi asyik termenung je."

Roy hanya menjawab, "Tak ada apa-apa, Mel. Cuma penat sikit je." Dia cuba menyembunyikan perasaan gelisahnya.

Tiba-tiba, telefon bimbit Melissa berdering. Dia melihat mesej dari kenalan yang tidak dikenali. Mesej itu berbunyi, "Suami anda curang. Kalau anda nak tahu siapa perempuan simpanan suami kamu, datanglah ke majlis pertunangan yang terletak di Jalan Taman Berlian esok."

Melissa terkejut membaca mesej itu. Dia tidak percaya dengan apa yang dibaca. Dia memandang Roy yang sedang duduk di sofa, matanya dipenuhi dengan keraguan.

Melissa memilih untuk berdiam diri dan tidak memberitahu Roy tentang mesej yang diterimanya. Dia ingin menyelidik sendiri adakah suaminya benar-benar curang. Hatinya berdebar-debar, tetapi dia bertekad untuk mengetahui kebenaran.

Di rumah Elena, suasana berbeza. Elena ketawa terbahak-bahak tetapi suaranya perlahan. Dia merancang untuk membongkar bahawa Amira hamil anak Roy dan memberitahu semua orang bahawa Amira perempuan simpanan Roy keesokan harinya semasa majlis sambutan Hari Pekerja di syarikat Romeo.

Lagipun, Roy juga akan hadir kerana Romeo telah menjemputnya. Elena bertekad untuk memberitahu semua orang bahawa Amira adalah perempuan simpanan Roy.

Sebenarnya, Elena mempunyai niat jahat terhadap sahabatnya, Amira. Dia ingin menjatuhkan Amira dari hidupnya. 

Dalam hatinya, Elena bermonolog, "Maafkan aku, Amira. Aku terpaksa buat begini kerana aku mahu singkirkan kamu dari hidupku mulai hari ini, sebab kamu menyebabkan Romeo jatuh cinta padamu."

 

Elena berbisik dalam hati dengan tatapan psikopat, "Romeo hanya milikku dan aku tak benarkan sesiapa pun bertahta di hati Romeo."

Dia juga berkata, "Awalnya aku memang sayang kamu, Amira, sebab kamu sahabatku dari kecil. Tapi selepas aku tahu Romeo ada perasaan padamu, rasa sahabat ini terus pudar."

Elena teringat kembali saat majlis pertunangan adik Romeo, Emma, di dapur. Ketika itu, Romeo memberitahu Elena bahawa dia jatuh cinta kepada Amira. Sejak saat itu, Elena menyimpan dendam terhadap Amira.

 

"Jadi, esok akan jadi hari yang penting," bisik Elena pada dirinya sendiri, senyuman jahat menghiasi wajahnya. Dia sudah tidak sabar untuk melihat Amira terjatuh dan semua orang tahu kebenaran.

Dengan tekad baru, Elena bersiap untuk melaksanakan rancangannya. Dia tahu bahawa esok akan menjadi hari yang menentukan bagi semua.

Malam itu, Elena dengan senyum manis melangkah masuk ke bilik Amira. Wajahnya tampak berseri-seri, menyembunyikan niat jahat yang terpendam di hatinya.

"Mira, kau tahu tak? Kita berdua dijemput ke majlis sambutan Hari Pekerja di syarikat Romeo esok," ujar Elena, suaranya lembut dan penuh kelembutan.

Amira yang sedang membaca buku, mengangkat wajahnya, matanya berbinar-binar. "Betul ke, Lena? Seronoknya! Aku pun tak sabar nak pergi."

Elena mengangguk, hatinya berdebar-debar. Dia tahu Romeo bercadang untuk melamar Amira di majlis itu. Romeo sendiri telah memberitahunya, meminta bantuannya untuk menjaga rahsia.

"Romeo nak bagi kejutan kat kau, Mira," bisik Elena, matanya berkilat jahat.

Amira tersenyum manis. "Kejutan apa, Lena?"

"Rahsia," jawab Elena, sambil menahan senyum sinis. "Tapi, aku rasa kau akan suka."

Dalam hati, Elena berkata, "Aku takkan biarkan Romeo melamar kau, Amira. Tunggu saja esok. Aku akan beritahu semua orang bahawa kau adalah perempuan simpanan Roy."

Amira tidak menyedari niat jahat sahabatnya itu. Dia hanya teruja dengan majlis sambutan esok. Dia tidak tahu bahawa malam itu, Elena telah menanam benih permusuhan yang akan menghancurkan persahabatan mereka.

 

Bersambung

 

1
Dayat
senyum pahit
El Aki 7u7
Terima kasih sudah menghibur kami dengan ceritamu yang luar biasa ini!
anjani: terima kasih atas dukungan nya
total 1 replies
Đông đã về
Sukses membuatku merasa seperti ikut dalam cerita!
anjani: Terima kasih atas dukungan nya
total 1 replies
NovelToon
Novel sejumlah besar sedang menunggu Anda baca! Juga ada komik, buku audio, dan konten lain untuk dipilih~
Semua konten GRATIS! Klik di bawah untuk download!