" Apa maksudmu?, dia juga tidak menyukainya dahulu?. Paling penting sekali, makhluk apa sebenarnya itu?, yang aku tahu, makhluk itu tidak normal. Dari mana engkau mendapatkannya?, tidak, bagaimana engkau menciptakannya?"
" Hmmm, bagaimana boleh engkau berharap aku akan menjawab semua soalanmu itu?"
" Aku sudah memberi kerjasama, tolonglah. Sebelum aku mati, sekurang kurangnya aku mahu persoalan yang ada dikepalaku terjawab."
" Kesiannya kau. Hmmm, baiklah, aku akan menjawabnya, tapi jangan salah faham. Aku menceritakannya bukan kerana aku kasihan padamu sebaliknya kerana aku terpaksa. Faham!"
" Hmm, tidak ada apa yang menarik pun, dia dahulu adalah makhluk normal, lelaki sebayamu. Engkau masih ingat?,lelaki yang meninggalkan pasangannya beberapa bulan lalu?"
Aku terkejut setelah mengetahui identiti asli makhluk itu. Sekiranya aku adalah Ben yang merupakan kenalannya. Sudah tentu mentalku tidak akan stabil lagi setelah mendengar ucapan perempuan itu, mujurlah aku yang bertemu perempuan ini. Sekurang-kurangnya, Ben tidak akan terluka melihat rakannya berakhir seperti ini.
" Dia adalah lelaki normal pada mulanya, mempunyai kekuatan fizik dan mental yang lebih tinggi berbanding kami perempuan pada umumnya. Dengan kelebihan itu, kami perempuan pada umumnya sering bergantung kepada mereka. Disebabkan itu jugalah perempuan sering menjadi mangsa mereka. Kami ditipu dan ditinggalkan."
" Di masyarakat normal sekalipun, lelaki yang mempergunakan, menipu serta mendera perempuan sudah sering terjadi. Perempuan tidak mampu melakukan apa apa untuk melawan semula. Aku juga dulunya salah seorang dari mereka, menjadi mangsa lelaki bermulut manis. Ibarat habis madu sepah dibuang, aku menerima perlakuan yang keji dari mereka."
" Akhirnya, aku memilih untuk tidak mempercayai lelaki lagi. Sebaliknya, Macaron, haiwan yang kotor di mata manusia ini, sering di salah anggap sebagai raksasa, wujud dalam cerita mitos dengan nama gargoile. Memegang watak jahat dengan membawa lari cerita cantik dan berakhir dengan kematiannya dibunuh sang lelaki yang menyelamatkan perempuan itu. Dia adalah malaikat pelindungku, setia dan tidak pernah sesekali meninggalkanku apatah lagi mempergunakanku. Memberikan semua yang sku perlukan dan memenuhi segala keperluanku, hanya ruapanya sajalah yang terlihat buas tapi cintanya lebih murni dari lelaki yang aku kenal"
" Tidakkah kau lihat?, aku berjaya menukar lelaki sampah pada mulanya menjadi malaikat pelindung itu, dia sepatutnya berterima kasih padaku."
" Engkau sudah gila, aku tidak tahu masa lalumu dan apa yang pernah engkau lalui. Oleh itu, aku bersimpati tentang itu tetapi ini sudah keterlaluan, engkau tidak ada hak untuk merenovasikan tubuh badan manusia tanpa persetujuan mereka. Tambahan lagi, ini terlalu ekstrim. Dia bukan manusia lagi."
" Kamu diam, kamu tidak tahu apa apa tentang aku. Cintakulah yang menyelamatkannya, akulah yang mengubahnya menjadi dia yang sekarang, hanya akulah yang memahaminya dan hanya dia yang memahamiku. Kami sudah sempurna, aku akan melindunginya dan dia akan menjagaku, aku tidak perlukan pendapat orang luar yang tidak faham apa apa."
Tiba tiba, alat yang seakan akan radio yang ada dibelakang haiwan itu berbunyi. Perempuan itu terus menyambutnya.
" Hmmm, baiklah. Aku akan pergi sekarang."
" Perbualan kita cukup sampai disini, dokter Tom baru sahaja menangkap rakanmu dan dalam perjalanan balik. Kita juga perlu berangkat sekarang!"
BEBERAPA MINIT SEBELUM ITU
" Siapa disana?, tunjukkan rupamu!"
Ben yang merasa seperti diperhatikan cuba memerintah orang yang terus memerhatikannya untuk menonjolkan diri.
" Hehehehe, awak sudah jumpa kami."
Suara itu seperti suara radio, mustahil untuk mereka memasang radio dan litar CCTV di kawasan ini. Aku yakin posisiku yang sekarang sudah berada belasan kilometer dari tempat mereka.
Tiba tiba, dibalik pokok rimbun hutan, keluar seorang perempuan. Rupa itu, aku yakin yang aku mengenalinya tetapi, dari input yang diberikan oleh mataku, sangat jelas yang dia bukan lagi manusia sepenuhnya.
***Download NovelToon untuk nikmati pengalaman membaca lebih baik!***
Updated 80 Episodes
Comments