Setelah pemeriksaan selesai, kami terus dibawa pergi dari situ.
" Mulai hari ini, kamu akan tinggal di asrama lelaki. Jadi, tolong berkawan dengan mereka kerana kita semua adalah satu keluarga yang besar."
Beberapa orang mendekati kami lalu memberikan sebuah beg besar yang lengkap dengan keperluan harian.
"Tolong tunjukkan mereka tempat tinggal baru mereka!, setelah mereka selesai mengemas barang. Tolong bawa mereka kembali bertemu saya!"
"Tolong ikut saya!, ucap seorang lelaki sejurus mendengar arahan dari ketuanya. Kami yang terpinga pinga terus mengikuti orang itu meninggalkan Alfonso dan beberapa pengikutnya disitu.
Kami dibawa keluar dari bangunan itu. Akhirnya, setelah sekian lama. Kami mampu melihat semula cahaya matahari.
Aku melihat awan yang cerah, lokasi kami yang dari dulu tidak terjawab akhirnya terungkai. Kami berada di kawasan kem yang luas, dikelilingi oleh pagar batu setinggi 2 meter dilengkapi kawat duri di atasnya.
Dibalik tembok batu itu adalah pokok hutan yang tinggi lampai, tahulah aku yang kami sekarang berada didalam hutan jauh dari penempatan manusia.
Kami akhirnya sampai disebuah bangunan setinggi 3 tingkat, kami terus dipandu sehinggalah kami bertemu katil kami masing masing.
"Tolong kemas barang anda segera!"
Kami hanya mengikuti arahan orang itu.
Setelah selesai, kami kemudian dibawa semula olehnya untuk bertemu Alfonso.
"Sepertinya, untuk hari ini. Tubuh baru ini akan diuji." ucap Ben kepadaku.
Aku hanya diam dan tidak membalas teorinya.
Kami dibawa ke sebuah ruangan yang luas. Dihadapan kami ada cermin yang membolehkan kami melihat apa yang ada dibalik cermin itu. Setelah itu, lelaki yang memandu kami tadi mulai menjauh meninggalkan kami.
Kami tidak mempedulikannya kerana kami lebih fokus dengan apa yang ada dibalik cermin itu. Alfonso yang ada didalam kemudian terus menekan butang on yang ada disitu.
Speker yang terpasang di penjuru dinding ruangan kami terus hidup.
"Emm, test, 123,123. Bole dengar?"
Kami menganggukan kepala untuk memberi tanda dengar kepadanya.
"Baiklah. Ermm, hari ini, kami akan menguji tubuh badan baru kamu itu. Sama ada dia berfungsi dengan baik atau tidak, kamu hanya perlu memberikan kerjasama agar ianya berjalan dengan lancar."
"Baiklah. Mari kita mulakan!, pengawal tembak!."
Arahannya itu sangat memeranjatkan kami, belum sempat aku coba memproses arahannya, parajurit parajurit yang ada di dalam bilik itu sudah menghalakan muncung senapang mereka ke arah kami.
Dalam sekelip mata, berpuluh puluh peluru hinggap di tubuh kami. Aku merasakannya, ianya sangat sakit,tubuh badanku terasa mau hancur apabila ditembak dengan bersemaan menggunakan senjata akm yang sememangnya mampu menembak dengan laju.
Darah kami terpancut setiap kali peluru itu terbenam di tubuh kami. Akhirnya, kami berdua terbaring kerana kami sudah pitam dek kehilangan darah serta organ yang hancur.
"Apa yang kamu cuba lakukan?, Kuatkan semula tubuh badanmu, cabut keluar peluru dari tubuh kamu itu!"
Kenapa dia memerintahkan kami yang sudah sekarat ini?, adakah kami tidak akan mati setelah ditembak dengan begitu banyak?.
Disitu, aku mulai teringat tentang kelebihan modifikasi tubuh, tubuh yang tidak akan mati dan tubuh itu adalah tubuhku yang sekarang. Leherku yang mempunyai tanda potongan pun mulai menggelap menandakan tubuh ini dan aku sendiri sudah menyatu.
Aku membuka semula mataku, aku tidak mati, kesedaranku yang tadi pudar kembali cerah, aku melihat tubuhku yang berlubang. Kondisinya sangat mengerikan, aku pun menoleh untuk melihat orang yang ada dibalim kaca itu.
"Cepat keluarkan peluru itu!" ucapnya dengan nada yang tinggi.
***Download NovelToon untuk nikmati pengalaman membaca lebih baik!***
Updated 80 Episodes
Comments