Dengan cepat aku berlari lalu menyembunyikan diri di balik pohon hutan, aku terus melekatkan tubuhku disitu bagi mengelakkan tubuh lembutku ini berlubang akibat berada dalam jangkauan serangannya.
Namun begitu, ianya sia sia. Ini hanya dapat memperlahankan masaku untuk mati. Satu proses yang berbeza tapi berakhir di destinasi yang sama.
Aku tahu tentang itu, aku adalah mangsa dan dia adalah pemangsa. Telinganya yang panjang tidak ubah seperti kelawar membolehkannya untuk bergerak dengan cekap dalam kegelapan malam ini.
Dengan menggunakan gelombang bunyi ultrasonik, dia dapat bergerak bebas meskipun berada di tempat gelap. Tambahan lagi, pergerakannya yang tangkas meskipun berada di tengah hutan menyebabkan peluangku untuk berjaya lepas dari buruannnya atau berjaya membunuhnya hampir mustahil.
Ini gila, aku tidak boleh berbuat apa apa, aku tidak ubah seperti anak tupai yang cuba lari dari kelawar pemangsa.
Lumrah organ deria mataku sebagai manusia yang bergantung kepada cahaya menyebabkan pandanganku pada masa sekarang hampir tidak berfungsi sepenuhnya. Aku tidak mahu melawannya, aku tidak mahu memperataruhkan nyawaku dalam pertarungan yang tidak berpihak padaku ini.
Aku tidak mempunyai pilihsn lain, mahu tidak mahu, aku hanya boleh menyerah atau mati. Aku belum siap untuk melawan raksasa itu disini.
" Aku menyerah, aku akan ikut kamu balik semula. Jadi tolong!, hentikan semua ini." jeritku sambil kedua tanganku terangkat ke atas.
Perlahan, perasaanku yang tadi seram sejuk akibat menahan hawa membunuh dari haiwan itu menghilang. Setelah itu, bunyi kepakan sayap terdengar menjauh dariku. Badanku seolah olah tahu tentang haiwan yang akan aku hadapi, ia terus bergetar untuk cuba memberitahuku untuk tidak melawannya, haiwan itu bukan lawanku.
Aku tidak bergerak dari situ, sku terus diam dan menanti. Aku akur dengan kekalahanku, aku tidak mahu melanggar janji.
Sekiranya aku memungkirinya, aku yakin haiwan itu dengan mudah mampu menemukanku lalu mengakhiri nyawaku.
Cuba melawan dengan memperlambatkan masa dan menunggu waktu pagi juga adalah mustahil, meskipun aku berjaya terus hidup sampai pagi dengan bantuan tuhan, apabila sampai waktu itu. Akan lebih ramai askar yang dikerahkan untuk menangkapku. Kemungkinan untuk aku mati akan lebih tinggi, aku tidak mahu mati katak disini.
Tatkala aku sibuk memikirkan segala kemungkinan, haiwan itu kemudian datang semula sambil membawa perempuan itu dibelakangnya.
Tangan perempuan itu memegang walkie talkie dan satu lagi walkie talkie terikat kuat di leher haiwan itu.
" Ooh, barulah aku tahu yang dia menggunakannya untuk menyampaikan arahan kepada haiwan itu.
" Hmmmm, tidak kusangka engkau memilih untuk menyerah. Aku sempat berfikir untuk menggunakan mayatmu sebaiknya. Sebagai contoh, dengan menjadi makanan Macaron ataupun menjadi mainannya."
" Adakah ketua kamu akan membiarkan engkau membunuhku begitu sahaja?"
" Sudah tentu tidak, engkau sendiri tahu tentang itu, kamu adalah askar super hasil ciptaanya. Tetapi, malangnya, dibandingkan dengan parajuritku ini, kamu sepertinya tidak berguna."
" Hmmm, baiklah. Sekarang, pakai rantai besi ini dan ikut kami!"
Dia kemudian memberikan aku kalung besi.
" Pasangkan di lehermu!"
Ini gila, ada apa dengan perempuan ini. mungkin beberapa skru penting dikepalanya sudah longgar .
" Aku bukan haiwan, aku tidak mahu memakainya."
" Aku tidak kisah engkau setuju atau tidak, kau tidak ada pilihan lain. Pakai sahaja itu, dimataku, kamu cuma tikus yang terlepas. Oleh itu, kamu hanya perlu pakai, awak akan terbiasa juga nanti, macam puteraku. Betulkan Makaron, haha, jangan bilang awak lupa."
***Download NovelToon untuk nikmati pengalaman membaca lebih baik!***
Updated 80 Episodes
Comments