Aku dengan cepat mengeluarkan peluru peluru yang melekat ditubuhku. Sakit memang sakit tetapi aku tidak mempunyai pilihan, mahu tidak mahu, aku mesti mengeluarkannya.
Setelah mencungkil keluar satu demi satu, terlihat jelas dimata kepalaku. Cedera yang disebabkan peluru itu perlahan menghilang. Tubuhku kembali normal, saat aku hilang kesedaran kerana kehilangan banyak darah juga. Perasaan pitam itu hilang dek kerana tubuhku mampu menghasilkan semula darah yang hilang.
"Ini gila, aku bukan manusia lagi. Dengan kemampuan ini, mimpiku untuk keluar dari sini tidak lagi mustahil" ucapku perlahan.
Alfonso yang melihat kami terus menepuk tangannya dengan kuat. Dari mukanya sahaja, aku dapat membaca yang dia sedang gembira.
"Baiklah, cukup sampai disitu sahaja untuk hari ini. Kamu boleh balik, pergilah makan sekiranya kamu lapar atau buat apa sahaja yang patut untuk kamu."
"Kita akan memulakan ujian selanjutnya besok hari, badan kamu memerlukan masa untuk menggantikan gizi dan tenaga yang hilang. Pengawal boleh bawa mereka pergi!"
Kami dibawa pergi semula ke bangunan asrama. Setelah itu, sesuai dengan perintah dari Alfonso, kami bebas melakukan apa sahaja yang kami mahu. Oleh itu, mas itu kami gunakan untuk mandi, makan dan menghabiskan masa meneroka tempat itu dengan diiringi beberapa orang anggota yang bertugas mengawasi kami.
Setelah itu, hari demi hari berlalu. Banyak ujian yang dilakukan terhadap kami mulai dari mencuba daya tahan stamina kami dengan larian 100km, mencuba riflex pantas kami serta batas kekuatan otot tubuh ini.
Setelah semua ujian selesai dengan hasil yang memuaskan. Kami kemudian diajar cara untuk bertarung jarak dekat, cara menggunakan senjata api dan pisau. Cara untuk bertahan hidup, cara untuk mengsabotaj, cara untuk membunuh target, cara untuk menghilangkan bahan bukti serta banyak lagi.
Sudah hampir sebulan kami berada disini, berlatih dan terus berlatih. Ada masanya mereka juga melakukan ujian ejen terhadap kami.
Tidak kurang juga dengan latihan pertempuran tanpa dan bersenjata yang menjadi rutin harian kami.
"Ben, aku rasa sudah tiba masanya untuk kita pergi dari sini. Aku sudah menemukan jalan yang tepat serta masa yang paling sesuai."
"Kau gila ka Adolf?, kita tidak ada peluang untuk pergi dari sini. Jangan buat gila, nanti nyawa awak hilang."
"Ya, aku faham perasaanmu yang tidak mahu mengambil risiko. Tapi, lihat sahaja sekelilingmu, kita bukan kita yang dahulu. Kita boleh dengan mudah membunuh semua orang disini. Kita jauh lagi kuat dari mereka, aku yakin, dengan dorangan, nasib serta perancangan yang tepat. Kita berjaya keluar dari sini adalah tidak mustahil."
" Aku faham tentang itu. Tapi.... Kita mesti menerima hakikat, mentimun dengan durian, bergolek pun luka, digolekpun luka."
" Itu mungkin Ben, tetapi, kedua duanya buah.Setajam tajam duri durian, tajam lagi duri landak. Saya benci untuk mengatakannya tetapi kita bukan sepenuhnya manusia lagi Ben. Kita tidak boleh terus diam disini dan dieksploitasi oleh mereka. Kalau mengikut biar berakal, kalau menurut biar pintar."
" Baiklah sekiranya begitu, aku akan ikut dengan rancanganmu. Sungguh, kamu memang beraja di mata bersultan di hati adolf, membujur lalu melintang patah."
" Hahaha, aku anggap itu sebagai pujian."
Malam itu, keadaan kem diterangi cahaya dari menara peninjau seperti biasa. Menara yang berdiri di setiap penjuru pagar bergilir gilir menyuluh cahaya di setiap sudut kem ini, aku terus membungkus badanku dengan selimut sambil kepalaku yang terkeluar terus mengarah pandanganku ke arah jam dinding yang terlekat di sudut bilik.
Mataku dengan tekun melihat jarum jam yang perlahan menuju ke pukul 2 pagi. Setelah sampai masa yang ditentukan, aku terus berjalan keluar dari ruangan itu diikuti oleh Ben.
Kami kemudian memulakan rancangan kami, kami berpisah disitu untuk menyelesaikan tugas masing-masing.
" Apapun yang terjadi, siapapun yang berjaya keluar dari sini. Orang yang gagal tidak akan sekali kali menyimpan dendam."
" Hahaha, itu perjanjian atau sekadar pesanan?"
" Anggap sahajalah sebagai kata perpisahan antara kita."
" Hahaha, baiklah."
Beberapa minit setelah kami berpisah. Tiba tiba, bekalan elektrik terputus di kem itu membuatkan cahaya yang terus meneranginya padam, kami terus berlari keluar dari situ.
Aku terus melompat melimpasi dinding setinggi beberapa meter itu, tanganku kemudian berpaut kepada kawat duri yang ada disitu. Sakit, darah mengalir dari tanganku terus menitik ke wajahku, tetapi tidak ada masa untuk itu. Semua orang sudah mulai mencari kami.Aku harap rancangan yang kami telah susun ini akan berjaya.
beberapa minit lalu
" Awak pasti tentang ini?, saya tidak tahu apa apa tentang elektrik."
" Awak tidak perlu tahu, tugasku adalah membersihkan jalan ke bilik elektrik dan tugasmu hanyalah menyiram wayar wayar yang ada disitu dengan air. Setelah itu, ketika tempat ini menjadi gelap, kita akan berlari keluar dengan arah yang berbeza, awak akan ke timur dan saya akan berat."
***Download NovelToon untuk nikmati pengalaman membaca lebih baik!***
Updated 80 Episodes
Comments