Adolf pergi ke bilik air, dia melihat cermin yang ada disitu.Pikirannya kusut memikirkan semua ini, ayahnya sama sekali tidak memberikannya peluang untuk memilih masa depanya sendiri.
"Orang tua keras kepala" ucapnya.
Dia terus termenung dan berfikir langkah yang terbaik untuk dia lakukan. Bermacam macam cara sudah dia gunakan untuk menunjukkan rasa bantahan buat ayahnya namun tidak ada satupun yang berhasil.
Dia menarik nafas panjang, menutup matanya untuk menstabilkan emosinya.
Setelah beberapa minit, dia membuka semula matanya. Kali ini, kelakuannya lebih tenang dari sebelumnya.
Dia segera mandi. Setelah itu, dia pun pergi ke bilik dan menyiapkan semua barangnya, dia pergi ke dapur dan mengambil madu, mayonaise dan roti dalam kuantiti yang besar. Kemudian, dia memerhatikan ayahnya.
Setelah melihat ayahnya pergi ke bangsal untuk menyusun sayuran mereka untuk dibawa pergi.Dengan cepat dia menyarung kasut di kakinya lalu berlari pergi dari situ.
Dalam hanya kiraan saat, kelibatnya mulai hilang dari pandangan.
Adolf berlari sehinggalah dia yakin yang ayahnya tidak dapat menemuinya. Kemudian, barulah dia sambung dengan berjalan kaki, sendirian di tengah pekan. Di poketnya cuma ada beberapa keping duit syiling yang dicurinya dari tempat simpanan ayahnya.
Dia sempat mengambilnya sebelum bertolak. Dia yang tadinya tenang mulai kusut,dia baru merancang sampai sini. Selebihnya dia tidak tahu.
Adakah aku perlu balik ke rumah,atau aku teruskan sahaja?.Aku tidak mahu balik sekarang, aku yakin yang sekarang bapakku sudah marah. Pertama sekali, betulkah apa yang aku cuba lakukan ini?.
Emosiku mulai dalam bahaya lagi. Seperti biasa,aku segera mengambil cermin lipat yang ada di begku lalu menatapnya. Perlahan aku menutup mata dan mengambil nafas panjang.
Tidak sampai dua minit, aku membuka kembali mataku. Seperti biasa juga, aku kembali tenang dari sebelumnya.
"Baiklah, Untuk sekarang, aku akan pergi dari sini. Pergi ke tempat yang jauh. Selebihnya aku akan fikir di dalam perjalanan nanti." Ucapku dengan yakin.
Aku membeli tiket kereta api menuju ke ibu kota. Setelah berfikir banyak kali, aku mengambil keputusan untuk pergi ke ibu kota dengan harapan disana, aku akan mendapatkan pekerjaan sementara untuk menampung hidupku.
Ianya tidak akan lama, cukup setahun, selepas itu, aku akan balik semula ke rumah. Mana boleh aku meninggalkan orang tua itu sendiri di rumah.
Kereta api itu terus bergetar mengikuti laluannya. Aku terus duduk melihat keluar tingkap, gunung gunung hijau yang seolah olah bergerak kebelakang memukau mataku. Sungguh indah kampung halamanku ini, berat hatiku untuk meninggalkannya namun apa bole buat. Nasi sudah menjadi bubur.
Aku terus memujuk hatiku sendiri.
"Ini tidak akan lama.Aku janji."
Perjalanan dari sini ke Dublin sememangya mengambil masa yang lama. Aku hanya mengisi masaku dengan tidur dan memakan roti spesial ciptaanku sendiri iaitu roti madunaise. Syukurlah, aku tidak lupa untuk membawa dua benda ini, tanpa mereka,aku hanya akan memakan roti kering sahaja untuk mengisi perutku.
Aku membungkus badanku dengan jaket yang lebih tebal, kehangatan dari jaket itu menyebabkan aku tertarik ke alam bawah sedar. Aku terus tidur sehinggalah bunyi hon kereta api mengejutkanku.
Aku kemudian bangun dan mengambil barang barangku. Dengan anggota badanku yang belum segar sepenuhnya, aku ikut beratur untuk keluar dari tempat itu. Setelah sampai di stesen itu,aku melihat yang langit semakin gelap. Aku segera kelar dari stesen terus mencari tempat berlindung untuk malam ini.
Aku berjalan di tengah ibu kota. Aku tidak dapat mengira berapa kali aku mendongakkan kepalaku,semua bangunan yang ada di tengah tengah bandar ini tidak normal, hampir semuanya bersaiz gergasi. Aku perlu mendongakkan kepalaku untuk melihat dengan lebih jelas.
Aku singgah ke banyak bangunan yang mempunyai papan tanda tertulis hotel di atasnya. Namun aku membatalkan hasratku setelah melihat jumlah yang aku perlu bayar. Aku kaku, aku memang terfikir yang peluang pekerjaan disini tinggi namun tidak pernah terlintas di fikiranku yang kos sara hidup di ibu kota ini juga tinggi.
Habislah,Dimana aku akan tidur hari ini.
***Download NovelToon untuk nikmati pengalaman membaca lebih baik!***
Updated 80 Episodes
Comments