Kami dibawa ke sebuah ruangan yang luas. Dihadapan kami ada cermin yang membolehkan kami melihat apa yang ada dibalik cermin itu. Setelah itu, lelaki yang memandu kami tadi mulai menjauh meninggalkan kami.
Kami tidak mempedulikannya kerana kami lebih fokus dengan apa yang ada dibalik cermin itu. Alfonso yang ada didalam kemudian terus menekan butang on yang ada disitu.
Speker yang terpasang di penjuru dinding ruangan kami terus hidup.
"Emm, test, 123,123. Bole dengar?"
Kami menganggukan kepala untuk memberi tanda dengar kepadanya.
"Baiklah. Ermm, hari ini, kami akan menguji tubuh badan baru kamu itu. Sama ada dia berfungsi dengan baik atau tidak, kamu hanya perlu memberikan kerjasama agar ianya berjalan dengan lancar."
"Baiklah. Mari kita mulakan!, pengawal tembak!."
Arahannya itu sangat memeranjatkan kami, belum sempat aku coba memproses arahannya, parajurit parajurit yang ada di dalam bilik itu sudah menghalakan muncung senapang mereka ke arah kami.
Dalam sekelip mata, berpuluh puluh peluru hinggap di tubuh kami. Aku merasakannya, ianya sangat sakit,tubuh badanku terasa mau hancur apabila ditembak dengan bersemaan menggunakan senjata akm yang sememangnya mampu menembak dengan laju.
Darah kami terpancut setiap kali peluru itu terbenam di tubuh kami. Akhirnya, kami berdua terbaring kerana kami sudah pitam dek kehilangan darah serta organ yang hancur.
"Apa yang kamu cuba lakukan?, Kuatkan semula tubuh badanmu, cabut keluar peluru dari tubuh kamu itu!"
Kenapa dia memerintahkan kami yang sudah sekarat ini?, adakah kami tidak akan mati setelah ditembak dengan begitu banyak?.
Disitu, aku mulai teringat tentang kelebihan modifikasi tubuh, tubuh yang tidak akan mati dan tubuh itu adalah tubuhku yang sekarang. Leherku yang mempunyai tanda potongan pun mulai menggelap menandakan tubuh ini dan aku sendiri sudah menyatu.
Aku membuka semula mataku, aku tidak mati, kesedaranku yang tadi pudar kembali cerah, aku melihat tubuhku yang berlubang. Kondisinya sangat mengerikan, aku pun menoleh untuk melihat orang yang ada dibalik kaca itu.
"Cepat keluar peluru itu!" ucapnya dengan nada yang tinggi.
Aku dengan cepat mengeluarkan peluru peluru yang melekat ditubuhku. Sakit memang sakit tetapi aku tidak mempunyai pilihan, mahu tidak mahu, aku mesti mengeluarkannya.
Setelah mencungkil keluar satu demi satu, terlihat jelas dimata kepalaku. Cedera yang disebabkan peluru itu perlahan menghilang. Tubuhku kembali normal, saat aku hilang kesedaran kerana kehilangan banyak darah juga. Perasaan pitam itu hilang dek kerana tubuhku mampu menghasilkan semula darah yang hilang.
"Ini gila, aku bukan manusia lagi. Dengan kemampuan ini, mimpiku untuk keluar dari sini tidak lagi mustahil" ucapku perlahan.
Alfonso yang melihat kami terus menepuk tangannya dengan kuat. Dari mukanya sahaja, aku dapat membaca yang dia sedang gembira.
"Baiklah, cukup sampai disitu sahaja untuk hari ini. Kamu boleh balik, pergilah makan sekiranya kamu lapar atau buat apa sahaja yang patut untuk kamu."
"Kita akan memulakan ujian selanjutnya besok hari, badan kamu memerlukan masa untuk menggantikan gizi dan tenaga yang hilang. Pengawal boleh bawa mereka pergi!"
Kami dibawa pergi semula ke bangunan asrama. Setelah itu, sesuai dengan perintah dari Alfonso, kami bebas melakukan apa sahaja yang kami mahu. Oleh itu, masa itu kami gunakan untuk mandi, makan dan menghabiskan masa meneroka tempat itu dengan diiringi beberapa orang anggota yang bertugas mengawasi kami.
Setelah itu, hari demi hari berlalu. Banyak ujian yang dilakukan terhadap kami mulai dari mencuba daya tahan stamina kami dengan larian 100km, mencuba riflex pantas kami serta batas kekuatan otot tubuh ini.
Setelah semua ujian selesai dengan hasil yang memuaskan. Kami kemudian diajar cara untuk bertarung jarak dekat, cara menggunakan senjata api dan pisau. Cara untuk bertahan hidup, cara untuk mengsabotaj, cara untuk membunuh target, cara untuk menghilangkan bahan bukti serta banyak lagi.
***Download NovelToon untuk nikmati pengalaman membaca lebih baik!***
Updated 80 Episodes
Comments