Tanganku yang tadinya ingin membuka alat bantuan pernafasannya terhenti, aku menoleh ke arah lelaki itu. Hatiku menjadi berbelah bagi setelah mendengar ucapannya tadi.
"betulkah apa yang aku cuba lakukan ini?, adakah dengan aku mengahkiri nyawanya. Semua ini akan berakhir dengan baik, bagaimana sekiranya dia mencari orang lain untuk mengisi tempat lelaki ini. Bagaimana pula sekiranya akulah yang berakhir berada ditempatnya.
Mataku memerah setelah memikirkannya, perasaan loya dan mual tiba tiba menggila menyebabkan aku termuntah. Hanya memikirkan yang aku berakhir di tempat yang sama sahaja dengan dia sudah cukup untuk membuat hatiku kecut.
Melihat keadaanku yang begini, Alfonso yang terus berdiri di luar bilik menambah.
"Bijak, awak berfikir di saat akhir. Seperti yang aku harapkan untuk seorang yang di mataku bernilai tinggi. Biar aku terus terang sahaja, sekiranya awak membuatkan subjek itu mati, kamu akan bertanggungjawab dengan menggantikan tempatnya. Hmmm, sama ada kau, orang yang menyebabkan dia mati, ataupun Ben yang hanya diam melihat kawannya membuat masalah. Salah satu dari kamu perlu menggantikan tempatnya."
Ben yang mendengar ucapan lelaki itu terus berteriak.
"Jangan biarkan dia mati!, dia mesti terus hidup agar kita tidak berakhir di tempatnya."
Aku melihat rupa sebenar Ben yang selama ini dia sembunyikan, tidak, apa yang aku lihat ini adalah rupa sebenar manusia ketika berada dalam situasi sebegini, siapa sahaja akan menunjukkan rupa yang sama sekiranya nyawa mereka terancam.
Tindakannya normal untuk terus menyembunyikannya selama inikerana dia merasa masih meletakkan harapan untuk boleh keluar dari neraka ini.
Dengan dia mengekalkan perwatakan dan cara berfikir manusia normal, tidak akan ada masalah baginya untuk bercampur semula ke masyarakat setelah berjaya keluar dari semua ini.
Tetapi, setelah melihat nasib yang dialami kenalannya serta lelaki bernama Alan ini, dia sudah berhenti untuk berharap. Disini, dengan menggunakan akal waras orang yang normal, nasibmu akan berakhir di tempat yang paling menyakitkan, tidak mempunyai kekuatan untuk menolak dan untuk mati. penyiksaan tidak berpenghujung akan menjadi tempat bersemayammu.
Aku melihat ke lelaki botak yang terbaring disitu, matanya terus melihatku. Tatapanya yang tidak berair itu sudah sudah cukup untuk menyampaikan harapannya.
"kenapa engkau melihatku dengan tatapan itu?, aku tidak boleh berbuat apa apa. Aku minta maaf, aku tidak boleh mengakhiri nyawamu. Sekiranya aku melakukannya, aku ataupun orang lain akan menggantikan tempatmu. Untuk itu, aku harap kau terus bertahan."
"Aku sudah tidak tahan, dadah yang terus disalurkan ke salur darahku cukup membuatkan aku terus hidup. Tapi organku sudah memburuk, aku mereput sedikit demi sedikit. Aku sudah tidak tahan, aku mohon padamu. Habiskanlah aku!. "
"Aku tidak boleh, aku tidak sanggup menerima nasib yang sama. Aku minta maaf, minta maaf kerana tidak dapat membantumu dan minta maaf kerana memberi harapan palsu."
Aku kemudian berpaling dan berjalan perlahan meninggalkankannya.
"Tunggu, pernahkah kau rasa yang kau berada dalam mimpi ngeri dan tidak dapat bangun dari mimpi itu?, tidak boleh berbuat apa apa. Aku sudah merasakannya, sangat sakit. Aku sudah muak dengan itu. Kamu semua memang kejam, aku tidak melakukan jenayah. Hanya sahaja aku bekerja menggantikan tempat ayahku, ayahku mati sebagai tentera. Lelaki itu salah, dia ingatkan aku lari dari tugasku sebagai rakyat hanya untuk bersenang senang. Itu salah, aku tidak mempunyai pilihan lain, ibu dan adikku bergantung hidup denganku, ini bukanlah salahku. Apa yang akan jadi kepada mereka sekiranya aku menjadi tentera. Ini tidak adil. Arghhhhhhhhh."
Aku menangis mendengar suara hatinya. Hanya mampu menyuarakannya kepada orang lain, tidak berdaya untuk melakukan apapun. Hatiku bagaikan dikoyak koyak, aku tidak mahu mendengar lebih dari itu. Ini akan menjadi detik hitam dalam hidupku, aku perlu melupakannya. Aku perlu memikirkan tentang diriku, ianya lebih penting. Aku sudah tidak boleh berbuat apa apa.
***Download NovelToon untuk nikmati pengalaman membaca lebih baik!***
Updated 80 Episodes
Comments