"Ethan, apa yang awak baru cakap?. Awak bergurau?, setelah macam-macam kita lakukan bersama. Awak cuba bergurau denganku kan?, kan?. Tengok aku Ethan!, kenapa awak seperti tidak mendengar?"
"Aku tidak pernah suka kau, aku cuma bermain. Aku minta maaf."
Lelaki itu menundukkan wajahnya ke perempuan itu.
" Hehehehe, pengawal. Boleh bawa dia ke makmal!"
Beberapa orang yang berada disitu terus menahan perempuan itu dan membawanya pergi dengan paksa, perempuan itu terus meraung seperti orang gila.
" Jangan bergurau denganku, semudah itu sahaja engkau meninggalkankanku. Setelah aku melakukan semuanya untuk mu, bodohnya aku percaya denganmu. Ethan, tolong aku Ethan!, aku tidak mahu mati, Ethan. Arhhhhhhhh, Ben. Tolong aku Ben!, Ben. Tolong aku Ben."
Ben yang tadi hanya diam terus bergerak menahan dua orang lelaki yang membawa perempuan itu pergi. Hatinya yang masih naif itu tidak dapat menolak rayuan sepenuh hati daripada perempuan yang juga rakan sekelasnya itu disekolah menengah.
"Tolong hentikan ini!, dia tidak bersalah. Apa yang kamu cuba lakukan adalah salah dari sisi undang-undang negara dan tidak berperikemanusiaan."
Ben cuba bertarung dengan dua orang yang menarik perempuan itu untuk melepaskan perempuan itu.
Tiba tiba, bahu Ben ditarik oleh Ethan lalu Ethan melepaskan tumbukan sulungnya tepat ke wajahnya. Cermin mata yang dipakainya hancur berkecai sambil dia terbaring dan meraung kesakitan.
"Saya minta maaf atas perbuatan teman saya tuan, tolong maafkan kami."
"Emma yang melihat kejadian itu terus menangis dengan lebih kuat. Melihat kekasihnya sendiri yang menghalang dia dari diselamatkan membuat hatinya bagai dikoyak koyak. Ingin sekali dia membalas perbuatan lelaki itu tetapi semuanya sudah terlambat. Apa yang boleh dia lakukan ialah terus meraung sehinggalah nyawanya berpisah dari badannya.
"Bawa dia pergi dan tutup mulutnya!."
Suara perempuan itu terdengar semakin perlahan kerana semakin jauh.
"Baiklah, untuk kamu. Mari kita per-."
"Tunggu."
Aku yang dari tadi hanya diam mulai bersuara.
"Ya,ada apa Adolf?"
"Kenapa kami?, kenapa kami yang engkau ambil. Kami bukan tentera."
"Soalan yang bagus, kerana harga kamu tinggi. Selain itu, aku menculik kamu kerana aku merasa sayang apabila melihat anak muda yang kuat dan sepatutnya kekuatan itu digunakan untuk membela negaranya dipersiakan dengan pergi bersuka ria. Hanya memenuhi gerak hati mereka sendiri tanpa menghiraukan negara, aku menculikmu kerana aku tahu yang engkau bukan ditakdirkan untuk menjadi seorang penulis. Untuk Ethan, Ben dan Emma pula, aku tidak mahu melihat masa muda kamu, kamu habiskan hanya untuk meminum arak dam bersuka ria. Jadi, aku mengambil keputusan untuk menyerap kamu dalam organisasi ini dan menggunakannya setiap inci dari tubuh kamu itu untuk negara kita yang tercinta ini. Berbanggalah kamu kerana sudah berbakti kepada negara yang tercinta."
Dia orang yang gila, lelaki ini gila. Itulah yang aku dapat lihat.
"Baiklah, mari kita teruskan, untuk Ethan. Aku perkenalkan kepada kamu, ini dokter Ruby. kamu akan bekerja dibawahnya.
Seorang perempuan yang memakai baju putih itu kemudian senyum kepada kami.
Sekiranya begitu, izinkan saya membawa pergi lelaki muda itu dengan saya.
Mereka berdua pun berlalu pergi dari situ meninggalkan aku dan Ben.
"Berikan dia tongkat!, untuk kamu. Aku akan membawa kamu ke bahagian yang paling penting dari organisasi ini."
Aku kemudian diberikan tongkat dan dengannya, aku terus mengikuti Lelaki tinggi itu berjalalan ke suatu tempat. Alfonso de Albuquerque adalah nama yang tertulis di tanda namanya.
***Download NovelToon untuk nikmati pengalaman membaca lebih baik!***
Updated 80 Episodes
Comments