Matahari pagi menyinari ruangan tempat kami tidur. Aku terus mengelap mukaku dengan tangan kananku untuk menyegarkan lagi diriku.
"Ehh."
Aku hairan, aku sudah boleh bergerak?. Aku kemudian bangun dari tempat tidurku.
"Syukur kepada tuhan, aku sudah boleh bergerak."
Aku terus pergi ke ruangan Ben yang hanya bersebelahan denganku.
"Ben, bangun. Kita sudah boleh bergerak."
Mendengar ucapanku itu, matanya terus terbuka dan dengan cepat bangun dari katilnya.
"Iyalah, haahahaha. Syukurlah, kita masih boleh bergerak Adolf."
Dek kerana gembiranya, Ben terus memelukku dengan erat."
"Syukurlah, tuhan masih memberikan kita peluang untuk hidup." Bisiknya ketika memelukku.
"Awak terlalu emosi Ben, kita tidak akan mati. Kau aku dan rakan rakanmu akan keluar dari sini nanti."
" Harap sahaja apa yang engkau katakan itu betul. Huuuuuh, aku harap mereka baik baik sahaja."
"Mereka akan baik baik sahaja. Aku yakin tentang itu."
"Bagaimana engkau boleh terlalu yakin tentang itu?"
"Mmm, lihat sahaja kita. Kita masih bernafas dan cukup anggota badan. Tidak mustahil mereka juga sedang dirawat seperti kita."
"Iya, aku harap yang engkau katakan itu benar." Ucap Ben perlahan.
Tiba tiba, pintu bilik kami terbuka. Alfonso diikuti beberapa orang terus berada dihadapan kami.
Aku terkejut dengan tetamu yang tidak diundang itu. Suasana yang pada mulanya tenang bertukar tegang.
Kami hanya diam berdiri melihatnya. Sememangnya dengan tubuhku yang sekarang, tidak mustahil untuk kami melarikan diri dari tempat ini.
Yang kami perlukan untuk mencapainya hanyalah kelekaan dari pihak mereka sendiri dan juga nasib yang baik.
"Selamat pagi kepada kamu berdua."
Kami hanya diam dan tidak menjawabnya. Dalam suasana hening itu, dia terus berpidato.
"Pertamanya, aku mengucapkan tahniah atas kejayaan kamu. Aku sebagai ketua yang memulakan dan menerajui projek ini merasa sangat gembira dengan kamu berdua. Kamu adalah benda yang paling berharga bagiku, aku sanggup kehilangan nyawaku untuk melindungi kamu. Kamu adalah maha karya hasil ciptaanku, aku akan terus menjadikan kamu wira yang tidak mempunyai cacat cela."
Setelah menghabiskan ucapannya, dia kemudian mendekat lalu memeluk kami.
"Aku sangat bangga dengan kamu. Kamu sangat berharga bagiku dan negara ini. Kamulah yang akan menjadi watak utama di dunia ini dan aku janji, akulah yang akan memimpin kamu ke arah itu."
Aku terus menepis pelukannya.
"Aku tidak pernah menjadi barang milikmu. Sekiranya aku mempunyai kekuatan, aku akan keluar dari sini dengan paksa."
"Hebat, semangat seperti inilah yang aku perlukan. Kamu memang layak untuk menjadi wira."
"Sekarang, mari kita mulakan dengan pemeriksaan tubuh badan kamu. Aku memerlukan setiap data darinya serta ingin memastikan yang kamu tidak mempunyai kecacatan kecil. Jadi, sila buka baju kamu wira wiraku!"
"Aku tidak mahu-"
"Adolf, lakukan sahaja apa yang dikatakan mereka, kita patut tahu posisi dan batas kita."
Melihat mata dari Ben, dia seolah-olah memberitahu untuk jangan membuat masalah. Akupun dengan berat hati membuka bajuku.
"Tolong buka semua!"
"Kau gilakah?, aku.. Erggggh."
Dengan hati yang berat, aku melepas semua pakaian yang melekat di tubuhku.
Beberapa orang berbaju putih tanpa mengira jantina terus memulakan tugas mereka.
Aku memang memahaminya. Disini bukanlah dunia manusia normal, orang orang disini sudah putus akal kewarasan sekaligus urat malu mereka. Kau perlu menerimanya untuk terus hidup disini.
"Berapa lama kami tertidur?" tanyaku spontan.
"Lebih kurang 4 bulan lebih kamu ditidurkan."
Aku terkejut dengan jawapannya, aku tidak pernah menyangka yang sudah selama itu masa berlalu sedangkan aku merasa yang baru kemarin lalu kami ditangkap disini.
***Download NovelToon untuk nikmati pengalaman membaca lebih baik!***
Updated 80 Episodes
Comments