Lelaki yang ditemani perempuan itu perlahan mendekati litar camera cctv yang ada disitu. Dia membuka jaketnya lalu melemparkannya ke cctv itu,baju itu kemudian tersangkut di cctv.
Dengan cepat aku memberi arahan kepada Ben untuk menendang pintu itu. Dia berlari lalu menendangnya, namun pintu itu masih kukuh.
Aku kemudian terus berlari dengan laju. Aku terus berlari sehingga tepat berada di hadapan pintu itu lalu aku terus mengangkat kedua dua belah kakiku ke arahnya.
Aku sudah membulatkan tekadku, aku mahu pintu itu terbuka. Apapun bayarannya aku tidak perduli, untuk itu. Mahu tidak mahu ,aku perlu memberikan daya yang cukup besar untuk membuat pintu besi itu bengkok.
Sekiranya begitu, aku perlu menambah daya dengan berlari dengan cepat dan mengangkat kedua-dua kakiku untuk memaksimumkan impak yang diterimanya. Aku tahu yang aku akan terhempas ke tanah selepas itu ,tetapi mahu tidak mahu , salah seorang dari kami perlu mencubanya .
Bunyi yang kuat terhasil. Aku terbaring di tanah, aku melihat pintu yang aku tendang itu terbuka lebar . Aku cuba untuk bangun tetapi kakiku sakit.
Aku merasakan yang salah satu tulang betisku patah. Aku kemudian hanya mengesot untuk menuju keluar dari bilik itu.
Ben yang melihatku terus membangunkanku lalu menongkatku dengan bahu kirinya.
Kami berjalan keluar dari situ .
Kami berjalan perlahan dari mengikuti lorong itu. Aku yang dipangku ketika itu berasa tidak sedap hati ,mustahil mereka tidak sedar yang kami cuba melarikan diri.
Tambahan lagi, melihat dari lorong ini yang tidak ada jalan lain . Aku seperti merasakan yang kami sudah di tunggu oleh mereka.
Namun begitu , aku memilih untuk tidak menyuarakan perasaan tidak sedap hati ini . Ini semua agar tidak menurunkan emosi mereka. Aku tidak mahu mengeruhkan lagi suasana kami, lihat sahaja pasangan kekasih menjengkelkan itu . Terus berada satu meter dibelakang kami , mereka lebih memilih untuk orang patah kaki ini berada di hadapan .
Kami terus berjalan di lorong kosong yang diterangi lampu kalimantang.Kami terus berjalan sehinggalah kami sampai ke sebuah pintu yang tertutup.
Aku menoleh kebelakang dan meminta lelaki itu membukanya . Dengan cepat perempuan yang ada di sisi memeluk erat tangannya.
Perempuan itu berkeras untuk tidak melepaskannya dan hanya menyuruh kami yang membukanya .
Melihat perempuan itu , lelaki itu terus meminta maaf kepadaku dan memilih untuk tidak membukanya.
Lelaki bodoh , ingin sekali aku menepuk dahinya agar dia menjadi lebih cerdik.Tapi untuk sekarang, aku tidak boleh melakukannya dengan kakiku yang cedera .
"Biar aku yang pergi, aku tinggalkan engkau disini sebentar ".
" Jangan jadi bodoh , tidak ada jaminan yang ianya selamat ".
" Aku tahu, aku tahu itu . Tetapi salah seorang dari kita perlu membukanya "
"Jangan! , adakah kau mau mati? ".
" Aku tidak mahu mati, aku takut mati .Aku tidak boleh berbuat apa apa , tidak ada orang yang mahu membukanya "
"Iya , pergilah Ben. Terima kasih sangat Ben . Kami sangat menghargainya ".
"Iya Ben, terima kasih sangat "sambung perempuan itu.
Perlahan dia membuka pintu itu , dibalik pintu itu ada ruang yang besar dan terang .Setelah membukanya, dia terus masuk ke dalam .
Melihat dia yang masuk ke dalam membuat dua pasangan menjengkelkan itu terus mengikutinya meninggalkanku sendirian.
Aku terus mengesot menuju ke pintu itu.
Aku kemudian membuka pintu itu dan melihat kedalamannya.
Terkejutnya aku, apabila melihat ada beberapa orang berpakaian tentera berada disitu dan orang yang berada paling hadapan dari demua orang orang itu ialah dia.
Lelaki tinggi yang bertugas sebagai polis yang aku temukan tadi pagi.
" Mhhmmmm, selamat datang aku ucapkan kepada kamu semua ".
" Mesti kamu tertanya tanya bukan?, tugasku disini ialah untuk mencungkil bakat kamu dan melihat nilai kamu yang sebenarnya".
" Padaku, masyarakat tidak pandai dalam menilai harga seseorang. Jadi aku melakukan eksperimen ini untuk membuktikannya."
"Jadi inilah hasilnya, orang yang paling berharga antara kamu adalah lelaki pertama yang membuka pintu ini. Kedua, lelaki yang terbaring di pintu itu dan itu sahaja ".
" Bagaimana dengan kami?, adakah kami akan dilepaskan sekiranya tidak diperlukan? "
" Iya, bagaimana dengan kami? ". sambung perempuan itu ".
"Kamu tidak ada harga, aku akan terus membunuh kamu selepas ini "
" Apa........., ada apa dengan semua ini?, jangan maim main dengan kami .Aku tidak ada masa dengan semua ini, jangan jadi bodoh!, bagaimana pula kami yang perlu dihukum mati. Si Ben dan lelaki itu yang merancang untuk melarikan diri ini, kami tidak melakukan apa apa. Ethan juga dipaksa oleh lelaki itu untuk mengikutinya , kami yang patut dilepaskan dan bukan mereka. Kami tidak melakukan apa apa kesalahan . Tolonglah, bunuh mereka sahaja dan bukan kami" ucap perempuan itu.
***Download NovelToon untuk nikmati pengalaman membaca lebih baik!***
Updated 80 Episodes
Comments