Hari ini, seperti hari hari yang biasa. Aku akan tidur di siang hari sampai ke petang. Setelah itu, di waktu petang, aku akan pergi ke tempat biasa untuk memulakan pekerjaanku.
Termasuk hari ini, sudah genap seminggu aku berada di kota ini. Aku sangat berterima kasih kepada tuhan kerana telah memberikan aku buah idea untuk membuka perniagaan yang sememangnya kena dengan minatku. Aku gembira melihat orang puas hati dengan hasil tanganku.
Aku terus melayan orang seperti hari hari yang biasa. Uang yang aku kumpul sudah cukup untuk aku pergi menyewa tempat yang lebih. Baiklah, aku akan terus bekerja untuk berjaya di bidang ini.
Saat aku melukis wajah pelangganku sambil fikiranku sibuk berimaginasi. Tetiba, ada orang teriak dari restoran yang tidak jauh dari situ. Aku menoleh ke situ dan melihat beberapa orang lelaki bertopeng dengan bersenjatajan parang panjang berada disana.
Melihat kejadian itu, semua pelangganku terus hilang menyelamatkan diri.
Tanpa berfikir panjang, aku terus berlari kesana. Aku berlari ke salah seorang dari mereka yang berada di kanter pembayaran. Aku menyelinap ke dalam lautan manusia untuk tidak disedari.
Setelah aku betul betul berada di belakangnya. Aku terus menghentak kepalanya ke meja kaunter, setelah itu, aku menarik rambutnya ke belakang lalu menghentaknya semula ke dinding batu yang ada dibelakangnya.
Dalam masa beberapa saat, dia sudah tidak sedarkan diri. Kawannya yang tidak jauh dari situ terus berlari kearahku . Setelah dia begitu dekat, parang panjangnya terus diayun ke badanku.
Suasana menjadi tidak terkawal, orang yang ada disitu mulai menjerit dan menjauh dari kami. Aku pun dengan cepat mengambil mesin pengiraan yang ada disitu lalu menahan ayunan parang itu.
Setelah itu, aku maju kedepan lalu menangkap tangannya. Aku menariknya menyebabkan dia tersangkut di meja. Aku terus menarik tangannya, setelah itu, aku memutarkan tangannya ke atas lalu lututku terus naik ke arah sikunya.
ARGHHHHHH.........
Orang itu terus berteriak setelah tangannya sudah terbengkok ke atas. Kawannya yang berada di satu sudut terus diam, perlahan berundur ke belakang lalu terus melarikan diri dari situ.
Keadaan mulai kembali tenang. Aku terus membantu salah seorang pencuri yang patah tangan itu, aku mengambil tangannya dan meluruskannya semula. Setelah itu, aku terus menjauhkannya dari orang ramai.
Tidak beberapa lama kemudian, datanglah polis dan pihak hospital untuk menenangkan keadaan dan menyeret pesalah itu. Setelah itu, aku kemudian pergi dari situ.
Belum sempat aku keluar dari kawasan itu, aku terus di sapa oleh seseorang.
"Encik,boleh tunggu sebentar!"
Aku menoleh kebelakang dan melihat seorang anggota polis yang tinggi lampai. Dibelakangnya ada beberapa orang yang turut berpakaian seragam polis.
"Arhhh, terima kasih. Hmmm, kami mendengar keterangan saksi yang awaklah yang mengalahkan semua penyangak ini. Jadi saya mahu pastikannya dengan menanya awak sendiri. Jadi, adakah awak yang mengalahkan mereka?"
"Iya, saya tuan"
"Oooh, menarik. Seni bela diri yang awak pakai, siapa yang ajar awak?"
"arhh. Ini ayah saya yang mengajarkannya kepada saya"
"Boleh saya tanya, apa pekerjaan ayah awak?"
"Dia pesarah tentera tuan"
"Oooh, menurut maklumat yang saya dapat, awak adalah pelukis jalanan. Betulkah?"
"Arhh, iya tuan"
"Sekiranya boleh saya bertanya, kenapa awak tidak pergi ke sekolah tentera, dengan kelebihan yang awak ada ini. Saya yakin, dalam beberapa tahun, awak akan menjadi aset negara yang hebat."
"Minta maaf tuan, saya tidak mau terlibat dengan peperangan. Saya cuma mahu hidup tenang dan mengejar impian saya. Sejujurnya, saya tidak mahu kehilangan nyawa di medan perang."
"Oooh, begitu, sayang sekali. Soalan terakhir saya, apa pendapat awak tentang rakyat yang tidak mahu berjasa untuk negaranya sendiri. Ketika negaranya memerlukannya, dia lebih memilih untuk memenuhi kemahuannya sendiri, sebagai contoh...... Hmmm, menjadi seorang pelukis jalanan. Macam awak?"
"Saya minta maaf tuan, saya tidak tahu"
"Baiklah, biar saya tolong jawabkan. Hukuman yang paling layak disabitkan keatas mereka adalah hukuman mati seratus kali".
MENAKUTKAN. Sangat menakutkan untuk terus berada dekat dengan orang ini. Entah kenapa, keringat dinginku terus membasahi dahiku. Dalam erti kata lain,aku sangat takut dengannya.
Aku menunduk lalu pergi dari situ.
"tunggu!"
"Awak bilang awak pelukis, boleh saya minta lukis hmmmmmm, arh epal ini!"
Dia mengambil sebiji buah epal yang ada di lantai dan meletakkannya di atas meja.
"Baiklah ,tapi saya perlu mengambil alat saya sebentar" ucapku dengan nada bergetar.
"Oooh. Baiklah".
***Download NovelToon untuk nikmati pengalaman membaca lebih baik!***
Updated 80 Episodes
Comments