Aku berhenti dari mengambil langkah untuk menjauh darinya. Aku menguatkan tekadku lalu melihatnya semula.
" Sekurang kurangnya, beritahu saya tempat tinggal ibumu. Sekiranya aku dapat keluar dari neraka ini, aku akan pergi berjumpa mereka dan memberitahu mereka yang awak adalah seorang yang hebat."
Matanya yang tadi kering mengeluarkan setitik air mata.
" Mustahil, dia sudah tidak boleh mengeluarkan air mata lagi. Sudah berhari dia menangis dan otaknya sudah menolak untuk dia terus mengeluarkan air dari badannya. Hebat, ini adalah penemuan baharu."
" Baiklah, rumahku di******. Selain itu, tolong beritahu mereka yang aku sayang mereka!"
" Aku janji kepadamu, aku akan menyampaikannya. Aku akan keluar dari sini dan akan mengambil tugasmu untuk menjaga ibu dan adikmu. Doakan kejayaanku, kawan!"
"Aku harap kau berjaya, tolong jangan beritahu mereka tentang keadaanku!, beritahu mereka yang aku mati di medan perang. Beritahu mereka untuk jangan bersedih, aku sudah bahagia di alam sana. Aku akan menantikan mereka, jadi hiduplah mereka dengan gembira dan lupakan sahaja aku. Kau janji untuk menggantikanku bukan?."
Sambil perlahan jalan keluar dari bilik itu, aku mengangkat tangan kiriku lalu membuat simbol 'peace' sebagai tanda faham akan permintaan terakhirnya.
Aku cuba untuk terlihat hebat di depannya, dengan membuat gaya sebegitu. Aku harap dia tidak tahu yang rupaku sudah hancur dengan tangisan.
Setelah aku keluar dari bilik itu, aku menenangkan kembali hatiku lalu aku mengambil keputusan untuk melihatnya buat kali terakhir.
Aku melihatnya, dia melihatku dengan tatapan yang berbeza dari sebelum ini. Aku melihat dia tersenyum, hatiku hancur berkecai. Sungguh, dia adalah orang yang kuat.
"Baiklah, drama ini sudah berakhir. Nampaknya, dengan sokongan emosi yang diberikan. Dia akan mampu bertahan untuk beberapa minggu lagi, syabas untuk itu Adolf."
"Aku tidak membuatnya untuk kau, sekiranya aku terlepas dari sini. Aku akan memberitahu pihak berkuasa tentang semua ini. Kau dan semua bawahanmu akan berakhir di penjara dan terus ke tali gantung."
" Hahahaha, awak terlihat marah kepadaku. Tapi tidak mengapa, aku tidak kisah. Semangat sebegitu yang aku suka, Baiklah. Sekarang, mari kita pergi ke tempat yang lebih menarik."
Sambil berjalan, lelaki banjingan ini terus memberi maklumat kepada kami. Maklumat tentang apa yang akan kami lihat selepas ini.
"Daripada perjuangan lelaki tadi dan beribu-beribu lelaki sebelumnya. Kami telah mengambil keputusan untuk menciptakan projek manusia super. Terdengar lucu tetapi secara teorinya, ianya dapat terjadi."
Kami sampai di ruangan yang mempunyai banyak kapsul kaca. Didalam setiap kapsul itu ada manusia.
Iya, jasad manusia bermula dari kecil sehinggalah yang dewasa.
"Setiap dari mereka dilahirkan menggunakan ****** dan ovum penderma. Mereka disenyawakan di tabung uji, dan terus dibekalkan dengan bahan yang mereka perlukan sehinggalah mereka dewasa. Kami mengambil kesedaran mereka dan terus menaik taraf tubuh badan mereka. Dalam bahasa mudahnya, kamu boleh anggap yang mereka koma sejak dari kecil lagi."
"Apa yang awak lakukan kepada mereka?"
"Soalan yang bagus Adolf, kami akan menciptakan manusia super. Mereka yang ada didalam kaca ini diberikan gizi yang seimbang sejak dari kecil lagi. Stamina yang 10 kali lebih besar dari manusia biasa, tubuh badan yang kekar, tulang kalsium mereka mempunyai campuran unsur besi untuk menguatkannya. Kami juga meningkatkan tahap penyembuhan semulajadi mereka ke tahap maksimum. Mempunyai sistem badan yang lebih cekap membuatkan mereka mampu hidup di tempat panas atau sejuk dalam tempoh yang lama, mereka juga tidak akan terjangkit penyakit kerana setiap data penyakit sudah tersimpan dalam darah putih mereka dan akhir sekali. Mereka mempunyai dua jantung dikiri dan kanan.Mereka akan menjadi raksasa yang paling kuat. Hahahahaha."
***Download NovelToon untuk nikmati pengalaman membaca lebih baik!***
Updated 80 Episodes
Comments