Aku terus berjalan tanpa arah tuju. Aku tahu yang dari tadi lagi aku sudah sesat, namun aku tidak ambil kisah kerana aku tidak ada tempat tinggal. Aku berjalan dari jalan besar, masuk ke selekoh, terus jalan mengikut gerak hatiku.
Aku terus jalan mundar mandir di kota itu. Akhirnya, aku 'give up', tidak ada yang aku boleh lakukan lagi. Baiklah, aku rasa sudah sampai masanya untuk usaha terakhirku.
Aku kemudian mencapai begku dan perlahan mengeluarkan alat ajaib dari dalamnya. Bukan kompas, sebaliknya adalah cermin kecil yang boleh dilipat. Aku melihat rupaku yang dipantulkannya, seperti biasa, aku terus menutup mata dan mengatur nafasku. Hebat, aku dapat merasakan yang iq ku terus meningkat. Bukan itu sahaja, aku juga dapat merasakan yang bunyi bising dari kereta dan orang ramai di sekelilingku perlahan semakin lesap.
Setelah bertapa beberapa minit, aku meyimpannya semula dan terus berjalan ke satu jalan besar. Aku terus berjalan tanpa membelok sekalipun. Aku mulai perasan, semakin jauh aku berjalan, semakin sedikit orang disekelilingku.
Aku terus berjalan sehinggalah tidak ada lagi bangun tinggi di sekelilingku sebaliknya adalah rumah rumah penempatan orang. Aku terus bergerak maju pergi ke tapak pembinaan yang ada disitu.
Aku masuk ke dalam 'kawasan larangan masuk' lalu pergi mencari tempat berteduh.
Syukur kepada tuhan. Akhirnya, aku menemukannya.
Sebuah gegelung besar yang terbuat dari simen tersusun di satu sudut tempat pembinaan itu. Alat yang akan digunakan sebagai parit untuk aliran air padaku sudah cukup untuk menjadi rumah sementaraku.
Aku memanjat susunan itu satu demi satu dan masuk ke salah satunya. Di satu sudut lubang aku tutup dengan begku yang besar dan satu sudut lagi aku tutup menggunakan kain.
Aku membuka mataku. Terlihat jelas dinding semen yang hanya beberapa jengkal dariku. Setelah aku tidur selama 6 jam, aku bangun untuk bersiap, aku mengesot perlahan keluar dari tempat itu.
Menghirup udara pagi merupakan salah satu nikmat dunia yang orang sering lepaskan. Setelah puas menghirup udara untuk menyegarkan diri. Aku terus pergi ke tandas awam untuk membersihkan diri. Aku sudah membawa alat mandi dan baju ganti dalam perjalanan pergi.
Aku sengaja pergi awal pagi lagi untuk mengelakkan orang lain melihatku dan tidak selesa dengan itu.
"Huuuuuhhhhh, aku benci mandi pagi".
Mandi pagi merupakan mimpi ngeri buatku, cuaca sejuk pagi yang turut menyejukkan air merupakan musuhku sejak dari kampung lagi.
"Huuuuuuh, sekiranya aku dirumah. Aku masih tidur berbungkus selimut tebal".
Setelah mandi, akupun bersarapan dengan roti madunaisku. Walaupun ianya roti kesukaanku, tetapi,untuk sekarang. Aku sudah tidak boleh menjamahnya untuk makan tengah hari pula. Aku perlukan makanan yang bergizi. Baiklah, untuk mendapatkan makanan seperti keinginanku, aku perlu mencari kerja.
Aku pergi ke kota dan melihat yang hampir semua kedai disitu sudah mulai buka, akupun memulakan langkah pertamaku ke kedai roti yang paling dekat denganku. Aku berjalan masuk dengan penuh yakin ditambah dengan rupaku yang penuh dengan cita cita.
"Baiklah, 'here I come'. "
Beberapa jam berlalu, aku berdiri di hadapan sebuah kedai baju dengan rupa yang sugul. Aku termenung memikirkan nasibku, Semua kedai yang aku pergi untuk memohon kerja menolak untuk mempekerjakanu. Aku tidak menyalahkan mereka, alasan mereka yang tidak mahu mempekerjakan budak hijau sepertiku itu adalah normal. Tambahan lagi, ekonomi negara yang kritikal pada masa kini membuatkan mencari pekerjaan itu adalah sesuatu yang hampir mustahil.
Aku duduk di bangku awam yang ada disitu, aku berniat untuk membatalkan niat untuk hidup selama setahun disini tetapi melihat duit yang ada dipoketku yang sedikit. Mahu tidak mahu, aku mesti meneruskannya.
Tidak ada jalan mundur lagi buatku. Dengan duitku yang sekarang, tiket kereta api untuk ke kampung halamankupun tidak lepas.
"Huuuuuuuh."
***Download NovelToon untuk nikmati pengalaman membaca lebih baik!***
Updated 80 Episodes
Comments