Mein Kampf(Perjuanganku)
[x/x/1909] [Jerman]
Adolf berlari melimpasi padang yang luas, dia lari dari rumah setelah habis bertengkar dengan ayahnya Alois.
" Aku tidak akan sesekali menjadi tentera" ucapnya.
Rumah kayu yang terletak di tepi gunung menjadi tempat tinggal dia dan ayahnya setelah kematian ibunya 6 tahun lalu.
Lari dari rumah adalah langkah terbaik baginya sebagai tanda protes kepada keputusan ayahnya.
Alois merupakan ayah kepada Adolf, merupakan bekas tentera jerman dan untuk sekarang. Dia sudah bekerja sebagai penternak dan petani setelah pencen tua.
Ianya merupakan langkah terakhirnya untuk mencari sesuap nasi buat keluarganya. Menggunakan semua gaji tabungannya untuk membeli sepasang induk haiwan ternakan serta sebidang tanah yang jauh dari permukiman manusia.
Kehidupan yang tenang ini sudah menjadi impiannya sejak dia mula bertugas sebagai tentera lagi. Menjadi tentera di zaman peperangan dan berhadapan dengan bermacam macam konflik merupakan pengalaman hitam dalam dirinya.
Bekas luka memenuhi badannya merupakan bukti ketulinannya kerana sudah berjaya balik dari bermacam macam misi yang gila.
Padanya, kawan dan lawan sudah tidak ada makna lagi. Ketika berperang melawan musuh, mereka adalah kawan yang saling bantu dan ketika bekalan terputus, mereka sudah menjadi musuh yang saling berebut punca makanan dan air untuk terus hidup.
Di balik jendela, dia hanya melihat anaknya berlari laju menjauhi rumah.
Matahari menyinari padang rumput, Alois segera membuka pintu pagar haiwan peliharaannya agar ianya boleh keluar dan meragut rumput yang masih basah disiram embun pagi. Kemudian, dia pergi menyiram tanamannya, setelah itu, dia kemudian mengambil hasil dari buah buahan dan sayurannya lalu dimasukkan ke dalam bakul untuk dijual di pasar tamu.
Dia kemudian masuk ke rumah dan memasak beberapa biji telur yang dia ambil dari reban ayamnya untuk dijadikan sarapan pagi. Setelah itu, dia akan makan bersendirian di meja makan.
Adolf yang masih mamai keluar dari biliknya, dia pergi mencuci muka dan memberus gigi.
"Adolf, mari makan dengan ayah!" ucap ayahnya sambil di tangannya memegang surat khabar.
"Baik ayah."
Dia kemudian duduk di hadapan ayahnya lalu turut ikut menjamah roti dan telur yang ada disitu. Meja di bahagian ayahnya sudah terkemas bersih dan hanya meninggalkan segelas kopi.
"Kamu balik lewat semalam, pukul berapa kamu balik?"
"Emm,pukul 3 ayah."
"Apa yang kamu buat sampai pukul 3 baru ingat pulang?"
"Tidak ada apa, saya cuma bermain kad dengan rakan rakan saya di luar"
"Mmmm, jadi kamu membuang zaman muda kamu dengan bermain kad"
"Lepas ini ikut ayah pergi pekan!, kita akan jual hasil tanaman di pekan lalu terus pergi membelikan barang barangmu untuk kamu bawa pergi."
"Ayah masih berkeras tentang itu?, saya sudah katakan yang saya tidak mahu. Saya tidak mahu pergi ke sekolah berasrama penuh tentera. Saya tidak mahu menjadi tentera."
"Jadi kamu mahu jadi apa?. Sekarang ini, negara kita mempunyai krisis ekonomi yang teruk, awak sudah berumur 14 tahun. Awak kena berfikir tentang masa depan awak, peluang yang ada di depan mata jangan dilepaskan. Tidak semua orang mempunyai kesempatan sepertimu, ayah terpaksa menggunakan hasil keuntungan setahun kita agar awak dapat memasuki sekolah itu."
"Jangan membantah cakap ayah dan ikut sahaja. Sudah menjadi tanggungjawab kami untuk mengelakkan kamu menyesal di masa hadapan."
"Saya tidak mahu menjadi tentera"
"Dengar sini!, ini bukan tentang mahu atau tidak. Ini tentang awak boleh hidup atau tidak, awak tidak mempunyai pilihan lain."
"Tidak, saya tidak mahu menjadi orang macam ayah, menjadi tentera. Hanya menerima arahan dari pihak atasan, meninggalkan anak dan isternya. Mana ayah pergi ketika ibu nazak?, ayah tidak datang. Saya hanya bersendirian bersama ibu."
"Saya sudah bertekad, saya tidak akan mengikuti jejak ayah. Saya akan menjadi pelukis, ayah setuju atau tidak, saya tidak peduli."
Mendengar jawapan Adolf membuatkan wajah Alois memerah.
"Budak bodoh, kamu tidak faham apa apa. Kamu tidak akan boleh hidup dengan minat kamu. Sudah, lupakan semua itu dan pergi bersiap!"
Adolf terlihat murung, perlahan dia berlalu pergi dari situ.
***Download NovelToon untuk nikmati pengalaman membaca lebih baik!***
Updated 80 Episodes
Comments