Kami dibawa ke sebuah ruangan. Dihadapan ruangan itu ada sebuah ruangan lagi yang dipisahkan dengan cermin.
"Memperkenalkan, ini adalah Alan. Senior kamu, percaya atau tidak, beberapa minggu yang lalu. Dia ada di posisi kamu.
Aku terkejut melihat orang yang ada di dalam ruangan kaca itu. Mataku seolah-olah tidak mempercayai apa yang aku lihat, bagaimana mereka boleh melakukannya?, ini gila.
"Dimata kamu mungkin dia tersiksa tetapi realitinya tidak, dia sekarang adalah lelaki yang paling hebat di dunia ini. Seorang rakyat yang memberikan segalanya buat negaranya, orang yang hebat. Dengan pengorbanannya, kita dapat membuka ilmu pengetahuan yang baru dan dapat digunakan oleh semua orang."
Mataku tidak dapat kualihkan darinya. Aku melihat seorang lelaki botak yang terbaring di bilik itu, lelaki botak yang tidak berbadan.
Iya, tidak berbadan. Hanya ada kepala, peparu dan jantung. Jantungnya yang masih berdegup, peparunya yang turun naik itu saling disambungkan dengan banyak paip paip lut sinar. Terlihat jelas yang darah mengalir dari paip paip itu.
Lelaki bernama Alfonso itu kemudian mengetuk ngetuk cermin yang memisahkan kami dengannya.
Lelaki dari dalam ruangan itu terus membuka matanya setelah mendengar ketukan itu. Aku terkejut bukan kepalang, dia hidup. Matanya terbuka dan merenung kami.
Dia teriak, namun kami tidak dapat mendengarnya kerana cermin yang memisahkan kami tetapi aku tahu, dia tersiksa.
Dari raut wajahnya, aku dapat melihat dengan jelas yang dia meraung meminta pertolongan. Sudah berapa lama dia tersiksa, sku sendiri tidak tahu. Matanya yang menceritakannya cukup membuatkan kakiku bergetar. Jantungku seolah olah gugur melihat nasibnya.
"Tolong lepaskan dia!, dia tersiksa. Tolong bunuh dia!."
"Apa, jangan jadi bodoh. Kami tidak akan membunuhnya, dia akan terus hidup dan memberi maklumat kepada kami. Berapa lama dia boleh bertahan?, adakah dia akan hidup normal semula apabila kami memasang semula badannya?, banyak benda misteri yang belum terungkai dan dialah kunci bagi kita. Umat manusia mengetahui hal itu. Bayaran untuk maklumat penting itu hanya dengan rasa sakit yang dialaminya. Ianya jelas sangat murah sekiranya kita terlepas semua maklumat penting itu."
"Tapi, tidakkah awak mempunyai hati perut?, adakah awak manusia atau iblis. Ben katakan sesuatu."
"Haaaaah, hati perut. Awak tidak akan boleh hidup dengan hati perut, hanya orang bodoh yang menjual potensi untuk memajukan manusia hanya dengan hati perut. Jangan jadi bodoh."
"Katakan sesuatu Ben!, kenapa kau hanya diam."
"Dia hanya diam kerana dia tahu posisinya. Sepertinya awak tidak tahu posisi awak, sekiranya awak tahu nasib yang akan awa lalui nanti. Awak tidak ada masa untuk memikirkan orang lain, awak akan lebih memikirkan nasib yang awak lalui nanti. Adakah berakhir seperti dia, ataupun seperti perempuan tadi. Tapi, oleh kerana kau berkeras, apa kata kau cuba menyelamatkannya."
Aku terdiam mendengar jawapannya. Bagaiamana caraku untuk menyelamatkannya. Ketika itu juga tangannya terus menangkap kolar bajuku lalu menariknya ke arahnya.
Kemudian, tanpa aku sedari, aku sudah diangkatnya lalu dilemparkan ke cermin itu.
Aku bertabrakan dengan dinding cermin itu menyebabkan ianya pecah dan aku termasuk ke ruangan lelaki botak itu. Aku perlahan bangun dengan bantuan tongkatku lalu aku mendekati lelaki itu, aku melihatnya dengan tatapan sedih. Sugguh, berapa banyak kesakitan yang awak sudah hadapi.
"Tolong bunuh aku!, tolong bunuh aku!. Aku sangat memohon denganmu, aku sudah tidak mahu hidup. Mati adalah lebih baik, aku mohon untuk kau habisi nyawaku."
Dengan suara perlahan dia memintaku untuk menghabisinya. Permintaan yang gila, tidak ada orang yang mahu minta mati tetapi ianya boleh berlaku sekiranya hidup lebih sakit dan menakutkan. Matanya yang ingin menangis tapi tidak ada air mata yang keluar, dia sudah nukan manusia. Semua kemampuan manusia seperti makan, menangis, berpeluh, serta buang kotoran badan. Semuanya sudah menjadi mustahil olehnya, hanya menggunakan paip untuk memasukan apa yang diperlukan dan menggunakan alat untuk menapis sekalipun menyingkirkan bahan buangan badannya.
Dalam erti kata lain, dia sekarang adalah mayat hidup. Dia tidak boleh menjadi manusia lagi dan dia tidak dibenarkan untuk mati.
Perlahan tanganku memegang alat bantuan pernafasannya.
"Baiklah, aku sudah sedia. "
"Emmm, sebelum itu. Ingin saya memberitahu sesuatu, sudah menjadi prosedur pihak kami untuk menyerap sesiapa sahaja untuk mengisi tempat yang kosong. Sama seperti situasi awak dan dia.
***Download NovelToon untuk nikmati pengalaman membaca lebih baik!***
Updated 80 Episodes
Comments