Kerisha hadir ke sekolah seperti biasa. Qaira tetap melayan Kerisha seperti biasa. Waktu berjalan ke dewan sekolah, Kerisha melihat Russel dari jauh menghampiri mereka berdua. Kerisha tersenyum, hatinya mulai berbunga-bunga. Seperti orang mabuk cinta. Wajah Russel betul-betul memikat hati Kerisha. Lelaki bertubuh tegap, rambut segak ke depan, kemas, memakai jam tangan hitam..
Russel mendekat tetapi Kerisha masih mengelamun. Russel lalu menyapa Qaira.
"Hai Qaira!" eh ada Kerisha harini . kata Russel
"Ye hai Russel. Harini Kerisha ada , taklah aku sunyi kat kelas." jawab Qaira.
"Kalau sunyi kenapa tak ajak aku duduk sekali" usik Russel
Mereka berdua tertawa . Kerisha mendengar perbualan mereka menyebabkan hatinya panas dan terus melarikan diri begitu sahaja.
Russel dan Qaira menyedari tingkah laku aneh Kerisha . Qaira bergegas pergi mengikuti jejak Kerisha. Russel masih disana terpenga-penga tidak tahu apa yang terjadi. Qaira mendapati Kerisha mengurung diri dalam tandas belakang dewan. Dia mendengar bunyi air yang berjurai jatuh ke lantai..
"Kerisha.. are you okay? Buka pintu ni, bagi aku masuk dalam."
"Aku nak bersendirian jangan kacau aku!" seperti biasa Kerisha menjerit memarahi Qaira.
Qaira dengan penuh rasa bersalah lalu berkata "Kalau kau taknak keluar, aku pun takkan pergi dari sini. Janji aku dulu, aku akan sentiasa ada untuk kau. Peluk kau bila kau sedih, mengurangi beban yang kau tanggung.. Kalau aku ada buat salah,kau maafkan aku okay? Aku taknak kau sedih. Aku sanggup berbuat apa saja untuk kau" .
Kerisha membuka pintu tandas lalu memeluk erat tubuh Qaira. Dia tidak tentu arah, fikirannya betul-betul kacau . Dia menghapus air matanya dengan tisu yang diberi oleh Qaira .
"Dahla jangan nangis, jum kita pergi ke dewan" kata Qaira memujuk Kerisha.
Kerisha mendengarkan arahan Qaira.
Qaira sejujurnya hairan apa yang sedang berlaku terhadap Kerisha. Kenapa dia bertingkah begitu , sebelum ini dia tidak pernah begini.. "Kerisha yang aku kenal, periang orangnya." bisikan hati Qaira
Setibanya di rumah Qaira termenung diluar jendela memikirkan perkara yang tertulis di laptop Kerisha. Dia merasa sebak, bersalah dan tidak tahu macam mana mahu membantu Kerisha keluar dari depresi yang dihadapinya. Dia mencuba menghubungi Mimin lagi. Namun panggilan nya tidak pernah dijawab. Dia merasa sedikit terbeban kerana tiada kawan untuk bercerita lagi.. Kerisha ada tetapi keadaan Kerisha tidak membagi keizinan untuk dia meluahkan perasaan nya.
Kerisha kembali berbaring di atas katil . Perasaan cemburu itu masih ada dalam diri Kerisha. Dia membenci Qaira. Dia ingin saja menghapuskan Qaira dari pandangan nya, tapi dia tidak tahu apa sebenarnya dalam fikirannya. Dia mula menghias diri nya dihadapan cermin. Dia bergaya sama persis seperti Qaira. Dia yakin ingin bergaya seperti Qaira untuk menarik perhatian Russel .
"Kalau aku berpakaian seperti ini, mesti Russel suka" kata Kerisha sambil tersenyum melihat wajahnya di hadapan cermin.
Aku cantik, aku tahu Qaira mesti kalah dengan penampilan baruku! Dia hanya terlihat noob berkaca mata heh! ungkap Kerisha lagi .
Kring...
Telefon Kerisha berdering. Jelas itu panggilan dari Qaira .
"Tertulis namanya Qaira dan diakhiri simbol love"
Dia terus mematikan panggilan. Dia muak melihat nama Qaira di muka depan telefon nya. Dia langsung menukar nama Qaira kepada Ailee Qaira. Menghapus simbol love di belakang nama Qaira .
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Comments