Berkaca Mata

Berkaca Mata

Hari pertama

"Kring.. kring.." pengera berbunyi . Dengan lantas tangan itu mematikan pengera yang berbunyi tepat disebelah telinga kanan nya.

Dia terus melangkah menuju ke kamar mandi. Setelah selesai mempersiapkan diri, dia terus duduk di atas kerusi berhadapan meja solek nya. "Betul ke harini aku sekolah? Betul ke aku bersedia untuk menjalani hari pertama aku menjejak kaki ke sekolah baru?" Banyak persoalan yang datang menghantui fikiran nya.

Bekaca mata, manis senyumannya. Mempunyai dua lesung pipi yang memperlihatkan kemanisan ketika dia senyum. Gadis berumur 16 tahun itu bakal menjejak kaki ke sekolah untuk pertama kalinya.

Dalam perjalanan ke sekolah, persoalan yang sama masih ada dalam kepala gadis itu. Jantung nya berdegub kencang apabila kereta yang dipandu oleh ayahnya semakin mendekati sekolah . Tepat di hadapan pagar sekolah, dia memberanikan diri untuk melangkah masuk . Semua mata memandang nya seoalah-olah dia orang asing. Dalam keadaan kekok dia meneruskan perjalanan ke kelas. Langkah kaki nya terkunci setelah seseorang menarik kasar rambutnya dari arah belakang.

"Sakitlah!" kenapa kau tarik rambut aku . teriak Qaira sambil membetulkan ikatan rambut nya.

"Kau kalau baru masuk sekolah ni kena hadap aku dulu. Dekat sekolah ni, aku ketua. Kau faham?!" Suara lantang dilemparkan pelajar itu .

Miya. Gadis cina yang merasa kuat kerana bapaknya bekerja sebagai Ketua Pentadbiran di sekolah itu. Dia sentiasa melakukan sesuatu tanpa mengira hati dan perasaan orang lain. Semua pelajar sudah masak dengan perangai Miya yang berlagak dan angkuh itu.

"Mulai harini kau kena tunduk hormat kalau kau terserempak dengan aku. Faham?!" Jelas Miya langsung menolak Qaira sampai terjatuh.

Qaira betul-betul terkejut dengan situasi yang menimpa di hari pertama persekolahan nya. Hati terasa mahu menangis dan mengadu kepada rakan karibnya Mimin, yang jauh di sana. Dia terpaksa menahan amarah dan rasa kecewa nya. Langsung dia meneruskan perjalanan ke dalam kelas.

"Haa .. masuklah. Murid-murid, ini kawan baru kamu baru berpindah dari Penang." jelas Cikgu Wawa kepada pelajar 4 Cempaka.

Qaira mendudukkan punggungnya di kerusi kosong bersebelahan seorang gadis yang mempunyai rupa yang cantik, berambut panjang serta segala barang-barang sekolahnya berwarna merah jambu.

"Hai, saya Kerisha." sapa gadis itu.

"Saya Ailee Qaira, boleh panggil Qaira je"

Mereka berkenalan dan mulai rapat dari hari ke hari.

3bulan sudah di alam persekolahan, Qaira dan Kerisha menjadi kawan rapat. Namun dia tidak melupakan sabahatnya, Mimin yang berteman sejak kecil lagi. Dia hanya menelefon atau menghantar Email kepada Mimin untuk bertanya khabar dan meluahkan perasaan nya.

Qaira sudah dikenali di sekolah itu. Hanya Miya yang sering mengganggu nya. Dia sudah faham perangai Miya setelah diceritakan oleh Kerisha. Dia tidak mengendahkan Miya malah tidak memperdulikan segala kata-katanya . Itu yang membuat Miya bertambah panas dan merancang untuk melakukan sesuatu yang buruk terhadap Qaira.

Miya keturunan kaya sememangnya tidak masalah untuk mengupah pelajar liar untuk mengenakan Qaira. Suatu hari, dia mengatur rancangan dan strategi untuk mengenakan Qaira. Lantas dia berfikir untuk menyuruh lima orang pelajar nakal yang terkenal di sekolah itu. Tak lain tak bukan, Tom dan rakannya. Mereka bersetuju dengan rancangan Miya demi mendapat duit . Mereka segera bertindak mengikut arahan yang diberi oleh Miya .

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play