Sahabat

*Mimin sudah sebulan tiada khabar, tidak menelefon Qaira malah Email yang Qaira hantar juga tidak pernah di balas. Qaira sedih kerana rakannya yang semakin menjauh dan tiada khabar . Segala kesedihannya tidak dapat diluahkan kerana Mimin adalah satu-satunya yang dia percaya dapat menyimpan rahsia*..

Hari-hari berjalan seperti biasa, sudah hampir 4 bulan Mimin menghilang. Kerisha yang semakin akrab dengan Qaira namun dia tidak menceritakan apa-apa kepada Kerisha. Kerisha mengajak Qaira tidur dirumah nya kerana dia sering keseorangan . Ibu bapa sibuk bekerja langsung tidak mengambil peduli tentangnya. Malam itu, dia pergi ke rumah Kerisha. Kerisha mengajak Qaira masuk lalu mengambil sebungkus snek Emi dan air bunga untuk Qaira.

"Kau sunyi, Kerisha. Selama ini kau keseorangan tanpa kawan?"

"Macam ini lah kehidupan. Aku iri melihat orang lain, ada kawan, ada keluarga. Tapi aku? Keseorangan. Aku juga menghabiskan masa menangis dalam depresi. Banyak masalah yang mahu aku luahkan tetapi aku takut orang menganggap aku meminta simpati. Aku mahu orang melihat aku kuat, tiada masalah. Happy go lucky.." ungkap Kerisha tanpa menyedari setitis air mata jatuh di pipinya.

Qaira kasihan melihat Kerisha yang mengalami depresi. Selama ini orang menganggap Kerisha sombong tidak mahu bergaul. Tetapi rupa-rupanya dia ada masalah yang menjadikan dia suka berseorangan.

"Sudah, jangan menangis.. Sekarang kau ada aku. Aku akan dengar semua masalah kau supaya kau tidak merasa terbeban melalui semua ini sendiri.." jawab Qaira sambil memeluk Kerisha .

Sepanjang malam mereka membuka cerita antara satu sama lain. Hal ini menjadikan mereka semakin akrab dan tiada lagi rahsia antara mereka. Qaira juga sudah sering membawa Kerisha tidur dirumah nya . Ibu Qaira menganggap Kerisha seperti anak nya sendiri . Kerisha sangat terharu dan depresi nya mulai hilang.

Mereka pergi ke sekolah bersama-sama. Waktu rehat mereka terserempak dengan Russel.

"Hai Qaira" sapa Russel sambil senyum kepada nya.

"Hai Russel, kenapa kau sendiri . Greg mana?"

"Itu haa dating dengan "GIRLFRIEND" . jawab Russel sambil memuncungkan mulutnya ke arah Greg .

"Kalau macamtu, jom ikut kami makan. Ohya, ini Kerisha. Kawan aku" Qaira memperkenalkan Kerisha kepada Russel .

"Hai Russel" ucap Kerisha.

"Hai Kerisha, cantik nama" jawab Russel lagi.

Mereka bertiga makan bersama. Kerisha masih pelik, dia sudah lama bersekolah disitu tapi tidak menyedari Russel duduk di kelas sebelah.

"Tapi macam mana Qaira boleh kenal Russel" Kerisha berkata di dalam hati. Qaira dan Russel rancak berbual hingga tidak sedar Kerisha memerhatikan mereka dengan tatapan aneh.

Loceng berbunyi dan mereka balik ke kelas.

"Macam mana kau boleh kenal Russel?"

"Haritu aku kena kacau geng Tom, dia selamatkan aku" jawab Qaira .

"Wow! Hero Malaya . Kenapa kau tidak pernah bagitau aku eh?" tanya Kerisha lagi.

"Bukan penting pun budak tu. Dia tolong aku je. Ni pun kebetulan terserempak." jawab Qaira.

"Tapi aku suka lah tengok dia. Sopan,baik,hensem lagi hihihik.." Kerisha ketawa tersipu-sipu.

"Kau ni kan. Gatal! Apa kata kau cakap je kat dia, kan senang" hahahaha jawab Qaira.

"Taknak aku. Manatau dia ada "GIRLFRIEND". Kau ada nombor telefon dia tak Qaira?" tanya Kerisha.

"Gila ke aku nak ada nombor telefon orang yang aku tak kenal" jawab Qaira.

"Ye lah ye lah. Manalah tau..."

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play