Kerisha

Saban hari Russel semakin dikenali . Dia juga semakin akrab dengan Qaira dan Kerisha. Dalam diam Kerisha menyimpan perasaan terhadap Russel. Kerisha memang dikenali sebagai seorang pemalu, tiada kawan dan sedikit kuno . Semenjak berteman dengan Qaira, dia semakin mengenal dunia luar . Dia mencari masa untuk menceritakan hal itu kepada Qaira.

Dia melihat Qaira dan Russel berbual begitu akrab. Perasaan cemburu itu timbul kerana dia tidak dapat menjadi seperti Qaira yang mudah bergaul dengan orang. Kerisha mencuba untuk menjadi Qaira. Dia mengambil laptop merah jambu miliknya itu lalu tangannya menaip "Cara-cara untuk bergaul dengan orang ramai" . Dia membaca satu persatu cara itu sehingga larut malam. Tepat jam 12 tengah malam , dia membaringkan badan nya di katil . Dia kembali bercakap dengan diri sendiri.

"Kenapa aku tidak boleh menjadi seperti dia, kenapa aku kurang dilihat oleh orang, kenapa? Apa kurang aku" depresi mula datang perlahan menguasai minda Kerisha . Dia mulai menangis seperti dulu. Jantungnya berdegup kencang, tangannya mula menggeletar dan dia tidak dapat mengawal fikiran nya lagi. Dia menangis sampai tertidur .

Kerisha tidak hadir ke sekolah keesokkan harinya. Qaira bimbang mungkin Kerisha sakit atau apa. Qaira dan Russel makan berdua tanpa Kerisha.. Mereka berdua merasa kekok dan tidak banyak bicara. Selesai makan mereka langsung masuk ke kelas masing-masing. Setelah pulang dari sekolah, Qaira segera menelefon Kerisha . Tetapi , telefon Kerisha dimatikan. Qaira bimbang lalu dia meminta ibunya menghantar dia ke rumah Kerisha.

Qaira mengetuk pintu rumah Kerisha. Tiga kali ketukan tapi tiada yang membuka. Lalu, Qaira mencuba memusing tombol pintu itu .. Rupanya tidak berkunci. Dia segera naik dan pergi ke bilik Kerisha . Dia terdiam melihat Kerisha yang begitu kusut, tidak mandi dan biliknya bertaburan barang-barang.

"Kerisha, kau kenapa.. Apa yang membuat kau jadi macam ni. Kau ada masalah? Kalau kau diam aku tak dapat tolong kau Kerisha.." kata Qaira .

"Memang kau tak dapat tolong aku!" Kerisha berteriak tiba-tiba .

"Qaira mencuba menenangkan Kerisha. Segala ayat dilontarkan Kerisha, dia tidak mempedulikan . Dia hanya memikirkan cara menyelamatkan kawan nya itu. Yang sedang dikuasai dipresi..

20minit berlalu..

Kerisha mulai tenang dan baru menyedari dunia luar. Dia tersedar dan langsung memohon maaf kepada Qaira. Dia merasa malu dengan dirinya . Terlampau emosi tanpa memikirkan perasaan orang lain..

"Pergilah mandi, nanti aku tolong kemaskan bilik kau ya.." kata Qaira sambil menghulurkan tuala mandi kepada Kerisha .

Kerisha membersihkan diri nya. Dia mengambil waktu yang lama untuk mandi kerana masih memikirkan hal yang berlaku sebentar tadi. Qaira memberi ruang kepada Kerisha. Dia membiar Kerisha bertenang . Semasa sedang mengemas bilik Kerisha, dia mendapati laptop Kerisha yang masih terbuka disebelah katil. Dia mencapai laptop tersebut tanpa sengaja melihat sesuatu tertulis di muka depan laptop itu..

"Mungkin kah ini sebab kenapa Kerisha tidak pergi ke sekolah.. Adakah dia marah pada ku? " Qaira berbisik di dalam hati .. Tanpa berlegah dia membaca segala yang tertulis di sana. Belum sempat dia membaca habis, Kerisha datang membuatkan Qaira terkejut dan laptop itu hampir terjatuh. Dia berpura-pura mengemas bilik Kerisha.

Adakah perbuatannya disedari Kerisha? Apakah yang tertulis di muka hadapan laptop Kerisha? Sempatkah Qaira membaca sampai habis?

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play