Rancangan Miya

Setelah habis waktu persekolahan. Tom dan rakannya segera mencari kelibat Qaira. Mereka menunggu di hadapan tangga kelas Qaira.

"Mangsa tepat dihadapan, cepat bergerak" arahan Tom kepada Roger.

Roger segera menarik Qaira ke belakang tandas sekolah . Namun, pergerakan mereka sempat dilihat oleh Russel, pelajar kelas sebelah Qaira.

"Eh bukan kah itu pelajar baru kelas sebelah?" tanya Russel kepada rakannya, Greg.

"Macam dia. Tapi kenapa Tom heret dia. Ni mesti rancangan bodoh Miya. Jum kita pergi tengok" kata Greg.

Greg segera pergi ke pejabat untuk melaporkan ke guru disiplin manakala Russel mengintip perbuatan mereka.

"Kau berlagak sangat kan perempuan.. Kau ingat kau siapa kat sekolah ni?" dengan nada yang kuat Tom bersuara sambil menarik rambut Qaira . Qaira tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menangis dan menjerit minta pertolongan.

"Kau jeritlah kuat lagi pun tak kan ada orang datang selamat kan kau lah. Perempuan sial !" Lontaran kasar dari Roger.

Russel yang mengintip tiba-tiba terjatuh kerana terpijak batu kecil. Oleh kerana terlampau mengintip, dia tidak menyadari ada batu kecil di hadapan kaki nya. Tom menyedari bunyi dari arah itu lalu mengarah Roger memeriksa sekeliling. Russel tertangkap alu diheret sekali bersama dengan Qaira.

"Tolong lepas kan dia, kau marah aku kau pukul aku . Jangan libatkan orang lain." rayuan Qaira yang kasihan melihat lelaki yang tidak dikenalinya itu . Dia tahu pasti lelaki itu ingin membantu tetapi perbuatan nya disedari Tom dan rakannya.

"Tak Qaira. Aku datang untuk selamatkan kau . Jangan risau. Budak-budak ni memang jahat tidak berperikemanusiaan."

" Kau kalau hebat kau lawan aku, jangan jadi dayus memukul perempuan!"

Tom ketawa tersengih dan menganggap itu lawak. Roger mengeluarkan sebotol acid dari dalam poket seluarnya untuk disimbah di muka Russel.

"Jangan!" teriak Qaira.

Tom dan rakannya ketawa terbahak-bahak .

Belum sempat sampai dimuka Russel, Greg datang bersama Cikgu Zainal. Ketua disiplin sekolah. Tom dan rakannya terkejut melihat kedatangan Cikgu Zainal lalu melepaskan Qaira dan Russel dari genggaman mereka.

"Kamu berlima sekarang pergi ke bilik disiplin dalam keadaan pantas dan cepat!" Teriak Cikgu Zainal.

Perasaan takut mula mengeruni mereka . Greg segera membantu Russel dan Qaira dan membawa mereka ke klinik sekolah sebelum pergi ke bilik disiplin untuk memberi keterangan.

Tom , siapa yang beri kamu arahan untuk menggangu pelajar baru? Siapa yang membenarkan kamu membawa alat terlarang ke dalam sekolah?

Mereka diam tanpa menjawab satu pun.

"Jawab! gertak Cikgu Zainal sambil memukul rotannya di meja hadapan mereka .

Sebenarnya..

"Sebernarnya apa?"

"Miya yang minta kami buat semua ni sebab Qaira tidak mahu mengikut arahan nya. Dia berjanji memberikan upah setelah kami selesai melakukan tugas. Kami hanya ikut arahan dia"

"Mulai hari ini kamu berlima dikena kan tindakan gantung sekolah selama 3bulan, dan sebatan sebanyak 3kali di punggung. Sila isi borang ini sebelum saya panggil kan ibu bapa kamu kemari" jelas Cikgu Zainal.

Qaira merasa kasihan melihat mereka. Mungkin mereka terpaksa melakukan itu tapi sebenarnya hati mereka baik. Qaira memohon kepada Cikgu Zainal untuk menarik balik hukuman terhadap mereka. Tom dan rakannya melihat Qaira. Merasa bersalah dan malu.

"Kenapa kau menarik hukuman mereka?" tanya Russel.

"Mungkin mereka bersalah, tapi kita maafkan saja. Mereka berubah sahaja sudah cukup untuk dimaafkan." ujar Qaira.

Tom yang malu langsung berlutut di hadapan Qaira sambil memohon maaf.

Mereka berbaik dan berkenalan antara satu sama lain. Tom turut meminta maaf terhadap Russel . Russel memaafkan mereka berlima .

"Baiklah, kamu semua boleh balik sekarang. Tom saya harap lepas ni kamu berhenti melakukan kesalahan berulang. Faham?"

"Faham Cikgu..."

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play