Alina...Gadis Biasa
Alina berusia 9 tahun , orang tuanya meninggal dunia akibat dibunuh mafia-mafia jahat akibat hutang Company ayahnya Mr.Sinaka Khabth . Business Mr. Sinaka bersama isteri Mrs.Anukaya Blondee membangun pesat ketika itu. Company Inaya.co Company kepercayaan besar setiap orang yang berpangkat tinggi atau para mafia ketika itu. 5 tahun membangun megah, Inaya.Co jatuh akibat kekuasaan Empayar Mr.Diande yang merupakan Kerabat Mafia yang tiada tandingan kuasa dan taklukan nya di Russia. Mr.Sinaka kehilangan saham Billion Ruble Russia. Akibat pekerja dalam Syarikatnya pecah amanah merupakan tikus kepada Empayar Mr.Diande. Akibat hutang yang melilit pinggang dan kejatuhan Company Inaya.Co hutang dibayar nyawa. Puteri kepada Mr.Sinaka dan Mrs.Anukaya telah dilarikan ke kampung pendalaman Russia yang terpencil Urals. Alina Shaka dibesarkan bersama Nenek nya Nyonya Fianne. Neneknya Nyonya Fianne tidak pernah bicarakan kematian orang tuanya. Nyonya Fianne cuma bagitahu meninggal akibat kemalangan.
Alina pun tidak lagi bertanya kerana bisa mengundang kemarahan Nyonya Fianne.
Alina Shaka membesar seperti gadis desa Urals, sangat baik hati malah pemurah. Hormat orang tua. Tidak pernah melawan atau berkasar kepada orang tua. Alina Shaka bekerja sebagai pencuci baju di desa Urals yang upahnya cukup makan untuk dia bersama neneknya Nyonya Fianne.
Alina makin membesar menjadi gadis cantik dan menawan. Mempunyai kulit putih pucat, dan lesung pipi yang cantik. Berambut cokelat dan panjang paras pinggang. Alina Shaka mempunyai mata berwarna Hijau Pastel. Warisi daripada Mamanya, Mrs.Anukaya Blondee. Ketinggiannya semasa berumur 23 Tahun 178cm.
Setiap hari Alina rajin untuk pergi bekerja. Mencari upah. Kekadang Alina bekerja sambilan disebuah kedai Bakeri didesa Urals.
Nyonya Fianne menyedari yang Alina Shaka , sudah menjadi dewasa. Pasti Alina mempunyai keinginan seperti gadis lain-lainnya di desa Urals.
Sehingga Alina Shaka meminta izin untuk berhijrah ke bandar besar. Namun masih bisu dan tiada jawapannya.
Sehingga ada ketika Alina merajuk kepada Nyonya Fianne akibat tidak menjawab keinginannya. Sedangkan Alina berniat baik untuk mencari pekerjaan bagi menyokong pendapatan Nyonyanya juga yang hanya menjual sayuran ditepi jalan desa Urals. Tambahan kesihatan Nyonyanya makin memburuk menjadi kerisauan Alina.
Pagi nan indah itu, Alina mahu keluar untuk bekerja. Walaupun berat rasa hati untuk tinggalkan Nyonya Fianne sendirian dirumah.
"Siap cepat , lagi cepat balik".bisik Hati Alina.
Kakinya dilangkah laju menuju ke tempat kerjanya. Dari jauh kelihatan sahabatnya Milla melambai-lambaikan tangan.
"Laju bangat jalanya". Milla tercunggap separuh nafas.
"Aku nak siap cepat dan cepat balik". Jawab Alina.
"Kalau disuruh balik awal memang bernasib baik, jangan pula macam minggu lepas malam jawabnya balik." Sendu Milla menjawab.
Wajah Alina terkedu. Arhhh tak peduli . Kalau dua tangan tak cukup memcuci dengan kaki sekali memcuci.
Sampai dikedai tempat kerjanya. Alina terus menyimpan begnya di loker. Siap semuanya, jarinya terus bekerja memunggut baju didalam baldi besar ke setiap bakul yang berlainan. Ada 5 bakul khas untuk baju, seluar, selimut, kain-kain buruk dan pakaian tebal. Russia sini memang cukup dingin. Hampir setiap hari.
Laju saja tangannya mengasing-asingkan setiap helaian. Milla terus mengangkat bakul yang telah diasingkan Alina ke tempat belakang dimana tempat khas memcuci pakaian. Disini tidak seperti dobi bandar, didesa Urals pakai manual tangan lah jawabnya.
Alina dan Milla mula memcuci. Digosok-gosok setiap helaian baju. Dibanting-banting setiap pakaian yang tebal dan diberus-berus pakaian yang kotor. Mana tak mahir kalau cuci pakaian yang berdosen-dosen macam nih. Pejam je mata pun boleh cuci.
Leka memcuci, Milla tiba-tiba menanyakan niat Alina untuk ke bandar besar.
"Alina bagaimana niatmu yang ingin ke kota besar, aku bisa ikut kan". Milla juga berniat untuk ikut Alina. Milla banyak adik beradik . Milla juga merupakan anak yang ke-5 daripada 9 orang beradik. Kakaknya cuma bekerja di desa Urals belum ada yang bisa ke kota besar. Atas alasan tidak mahu meninggalkan orang tua. Jadi Milla berniat nak ikut Alina.
"Entahlahh, Milla. Nenek Fianne belum bisa bagi jawapan. Sedangkan aku perlukan pekerjaan yang gaji yang lumayan bagi kos beli ubat Nenek Fianne". Alina bersuara sayu banget.
"Tak apa kita sama-sama pujuk nanti ya", Ucap Milla sambil mengenggam tangan Alina
"Thanks Milla, kamulah sahabat dunia akhirat ku, yang sudi mendengar kata hatiku", Alina mengenggam balik tangan Milla.
"Ayuhh, mari siapkan kerja kita berdua. Mana tahu angin Madam Nina baik ini hari".
"Ayuhh!!",jerit Alina.
Tempat jam 0100petang Alina sama Milla sudah bisa pulang kerja. Kerana pekerjaan cuci mereka dua sudah siap. Upah pun dikali 2 lipat sama Madam Nina. Angin baiklah tu.
Alina pulang dengan senyum yang lebar. Sempat singgah di kedai ubat untuk membeli ubat Nenek Fianne. Ubat batuk kerana batuk Nenek Fianne makin melarat sudah satu bulan. Yang menjadi kerisauan Alina.
Sampai dirumah Alina terus memanggil Nenek Fianne.
"Nenek Fianne, ada dimana tu?",Alina melepas kasutnya lalu ke kebun belakang. Kerana itu aktiviti Nenek Fianne saat cuma duduk dirumah sahaja. Melihat dan menyiram sayur-sayuran nya.
"Alina cucu ku sudah balik", Nenek Fianne berpaling ke belakang sambil meletakkan botol penyiram sayuran.
"Alina ada singgah beli ubat untuk Nenek Fianne, lepas makan bersama nanti Nenek terus minum ubat ya", Alina menarik kerusi untuk memudahkan Nenek Fianne duduk.
"Terima kasih sayang, ayuhh makan sekarang Nenek sudah masak cuma tunggumu balik sahaja.",
"Baiklah Nenek", Alina terus mengambil pinggang , sudu dan lauk yang dimasak Neneknya.
Dihidangkannya terlebih dahulu untuk Nenek Fianne.
Mereka berdua makan dengan pelbagai cerita dan tawa. Bahagia sungguh walaupun hidup sederhana dan biasa-biasa sahaja.
Selesai makan Alina lalu memcuci piring dan segala perkakas makanan yang kotor. Dilapnya bersih meja. Dimop juga lantai sehingga bersih.
Ketika Alina sedang bekemas didapur. Nenek Fianne masuk ke biliknya, dibukanya almari. Kotak merah baldu dikeluarkannya. Menitis air mata Nenek Fianne, kerana barang didalam kotak merah baldu itu adalah milik Mamanya Alina, Mrs.Anukaya Blondee, satu-satunya anak perempuan Nyonya Fianne . Mrs.Anukaya ketika itu minta izin sama Nyonya Fianne untuk ke kota dan bekerja disana. Saat bekerja dikota Mrs.Anukaya bernikah bersama Mr.Sinaka merupakan ahli Business yang bukan calang-calang orangnya.
Sehingga Nenek Fianne menerima khabar bahawa anak perempuannya bersama suami mati dibunuh orang jahat . Berita yang amat menyayat hati. Hadirlah puteri Mrs.Anukaya dan Mr.Sinaka. Itulah penyebab Nenek Fianne belum menjawab keinginan Alina untuk bekerja dikota. Takut hal lama berulang kembali. Cukup Nenek Fianne kehilangan satu-satunya anak perempuan.
Dibukanya kotak berwarna merah baldu itu, seutas rantai pertama yang nan cantik itu diambil. Saatnya untuk dikembalikan kepada pemilik utuhnya iatu Alina Shaka. Dibawanya keluar rantai nan cantik itu dihiasi permata yang amat termahal.
"Alina sayang duduk sini kejap", Nyonya Fianne memanggil Alina dan memintanya duduk di bangku.
Alina menuruti dengan hairan. Terbeliak mata Alina melihat seutas rantai nan cantik itu.
Belum sebab bertanya Nenek Fianne terus memakaikan rantai itu dilehernya Alina. Cantik sekali rantai pertama itu melekat dileher Alina .
Alina masih kebinggungan, terus cuba melepaskan rantai itu.
"Jangan dilepaskan sayang, rantai ini milikmu. ", Ujar Nenek Fianne sambil mengelus lembut rambut Alina.
"Nenek, dimana mendapatkan rantai ini?Bagaimana bisa menjadi milikku?", Soalan bertalu.
"Rantai ini kepunyaan Mama mu sayang. Hanya itu peninggalan Mama mu ketika itu sayang",. Nenek Fianne mulai berlinang mata .
"Jika sayang berniat untuk ke Kota dan bekerja disana, Nenek izinkan sayang. Tapi sayang harus berjanji sama nenek", Sayu Alina melihat wajah Nenek Fianne yang menangis. Dipegangnya pipi Alina sebelum berkata semula.
"Sayang ketika dikota harus hati-hati . Tidak semua orang dikota itu baik sayang. Kita ke kota itu umpama masuk ke kandang harimau. Bahaya dan segalanya ada disana. Jangan cepat baik hati dengan orang dikota. Nanti bawalah Milla untuk temankan disana nanti. ", Air mata laju jatuh berjurai. Berat hati namun Nenek Fianne harus melepaskan Alina ke Kota Besar.
Mendengar itu, Alina gembira terus memeluk neneknya.
"Terima kasih Nenenk Fianne, telah izinkan Alina, Alina janji dengan Nenek akan menjaga diri dengan baik dan tidak mudah percaya orang. ", Alina gembira sungguh. Tapi ada juga merasa berat dihati apabila memikirkan akan berjauhan dengan Nenek Fianne disaat kesihatan Nenek Fianne memburuk.
Alina berjanji akan datang melawat Nenek Fianne setelah mendapat gaji. Dan akan membawa nenek Fianne bersama ke kota sekiranya Alina success disana nanti.
Hari yang ditunggu telah tiba Alina dan Milla berangkat ke Kota Besar di Russia.
"Ayuhh!!!'.
*Bersambung di Bab 2 untuk perjalanan Ke Kota*
*********************************************************
Terima Kasih Kepada Pembaca yang sudi luang masa untuk membaca kisah Alina...Gadis Biasa.
Jika ada silap dan salah harap dimaafkan.
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Updated 29 Episodes
Comments