Alina berusia 9 tahun , orang tuanya meninggal dunia akibat dibunuh mafia-mafia jahat akibat hutang Company ayahnya Mr.Sinaka Khabth . Business Mr. Sinaka bersama isteri Mrs.Anukaya Blondee membangun pesat ketika itu. Company Inaya.co Company kepercayaan besar setiap orang yang berpangkat tinggi atau para mafia ketika itu. 5 tahun membangun megah, Inaya.Co jatuh akibat kekuasaan Empayar Mr.Diande yang merupakan Kerabat Mafia yang tiada tandingan kuasa dan taklukan nya di Russia. Mr.Sinaka kehilangan saham Billion Ruble Russia. Akibat pekerja dalam Syarikatnya pecah amanah merupakan tikus kepada Empayar Mr.Diande. Akibat hutang yang melilit pinggang dan kejatuhan Company Inaya.Co hutang dibayar nyawa. Puteri kepada Mr.Sinaka dan Mrs.Anukaya telah dilarikan ke kampung pendalaman Russia yang terpencil Urals. Alina Shaka dibesarkan bersama Nenek nya Nyonya Fianne. Neneknya Nyonya Fianne tidak pernah bicarakan kematian orang tuanya. Nyonya Fianne cuma bagitahu meninggal akibat kemalangan.
Alina pun tidak lagi bertanya kerana bisa mengundang kemarahan Nyonya Fianne.
Alina Shaka membesar seperti gadis desa Urals, sangat baik hati malah pemurah. Hormat orang tua. Tidak pernah melawan atau berkasar kepada orang tua. Alina Shaka bekerja sebagai pencuci baju di desa Urals yang upahnya cukup makan untuk dia bersama neneknya Nyonya Fianne.
Alina makin membesar menjadi gadis cantik dan menawan. Mempunyai kulit putih pucat, dan lesung pipi yang cantik. Berambut cokelat dan panjang paras pinggang. Alina Shaka mempunyai mata berwarna Hijau Pastel. Warisi daripada Mamanya, Mrs.Anukaya Blondee. Ketinggiannya semasa berumur 23 Tahun 178cm.
Setiap hari Alina rajin untuk pergi bekerja. Mencari upah. Kekadang Alina bekerja sambilan disebuah kedai Bakeri didesa Urals.
Nyonya Fianne menyedari yang Alina Shaka , sudah menjadi dewasa. Pasti Alina mempunyai keinginan seperti gadis lain-lainnya di desa Urals.
Sehingga Alina Shaka meminta izin untuk berhijrah ke bandar besar. Namun masih bisu dan tiada jawapannya.
Sehingga ada ketika Alina merajuk kepada Nyonya Fianne akibat tidak menjawab keinginannya. Sedangkan Alina berniat baik untuk mencari pekerjaan bagi menyokong pendapatan Nyonyanya juga yang hanya menjual sayuran ditepi jalan desa Urals. Tambahan kesihatan Nyonyanya makin memburuk menjadi kerisauan Alina.
Pagi nan indah itu, Alina mahu keluar untuk bekerja. Walaupun berat rasa hati untuk tinggalkan Nyonya Fianne sendirian dirumah.
"Siap cepat , lagi cepat balik".bisik Hati Alina.
Kakinya dilangkah laju menuju ke tempat kerjanya. Dari jauh kelihatan sahabatnya Milla melambai-lambaikan tangan.
"Laju bangat jalanya". Milla tercunggap separuh nafas.
"Aku nak siap cepat dan cepat balik". Jawab Alina.
"Kalau disuruh balik awal memang bernasib baik, jangan pula macam minggu lepas malam jawabnya balik." Sendu Milla menjawab.
Wajah Alina terkedu. Arhhh tak peduli . Kalau dua tangan tak cukup memcuci dengan kaki sekali memcuci.
Sampai dikedai tempat kerjanya. Alina terus menyimpan begnya di loker. Siap semuanya, jarinya terus bekerja memunggut baju didalam baldi besar ke setiap bakul yang berlainan. Ada 5 bakul khas untuk baju, seluar, selimut, kain-kain buruk dan pakaian tebal. Russia sini memang cukup dingin. Hampir setiap hari.
Laju saja tangannya mengasing-asingkan setiap helaian. Milla terus mengangkat bakul yang telah diasingkan Alina ke tempat belakang dimana tempat khas memcuci pakaian. Disini tidak seperti dobi bandar, didesa Urals pakai manual tangan lah jawabnya.
Alina dan Milla mula memcuci. Digosok-gosok setiap helaian baju. Dibanting-banting setiap pakaian yang tebal dan diberus-berus pakaian yang kotor. Mana tak mahir kalau cuci pakaian yang berdosen-dosen macam nih. Pejam je mata pun boleh cuci.
Leka memcuci, Milla tiba-tiba menanyakan niat Alina untuk ke bandar besar.
"Alina bagaimana niatmu yang ingin ke kota besar, aku bisa ikut kan". Milla juga berniat untuk ikut Alina. Milla banyak adik beradik . Milla juga merupakan anak yang ke-5 daripada 9 orang beradik. Kakaknya cuma bekerja di desa Urals belum ada yang bisa ke kota besar. Atas alasan tidak mahu meninggalkan orang tua. Jadi Milla berniat nak ikut Alina.
"Entahlahh, Milla. Nenek Fianne belum bisa bagi jawapan. Sedangkan aku perlukan pekerjaan yang gaji yang lumayan bagi kos beli ubat Nenek Fianne". Alina bersuara sayu banget.
"Tak apa kita sama-sama pujuk nanti ya", Ucap Milla sambil mengenggam tangan Alina
"Thanks Milla, kamulah sahabat dunia akhirat ku, yang sudi mendengar kata hatiku", Alina mengenggam balik tangan Milla.
"Ayuhh, mari siapkan kerja kita berdua. Mana tahu angin Madam Nina baik ini hari".
"Ayuhh!!",jerit Alina.
Tempat jam 0100petang Alina sama Milla sudah bisa pulang kerja. Kerana pekerjaan cuci mereka dua sudah siap. Upah pun dikali 2 lipat sama Madam Nina. Angin baiklah tu.
Alina pulang dengan senyum yang lebar. Sempat singgah di kedai ubat untuk membeli ubat Nenek Fianne. Ubat batuk kerana batuk Nenek Fianne makin melarat sudah satu bulan. Yang menjadi kerisauan Alina.
Sampai dirumah Alina terus memanggil Nenek Fianne.
"Nenek Fianne, ada dimana tu?",Alina melepas kasutnya lalu ke kebun belakang. Kerana itu aktiviti Nenek Fianne saat cuma duduk dirumah sahaja. Melihat dan menyiram sayur-sayuran nya.
"Alina cucu ku sudah balik", Nenek Fianne berpaling ke belakang sambil meletakkan botol penyiram sayuran.
"Alina ada singgah beli ubat untuk Nenek Fianne, lepas makan bersama nanti Nenek terus minum ubat ya", Alina menarik kerusi untuk memudahkan Nenek Fianne duduk.
"Terima kasih sayang, ayuhh makan sekarang Nenek sudah masak cuma tunggumu balik sahaja.",
"Baiklah Nenek", Alina terus mengambil pinggang , sudu dan lauk yang dimasak Neneknya.
Dihidangkannya terlebih dahulu untuk Nenek Fianne.
Mereka berdua makan dengan pelbagai cerita dan tawa. Bahagia sungguh walaupun hidup sederhana dan biasa-biasa sahaja.
Selesai makan Alina lalu memcuci piring dan segala perkakas makanan yang kotor. Dilapnya bersih meja. Dimop juga lantai sehingga bersih.
Ketika Alina sedang bekemas didapur. Nenek Fianne masuk ke biliknya, dibukanya almari. Kotak merah baldu dikeluarkannya. Menitis air mata Nenek Fianne, kerana barang didalam kotak merah baldu itu adalah milik Mamanya Alina, Mrs.Anukaya Blondee, satu-satunya anak perempuan Nyonya Fianne . Mrs.Anukaya ketika itu minta izin sama Nyonya Fianne untuk ke kota dan bekerja disana. Saat bekerja dikota Mrs.Anukaya bernikah bersama Mr.Sinaka merupakan ahli Business yang bukan calang-calang orangnya.
Sehingga Nenek Fianne menerima khabar bahawa anak perempuannya bersama suami mati dibunuh orang jahat . Berita yang amat menyayat hati. Hadirlah puteri Mrs.Anukaya dan Mr.Sinaka. Itulah penyebab Nenek Fianne belum menjawab keinginan Alina untuk bekerja dikota. Takut hal lama berulang kembali. Cukup Nenek Fianne kehilangan satu-satunya anak perempuan.
Dibukanya kotak berwarna merah baldu itu, seutas rantai pertama yang nan cantik itu diambil. Saatnya untuk dikembalikan kepada pemilik utuhnya iatu Alina Shaka. Dibawanya keluar rantai nan cantik itu dihiasi permata yang amat termahal.
"Alina sayang duduk sini kejap", Nyonya Fianne memanggil Alina dan memintanya duduk di bangku.
Alina menuruti dengan hairan. Terbeliak mata Alina melihat seutas rantai nan cantik itu.
Belum sebab bertanya Nenek Fianne terus memakaikan rantai itu dilehernya Alina. Cantik sekali rantai pertama itu melekat dileher Alina .
Alina masih kebinggungan, terus cuba melepaskan rantai itu.
"Jangan dilepaskan sayang, rantai ini milikmu. ", Ujar Nenek Fianne sambil mengelus lembut rambut Alina.
"Nenek, dimana mendapatkan rantai ini?Bagaimana bisa menjadi milikku?", Soalan bertalu.
"Rantai ini kepunyaan Mama mu sayang. Hanya itu peninggalan Mama mu ketika itu sayang",. Nenek Fianne mulai berlinang mata .
"Jika sayang berniat untuk ke Kota dan bekerja disana, Nenek izinkan sayang. Tapi sayang harus berjanji sama nenek", Sayu Alina melihat wajah Nenek Fianne yang menangis. Dipegangnya pipi Alina sebelum berkata semula.
"Sayang ketika dikota harus hati-hati . Tidak semua orang dikota itu baik sayang. Kita ke kota itu umpama masuk ke kandang harimau. Bahaya dan segalanya ada disana. Jangan cepat baik hati dengan orang dikota. Nanti bawalah Milla untuk temankan disana nanti. ", Air mata laju jatuh berjurai. Berat hati namun Nenek Fianne harus melepaskan Alina ke Kota Besar.
Mendengar itu, Alina gembira terus memeluk neneknya.
"Terima kasih Nenenk Fianne, telah izinkan Alina, Alina janji dengan Nenek akan menjaga diri dengan baik dan tidak mudah percaya orang. ", Alina gembira sungguh. Tapi ada juga merasa berat dihati apabila memikirkan akan berjauhan dengan Nenek Fianne disaat kesihatan Nenek Fianne memburuk.
Alina berjanji akan datang melawat Nenek Fianne setelah mendapat gaji. Dan akan membawa nenek Fianne bersama ke kota sekiranya Alina success disana nanti.
Hari yang ditunggu telah tiba Alina dan Milla berangkat ke Kota Besar di Russia.
"Ayuhh!!!'.
*Bersambung di Bab 2 untuk perjalanan Ke Kota*
*********************************************************
Terima Kasih Kepada Pembaca yang sudi luang masa untuk membaca kisah Alina...Gadis Biasa.
Jika ada silap dan salah harap dimaafkan.
Perjalanan yang memakan masa berjam-jam. Akhir sampai di Lapangan Terbang Sheremetyevo Russia. Dua-duanya tercenggang. Masing-masing melihat sesama diri. Masih memikirkan kemanakah harus dituju.
Alina berhenti mengheret bagasinya. Masih ligat memikirkan harus dan bagaimana?.
"Kepada siapakah harus kita bertanya?",Milla bertanya.
"Apa kata kita berdua cari Teksi terlebih dahulu, untuk menuju ke Kota ", Jawab Alina . Laju langkah mereka berdua mencari jalan ke pintu depan. Hanya mengikuti langkah kaki manusia . Ada yang ke tandas. Ada yang ke tempat makan. Akhirnya mereka berdua memutuskan mengikuti satu pakcik yang berpakaian seragam pemandu Teksi.
"Uncle! Tunggu....", Jerit Alina .
Pemandu Tua Teksi itu mendengar jeritan Alina.
"Uncle boleh tolong kami berdua untuk ke bandar", Milla bertanya.
" Memang ini sudah bandar nak, kalian berdua mahunya kemana?", Uncle Teksi bertanya kepada Milla dan Alina. Mesti dari pekan jauh detik hatinya.
"Ke bandar lain yang keluar dari sini", Alina sendiri binggung dengan jawabnya sendiri.
"Baiklah, mari uncle tolong simpan bagasinya. "
Alina dan Milla sama-sama masuk kedalam Teksi. Mereka berdua menikmati pemandangan yang indah sekali sepanjang perjalanan mereka.
"Anak berdua ini dari mana dan untuk apa datang ke kota Moskow?" Ujar Uncle itu bertanya.
"Kami berdua dari pekan Urals dan mahu mencari kerja di kota Besar ini uncle, apakah Uncle tahu dimana ada kerja kosong", Milla menjawab serta bertanya. Kot-kot uncle tahu. Kalau tidak dimaan hendak bermalam nanti.
" Pakcik tak tahu dimana ada kerja kosong, tapi alangkah baiknya esok sahaja ke sana. Dimana anak berdua mahu menginap. Apakah punya disaudara disini?.
" Kami tiada siapa-siapa disini Uncle", Jawab Alina sambil memandang Milla. Seperti menduga dan membaca fikiran Milla.
" Kalau anak berdua tidak keberatan boleh menginap dirumah Uncle, isteri uncle pasti gembira nanti melihat kedatangan anak berdua", Uncle Teksi menawarkan tempat bermalam untuk mereka dua. Kasihan melihat gadis desa seperti mereka dua yang ke kota tanpa tahu apa-apa. Sedangkan marahabahaya itu ada dimana-mana apatah lagi gadis desa seperti mereka berdua.
"Terima Kasih Uncle, kami berdua sangat berbesar hati dan bersetuju sekali", jawab Milla riang. Fuhh .. selesai persoalan bermain diminda.
Uncle Teksi atau nama Nya Sir Artem Demnyan atau lebih dikenali Uncle Artem. Sebelum melanjutkan perjalanan ke rumahnya, Uncle Artem singgah terlebih dahulu di Alpha Mart untuk membeli barangan serta makanan. Isterinya mesti berasa gembira nanti kerana setelah lama tiada yang bertamu dirumah mereka.
Perjalanan yang mengambil masa 35 minit dari Alpha Mart tadi, kereta Teksi Uncle Artem menyelusuri jalan Sadovaya . Akhirnya sampai di Apartment Rasis di Kota Russia. Apartment yang biasa kebiasaan untuk penginapan bagi para pelajar dari negara luar. Tapi suasana apartment Rasis amatlah indah dan aman.
Milla dan Alina masing-masing mengeluarkan bagasi dan membuntut langkah Uncle Artem masuk ke apartment dan lift naik ke atas. Tingkah 3.
"Silakan masuk tidak usah malu-malu, buat seperti rumah kalian sendiri", pelawa Uncle Artem.
"Sayang dah balik?" Satu suara yang lembut betanya. Alangkah terkejut Mrs. Lula melihat tertamu yang masuk. Bibir diukir senyuman nan manis menyambut kedatangan tamunya.
"Alahai anakku sayangg mari duduk sini, jangan malu-malu". Mrs. Lula kelihatan Senang kedatangan Alina dan Milla. Setelah lama tiada tamu yang bertandang.
"Terima kasih auntie, tidak perlu susah-susah", ujar Alina berterima kasih dan tak mahu susahkan auntie itu kerana kelihatan sibuk dan cepat untuk membuat minuman.
"Panggil saja Auntie Lula. " Auntie Lula berkata sambil tangan membancuh teh hanggat.
" Ini isteri Uncle, sentiasa cute dimata Uncle", Uncle Artem mengenyitkan matanya. Sehingga Alina dan Milla ketawa kecil.
Selesai membancuh Auntie Lula mengambil bekas makanan yang berisi biskut . Lalu dihidangkan. Jenis biskutnya bermacam gaya dan perisa. Ada gaya rama-rama , pohon krismas dan bintang. Cute sungguh!
" Jemput makan dan minum anakku. "
"Anak berdua ini siapa nama dan dari mana hendak ke mana", amboi soalan Auntie Lula umpama peluru dass...dass...dasss..
Milla terlebih dahulu menjawab,
" Saya Milla Alyusha, dan ini sahabatku Alina Shaka, kami berdua dari desa Urals. Kami datang ke Moskow sebab mahu cari kerja Auntie", jawapan Milla dianggukkan oleh Alina sambil senyum. Sedaappp juga biskut auntie Lula nihh bisik hati Alina.
" Ohhh...jauh benar anak ini kemari. Mau pekerjaan apa yang dicari, Moskow ini besar sayang", Auntie Lula menanya sambil menuang kan lagi teh hanggat.
" Apa-apa pekerjaan tidak kisah auntie",jawab Milla, cawan teh hanggat diangkat dan dihirup pelahan-pelahan , maklumlah teh hanggat.
"Esok kita sama-sama ke Kota lagi, ikut bersama uncle Artem auntie tahu dimana berapa hari lepas ada iklan kerja kosong sebagai pelayan ", Auntie Lula cuba mengingat kembali kembali yang dia ternampak di dinding kedai.
" Yaa? Terima kasih auntie. Saya dan kawan saya amat menghargainya". Mata Alina bersinar gembira.
"Ayuh, auntie tunjukkan kamar anak berdua. Kamar tidaklah terlalu besar tapi cukup untuk sayang tidur." Mereka bertiga pun bangun. Milla dan Ali a membuntuti Auntie Lula. Dibukanya pintu bilik yang bekunci itu. Bilik itu berwarna pink.
" Berehatlah sayang, bersihkan diri dulu. Auntie mahu masak untuk makan malam kita semua", pelawa Auntie Lula lembut.
"Terima kasih Auntie", Alina pun masuk ke kamar itu.
"Arhhhh...leganya dapat baring, empuklahh tilam ni Alina. Try lompat.",
Alina pun duduk di atas tilam itu, ya betul empuk serta lembut. Tapi siapa punya kamar pink ini. Mungkin anak perempuan Auntie Lula dan Uncle Artem. Bicara hati Alina.
"Alina tengok", Milla menunjuk ke arah bingkai gambar. Gambar seorang perempuan kira-kira berusia 16-18 tahun. Tersenyum disitu.
"Mungkin ini kamar anak perempuan Auntie Lula", teka Milla. Alina menganggguk setuju.
"Aku mandi dulu lah Milla, supaya fresh",
Milla pula bangun dan membuka bagasinya mula mengambil berapa pakaiannya. Dia pun mahu mandi supaya fresh bak kata Alina.
Uncle Artem sudah turun semula untuk bekerja. Dia hanya berbekalkan biskut sama teh hanggat uang dibuat isterinya Lula. Uncle Artem sempat pesan kalau dia mungkin balik lewat malam.
Selesai memasak Auntie Lula, menyapu ruang tamunya. Jam ketika itu 0845 malam. Alina dan Milla setelah membersihkan diri kedua-duanya tidur kelelapan.
Untuk menunggu keduanya bangun, Auntie Lula bekemas dan menyapu sebentar saja.
Terlelap pada waktu yang lama. Alina mengeliatkan badannya. Meregangkan segala urat-urat. Suasana sejuk amat. Walaupun tak Aircond.
Ditarik nafas....zussssssss....teringat akan sesuatu.
"Oh my God!!!!, Millaa... Bangun Milla. Wake up. Hurry!" , Digoncangnya badan Milla supaya bangun.
"Kenapa nih ",
"Wake up, kita dah terlanjur tidur, ayuh keluar", ditariknya tangan Milla.
" Sabarlahh Alina." Milla bangun dan keluar dari bilik mengikuti Alina.
Auntie Lula sedang menghidang sesuatu di atas meja makan. Segala lauk yang sedap dan baunya bisa membuat perut berkeroncongan.
"Sudah bangun sayang, ayuh duduk. Kita makan bersama", Ajak Auntie Lula. Mereka bertuga oun bersama-sama menjamu selera . Segala cerita dikongsi. Ketawa yang gembira sekali di wajah auntie Lula. Setelah lama rumah sunyi kini terasa sebuah rumah yang bahagia sekali. Namun dalam hati auntie Lula menyimpan seribu kesedihan.
Nun jauh di desa Urals, Nyonya Fianne masih memikirkan Alina. Apakah Alina baik-baik sahaja. Apakah ada tempat untuk dia menginap. Semoga Alina cepat menghantar khabar kepadanya.
Nyonya Fianne pelahan menyeka air matanya. Rumahnya sunyi pulak. Dia makan keseorangan.
Berat hatinya melepaskan Alina ke Kota. Satu-satunya cucunya dari anak perempuan nya Ibu Alina.
Cepat hantar khabar sayang. Nenek Fianne sayang kepadamu.
Selesai makan malam dan mengemas dapur. Ketiga mereka, Alina, Milla dan Auntie Lula duduk diruang tamu.
Disebabkan perasaan yang tertanya, Alina bersuara.
" Auntie bolehkah saya bertanya", Minta izin takut menyinggung perasaan.
" Tanyalahh sayang, apa-apa pun yang ingin ditanya", balas Auntie Lula dengan senyuman. Biskut-biskut cute dihidang dihadapan meja kopi.
"Erkk ... Auntie sama Uncle tinggal berdua ke dirumah ini? Dan bilik berwarna pink comel itu kepunyaan anak auntie, dimana kah dia sekarang apakah dia sekolah jauh?", Soalan yang agak panjang.
Senyum sayu diwajahnya bila tentang puteri kesayangan ditanya . Dengan lembut Auntie Lula menjawab.
"Ya, sayang hanya auntie dan uncle tinggal disini. Auntie ada seorang puteri . Satu-satunya anak perempuan auntie. Kalau dia masih ada sekarang mungkin dia sebaya seumur dengan anak berdua", mula sebak.
Alina terkejut! Begitu juga Milla.
"Kenapa ...." Alina tidak menghabiskan kata-katanya malah merasa kesal atas soalannya itu mengundang kesedihan diwajah Auntie Lula .
Namun Auntie Lula mau saja meluahkan rasa dia yang pendam selama ini, Auntie Lula pun menceritakan segalanya..
" Auntie dan Uncle Artem menikah 30 tahun yang lalu, hidup yang sederhana , Uncle Artem dari dulu bekerja sebagai pemandu teksi, sebelum bernikah auntie adalah pelanggan tetap teksi uncle Artem yang menghantar serta mengambil auntie di tempat kerja. Auntie mula-mula jual mahal.. tapi kalah juga dengan panahan cinta Artem", Auntie Lula berhenti sejenak dan menarik nafas nya seraya mengingat kembali kenangan manis bersama suami nya itu . Alina dan Milla pula khusyuk lahh.
" Setahun selepas itu, auntie dan uncle pun menikah dan perpindah ke apartment sini kerana suka suasana sini, kerana apartment ini dulu pendiam nya kebanyakkan dari pelbagai negara, ada Indonesia, Ada Jerman ada dari Malaysia auntie suka berkenalan sama anak-anak penyewa sini dulu. Setahun selepas bernikah auntie disahkan mengandung namun malangnya auntie keguguran akibat jatuh dari tangga semasa auntie balik membeli barangan rumah kaki auntie tersilap langkah sehingga auntie jatuh tergolek dan kandungan auntie gugur. Seribu kehancuran pada hati auntie namun uncle Artem tetap memberi semangat dan cintanya kepada auntie", berhenti lagi auntie Lula meneguk teh nya.
"Hrmm .. sedihnya...",Alina merasa sedih dengan cerita auntie Lula, Milla pun menganggukkan kepalanya.
" Selepas 7 bulan dari keguguran auntie sekali lagi disahkan mengandung semula. Tapi kegembira auntie cuma satu bulan. Ketika auntie shopping membeli pakaian baby, balik dari shopping auntie kena langgar dengan sebuah kereta. Auntie dikejarkan ke hospital auntie dalam keadaan pengsan. Sedar dari pengsan dokter sah kan auntie keguguran sekali lagi. Emosi auntie sungguh kacau ketika itu . Sangat-sangat kacau seperti mahu gila. Namun Uncle Artem sungguh penyayang serta sabar, dia rawat auntie, bagi kata-kata positif dan sentiasa memberi kekuatan. ",
Wajah Alina dan Milla sudah mula digenangi air mata. Auntie Lula pun sambung kembali ceritanya .
" Sembuhan dari jiwa yang kacau, 2 tahun selepas itu auntie disahkan kembali mengandung. Akibat trauma auntie jadi sangat sensitive malah tidak mahu melakukan apa-apa pun pekerjaan atau keluar dari rumah. Uncle Artem pun mengambil alih tugas auntie, dia sedikan sarapan, menyapu dan mengemop rumah dan mencuci pakaian, bahkan uncle Artem dia keluar membeli barang seorang. Dia pun tidak mahu perkara tidak baik belaku lagi. Auntie merasa kasihan kepada uncle Artem ketika itu, dimana diawal pagi dia membuat kerja rumah malam hari dia balik dan masak sendiri. Auntie merasa kasihan tapi disebakan trauma keguguran auntie tetap dengan pendirian auntie dan uncle Artem sangat memahami tidak pernah melenting atau membebel. ",
" Uncle Artem memang gentlemen betul lah", Milla memuji dan kagum dengan kesabaran Uncle Artem.
"Hahaaha.... Genap 9 bulan lahirlah puteri kami yang pertama. Uncle Artem namakan dia Giselle Artem. Puteri yang cantik dan comel. Kelahiran Giselle sungguh memberi kebahagian dan warna dalam hidup Auntie. Giselle membesar menjadi anak yang patuh dan hormat sekali. Sehingga pada ulang tahunnya yang 17 ada sesuatu yang menimpanya." Auntie Lula mula menangis bila mengenangkan Puterinya.
Milla dan Alina mengenggam tangan Auntie Lula. Turut sama menitiskan air mata .
" Tarikh yang takkan auntie lupa, 03/12/2018. Giselle keluar membeli baju kesukaannya. Pagi itu dia sangat gembira bila uncle Artem memberinya wang untuk beli baju yang dia suka. Sebagai hadiah ulang tahunnya yang ke-17. Giselle keluar jam 11 pagi , sampai petang masih belum balik. Auntie mula risau. Tapi auntie tetap tenangkan diri mungkin dia ditempat kerja ayahnya menunggu ayahnya untuk menghantar pulang. Auntie sabarkan diri dan tak mau berfikiran panjang. Hari pun malam dan Uncle Artem pulang dari kerja. Auntie mengira Giselle balik bersama ayahnya. Namun meleset sama sekali bila uncle Artem cakap dia fikir Giselle sudah balik naik teksi lain sebab anaknya itu langsung tiada mengunjungnya ditempat kerja. Auntie meraung lalu pengsan", Air matanya bercucuran bagaikan tidak berhenti. Begitu sakit mengingat kembali wajah anaknya yang pucat .
Alina dan Milla turut menangis , kasihannya Giselle.
"Ketika auntie sedar dari pengsan auntie sudah berada di hospital. Wajah Uncle Artem sudah merah dan basah akibat menangis. Dia peluk auntie, sampai bertanya dimana Giselle makin kuat uncle Artem menangis. " Auntie Lula berhenti sejenak tanggisan menyebabkan dia tidak bisa melanjutkan kata-kata.
" Uncle cuba tenangkan auntie dan memberitahu puteri kami Giselle disahkan meninggal dunia akibat diperkosa oleh mafia-mafia jahat, lalu dibunuh . Mayatnya Giselle ditemui di tong sampah berdekatan tempat kerjanya uncle Artem. Hati auntie hancur bekepingan. Auntie bagaikan mau jadi gila. ", Auntie Lula kalah dalam tangisannya.
Melihat itu Alina dan Milla lalu memeluk Auntie Lula. Betapa wanita didepan nya ini menyimpan kelukaan yang dalam kehilangan anak tersayang.
" Tak usah auntie teruskan ceritanya, kami berdua sudah tak sanggup melihat auntie menangis ", dilapnya air mata auntie Lula.
Auntie Lula kembali bersuara ketika mengingat kata Uncle Artem semasa Artem membawa balik dan menginap Alina dan Milla.
"Sayang berdua tahu kenapa Uncle Artem membawa kalian berdua balik dan menginap dirumah sini",
Alina dan Milla sama mengeleng-gelengkan kepala tanda tak tahu kenapa.
"Uncle Artem memberitahu Auntie, anak berdua ini datang dari jauh dan masih belum ada tempat tinggal, Uncle Artem takut sayang berdua ditipu oleh orang jahat diluar, sekarang banyak penipu untuk dapatkan perempuan hanya untuk puaskan nafsu bajingan mereka. Uncle Artem takut apa yang belaku kepada Giselle terjadi kepada anak berdua maka uncle Artem menawarkan untuk menginap dirumah ini", Kata Auntie Lula mengundang rasa sedih tambah gembira saat ini semua rasa bercampur baur.
"Terima kasih saya ucapkan kepada Auntie dan Uncle baik sangat kepada saya dan Milla walaupun kami berdua orang jauh malah orang luar. Terima kasih sesangat", Ucap Alina lalu memcium tangan Auntie Lula ....
"Sayang berdua mahu mencari pekerjaankan?, Tanya Auntie Lula.
Alina dan Milla sama-sama anggukkan kepala.
"Esok ikut auntie ke pasar , auntie tahu dimana ada iklan kerja kosong haritu. Sekarang sudah lewat malam, ayuh tidur. Nampaknya, uncle Artem mungkin lewat sekali baliknya. ",
"Ayuh tidur supaya besok kita semua bisa awal bangun", kata Auntie Lula sekali lagi.
Milla dan Alina pun bangun dan mengucapkan selamat malam kepada auntie Lula. Masing-masing masuk kebilik untuk tidur.
Alina dan Milla yang sedihnya tadi terus bertukar menjadi tak sabar untuk ke pasar dimana ada iklan kerja kosong. Lagi cepat lagi bagus! Bisa terus menghantar khabar kepada nenek Fianne. Miss you nenek Fianne. Semoga nenek Fianne sihat disana.
Alina dan Milla terus melelapkan mata.
Dibiliknya, Auntie Lula masih duduk dikatil sebuah bingkai gambar dipeluk dan diciumnya. Rindu dan cinta yang mengunung itu takkan terpadam. Gambar Giselle didalam dakapannya.
"Mumy always love you sayang. Mumy always miss you sayang", air mata bercucuran seolah tiada hentinya disitu.
Auntie Lula baring sambil memeluk bingkai gambar puterinya Giselle dan lelap bersama gambar serta air mata.
❗❗❗❗❗❗❗❗❗❗❗❗❗❗❗❗❗❗❗
(FLASH BACK TRAGEDI GISELLE)
**Part ini ada berunsur kekejaman**
Setelah membeli baju kesukaannya, Giselle berjalan balik dan menuju ke tempat kerja ayahnya Artem.
Dalam perjalananya Giselle hanya berjalan kaki ke tempat kerjanya ayahnya Artem.
Ketika berjalan dilorong belakang pondok teksi Giselle mendengar suara perempuan minta tolong. Giselle beranikan diri untuk ke belakang itu dimana disana tempat pembuangan sampah.
Giselle melihat seorang gadis sebayanya dipukul dan disepak malah dirobek pakaiannya. Giselle niat membantu, dibalinganya batu kearah penjahat dua orang itu.
Gadis malang itu sedar Giselle menolongnya malah bangun mahu lari.
"Lari sekarang", jerit Giselle kepada gadis malang itu. Gadis malang itu pun lolos dari dua penjahat yang bertopeng hitam itu.
Tinggal Giselle bersama dua penjahat.
" Siapa kamu yang menganggu jamuan kami, berani sekali kamu ya gadis kecil", Ditariknya tangan Giselle lalu diikat. Beg pakaiannya jatuh dari jarinya.
"Lepaskan aku atau aku menjerit kuat", Giselle meronta-ronta untuk dilepaskan.
" Mahu jerit, jeritlahh sebisa mahu mu gadis manis . Kamu sudah loloskan jamuan kami maka kamu gadis manis harus mengantikannya. " Penjahat itu menampar-nampar wajah Giselle. Tanpa henti disitu. Perih sekali. Sedangkan orang tua tidak pernah perlakunya begitu.
Giselle seakan mahu pengsan akibat ditampar berkali-kali.
Pakainya dirobek. Penjahat kedua itu terus melakukan perkara tak senonoh. Sambil memuaskan nafsunya sambil tangannya mencekik Giselle.
Giselle sudah tak berdaya dan lemah bila dicekik tambah dirogol seperti itu. Selesai satu penjahat, disambung penjahat seterusnya. Giselle ditampar, satu pisau dikeluarkan dirobeknya wajah Giselle, Banyak luka dipipi serta dilehernya.
Giselle yang merasa kesakitan itu mahu menjerit malah tak terkeluar suaranya.
"Mummy and daddy I love you", itu kata terakhirnya.
Selesai perkerjaan tak senonoh dan tidak keperimanusian itu dua penjahat itu menginjak tubuh Giselle dengan kuat sekali. Sehingga kulitnya Giselle ada terkoyak.
Wajah Giselle pucat dan berbalur sekali.
Mayat Giselle dibungkus dan disimpan dalam tong sampah. Dua penjahat itu terus lari dari tempat itu.
Dalam masa yang sama lori pemunggut sampah sampai seorang pemuda yang berkerja dilori itu mengangkat semua sampah-sampah di dibelakang bangunan. Satu tong sampah amat berat sekali. Tak terangkat olehnya.
Dia masih cuba mengangkat tong sampah itu malah terkejut sekujur tubuh perempuan keluar dari tong itu. Alangkah terkejutnya. Pemuda itu terus menelefon polis.
Begitulah kisah Giselle yang dibunuh dengan sadis sekali.
****Kisah selanjut akan bersambung di Bab 4 Alina dan Milla diterima kerja di Mansion Gold Mine****
Terima kasih atas waktu yang terluang anda membaca Kisah Alina ...Gadis Biasa.
♥️♥️♥️
Download MangaToon APP on App Store and Google Play