Bab 4. Mansion Gold Mine

Pagi yang amat cerah sekali kicauan burung merdu sekali pagi itu. Alina Shaka dan Milla sudah bersiap awal. Bilik pink itu dikemas rapi oleh mereka berdua. Luggage mereka pun sudah diheret keluar dan diletakkan ditepi bangku diruang tamu. 

   Uncle Artem semalam balik kerja jam 0200 pagi. Semasa Uncle Artem balik dan masuk ke bilik dia melihat isterinya tidur lena sekali sambil mendakap sebingkai gambar iatu gambar puteri mereka. 

    Auntie Lula sibuk didapur menghidangkan sarapan. Dibancuhnya teh hanggat dihidang bersama biskut-biskut buatannya sendiri. Malah dia menyediakn bekal untuk Alina dan Milla berisi biskut yang beraneka. 

     "Selesai semua ya ayuh kita sarapan takut terlambat nanti sayang ayuhh cepat", Auntie Lula memanggil. 

   Mereka berempat sarapan bersama. Selesai sarapan Alina dan Milla menolong Auntie Lula mengemaskan dapur.  Disebabkan mahu cepat-cepat seolah kekacaun disitu. 

    

        Mereka pun keluar pada jam 0930am. Naik bersama teksi Uncle Artem. Uncle Artem menghantar mereka bertiga terlebih dahulu takut terlambat.  Sampai ditempat yang dituju. Begitu ramai sekali manusia disana. 

   Seorang seperti lelaki tua memekik disana sampai memegang banner. 

   "Kerja Kosong Gold Mine siapa berminat ayuh maju kesini", pekik orang tua itu. 

   "Ayuh sayang pergi kesana auntie tunggu sini", arah auntie. Alina dan Milla berpusu ke sana. 

   "Selamat pagi Uncle kami berdua mahu bekerja dimana daftarnya", tanya Alina Sopan. 

  

    Uncle itu menghulurkan kertas seakan borang. Alina dan Milla pun mengisi setiap detail di kertas itu lalu menyerahkan kembali ke uncle itu. 

  "Kalian berdua tunggu sebentar. Nanti saya panggil", ujar Uncle itu. 

   Alina dan Milla mengangguk. Lalu kembali dimana auntie Lula berdiri menunggu. 

    "Apa katanya", tanya Auntie Lula. 

  "Disuruh tunggu sebentar nanti nama dipanggil.", Jawab Alina. 

    " Kalau begitu sayang, auntie minta pamit ya, semoga kerjanya baik-baik. Kalau ada masa luang datanglah kerumah auntie atau datang ke pondok teksi auntie", Auntie Lula mahu pamit walaupun berasa berat hati. 

   

    " Ohh auntie Lula, begitu cepat masa tinggal bersamamu. Terima kasih sekali lagi auntie Lula atas segala kebaikan auntie sama uncle. Kami berjanji akan melawat auntie sama uncle Artem. Sebelum itu auntie bisakah menolongku?" Alina minta tolong. 

    " Bisa sayang minta tolong apa",

   " Auntie tolong kirimkan surat ini ke Urals, pakai alamat dimuka depan ini auntie. ",

 "Baik sayang", setelah surat bertukar tangan . Nama Alina dan Milla dipanggil oleh uncle tadi. 

Mendengar nama mereka berdua dipanggil. Mereka berdua memeluk auntie Lula. Berat rasa yang mengunung. 

    "Ingat auntie tolong pos kan suratnya , kami berdua pamit dulu.", Alina melambaikan tanganya kepada Auntie Lula. 

    " Saya Uncle Cemil, nama anak berdua siapa", tanya uncle Cemil yang memekik tadi. 

  "Saya Alina Shaka",

"Saya Milla",

Jawab keduanya. 

    "Kalian berdua diterima bekerja di Mansion Gold Mine sebagai pelayan. Ayuh ikuti saya ke kenderaan. ", Ujar Uncle cemil dan berjalan menuju ke kenderan seperti van tapi bukan van . Ianya kenderaan mahal. 

   Dalam perjalanan masing-masing membisu. Alina pandang muka Milla malah Milla pandang muka Alina. Saling memandang. 

Akibat suasana yang sepi dan janggal itu Alina ingin betanya. 

    "Uncle kami kerja sebagai pelayan itu pekerjaannya seperti apa dan apa itu Mansion Gold Mine", Alina bertanya dalam masa yang sama kebingungan apa motif kerja tidak dijelaskan tupp...tuppp terus diajak naik mobil.  Skop pekerjaan belum dijelasin .

   "Sampai sana nanti akan dijelaskan oleh Ketua Pelayan jadi saya tidak boleh jelaskan apa-apa", 

   Gulp! Alina telan air liur. Masih rasa teh yang diminumnya pagi tadi. Suara uncle Cemil sungguh kasar dan cemas. 

     "Kepada siapa kah kami bekerja sebagai pelayan", Alina masih ingin betanya. 

   "Bukankah sudah dibagitahu. Nanti kamu berdua akan berjumpa ketua sendiri. Saya hanya ditugaskan untuk mengambil membawa kalian sahaja!", Gertak Uncle Cemil. 

   Gulp! Ditelan sekali lagi air liurnya terasa tawar. 

Milla mencubit lengan Alina sambil mengelengkan kepalanya melarang Alina makin bertanya. 

   "Kita sudah sampai ", kenderaan yang dipandu Uncle Cemil masuk menyelusuri laman yang luas dan besar itu jauh dihadapan terlihat satu pagar yang tinggi dan indah. Malah berkilau seperti emas! 

"Pagar emas", kata Hati Alina. 

  Kenderann Uncle Cemil berhenti dihadapan pagar itu menunggu gate itu dibuka. Saat gate itu dibuka melopong kedua-duanya, betul-betu emas patutlah nama Mansion Gold Mine. Alahaii siapa lah punya Mansion ini. 

  Ternyata bukan pagar sahaja mewah keadaan diadalamnya berjuta mewah, ditengah laman mansion itu ada air pancut dimana sekeliling di keliling tiang dan batu seperti dicalit emas. 

    Ada patung-patung berdiri malah ada kolam besar dihujungnya. Sebelah kiri pulak ada taman bunga bersama sangkar burung. 

   Pendek kata mewah sekali. Rumah yang besar dan tinggi itu menjadi tatapan Alina dan Milla. Sakai sepertinya. 

   "Kalian berdua boleh keluar dan bawa luggage masing-masing dan ikuti saya", Uncle Cemil turun dari kenderaan itu. 

    Alina dan Milla tergesa-gesa keluar dari kenderaan panjang itu , Limousin. 

     Bergegas mengikuti Uncle Cemil. Terbuka pintu nan tinggi itu dimana warna pintu itu seperti keemasan. Siapakah ornag kaya raya ini sampai pintu dan pagar berwarna emas. Bukankah bahasa bisa-bisa sahaja orang luar datang lalu memotong tiang pagar itu dan dijual. Yalah kerana emas.

Masuk sahaja kedalam Mansion itu, sekali lagi keduanya melopong. Diluar sudah mewah, didalam gah sekali. Kalau menyapu dan mengemop sini mau dua hari siap. 

  

     Didalam Mansion itu kelihatan gadis berpakaian dress putih hitam berbaris tepi dan sebelah berbaris lelaki berpakaian sama putih hitam. Alina dan Milla seolah-olah masuk kandang harimau. Semua mereka yang berdiri disana menatap tajam tiada senyuman langsung. Hanya Alina dan Milla yang senyum seperti senyum kepada dinding kosong. 

   Seorang wanita yang anggun dan tinggi lampai turun dari tangga yang megah itu. Wanita itu mempunyai aura yang sangat kuat. 

 

    Mereka yang berbaris tadi masing-masing serentak menundukkan kepala menyambut kehadiran wanita anggun itu. 

Alina dan Milla tercengeng tak tahu samada ikut tunduk atau berdiri tegak sambil senyum kepada dinding putih.  Last-last tunduk juga mereka berdua. 

    " Kalian yang lain bisa melanjutkan tugas. Dan kalian berdua dipersilakan duduk.", Ucap wanita anggun dan berstyle itu. 

    "Saya Lalita Dyeus, boleh panggil saya Lita. Saya ketua Pelayan disini. Apapun arahan saya mesti dikerjakan tanpa bantahan. Tidak boleh sekali melawan atau mengatakan tidak!", Kata Lalita Dyeus. Merupakan Ketua Pelayan di Mansion Gold Mine. 

   "Sekiranya ada bantahan boleh keluar sekarang", kata Lalita sambil menunjuk ke arah pintu agam itu. 

 Milla dan Alina mengelengkan kepada tanda tiada bantahan.

   "Bagus, pakaian kalian berdua ada dibilik. Setiap hari kalian berdua harus memakai pakaian pelayan yang disediakan. Seperti kalian nampak pelayan lain-lain yang berdiri sini tadi. ", Ujar Lalita sambil mata tajamnya memandang kedua muka itu. 

   Alina dan Milla merasa seperti mereka berdua berdiri dihadapan naga yang besar dan mereka berdua seperti semut yang kecil-kecil. 

    " Ada apa-apa soalan?", Tanya Lalita. Sekiranya pekerja baru dihadapannya ini ada soalan. 

   "Erkk.erkk. .. sa..saya ada soalan Cik Lalita", Suara Alina tersekat-sekat .

  Lalita memandang wajah Alina ,keningnya sebelah diangkat. Melihat reaksi itu Alina lalu betanya. 

    " Sebagai pelayan pekerjaan apakah yang harus kami buat atau akan ada jadualnya nanti dan kepada siapakah kami berkerja.", Suara Alina seakan hilang bila dihujang soalan.

   Lalita memandangnya sambil mengecilkan matanya. 

   "Baiklah, sebagai pelayan tugas kalian harus pastikan mansion bersih , kemas tiada habuk dan secalit kotor. Jika tidak kalian dihukum. Dan kalian bekerja kepada empunya Mansion ini, Tuan Adrik Czaren", Jawab Lalita dan kembali menatap tajam .

   " Siapa Tuan Adrik..", Alina betanya. 

      "Kalian beruntung tidak betemu atau bertentang mata dengan Tuan Adrik kerana dia akan mencarik-carik atau korekkan mata kalian berdua. ", Ujar Lalita kasar. Pekerja baru banyak soalan getus hatinya. 

   Alina juga masih ingin bertanya. 

Dimanakah Tuan Adrik kami tidak meihatnya. 

Mendengar soalan itu, Lalita membulatkan matanya.

   "Dia tiada di Mansion kerana ada kerja luar. Dan kalian beruntung tidak bertemu dengan nya harini. ",

    "Geisha! Mari kesini. Hantar dua pekerja baru ini ke bilik mereka ",. Lalita memanggil satu pelayan disana. Pelayan itu pun membawa Alina dan Milla ke satu Kamar berpintu mereah itu. 

   Sebaik saja masuk ke kamar itu. Sekali lagi mereka berdua melopong. Bilik yang besar, tirai berwarna emas! Katil bersaiz king . Dan sebuah almari yang besar itu. 

    "Wahhh... Mewah sekali", Milla excited. Dibukanya almari berwarna emas itu alu memunggah pakaian nya kedalam almari itu. 

   Alina pun berjalan ke jendela. Dia mahu melihat apa diluar jendela. Diluar jendelanya dihiasai taman bunga yang cantik sekali. Di taman itu dia melihat seorang wanita cantik sekali berpakaian dress panjang itu. Mungkin itu Puan besar kata hati Alina. 

    Pintu bilik mereka berdua diketuk. Seorang pelayan yang bernama Geisha masuk membawa pakaian kerja mereka. 

    " Cik Lala pesan esok jam 7 mesti sudah siap dan berpakaian ini. Sekarang kamu berdua istirehat saja. Waktu makan malam saya akan maklumkan nanti. Selamat berehat", pelayan tadi terus pamit. 

    Alina mengambil pakaian tadi. Bukan kah ini terlalu pendek. Dihadapan baju itu ada reben warna putih dan gaunya cukup singkat sekali. Selesakah dia nanti. 

   "Jangan ditenung. Inikan baju kerja kita. Kita harus memakainya", ujar Milla. Milla mengambil baju itu lalu mengantungkan didalam almari. 

   "Milla kamu tidak penasaran sama Tuan Adrik", Alina tertarik pula mahu tahu siapa Tuan Adrik kenapa Cik Lalita cakap dia bisa mencarik kulit ketika bertantang mata dengan nya. 

    " Mestilah penasaran. Mungkin dia monster. ", Jawab Milla acuh tak acuh.

    " Tapi kan, apakah pekerjaan mereka semua ini. Sampai rumah besar sebegini", Alina masih juga dengan persoalannya. 

   " Bagus kamu kemas pakaian kamu Alina, dan jangan banyak buat soalan di otak mu. Bisa-bisa kita berdua dikeluarkan dari Mansion ini", jawab Milla sambil meniru aksi Cik Lalita menunjuk ke pintu agam tadi. Cuma Milla menunjuk ke pintu kamar sahaja. Keduanya ketawa berderai.

******************************************************************************************************************

    Selesai makan malam, Alina dan Milla masuk ke kamar mereka. Ketika makan malam tadi keduanya binggung mau milih atau makan apa. Bukan apa, sebuah meja besar dan panjang berpuluh makanan dihidang disitu. Semua sedap sekali. Sejak datang ke Mansion Gold Mine ini mereka berdua banyak melopong dan kebingungan. Lebih-lebih lagi Alina begitu banyak soalan dibinaya di otak. Terutama rupa Tuan Adrik yang dikatakan ketika bertemu mata dengannya bisa mencarikkan kulit. Huishhh dahsyat-dashyat. 

     Setelah penat dengan soalan dimindanya. Alina memutuskan untuk tidur. Milla dari tadi sudah terlelap akibat terlampau kenyang.  Esok kena awal bangun sebelum pukul 7 sudah berkumpul dibawah. 

   Alina juga sempat memikirkan surat yang dia bagi ke auntie Lula. Samada sudah sampai di Nenek Fianne atau tidak. Jika ya, semoga Nenek Fianne gembira dengan khabar yang dia sampaikan. Aku baik-baik sahaja nenek Fianne. I miss you nenek Fianne. Semoga nenek Fianne sihat-sihat disana. Alina terlelap. 

*********************************************************

Ha? Bagaimana anda kah sebagai pembaca tertanya wajah dan perwatakan Tuan Adrik Czaren seperti di pemikiran Alina Shaka. Kisah seterus akan bersambung di Bab 5. Dimana Alina ditugaskan membersihkan kamar Tuan Adrik! 

Terima kasih kepada pembaca yang meluang masa membaca kisah Alina...Gadis Biasa. 

Jika ada salah perkataan atau silap mohon maaf ya. 

   

   

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download MangaToon APP on App Store and Google Play