Milla terpaksa berpisah. Yalah berpisah tidak melakukan kerjaan bersama Alina. Milla disuruh mengikuti 2 pelayan yang lain ke halaman rumah bagi memotong dan menyapu disana. Malah Alina disuruh membersihkan kamar Tuan Adrik Czaren. Kerana Cik Lalita diberitahu keesokkan harini Tuan Adrik kembali dari misinya. Dan Alina tidak tahu sekali akan perkara itu. Cuma Alina tahu bahawa tugas pertamanya membersih dan kemaskan kamar Tuan Adrik. Dan Alina sangat menyukainya, kerana dari semalam dia penasaran akan wajah Tuan Adrik, apakah mata dia besar atau punya laser? Begitu sekali difikirkan Alina. Mungkin dikamar nanti ada gambar Tuan Adrik.
Ditolaknya troli yang berisi perkakas untuk kerja pembersihan seperti penyapu, pencedok , mop sabun dan lain-lain. Alina diberitahu kamar Tuan Adrik terletak ditingkat 3 pintu berwarna hitam.
Lalu Alina naik ke tingkat 3 menggunakan lift. Rumah apa seperti ini lift ada didalamnya seperti mall, bisik hati Alina. Malah aku bekerja berjalan kaki hampir 30 minit setiap pagi harini kerja naik lift. Bisik hatinya lagi.
"Tingg!", Pintu lift terbuka.
Satu ruang yang amat luas menjadi pemandangan matanya. Tanpa membuang waktu dia terus menolak troli nya ke arah pintu hitam itu. Kerana salfok banget mau tahu wajah Tuan Adrik.
Berdiri didepan pintu warna hitam. Bau maskulin bisa dihidunya walaupun sekadar berdiri diluar pintu. Dipulasnya tombol, terbeliak matanya. Kamar apa sebesar dan seluas ini? Lalu dia masuk.
Troli tadi ditinggalnua diluar. Kain dan penyapu sahaja dibawanya masuk. Dari pintu besar itu Alina sudah dapat melihat satu katil saiz king mungkin double king seakan muat 5 orang tidur disitu. Katil berwarna kelabu ini masih kemas. Dihadapan katil nan besar itu satu skrin televisyen nan besar juga. Mau nonton wayang bisa aja dikamar ini. Disudut terdapat pokok kecil bersama pasu-pasunya. Tetap bersih dan kemas juga.
Alina mengaru-garukan kepalanya. Bilik ini sudah bersih dan kemas jadi bagaimana dia mahu bersihkan kamar ini jika sudah rapi.
Dipandangnya sekeliling dinding kamar itu. Meleset sekali! Tiada satu pun Gambar Tuan Adrik digantung disitu. Cuma ada gambar naga yang besar sahaja. Apakah itu Tuan Adrik? Mana mungkin. Tuan Adrik itu wujudnya manusia bukan naga. Hihihikkk ... Hati Alina terus berbicara sendiri. Kamar Tuan Adrik Czaren sungguh kelihatan asthetic. Kombinasi dua warna kelabu dan hitam. Style sungguh.
Disatu sudut satu pintu berwarna hitam itu dibukanya. Mungkin another bilik, fikir Alina. Malah bukan, itu bilik pakaian. Bilik pakaian itu sangat kuat bauan maskulin seorang lelaki.
Masih kemas malah rapi sungguh. Jadi bagaimana mahu mengemasnya. Dalam bilik itu ada satu pintu juga, mungkin itu bilik air. Bilik pakaian itu sama besar diruang luarnya. Pakaian digantung kemas. Baju diasing kan dari seluarnya. Rak kasut yang dipamer pelbagai jenis kasut serta warna nya. Satu cermin besar dan tinggi sangat menarik perhatian Alina. Alina berdiri dihadapan cermin itu lalu menari disitu. Aduhh... Bisa aja menari serta bergaya didepan cermin. Sebelah cermin itu ada satu rak wangian. Perfume yang mahal. Bukan satu botol malah puluhan botol. Diambilnya satu botol lalu dihidunya. Harum!
Agak bagaimana wajah Tuan Adrik. Wangian aja sudah bau sebegini?, Alina memang sentiasa berbicara dalam hati. Tidak capek sekali.
Seperti biasa disana juga tiada satu langsung gambar Tuan Adrik. Jadi wajah Tuan Adrik masih menjadi rahasia sekali.
Tanpa Alina sedari, diruang kamar itu ada cctv. Alina pun keluar dan masuk lagi ke kamar pakaian bersama kain dan penyembur sabun. Sudah bersih mungkin harus bersih lagi. Cermin dikamar mandi itu dilap-lapnya. Satu habuk mahupun kuman tiada langsung. Satu meja kecil yang berisi gelas dan wain disana. Menjadi perhatiannya. Bisa-bisa minum dikamar mandi?
Tanpa sedar gelas wain terkena siku Alina ,gelas itu jatuh lalu pecah. Alamakkk!!
Alina panik, "Wahai gelas kenapa kau jatuh, aduhh bagaimana ini", Alina cuba mengambil serpihan gelas. Tanpa ketahui tingkahnya sedang direkod di cctv. Alina keluar mengambil pencedok. Disapunya setiap serpihan gelas. Bersih semua lega. Sekurang-kurang ada benda disapu walaupun serpihan gelas. Ujar hati Alina.
Selesai dari kamar mandi sambung ke kamar pakaian. Disaat membersihkan Alina semprot wangi Tuan Adrik seluruh ruang situ. Sampai bauan perfume itu menempel dibajunya. Tingkahnya disitu juga sedang direkod oleh cctv. Alahai Alina .
Selesai diruang pakaian. Akhir sekali ruang tidur yang besar ini. Daun yang kuning di itu pasu dicabutnya. Alina ingin membuka langsir tingkap yang nan panjang itu. Malah bingung bagaimana ya . Cuba ditarik langsir itu malah tidak boleh. Bagaimana dia mau mencuci sedangkan langsir itu panjang menutup hampir satu kamar itu. Alina pun menyelinap disebalik langsir itu lalu melakukan kerja pencucian cermin. Agak lelah kerna cermin itu panjang dan tinggi. Hampir satu jam dia melakukan kerja nya.
Gerak gerinya dilangsir itu diperhatikannya melalui tab, cctv diruang kamarnya disambung ke tabnya. Siapa gadis ini? Bagaimana dia bisa bekerja di Mansionya? Sesuka hati pecahkan gelas , sesuka hati semprot perfume. Sesuka bermain dalam kamarnya. Wajahnya reaksi marah sekali . Tunggu kau gadis kecil. Esok hari hukuman mu. Jerit dalam hati menahan marah. Bagaimana Lalita membenarkan gadis itu melakukan tugas dikamarnya dan betindak sesuka hatinya.
Hampir 2 jam akhirnya Alina siap. Diambilnya lagi wangi lalu disemprotnya diruang tidur. Lalu diletakkan kembali.
Selesai semua, Alina turun. Sampai dibawah dia ketemu sama Cik Lalita.
"Tugas saya sudah selesai Cik Lalita", Alina memberitahu tentang kerjanya dikamar Tuan Adrik sudah selesai.
Lalita seolah mencium satu haruman lelaki. Dibuat gayanya hidung seperti mencium sesuatu. Melihat itu Alina cepat-cepat bersuara.
" Kamar Tuan Adrik bau maskulinnya terlampau kuat Cik Lita, saya pun mahu pengsan disana. ",
" Ohh, ya. Baiklah. Sekarang kamu ikuti kerja didapur. Sebentar nanti jamuan tengahari", ujar Cik Lalita. Alina pun terus berlalu menuju ke arah dapur.
Didapur itu ada seorang Auntie yang dikenali sebagai Auntie Iffet , Auntie Iffet pelayan didapur, dia menghidang dan menyediakan hidangan diatas meja makan. Alina menolong mencuci piring dan lap setiap piring yang akan digunakan. Disusun rapi diatas troli. Setiap sudu dan garpu dilap dengan bagus dan disusun dibekasnya sendiri.
Auntie Iffet suka akan sikap Alina sentiasa hormat.
"Auntie Iffet, Alina benda nak tanya boleh?, Alina mahu bertanya akan hal yang begitu menjadi persoalannya. Seolah hal itu begitu menganggu akal dan fikirannya.
"Tanyalah ", jawab auntie Iffet.
" Bagaiman wajah Tuan Adrik",. Tanpa basah basi dan berani sekali.
" Oh my God, bagaimana kamu berfikir seperti itu. Wajah Tuan Adrik mengerunkan dengan sekali tatapan. Malah dia amat amarah sekali jika ada yang mengacau barang dibiliknya. Kami disini jarang betemu dengannya. Kerena takut akan betemu mata ",
Gulp! Perlu kah Alina menceritakan gelas yang pecah tadi. Sebaiknya tidak perlu kerana tiada sapa yang mengetahuinya.
"Ayuh, jangan termenung kita harus hidang makanan diatas meja sebelum jam 12:30 nanti Cik Lalita bising",
Alina dan auntie Iffet sama menyorong troli keluar dan menuju meja makan. Disusun rapi pinggang serta sudu dan garpu. Lauk pauk juga disusun rapi.
Selesai semua. Mereka berdua kembali ke dapur. Milla pun sudah disana. Mereka yang kerja sebagai pelayan. Makannya harus didapur. Disana atas meja bewarna emas nanti hanya kerebat keluarga Tuan Adrik.
Milla yang baru betemu Alina setelah kembali dari kerja luar. Seolah menghidu sesuatu yang bukannya bau Alina. Aneh sekali. Bau cowok mana ini. Pelayan didalam sana pun sedar akan bau Tuan mereka. Bau badan dan perfume Tuan Adrik!
" Kamu pakai wangian apaa ini Alina. Maskulin banget", Milla bersuara bisik ditelinga Alina.
" Aku tadi di kamar Tuan Adrik meleset sekali pikiran ku tiada langsung pun gambar Tuan Adrik digantung disitu", mendengar itu Milla terus mencubit lengannya.
" Kamu jangan bikin masalah ", bisik keras Milla. Kelakuan mereka berdua menjadi perhatian pelayan lain yang disitu.
" Seperti ku mencium bauan Tuan Adrik.." seorang pelayan wanita berkata , yang bernama Belinda.
" Yaa, aku pun begitu", dijawab pelayan bernama Sirus.
Semua mereka disitu memandang tetap kearah Alina, kerana mereka awal pagi tadi tahu yang Alina ditugaskan membersih kamar Tuan Adrik.
Melihat semua mata memandangnya Alina segera mencari jawapan yang tetap.
" Bagaimana tidak lekat baunya , jika berdiri diluar kamar itu bau didalam sudah semerbak keluar dong", Alina menyuap secepat mungkin nasinya.
" Tuan Adrik tidak suka barang-barang dikamar diganggu atau disentuh. Bisa saja dia tahu jika orang ada sentuh barangnya", ujar Belinda lagi.
Alamak! Gelas pecah tadi bagaimana ya? Harus dibagitau atau rahsia saja. Dibelenggu dengan kesalahan diri.
" Tuan Adrik tidak pernah menyuruh kami pelayan wanita masuk ke kamarnya kecuali Nyonya Lalita dan orang gaji luar. ", Tambah Auntie Iffet.
" Kenapaa...", Bertanya pula si Alina nih.
" Kamu pekerja baru memang tidak akan faham. Tuan Adrik itu serius 24jam. Satu kesalahan 1 saat kamu sudah dihalau ngerti. ", Balas Belinda.
" Sudah- sudah. Tidak usah bicara pasal Tuan Adrik nanti kedengaran sama Nyonya Lalita", Auntie Iffet menghalang perbualan terus pasal Tuan Adrik.
Masing-masing menghabiskan jamuan. Dan kembali berkerja seperti biasa. Alina pula sambil melakukan kerjaannya dia mencipta segala soalan yang bermain di otak nya.
Tetap jam 11 malam. Alina dan Milla kembali ke kamar mereka. Terus membersihkan diri dan ingin berehat dan tidur.
Agak letih. Banyak pekerjaan dibuat. Esok ada hal penting lagi seperti dipesan Nyonya Lalita. Malam yang dingin serta badan yang lelah tanpa banyak fikir Alina dan Milla terus lelap.
************* **************** *************** ***********
Ha? Bagaimana pembaca Kita sambung seterusnya di Bab 6. Dimana Tuan Adrik kembali. Dia ingin sekali betemu mata sama gadis yang sesuka semprot perfumenya. Ikuti kisah Alina...Gadis biasa sehingga penghujungya.
Terima kasih kepada pembaca yang meluang masa. Sekira ada salah/silap bahasa mohon maaf ya.
♥️♥️♥️♥️♥️
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Updated 29 Episodes
Comments