Kekerasan Hati
"Kayla"
"Nak apa ni?"
"Duduk dulu"
"Tak perlu.. Buang masa.. Teruskan apa yang kau nak cakap.."
"Kayla, duduklah dulu.. Papa kamu nak bincang elok ni" nenek meminta Kayla duduk dahulu mendengar apa yang papa akan sampaikan..
"Bincang eloklah sangat.."
Kayla duduk di sebelah neneknya itu..
Kerana dia menghormati neneknya,dia duduk..
Bukan kerana papanya..
"Apa yang nak dicakapkan sangat tu?"
"Papa nak kamu kahwin dengan seseorang"
Kayla tiba-tiba berang mendengarnya..
Dia kembali berdiri dengan kasar..
"Kenapa pulak aku nak kahwin?.. Kau tak payahlah nak tentukan hidup aku.."
"Kayla,sabar.. Kita bincang elok-elok.. Jangan marah dulu" nenek meminta Kayla sabar dahulu..
Kayla itu sukar menahan marahnya..
"Nak sabar apanya, nek?..Dia tiba-tiba nak Kayla kahwin.. Apehal?!"
"Cu,sabar.."
"Papa terima pinangan orang untuk kamu.. Lagi pun kamu memang dah patut kahwin sekarang"
"Aku andartu ke tak,kau nak tentukan nasib aku kenapa?.. Aku tak ada kacau pun hidup kau"
"Kayla,kamu jangan nak biadap"
"Takkan kau baru perasan aku ni biadap.. HAHAHA"
Kayla tiba-tiba saja ketawa dengan terbahak-bahak seperti orang gila..
Saraf otak dia memang dah putus..
"Oh,Aku baru teringat.. Kau ada hutang dengan orang kan.. Dan sekarang kau nak aku jadi ganti rugi.. Macam tu.. HAHAHA..Lawak"
"Kayla,jangan nak keluarkan ketawa gila kamu dekat sini.."
"HAHAHA.. Kenapa?.. Takut?.. Terkejut?"
"Kayla, kita tengah bincang pasal perkahwinan kamu..''
"Bincang?!.. Kau kata bincang.. Wah wah"
'Tap. Tap. Tap'
Kayla menepuk tangannya tanda ejekan..
"Kau ada ke bincang dengan aku pasal aku setuju ke tak perkahwinan ni.. Apa kata kau jual je anak perempuan kau yang tak guna tu.. Asyik berfoya-foya dekat luar tu.."
"Jaga mulut kamu.."
"HAHAHA.. Selama ni aku tak pernah jaga mulut pun.. Kenapa tak dari dulu je kan aku jual budak tu.. Menyusahkan''
"Kamu jangan nak cakap macam tu.. Dia tu adik kamu!!"
"HAHAHA.. Adik luar nikah.. Euww.. Tak nak aku mengaku adik.. Menjijikan"
"Kamu!!"
"Kayla, dia ni papa kamu.. Hormatlah sikit"
"HAHAHA.. Engkau, perempuan.. Tak payah nak ajar aku hormat orang.. Suami kau dengan kau tu sama je tak hormat orang.."
"Kayla!!.. Dah, jangan biadap dengan mak kamu"
"Sorry sikit.. Mak aku dah lama tak ada sebab korang ni.. Perempuan sebelah kau tu perempuan murah je bagi aku.. Kau pun sama.. Dah ada isteri masih nak cari perempuan lain.."
"Dahlah cu.. Tenangkan diri.. Jangan ungkit masa lama.."
"Nenek tak payah punlah nak back-up diorang ni.. Manja sebab neneklah ni.."
"Ya cu.. Salah nenek manjakan papa kamu ni.. Hantarkan nenek masuk bilik.. Pening kepala nenek ni"
"Mari Kayla tolong.."
Nenek berumur 70-an itu dibawa masuk ke bilik..
Bilik itu tidak jauh dari ruang tamu..
"Nek.. Nenek rehat ya.."
"Ya.. Kamu jangan bergaduh sangat dengan papa kamu ya.. Pasal perkahwinan tu, nenek ikut kamu je"
"Kayla fikir apa keuntungan dan kerugian Kayla bila kahwin.. Nanti Kayla bagi tahu keputusan Kayla dekat nenek.. Okay?"
"Nenek ikutkan.."
"Nenek rehatlah..bKayla keluar dulu"
"Yelah.."
Kayla menutup pintu dengan rapat..
Mengelak bunyi di luar bilik mengganggu ketenteraman nenek untuk berehat..
"Kayla"
"Nak apa lagi?.. Nak perang mulut lagi?"
"Kamu.."
"Whatever-lah.."
Kayla tidak menghiraukan orang yang melihatnya menaiki tangga..
Ya..
Dia nak ke tingkat atas rumah..
Nak rehat dulu..
Dia ni baru je balik dari bekerja,dah ada yang bawa gaduh..
.....
"Kayla,kamu dah fikir pasal perkahwinan tu"
Heisy, orang tua ni..
Tak habis-habis dengan perkahwinan tu..
"Aku boleh setuju.. Tapi dengan syarat"
"Syarat apa?"
"Pastikan semua anak kau dengan perempuan tu tak kerja tempat yang sama dengan aku.. Banyak je tempat kerja lain.."
"Mana boleh macam tu?.. Sekarang ni macam mana nak cari kerja lain?"
"Kaukan bapak diorang.. Kau pandai-pandailah carikan kerja.."
"Tapi.."
"Kalau tak nak ikut syarat tu, tak apa.. Jual je anak kau tu.. Dan bayar hutang.. Takpun,suruh jelah anak kau gantikan aku.."
"Kayla!!"
"Sakit hati ke?.. HAHAHA.. Aku tak kisah.."
Kayla yang tadi ketawa sekejap saja mendatarkan wajahnya..
Dia membuat keputusan untuk kahwin..
Tapi dia akan pastikan perkahwinan tu takkan berpanjangan..
Cukup sekadar dia tak digelar 'anak dara tua'
Dia sekarang ingin keluar mengambil angin seorang diri..
Walau sekadar sudah malam..
Dia tidak sama sekali takut keluar seorang diri..
Dia suka menyendiri berbanding berkumpul..
Dia pergi ke sebuah restoran..
Menikmati makanan di sana..
Di rumah bukannya tidak ada yang memasak makanan, cuma dia risau akan keselamatan makanan tu..
Bila-bila masa saja akan ada yang membunuhnya..
Namun dia licik berbanding orang di dalam rumah itu..
Tidak mudah memerangkapnya..
.....
Sepulangnya dia..
Dia melihat televisyen dipasang..
Beberapa orang menonton drama ditayangkan..
"Baru nak balik.. Kau tu perempuan, bukannya lelaki.. Ke, kau ni jual diri"
"Heh.. Kau tak payah nak samakan aku dengan mak kau.."
"Sial kau"
"Aku ke kau yang sial.. Ambil kesempatan atas kekayaan orang"
"Kau pun samalah.. Tak payah nak cakap orang"
"Sorry sikit.. Aku dapat kekayaan dari peninggalan harta untuk aku..bBukannya ambil kekayaan orang macam kau.."
Kau tak payah nak berlagaklah"
"Aku ke kau yang berlagak.. Kerja pun macam ciput.. Enjoy banyak pulak.. Ada hati nak cakap aku berlagak.."
"Ish kau!!"
"Melly, dah jangan bertengkar dengan Kayla.. Kamu takkan menang"
Tersenyum sinis Kayla mendengarnya..
Apa mimpi tiba-tiba macam nak back-up..
"So, apa keputusan kau untuk syarat aku?"
"Papa ikutkan.."
"Pastikan esok diorang semua dah tak kerja dekat sana.. Perkahwinan tu,kaulah atur.. Kaukan nak sangat aku kahwin.. HAHAHA.. Tapi tak bermakna lepas aku kahwin, kau boleh nak suruh anak kau tu kerja semula tempat aku.."
"Ya.. Papa faham.."
Fahamlah sangat..
Tsk..
"Deal.. Kalau kau pandai-pandai langgar syarat ni.. Tengoklah macam mana aku hajar anak-anak manja kau tu.."
"Ya.. Papa takkan langgar syarat tu asalkan kamu tetap kahwin dengan orang tu.."
"Satu lagi.. Orang tu muda ke tua?"
"Tua beberapa tahun daripada kamu"
"Oh"
"Esok ikut mak kamu jumpa bakal mak mertua kamu.."
"Tak payah nak mention 'mak' tu.. Kau nak bawa aku bergaduh ke?"
"Tak Kayla.. Tapi memang dia mak kamu kan.."
"Kan aku dah kata.. Mak aku dah tak ada.. Tak ada siapa boleh ganti dia.. Walau perempuan tu buat pembedahan plastik sama muka macam mak aku.."
"Kayla"
"Aku tak nak gaduh.. Aku nak rehat"
Kayla menunjukkan dia tak berminat nak tahu sangat bakal suami dia tu..
Dan dia tak nak gaduh..
Pfft..
Entah macam mana dia nak jalankan hidup lepas kahwin ni..
Tapi dia takkan biarkan bakal suami dia tu kongkong dia..
Tak berlama dekat sana...
Dia pantas menaiki tangga memasuki bilik ya..
Dia tak nak layan lagi orang dalam rumah tu.
Penat dah melayan..
Asyik cari masalah dengan dia..
Tapi kadang gara-gara mulut dia juga penyebab berlakunya pergaduhan..
Mulut dia memang tajam ya..
"Kayla, kamu dah siap ke ni?"
"Hrmm.." jawab Kayla sekadar berdehem..
"Hormat sikit mak aku ae" seorang adik tiri Kayla menyuarakannya..
"Mak kau ada hormat mak aku ke?.. Tak ada kan.. Mulut kau,baik diam.. Sebelum aku bawa bergaduh"
"Dah dah.. Kayla,jom jumpa bakal mak mentua kamu.. Ery,kamu duduk rumah.."
"Ya." sekadar jawapan pendek Ery berikan..
Kayla dengan gayanya kasar..
Berpeluk tubuh dengan muka datar melihat dua beranak itu..
"Kayla, jom jalan.."
Kayla mengekori ke mana perginya perempuan yang bergelar mak tiri kepadanya..
Dia akan bertemu bakal ibu mentuanya hari ini..
Untung saja hari ni hari tak bekerja..
Dia tak nak buang masa kerja dia semata-mata hal tak penting.
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Updated 21 Episodes
Comments