NovelToon NovelToon

Kekerasan Hati

Bab 1_Bincang

"Kayla"

"Nak apa ni?"

"Duduk dulu"

"Tak perlu.. Buang masa.. Teruskan apa yang kau nak cakap.."

"Kayla, duduklah dulu.. Papa kamu nak bincang elok ni" nenek meminta Kayla duduk dahulu mendengar apa yang papa akan sampaikan..

"Bincang eloklah sangat.."

Kayla duduk di sebelah neneknya itu..

Kerana dia menghormati neneknya,dia duduk..

Bukan kerana papanya..

"Apa yang nak dicakapkan sangat tu?"

"Papa nak kamu kahwin dengan seseorang"

Kayla tiba-tiba berang mendengarnya..

Dia kembali berdiri dengan kasar..

"Kenapa pulak aku nak kahwin?.. Kau tak payahlah nak tentukan hidup aku.."

"Kayla,sabar.. Kita bincang elok-elok.. Jangan marah dulu" nenek meminta Kayla sabar dahulu..

Kayla itu sukar menahan marahnya..

"Nak sabar apanya, nek?..Dia tiba-tiba nak Kayla kahwin.. Apehal?!"

"Cu,sabar.."

"Papa terima pinangan orang untuk kamu.. Lagi pun kamu memang dah patut kahwin sekarang"

"Aku andartu ke tak,kau nak tentukan nasib aku kenapa?.. Aku tak ada kacau pun hidup kau"

"Kayla,kamu jangan nak biadap"

"Takkan kau baru perasan aku ni biadap.. HAHAHA"

Kayla tiba-tiba saja ketawa dengan terbahak-bahak seperti orang gila..

Saraf otak dia memang dah putus..

"Oh,Aku baru teringat.. Kau ada hutang dengan orang kan.. Dan sekarang kau nak aku jadi ganti rugi.. Macam tu.. HAHAHA..Lawak"

"Kayla,jangan nak keluarkan ketawa gila kamu dekat sini.."

"HAHAHA.. Kenapa?.. Takut?.. Terkejut?"

"Kayla, kita tengah bincang pasal perkahwinan kamu..''

"Bincang?!.. Kau kata bincang.. Wah wah"

'Tap. Tap. Tap'

Kayla menepuk tangannya tanda ejekan..

"Kau ada ke bincang dengan aku pasal aku setuju ke tak perkahwinan ni.. Apa kata kau jual je anak perempuan kau yang tak guna tu.. Asyik berfoya-foya dekat luar tu.."

"Jaga mulut kamu.."

"HAHAHA.. Selama ni aku tak pernah jaga mulut pun.. Kenapa tak dari dulu je kan aku jual budak tu.. Menyusahkan''

"Kamu jangan nak cakap macam tu.. Dia tu adik kamu!!"

"HAHAHA.. Adik luar nikah.. Euww.. Tak nak aku mengaku adik.. Menjijikan"

"Kamu!!"

"Kayla, dia ni papa kamu.. Hormatlah sikit"

"HAHAHA.. Engkau, perempuan.. Tak payah nak ajar aku hormat orang.. Suami kau dengan kau tu sama je tak hormat orang.."

"Kayla!!.. Dah, jangan biadap dengan mak kamu"

"Sorry sikit.. Mak aku dah lama tak ada sebab korang ni.. Perempuan sebelah kau tu perempuan murah je bagi aku.. Kau pun sama.. Dah ada isteri masih nak cari perempuan lain.."

"Dahlah cu.. Tenangkan diri.. Jangan ungkit masa lama.."

"Nenek tak payah punlah nak back-up diorang ni.. Manja sebab neneklah ni.."

"Ya cu.. Salah nenek manjakan papa kamu ni.. Hantarkan nenek masuk bilik.. Pening kepala nenek ni"

"Mari Kayla tolong.."

Nenek berumur 70-an itu dibawa masuk ke bilik..

Bilik itu tidak jauh dari ruang tamu..

"Nek.. Nenek rehat ya.."

"Ya.. Kamu jangan bergaduh sangat dengan papa kamu ya.. Pasal perkahwinan tu, nenek ikut kamu je"

"Kayla fikir apa keuntungan dan kerugian Kayla bila kahwin.. Nanti Kayla bagi tahu keputusan Kayla dekat nenek.. Okay?"

"Nenek ikutkan.."

"Nenek rehatlah..bKayla keluar dulu"

"Yelah.."

Kayla menutup pintu dengan rapat..

Mengelak bunyi di luar bilik mengganggu ketenteraman nenek untuk berehat..

"Kayla"

"Nak apa lagi?.. Nak perang mulut lagi?"

"Kamu.."

"Whatever-lah.."

Kayla tidak menghiraukan orang yang melihatnya menaiki tangga..

Ya..

Dia nak ke tingkat atas rumah..

Nak rehat dulu..

Dia ni baru je balik dari bekerja,dah ada yang bawa gaduh..

.....

"Kayla,kamu dah fikir pasal perkahwinan tu"

Heisy, orang tua ni..

Tak habis-habis dengan perkahwinan tu..

"Aku boleh setuju.. Tapi dengan syarat"

"Syarat apa?"

"Pastikan semua anak kau dengan perempuan tu tak kerja tempat yang sama dengan aku.. Banyak je tempat kerja lain.."

"Mana boleh macam tu?.. Sekarang ni macam mana nak cari kerja lain?"

"Kaukan bapak diorang.. Kau pandai-pandailah carikan kerja.."

"Tapi.."

"Kalau tak nak ikut syarat tu, tak apa.. Jual je anak kau tu.. Dan bayar hutang.. Takpun,suruh jelah anak kau gantikan aku.."

"Kayla!!"

"Sakit hati ke?.. HAHAHA.. Aku tak kisah.."

Kayla yang tadi ketawa sekejap saja mendatarkan wajahnya..

Dia membuat keputusan untuk kahwin..

Tapi dia akan pastikan perkahwinan tu takkan berpanjangan..

Cukup sekadar dia tak digelar 'anak dara tua'

Dia sekarang ingin keluar mengambil angin seorang diri..

Walau sekadar sudah malam..

Dia tidak sama sekali takut keluar seorang diri..

Dia suka menyendiri berbanding berkumpul..

Dia pergi ke sebuah restoran..

Menikmati makanan di sana..

Di rumah bukannya tidak ada yang memasak makanan, cuma dia risau akan keselamatan makanan tu..

Bila-bila masa saja akan ada yang membunuhnya..

Namun dia licik berbanding orang di dalam rumah itu..

Tidak mudah memerangkapnya..

.....

Sepulangnya dia..

Dia melihat televisyen dipasang..

Beberapa orang menonton drama ditayangkan..

"Baru nak balik.. Kau tu perempuan, bukannya lelaki.. Ke, kau ni jual diri"

"Heh.. Kau tak payah nak samakan aku dengan mak kau.."

"Sial kau"

"Aku ke kau yang sial.. Ambil kesempatan atas kekayaan orang"

"Kau pun samalah.. Tak payah nak cakap orang"

"Sorry sikit.. Aku dapat kekayaan dari peninggalan harta untuk aku..bBukannya ambil kekayaan orang macam kau.."

Kau tak payah nak berlagaklah"

"Aku ke kau yang berlagak.. Kerja pun macam ciput.. Enjoy banyak pulak.. Ada hati nak cakap aku berlagak.."

"Ish kau!!"

"Melly, dah jangan bertengkar dengan Kayla.. Kamu takkan menang"

Tersenyum sinis Kayla mendengarnya..

Apa mimpi tiba-tiba macam nak back-up..

"So, apa keputusan kau untuk syarat aku?"

"Papa ikutkan.."

"Pastikan esok diorang semua dah tak kerja dekat sana.. Perkahwinan tu,kaulah atur.. Kaukan nak sangat aku kahwin.. HAHAHA.. Tapi tak bermakna lepas aku kahwin, kau boleh nak suruh anak kau tu kerja semula tempat aku.."

"Ya.. Papa faham.."

Fahamlah sangat..

Tsk..

"Deal.. Kalau kau pandai-pandai langgar syarat ni.. Tengoklah macam mana aku hajar anak-anak manja kau tu.."

"Ya.. Papa takkan langgar syarat tu asalkan kamu tetap kahwin dengan orang tu.."

"Satu lagi.. Orang tu muda ke tua?"

"Tua beberapa tahun daripada kamu"

"Oh"

"Esok ikut mak kamu jumpa bakal mak mertua kamu.."

"Tak payah nak mention 'mak' tu.. Kau nak bawa aku bergaduh ke?"

"Tak Kayla.. Tapi memang dia mak kamu kan.."

"Kan aku dah kata.. Mak aku dah tak ada.. Tak ada siapa boleh ganti dia.. Walau perempuan tu buat pembedahan plastik sama muka macam mak aku.."

"Kayla"

"Aku tak nak gaduh.. Aku nak rehat"

Kayla menunjukkan dia tak berminat nak tahu sangat bakal suami dia tu..

Dan dia tak nak gaduh..

Pfft..

Entah macam mana dia nak jalankan hidup lepas kahwin ni..

Tapi dia takkan biarkan bakal suami dia tu kongkong dia..

Tak berlama dekat sana...

Dia pantas menaiki tangga memasuki bilik ya..

Dia tak nak layan lagi orang dalam rumah tu.

Penat dah melayan..

Asyik cari masalah dengan dia..

Tapi kadang gara-gara mulut dia juga penyebab berlakunya pergaduhan..

Mulut dia memang tajam ya..

"Kayla, kamu dah siap ke ni?"

"Hrmm.." jawab Kayla sekadar berdehem..

"Hormat sikit mak aku ae" seorang adik tiri Kayla menyuarakannya..

"Mak kau ada hormat mak aku ke?.. Tak ada kan.. Mulut kau,baik diam.. Sebelum aku bawa bergaduh"

"Dah dah.. Kayla,jom jumpa bakal mak mentua kamu.. Ery,kamu duduk rumah.."

"Ya." sekadar jawapan pendek Ery berikan..

Kayla dengan gayanya kasar..

Berpeluk tubuh dengan muka datar melihat dua beranak itu..

"Kayla, jom jalan.."

Kayla mengekori ke mana perginya perempuan yang bergelar mak tiri kepadanya..

Dia akan bertemu bakal ibu mentuanya hari ini..

Untung saja hari ni hari tak bekerja..

Dia tak nak buang masa kerja dia semata-mata hal tak penting.

Bab 2_Anak Kayline

"Cantiknya anak kamu ni"

Bakal ibu mentua mengatakannya

"Sorry.. But I'm not her daughter.. Please don't say it again.."

Kayla memberitahu hal sebenar..

Dia tak nak jadi anak pada perampas tu..

"Kayla.."

Ibu tiri seakan terkejut Kayla mengatakannya..

"Am I wrong?..I'm just your step-daughter..Right?.. Don't tell me that you wanna be my real mom"

"Kayla,jangan nak cakap benda tu dekat sini.."

"Betul ke dia ni anak tiri kamu?.. Anak Kayline dengan Arid ke ni?"

Bakal ibu mentua menanya..

"Ya.."

Kayla menjawab pertanyaan itu..

Dia pasti ibu tiri takkan mengaku..

"Cantik.. Seperti ibunya.. Bukan kamu kata nak kahwinkan dengan anak kamu ke?..Kenapa tiba-tiba nak kahwinkan dengan anak Kayline?.. Ada apa-apa yang jadi ke?"

"Arid sendiri nak..Saya okay je nak kahwinkan anak saya tapi saya ikutkan Arid je"

"Tak apalah.. Saya pun okay je nak terima Kayla ni.. Manis orangnya.. Semoga anak saya tu tak sia-siakan dia"

Bluek..

Ingin Kayla muntah..

Plastik please..

Cepat, sebelum dia betul-betul muntah

"Kayla, kamu carilah baju pengantin kamu atau nak tempah.."

"Tak perlu tempah.."

"Kalau begitu, kita sama-sama cari baju pengantin kamu.."

"Ya.."

"Jen, sorry-lah pasal bahasa Kayla.. Dia memang macam ni.."

"Tak apa.. Saya okay je.. Kayla, jom kita cari baju ya.."

"Ya.."

Kayla serta dua lagi perempuan berumur tadi masing-masing mencari baju.

Mereka mengenakan pada tubuh Kayla..

Namun Kayla tidak berminat mana-mana baju..

Sehinggalah dia menjumpai baju pengantin yang teramat kembang..

Bercorak bunga dan digayakan dengan off-shoulder..

"Aunty.. Ni"

Kayla menunjukkan baju yang baru dia temui itu..

"Wah.. Pandai kamu pilih.. Baju ni memang sesuai untuk orang yang cantik macam kamu"

Kata-kata pujian itu tidak dimasukkan ke dalam hati..

Dia mendapat kecantikannya ini daripada ibunya..

Sungguh sedih bila rupa cantik ibunya kini tidak lagi dapat dia lihat secara langsung, hanya dapat dilihat dari gambar..

"Kita pilih inilah.. Macam mana dengan baju persandingan kamu?"

"Perlu ke bersanding?"

"Sudah pasti.. Kita dari keluarga mampu.. Tujuh hari tujuh malam bersanding pun tak apa.."

"Sekali jelah bersanding.."

"Aunty boleh terima.. Sekarang kita cari baju bersanding kamu"

"Ya.."

Apa ni?

Bersanding..

Eugh..

Buang masa betullah semua tu..

"Kayla,kamu nak warna apa?"

"Apa-apa je"

"Kalau warna krim,kamu nak?"

"Boleh.."

"Long-dress macam ni nak?"

Kayla memerhatikan long-dress itu dari atas ke bawah .

Cantiklah juga..

"Boleh.."

"Senang betul nak berurusan dengan kamu ni.. Sekejap je dah siap masalah cari baju.. Lepas ni banyak lagi nak buat.."

"Aunty boleh berurusan dengan aunty ni atau suami dia sekali dalam bab perkahwinan ni.. Saya setuju apa je.. One more thing,can I know who's my future husband?"

"Semestinya boleh, Kayla.. Kamu boleh jumpa dia dekat kafe sebelah.. Dia pakai kemeja coklat.."

"Nama?"

"Jim.. Jimmy"

"Okay.. Pergi dulu.."

"Ya.."

Kayla keluar dari butik pengantin itu memasuki kafe yang hanya di sebelah butik..

"Sorry-lah pasal anak tu.. Dia tu memang kasar.."

"Tak apalah.. Saya terima.."

Ibu tiri merasa malu akibat perangai Kayla itu..

Dan dia tidak tahu apakah perangai Kayla akan berubah bila dah kahwin nanti..

Kalau masih kasar, tak apa..

Jangan je biadap.. Tambah malu nanti..

"Kau, Jimmy ke?.. Aunty Jen's son?"

"Ya.. Kau siapa?"

"Aku Kayla, bakal isteri kau.. Aku just nak cakap pasal hari perkahwinan tu.. Bila kau dengan aku dah mengatakan janji perkahwinan tu,tak perlu nak bercium bagai.. Just that.. Bye"

Kayla pantas meninggalkan Jimmy terpinga-pinga dengan apa yang baru dikatakan Kayla..

Kawan sebelah Jimmy juga terpinga-pinga..

"Weh dude.. Biar betul tu future wife kau..Kasar"

"Aku mana tahu mak aku.. Nak perempuan tu, kahwin jelah.. Aku ni pun dah malas kena pot pet dengan mak aku.."

"Yang aku tak sangka tu.. Berani tul dia cakap pasal ciuman perkahwinan korang tu dekat tempat tertutup ni.. Tak tahu malu ke?"

"Bagus juga kalau dia tak nak.. Tak perlulah aku nak berciuman dengan dia nanti.."

"Pasrah sangat kau dengan hidup perkahwinan kau ni.."

"Pasrah jelah yang aku mampu.. Nak bantah?, kau rasa aku berani ke?"

"Tak.. Haha.. Kesian kau tho.."

"Tak payah kesian.. Kau tu, ada girlfriend tapi tak kahwin lagi kenapa?.. Kalau macam aku ni tak ada calon, tak apalah juga.."

"Belum masa lagi.."

"Halah.. Kena rebut nanti, menyesal tak ada guna.."

"Tunggu kau dulu"

"Banyak cantik muka kau"

"Aku tak cantik.. Aku kacak je"

"Gila.."

.....

"Kayla.. Setahu aunty,umur kamu nak 27 kan?.. Kenapa tak kahwin awal?"

"Tak ingin.."

"Kayla, jawablah elok sikit.."

Ibu tiri menegur kelakuan tidak sopan Kayla tu..

Dengan bakal ibu mentua pun nak kasar..

"Aunty okay je.."

"Ara, tak apa.. Saya okay.."

Jen tidak terasa dengan Kayla ni..

Mungkin kerana Kayla tidak terbiasa dengannya..

Kerna itu dia menerima cara Kayla melayannya..

"Kayla kerja apa?"

"Businesswoman"

"Ooh.. Kamu workaholic ke?.. Sampai tak sempat nak cari pasangan?"

"Agak macam tu.."

"Anak aunty pun begitu.. Sibuk sangat dengan kerja sampai tak ada masa nak keluar cari pasangan.."

Kayla menganggukkan kepalanya..

Dia sudah bosan dengan pertemuan ni..

Dia nak balik rumah je dalam fikiran dia..

"Kayla.. Makanlah.. Kenapa macam tak luak ni?"

"Tak ada selera.."

"Tak suka makanan ni ke?"

"Bukan.. Memang tak ada selera nak makan.."

"Betul ke ni Kayla?"

"Ya.."

"Tak apalah.."

Ketika Jen tidak memandang kedua orang bersamanya..

Kayla menjeling pada ibu tiri..

Pandang Kayla macam nak makan..

Kayla tak takut pun..

Tsk..

"Kayla.."

"Ya.."

"Kamu nak kahwin bila?"

"Ikut je.."

"Kalau minggu depan?"

"Okay je.."

"Kamu, Ara?.. Okay?"

"Saya terima je.."

"Baguslah macam tu.. Lagi cepat, lagi bagus.."

"Ya,bagus tu.."

Kayla mengerling kan matanya..

Mesti ibu tiri suka bila dia dah tak selalu dekat rumah..

Senang hatilah korangkan..

"Kayla, kamu ada minta nombor telefon Jimmy?"

"Tak ada.."

"Kenapa tak minta?.. Boleh kenal-kenal"

"Tak apa.. Kenal lepas kahwin je.."

"Okay-lah.. Lepas nikan tak perlu nak susah-susah jumpa.."

"Ya.."

"Jen.. Kitorang balik dululah.. Urusan kahwin, kamu boleh bincang dengan saya.."

"Yelah.. Kayla, Ara terima kasih untuk hari ni"

Senyuman kecil dan sekejap Kayla beri..

Tak perlu nak beri senyuman manis pun,Jen dah kata Kayla manis..

"Terima kasih juga Jen.. Kami pergi dulu"

"Ya.. Hati-hati"

"Ya.."

Bab 3_ Bincang II

"Kayla.. Kenapa kamu layan Aunty Jen macam tu?.. Hormatlah dia.. Diakan bakal ibu mentua kamu.."

"Dia okay je kan dengan layanan aku.. Kau nak marah,kenapa?.. Bagi masalah dekat kau ke?.. Dia okay, kau pula nak sibuk"

"Mama tak kisah kalau kamu masih tak terima mama tapi perempuan yang tadi tu, bakal mentua kamu.. Hormat sikit pun tak apalah.. Jangan nak babitkan dia dalam penerimaan kamu dekat mama.. Kamu boleh buat keluarga ni malu.."

"Helloo.. Yang buat malu dulu tu, suami kau ya.. Bukan aku.. Aku just menjejaki dia,bolehkan.. Untuk permalukan keluarga ni.."

"Kayla.."

"Berhenti sebut nama aku berulang-kali.. Jangan sampai aku tarik balik kata-kata aku untuk berkahwin"

"Mama tak kisah tapi adik-adik kamu akan kerja semula dengan kamu.."

"Boleh je.. As cleaner, nak ke?"

"Kamu.."

"HAHAHA.. Marah ke?.. Pfft.. Sebelum kau jadi gila sebab aku, baik kau jangan cari pasal dengan aku.."

"Kayla!!!" Melly tiba-tiba saja menjerit nama Kayla di ruang tamu..

Bergema seluruh rumah..

Entah kenapa begitu..

"HAHAHA.. Kau dah kenapa teriak?.. Dah gila macam aku ke?.. HAHAHA.."

"KAU JANGAN NAK KURANG AJAR DENGAN MAMA!!"

Melly membentak Kayla di hadapan mamanya..

"Uuuu.. Takutnya.. Buat pengetahuan kau, aku bukan kurang ajar.. Tapi kurang kasih sayang mama aku.. Sebab mak dengan bapa KAU!!"

Kayla menjerit di akhir katanya..

Dia dah muak dengan keluarga tiri dia termasuk bapa dia sendiri..

"Bapa aku,bapa kau jugalah.."

Melly mengatakan fakta..

"Aku tak pernah mengaku dia bapa aku.. Pernah kau dengar aku layan dia dengan baik ke?.. Tak pernah kan.."

"Kau!!"

Melly menujukan jari telunjuk dia ke arah Kayla..

"HAHAHA.. Marah ke?.. Lebih baik kau menjauh daripada aku, sebelum kau jadi gila.. Sebab akukan PEMBAWA MALANG.. HAHAHA!!"

SEKELIP MATA,rupa Kayla yang tadi kelucuan kembali datar..

Dia memang pandai dalam memanipulasi muka dia tu..

"Shuh, shuh. Aku nak lalu"

Kayla menolak perlahan Melly untuk ke tepi..

Dia penat..

Dan nak rehat dalam bilik..

.....

"Bang.. Tadi saya jumpa anak Kayline dengan Arid.."

"Hidup lagi ke anak tu?"

"Apa cakap macam tu, bang..Tak baik"

"Tak.. Kan sebelum ni kita tahu yang anak Kayline tu tak pernah ditemui.."

"Anak Kayline tu workaholic.. Susah nak jumpa.."

"Sebelum kerja?"

"Itu tak tahu tapi anak Kayline tu anak jadi menantu kita"

"Biar betul ni , Sayang?"

"Ya betul.. Saya mula-mula terkejut tahu perempuan tadi saya jumpa untuk cari kan baju pengantin tu anak Kayline.. Arid sendiri nak kahwinkan anak pertama dia tu.."

"Yang kata nak kahwinkan dengan anak dia dengan Ara tu?"

"Tukar kot.. Tak apalah, manis je saya nampak anak Kayline tu.."

"Siapa nama?"

"Kayla"

"Macam mana layanan dia dengan Sayang?"

"Nampak kekok.. Mungkin sebab dia tak bergaul sangat.. Workaholic kan.."

"Yelah.."

"Bila kau balik?"

"Lama lagi.. Kenapa?"

"Minggu depan aku kahwin.."

"Sejak bila kau cari calon?"

"Tak ada pun.. Orang tua tu aturkan perkahwinan aku"

"Kenapa kau terima?"

"Tak apa.. Aku akan pastikan perkahwinan tu tak lama.. Orang tua tu tak nak aku andartu.."

"Gila.."

"Kan.. Kau tak nak balik ke?"

"Tak apalah.. Kau lalui je semua tu tanpa aku.. Aku dekat sini ada problem besar"

"Problem apa?.. Apesal aku tak tahu?"

"Aku sengaja sembunyikan daripada kau.. Aku tak nak kau fikir sangat dekat sini.. Dekat sana je pun,dah busy"

"Sekurang-kurangnya bagi tahulah aku.."

"Dahlah.. Tak payah fikir.. Bagi tahu tarikh kahwin kau.. Nanti aku wish pengantin baru.."

"Tsk.. Yelah.."

"Ada apa-apa lagi tak?.. Aku nak off ni"

"Tak ada apa.."

"Kalau macam tu, tata"

"Bye.."

Panggilan diputuskan..

Baru call, dah off..

Dia ni pun..

Tak nak luang waktu sikit dengan Kayla..

'Tok..Tok..Tok..'

"Oii.. Orang dekat dalam.. Papa panggil nak bincang perkahwinan kau tu."

Bincang apa lagi ni..

Kan Kayla dah setuju, apa je rancangan diorang.. Kayla terima..

Kayla melangkah malas menuruni tangga..

Sudah terpapar wajah-wajah yang dibencinya..

Menyebalkan sungguh hati Kayla.

"Nak bincang apa lagi ni?"

"Duduk dulu.."

Kayla menghembus nafas kasar sebelum menghenyak kasar sofa yang didudukinya..

"Hari Khamis hingga Ahad minggu depan, kamu kosong kan jadual kamu"

"Kenapa?"

"Kamu dah nak berkahwin masa tu.."

"Kenapa nak ambil masa empat hari?"

"Untuk kamu dapat berehat secukupnya sebelum berlangsung kahwin.."

"Tak perlu buang masa nak berehat..Aku okay je kerja hari ni,esok dah nak kahwin.."

"Kau ni, buatlah cara nak kahwin.. Orang dah uruskan, banyak membantah.."

Ery mengomel di sana..

Sakit hati dengan tingkah laku Kayla..

"Aku ke kau nak kahwin ni?..Kau sibuk kenapa?.. Apa kata kau je yang kahwin.."

"Baguslah..Tak payah aku nak hadap muka kau setiap hari.."

"Ery, jangan nak masuk campur"

Papa cuba mengelakkan sebarang pergaduhan ketika..

Dia hanya ingin berbincang..

"Kenapa papa nak dia yang kahwin, bukannya dapat untung pun.."

"Kau nak tau kenapa bapa kau pilih aku?.. Sebab lepas ni, seronoklah korang tinggal dalam rumah aku ni.. Tanpa aku.. Kan.."

Kayla memandang Arid dengan pandangan mengejeknya..

"Kayla.. Kamu jangan nak berfikiran macam tu"

"Salah ke apa aku cakap?.. Aku tahu rancangan korang.."

Kayla membangunkan diri daripada terus duduk di sana..

PANAS sekali everybody..

"Bila hari perkahwinan tu?"

"Hari Jumaat"

"Dah tu kenapa sampai hari Ahad?"

"Hari bersanding.."

"Tsk.. Aku tak perlu rehat kalau macam tu.."

Kayla segera menaiki tangga..

Tak tahan dah dekat sana tu..

Banyak mata memandang..

"Kayla.. Kamu nak pergi mana?"

"Pergi kerjalah"

"Petang nanti kamu dah nak kahwin.. Tengah hari nanti nak bersiap.."

"Aku kerja sekejap jelah.. Kau pergi je dulu dekat bilik persalinan tu.. Nanti aku datang.."

"Kamu jangan nak lari pulak"

"Kalau aku lari sekali pun, anak kaukan ada nak gantikan aku.."

"Jangan nak malukan kami, Kayla.."

"Aku tak kisah semua tu.. Sebab seseorang dah ajar aku untuk tak tahu malu.."

"Kamu ni asyik nak ungkit benda lama, kenapa?"

"Kau tanya aku pasal tu?.. Of course aku nak ingat benda lalu.. Biar sedar diri kau sikit yang aku tu cuma isteri kedua orang lelaki yang curang.. Dan tak mustahil untuk suami kah tu curang dengan kau pulak.. Jangan kau jadi gila pulak nanti"

"Kayla.. Jaga mulut kamu.. Tu bapa kamu tau.."

"Whatever"

Kayla melalui ibu tiri itu daripada terus bercakap..

Dia nak pergi kerja sejam dua je.. Bukannya sampai ke malam..

Sibuk je..

Download MangaToon APP on App Store and Google Play

novel PDF download
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download MangaToon APP on App Store and Google Play