"Kayla.. Kamu sopanlah sikit.. Tak nampak ke pendandan ni nak mekap kan kamu.."
"Aku tak buta lagi.."
"Muka kau tu senyumlah sikit.. Ni tak.. Dah macam robot tak nak senyum.."
"Kau senyaplah.. Suka hati aku apa nak buat.. Nak senyum ke, nak mati ke.. Ikut suka aku.. Jangan sampai aku humban kau pergi tingkat bawah.."
"Kayla, Melly.. Dahlah tu.. Asyik bergaduh je.."
"Suruh anak kau tu tutup mulut.. Ke dia nak ganti aku.."
"Kayla.. Jangan macam ni.. Tetamu dah tunggu ni.. Melly, jangan bercakap lagi.."
"Menangkan sangat perempuan ni.. Anak tiri je pun"
"Melly.. Kamu nak kena dengan papa kamu ke?"
"Yelah yelah.. Diamlah ni.."
"Puan.. Macam mana dengan riasan saya pada Cik Kayla ni.?" Pendandan itu meminta pendapat Ara untuk riasan dia..
Pendandan tu takut sebenarnya nak berhadapan dengan Kayla ni..
Kasar dia tak boleh bawa bincang..
"Dah okay ni.."
"Baru nampak macam perempuan"
Sekali lagi Melly bersuara..
"Melly, diam.."
"Heh.."
Setelah memastikan Kayla habis berhias..
Kayla ditetapkan untuk terus berada dalam bilik persalinan itu..
Dia akan menunggu saat-saat dia diarahkan ke dewan perkahwinan..
Sempat juga ni Kayla bermain permainan dalam talian..
Orang nak kahwin, nervous..
Ni dia, seronok main games..
Kayla, Kayla..
"Kau ni, tak boleh ke nak jadi orang normal?.."
"Tak normal ke orang main game?"
"Kau tu nak kahwin sekejap lagi.. Sempat pulak kau main game.."
"Suka hati akulah.. Nak kahwin nanti, aku.. Bukannya kau..Aku kahwin hari ni pun, sebab bapa kau dah penuhi syarat.. Kalau tak, jangan haraplah aku pakai baju kembang ni.."
"Eh kau ni.. Asyik bapak aku, bapak aku.. Bapak aku tu bukan bapak kau ke?"
"Dia bukan bapak aku.."
"Kau tak mengaku dia bapa sekalipun, tetap juga dia yang jadikan kau baby"
"Kalau tak ada mak aku, kau rasa aku lahir ke?!..Aku ni, lagi relalah tak hidup daripada jadi anak dia.."
Pintu terbuka dari luar tanpa ketukan terlebih dahulu..
"Kayla, Melly.. Kamu ni asyik bergaduh.. Dari luar boleh dengar.. Kamu ni lagi Kayla, nak kahwinkan.. Janganlah gaduh-gaduh.."
"Kau kisah apa?.. Anak kau mula dulu.."
"Dah dah.. Kayla, mari papa hantarkan kamu pada bakal suami kamu.."
"Tak perlu.. Aku tak izinkan kau hantar aku.. Kalau kau tolak, kita boleh batalkan perkahwinan ni"
"Okay okay.. Papa tak hantar.. Tapi kamu kena masuk dewan perkahwinan sekarang"
"Okay.."
"Kayla, biarkan Melly tutupkan muka kamu dengan vendor tu.."
"Hrmm.."
Kayla membiarkan Melly menutupkan mukanya dengan vendor yang panjang tu..
Kalau dia sendiri buat, sampai esok tak siap..
Kayla kini berdiri untuk keluar bilik..
Dia sudah siap..
"Kau jangan nak lupa bunga ni.."
"Aku tahulah.."
Arid hanya mengeluh dengan perangai anak dia ni..
Asyik nak bergaduh..
Sikap tak berubah-ubah..
Dari kecil sampai dah besar..
Kayla menggenggam bunga pengantin yang berwarna putih tu..
Dia akan mula bergerak menuju ke dewan..
"Sayang.. Sekarang dah masa pengantin perempuan sampaikan.."
"Ya bang.."
"Arid dah ambil anak dia?"
"Dah.. Tak lama lagi sampailah tu.."
"Yelah.. Risau pulak kalau tiba-tiba tak jadi.."
"Jangan fikir macam tu abang.. Takut jadi betul-betul.."
"Yelah.."
"Ma.. Lama lagi ke pengantin perempuan sampai?.. Adik tu dah nervous sangat tu'' Anak perempuan Jenny menegeur mamanya yang berbual..
"Biasalah tu nervous.. Semua macam tu.Kamu tak nervous ke masa nak kahwin?"
"Mestilah nervous ma.."
"Macam tulah dengan pengantin lain.. Lagi pun inikan perkahwinan pertama Jimmy..Kalau dah kahwin dua tiga kali tu, barulah dia tak nervous"
"Ya tak ya pulak.."
"Dah.. Kita tunggu je pengantin perempuan"
"Ye.. Eh ma.. Pintu dewan dah buka.. Mesti pengantin perempuan dah sampai.."
"Ya.."
Dengan langkah sederhana..
Kayla menjejaki karpet merah yang akan menuju ke pengantin lelaki..
Di sana dia akan melafazkan janji untuk perkahwinannya..
Yang sebenarnya tidak akan berjalan lancar..
Kayla kini sudah berada disamping bakal suaminya..
Tanpa berlengah lagi..
Upacara perkahwinan dimulakan..
Janji suci diucapkan dengan tiada kerelaan bagi Kayla..
Manakala Jimmy, dia mengatakannya dengan setulus hati..
Dia akan menjaga perkahwinannya walau dia dan Kayla tidaklah bercinta untuk adakan perkahwinan ini..
Sekali lafaz, mereka sudah disahkan menjadi suami isteri yang sah..
Mereka kini menghadap satu sama lain..
Mereka saling menyarungkan cincin..
Jimmy membukakan vendor yang menutupi seluruh muka Kayla..
Terserlah kecantikan Kayla yang dia warisi daripada ibunya..
Ibunya cantik sangat ni..
Kayla membuat muka seakan tidak tahu apa yang perlu dilakukan sedangkan dia tahu ketika ini,pengantin lelaki perlu menciumnya..
Tapi dia tak nak..
Jimmy mula mendekati Kayla..
Sebelah tangannya memaut wajah Kayla lalu mencium dahi isteri yang baru dia kahwini itu..
Kayla dah nak marah..
Dia kata jangan cium dia,..
Walaupun cuma dekat dahi..
Dia tetap tak suka..
Heish lelaki ni..
Kayla dah mengeluh dalam hatinya..
Beberapa gambar diambil untuk dijadikan kenangan..
Ahli keluarga lain turut bergabung sama mengabadikan gambar bersama pengantin baru itu..
.....
"Muka kau tu senyum sikitlah.."
"Kau senyap.. Jangan nak buat aku marah dekat sini"
"Kau asyik nak marah je.. Aku cakap benda betul.."
"Kau diam!!"
Kayla menekan suaranya berkata dengan Melly..
Melly ni asyik nak menegur Kayla ni..
Dah tahu Kayla ni cepat naik angin, masih ditegur..
"Melly.. Jangan nak bercakap dengan Kayla ni.. Tak pasal-pasal dia rosakkan majlis dia sendiri.."
Ery dah mula mengikut perbalahan tu..
"Entah dia ni.. Nak bercakap pun susah.. Asyik nak hangin je.. Panas baran"
"Kau dah tahu aku panas baran, kenapa nak tambah aku baran?.. Nak aku melenting dekat sini ke?"
"Melly dahlah.. Jom pergi sana.. Sana banyak abang handsome.."
"Jomlah.. Malas dah aku nak melayan dia ni.."
"Dasar perempuan gatal"
Kayla sekadar berbisik mengatakannya..
Kini adalah masa para tetamu dan pengantin menyantap makanan..
Kayla seorang diri di meja pengantin itu..
Kerana itu dua orang parasit tadi datang..
Pengantin lelaki melayan tetamu yang ada..
Kayla tak nak. berinteraksi banyak orang..
Jadi dia duduk diam dengan makanan dia yang tak luak dari tadi..
Dia tak ada selera nak makan..
"Hai, Kayla.."
Kayla memandang tepat ke mata wanita itu..
Wanita itu duduk di sebelahnya..
Wanita itu juga menghulurkan tangan..
"Saya Arriella.. Kakak Jimmy"
Kayla menyambut baik huluran tangan tadi..
"Kayla.."
Tergamam Arriella dengan cara Kayla menyapanya..
Mereka melepaskan pautan tangan tadi
"Aku memang kasar dan jangan pelik kalau aku kurang ajar"
Kayla lebih suka berterus-terang dengan sikap dia..
Dia sendiri tahu dia kurang ajar,kadang tu kurang asam..Kurang waras pun ada..
"Tak apalah.. Selagi awak hormat orang, dah memadai.."
"Hrmm.."
"Awak tak nak jumpa tetamu?"
"Tak suka"
"Pendiam?.. I see.."
Arriella tersenyum manis di hadapan Kayla..
Arriella ni teruja ada orang baru dalam rumah..
"Dah kahwin ni, awak okay tak tinggal dekat rumah mentua awak?.. Jimmy tu bukan tak mampu beli rumah, cuma mama lebih suka ramai orang dalam rumah"
"Okay je tapi aku tak rasa korang boleh tahan dengan sikap aku.."
"Pasal tu.. Kita tengok jelah.. Hehe.."
Peramahnya kakak Jimmy ni..
Senang diajak berbual..
Nasib baik nak juga Kayla ni melayan..
.....
Majlis sudah diakhiri dengan sempurna..
Para hadirin sudah pun pulang dari majlis..
Ahli keluarga lain juga sudah pulang..
Jimmy dan Kayla berada di bilik hotel yang sudah ditempah dari awal..
Tadi Kayla dahulu sampai berbanding Jimmy..
Dia hanya sempat menukar bajunya sebelum Jimmy sampai..
"Kenapa kau tetap cium aku tadi?"
Drastik pertanyaan Kayla..
Drastik juga Jimmy pandang Kayla..
Lagi pula dia baru je masuk bilik tu..
"Kenapa?.. Lagi pun dekat dahi jekan.."
''Aku tetap tak naklah.. Kan aku dah cakap dari awal tak payah bercium.."
"Sekurang-kurangnya dekat dahi.."
"Tetap juga masuk dalam bercium.. Walau dekat dahi sekalipun.."
"Kenapa kau nak ambil hati sangat pasal tu?"
"Sebab aku tak suka. .Aku tak suka orang sentuh aku sembarangan.."
"Tapi dah berlaku dah pun.. Tak payahlah nak panjangkan cerita.."
"Okay, boleh.. Pastikan lepas ni kau jangan pandai-pandai nak sentuh aku.. Lagi satu, aku tak nak perkahwinan ni berlangsung dengan lama"
"Maksud kau nak bercerai dengan cepat?"
"Ya.."
"Tak.. Aku takkan lepaskan kau"
Tersungging sinis bibir Kayla..
"Kenapa kau tak nak lepaskan aku?.. Mustahil kau suka dekat aku.."
"Aku takkan lepaskan kau walau apa cara kau buat pun.. Aku akan buat seperti mana aku janjikan tadi.."
"Oh.. Memenuhi janji tulah.. Tsk.. Okay, kita akan tengok ketahanan fizikal dan mental kau.. HAHAHA.. Kita tengok sama ada kau akan gila atau tak.. HAHAHA"
Kayla mengeluarkan ketawa gilanya di hadapan Jimmy..
Siapa tak terkejut oii tiba-tiba dia ketawa terbahak-bahak tanpa ada yang lucu..
Jimmy lagi terkejut bila Kayla boleh mendatarkan wajahnya dengan sekelip mata..
Tadi elok je ketawa gila..
Kayla kini ingin keluar..
"Kau nak pergi mana pulak tu?"
"Bilik sebelah"
"Nikan bilik pengantin kita.."
"Aku tak perlukan persetujuan kau atau duit kau untuk tidur dekat bilik sebelah..Aku tak hingin punlah tidur sekatil atau sebilik dengan kau.."
Tercengang lagi Jimmy..
Savage-nya isteri dia ni..
Bingung juga dia ni nanti dengan perangai Kayla..
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Updated 21 Episodes
Comments