Sesudah Kayla masuk ke bilik sebelah..
Dia mendapat panggilan..
"Hello, sis. Selamat pengantin baru.."
"Tsk.. Gembira suara kau, aku dengar.. Kau happy kenapa?"
"Aku gembira sebab kau dah kahwinlah.."
"Kau cakap macam tu, macam aku ni kahwin dengan kekasih aku pulak.."
"Lah.. Jangan marah-marah.. Happy-lah.. Wedding kaukan.."
"Tak hingin aku.. Bukannya aku nak perkahwinan ni.."
"Kau dah setuju dan sekarang dah jadi isteri orang.. Congrats sis.."
"Tak payah nak congrats sangat.. Kau calling aku sebab ni je ke?"
"Dah tu?.. Takkan aku nak mengadu masalah aku.. Kang kau risau.."
"Hrmm.. Kerja dekat sana okay?"
"Okay-lah.."
"Masalah dulu dah selesai?"
"Dah.."
"Bila balik sini?"
"Tengoklah sebulan dua tiga bulan macam tu.."
"Hrmm.. Yelah.."
"Suami kau mana?"
"Bilik sebelah"
"Dah kenapa?"
"Aku tak nak sebilik dengan dia"
"Sampai hati kau buat macam tu dengan suami kau"
"Ada aku kisah ."
"Tak ada perasaan sangat kau ni.. Jagalah hati suami kau tu.. Dia tak ada salah besar pun dengan dia ."
"Tapi dia cium aku tadi"
"Bibir?"
"Dahi"
"Alah.. Dahi je pun.. Lagi pun dia suami kau, bolehlah dia buat apapun"
"Hanat kepala hotak kau.."
"Janganlah macam tu.. Kau ni, mencarut pulak.."
"Kau fikir aku nak biarkan dia buat sesuka hati dekat aku.. Memang taklah.. Gilerr.."
"Kalau ya pun, janganlah kasar sangat dengan dia.. Dia bukannya orang tua tu.."
"Tengoklah macam mana.."
"Jangan tengok-tengok.. Kena lembut sikit.. Kesian kat suami kau.. Salah kecil je kena carut dengan kau.."
"Tak payah perli.."
"Takkan kau terasa?"
"Tak adanya.. Dahlah.. Aku nak mandi.."
"Yelah.. Ingat tau lembut sikit.."
"Kan aku kata tengok dulu.. Dahlah,off"
"Ya ya"
Panggilan kini sudah dimatikan..
Kayla menguncikan pintu bilik..
Dan bersiap untuk mandi..
Melekit dah badan dia ni..
"Bang.."
"Ya, Ayang"
"Anak abang tu nak ke buat malam pertama diorang?"
"Suka hati dioranglah.. Kita tak payah masuk campur.."
"Ayang bukan apa, takut nanti diorang tu bergaduh pulak.. Tengoklah perangai Kayla tu macam mana.. Baran memanjang"
"Taklah tu.. Jimmy tu mana ada buat salah dengan Kayla.. Takkan Kayla nak gaduh dengan Jimmy.."
"Jadi abang nak kata Ayang ni buat salahlah"
"Ya, Ayang.. Takkan Ayang dah lupa apa kita buat dulu.."
"Kitakan cuma nak pertahankan cinta kita.."
"Tapi masa tu abang masih ada Kayline.. Mana tak marah budak tu.."
"Abang ni, selalu sangat nak menangkan Kayla.."
"Ayang.. Abang yang salah dulu.. Kalau abang tak bawa Ayang dulu.. Kayla takkan marah sangat dengan kita.."
"Kayla tu terimalah takdir yang abang memang tak sayangkan lagi Kayline tu.. Itupun susah.."
"Ayang.. Dia tukan degil.. Sebab hubungan kita, dia hilang mama dia.. Mestilah dia marah sangat"
"Abanglah yang manjakan dia.."
"Mana ada abang manjakan dia.. Ayang lupa ke dulu ayang nak dia pindah keluar rumah ni.. Mak abang yang jaga dia.. Dahlah rumah ni harta peninggalan Kayline untuk Kayla.."
"Tengok tu.. Nak menangkan lagi budak tu.."
"Dahlah, Ayang.. Kita tidur.."
"Yelah yelah.."
Masa lalu yang membawa kebencian dalam hati Kayla..
Ini semua kerana tindakan Arid yang curang di belakang Kayline, ibu Kayla..
Kayline tidak dapat menerima kecurangan Arid yang sudah mempunyai dua anak dari hasil kecurangan itu..
Kecurangan yang berlaku setelah enam tahun bersama dan juga sudah mendapatkan cahaya mata.. Tiada cacat celah anak itu..
Arid memilih curang kerana sudah berubah hati kepada Arana yang menggiurkan..
Kayline bukannya tidak cantik atau tidak menarik perhatian namun Kayline langsung tiada masa untuk Arid kerana menjaga anak dan kepuasan nafsu tidak selalu dipuaskan..
Kayline yang tidak menerima kehadiran Arana serta dua anaknya ketika itu, langsung menjadikan dirinya pendiam..
Anak tidak lagi diuruskan..
Selalu menyendiri dalam bilik..
Hingga sukar untuk orang berjumpanya..
Sehingga satu tahap Kayline tidak dapat lagi melanjutkan hidupnya..
Dia menamatkan riwayat hidupnya di dalam bilik air..
Tangannya terluka dalam di bahagian urat tangan..
Sebelah tangannya memegang pisau yang diketahui digunakan untuk membunuh diri..
Beberapa bulan setelah kematian Kayline,Arid memaksa anaknya hasil perkahwinannya bersama Kayline ke rumah mak dia..
Arid membiarkan anak itu memebesar di rumah maknya..
Walau Kalya sudah merayu pada papanya,Arid tetap menghantar ke rumah maknya..
Sehingga satu masa,ketika Kayla berumur 17 tahun,Arid membawa semula ke rumah besar milik Kayline..
Tidak diragukan..
Kayline ialah seorang yang kaya-raya..
Semua hartanya diserahkan pada anaknya..
Tiada satu pun untuk Arid..
Arid hanya mementingkan kekayaan Kayline itu..
Tetapi tidak bermakna Arid bukan seorang yang kaya sebelum berkahwin dengan Kayline..
Sejak kedatangan semula Kayla di rumah itu sepuluh tahun lalu, hidup mereka sekeluarga dipenuhi pergaduhan..
Selalunya dimulakan oleh Kayla yang tidak suka dibawa ajak berbual atau berbincang..
Dia lebih suka tidak dilayan atau dianggap tidak hidup dalam rumah itu..
Dia tidak ingin melayan manusia punca kematian ibu tercintanya..
Dia sungguh menderita dengan kematian ibunya sehingga dia dibesarkan dengan kasih sayang nenek dan datuknya.. Kerana itu, dia tetap hidup untuk membalas jasa nenek dan datuk yang setia menjaga dua anak kecil yang kehilangan ibu..
Seluruh ahli keluarga mengetahui kecurangan itu apabila Kayla berumur sepuluh tahun..
Manakala adik tirinya berumur enam dan empat tahun..
Ketika itu perkahwinan ibu bapanya sudah berlalu 12 tahun..
Bapanya mula curang pada umurnya empat tahun..
Dan kecurangan sudah berlaku enam tahun ketika itu..
Siapa yang boleh menerima pasangannya curang sudah lama..
Dan juga sudah mendapatkan cahaya mata..
Walau ketika itu Kayla tidak terlalu faham apa yang berlaku, dia tahu dengan pasti apa itu maksud CURANG..
Bermulanya hari kebenaran diketahui, benih kebencian mula tumbuh..
Ibunya sudah tidak seperti sebelumnya..
Dan juga meninggalkan dia tanpa sebarang amaran..
Benih kebencian tumbuh dengan cepatnya setelah dihantar ke rumah nenek..
Dia juga sudah bersumpah pada dirinya yang dia tidak akan menerima semula lelaki yang menghancurkan hidup ibunya..
Dan dia terkilan sikap bapanya yang terlalu mementingkan keluarga barunya berbanding anaknya yang baru ditinggalkan ibu..
Kerana kegagalan dalam perkahwinan ibu bapa Kayla..
Dia tidak mudah percaya terhadap orang walaupun orang itu keluarga sendiri.
Dan dia memilih menjadi pendiam agar dia tidak dipergunakan..
Kerana terlalu mempercayai orang, akhirnya dikhianati..
Sakit sungguh..
Kerana itu juga, dia tidak berkahwin..
Dia tidak ingin perkahwinannya akan hancur seperti ibunya..
Dia sungguh takut dengan perkahwinan dan dia memutuskan untuk rela menjadi andartu..
Namun Jimmy sudah menjadi suaminya sekarang..
Dia akan mencuba mengakhiri perkahwinan ni dengan cepat sebelum salah seorang terpaut hati..
Kerana lelah kelmarin..
Kayla mendapatkan tidur yang nyenyak..
Dia bangun dan langsung ke bilik air membersihkan diri..
Setelah siap..
Dia keluar bilik dan memasuki ke bilik sebelah yang menjadi bilik pengantin..
Dia melihat ketiadaan Jimmy di dalam..
Tetapi mendengar curahan air di bilik mandi..
Tidak mengendahkannya..
Dia masuk dengan selamba dan menduduki sofa di dalamnya..
Mengambil majalah di sebelah sofa dan tengoknya..
Mendengar pulasan tombol pintu, tidak membuat Kayla menoleh..
"Gila.. Kau bila masuk ni?.. Kau jangan tengok aku"
"Baru je.."
Walau Kayla tidak menoleh ke Jimmy..
Dia tetap tahu kenapa Jimmy tak nak dia tengok.
"Kenapalah tak bawa tuala sebelum masuk bilik air tu?.. Bukannya berat mana tuala tu.."
Tergeleng-geleng Kayla dibuatnya..
"Kau tengok aku kenapa?"
"Aku menoleh pun tak.. Tsk.. Bayangan jelah.."
"Kau ni pun satu.."
"Aku memang satu, kau nampak aku dua ke,tiga ke?"
"Kau ni.. Apesal masuk sini?"
"Kau rasa aku gila ke nak biarkan keluarga kau tahu aku tidur bilik sebelah?"
"Ceh.. Tahu pula tak nak diorang tahu"
"Of course aku tahu.. Kau tu, tak pandai nak pakai baju ke?.. Tercegat separuh bogel dekat sana kenapa?"
"Kau ni tak boleh cakap elok-elok ke?.. Bercakap macam nak bawa gaduh"
"Aku memang macam ni.."
"Kau tak nak keluar dulu ke?.. Aku nak pakai baju"
"Tak nak.. Kau pakailah baju dalam bilik air.."
"Aku tak biasa"
"Kalau macam tu, pakai jelah dekat mana-mana kau nak.. Aku tak nak pun tengok"
"Kau jangan jadi cabul nanti.."
"Aku tak berminat.."
Jimmy akhirnya tetap memakai pakaiannya di ruangan yang ada Kayla di dalamnya..
Berani sungguh Kayla berada di ruangan..
Lagi pula dia juga tidak berani melihat Jimmy..
"Kau.."
"Apa?"
Mendatar je suara Kayla ni..
''Kau dah breakfast?"
"Belum.."
"Jomlah breakfast sama.. Yang lain pun ada.."
"Okay.."
Kayla meletak kembali majalah di tangannya..
Mereka berjalan beriringan ke tempat mereka breakfast..
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Updated 21 Episodes
Comments