Sid
"WOI!"
"Kenapa, bang?"
"Kau turun dari katil tu sekarang."
Perlahan-lahan aku menuruni tangga menegak di sisi katil double-decker.
"Ya, bang?"
"Kenapa kau takde masa roll call 'tarik' malam semalam?"
"Dalam tandas tengah berak, saya ada bagitau Ajit."
"Berak ya? Kau jangan kencing aku, anjing!"
Telapak tangannya laju melekap lokar di belakang aku hingga menghasilkan bunyi seakan-akan sangkakala. Aku yakin dormmate yang lain boleh dengar tetapi mereka buat tidak tahu saja, takut dijadikan sasaran seterusnya Si Zack.
"Betul, bang. Tanyalah Ajit."
"Aku nak dengar dari mulut kau je lah babi. Kau nak mengelak sebab kau selalu lambat turun maghrib, tuck-out baju masa prep, last sekali yang aku takleh terima, kau melepak dengan Yani, kan? Kau memang pukimak!"
Bukan aku yang mahu bercakap sangat dengan Si Ilyani. Dia yang datang pada aku mahu bercakap fasal cara buat lesen motosikal.
Bukan salah aku yang dia anggap kau 'pakwe' membosankan.
"Kitorang cakap pasal buat lesen, kalau tak caya tanyalah Yani sendiri. Yani yang nak sangat tanya saya."
Tangan kirinya sepantas kilat menggenggam leher penghubung kepala dan badan ini, ibu jarinya menusuk halkum aku. Lengannya yang berurat hasil workout berkala menjelaskan betapa besarnya daya yang aku terima. Malangnya hasil workout itu digunakan untuk kekerasan. Tangan kanannya berpindah pada rambut aku, mencarik dalam genggaman bagi mengekalkan posisi kepala aku.
"Kau... kau tak layak sebut nama Yani!"
"Erg... ukh... nggh." Susah payah aku cuba mendapatkan oksigen. Buku teks Physics Form 4 yang masih berada di tangan, sudah terlepas tanpa aku sedari. Sempat aku sekilas pandang gerangan di sebelah figura yang sedang mencekik aku, Fairuz, atau dipanggil orang, Bayang. Yang paling menyedihkan sekali, Bayang ini abang saudara aku sendiri dari keluarga belah emak di Kampung Parit Raja. Dia sedang berpeluk tubuh saja sambil memerhatikan aku yang terseksa dengan pandangan sinis.
"Bayang, aku tak cukup tangan."
Aku tahu apa yang dimaksudkan Zack. Memang corak seksaan dia begini seakan-akan tradisi.
"Hm, kau hutang aku refill flavor honeydew."
"Yee, banyak je dalam locker Kerol kat dorm Dakwah."
"Bayaran diterima."
Bayang meregangkan lengan kanannya, bersedia membentuk buku lima. Jersi PSG kelabu aku diselak ke paras dada, mendedahkan perut aku yang kempis. Mengikut gaya lajaknya, dia mahu lakukan gerakan yang biasa dipersembahkan dalam rancangan gusti WWE dan MMA. Uppercut.
"Sedia, budak sial."
Aku hanya mampu memejamkan mata, tidak mahu menyaksikan keganasan ini.
"Satu."
Kedua-dua tanganku cuba mengalihkan genggaman Zack. Usaha yang sia-sia.
"Dua."
Aku dapat rasakan kaki aku menggeletar.
Sunyi seketika. Aku buka sedikit sebelah mata.
"Tiga!"
Cepat-cepat badanku bangkit dari posisi tidur.
Fuck. Mimpi rupanya.
Ini sudah kali keempat aku bermimpi fasal trauma semasa di sekolah asrama dahulu. Aku mendongak ke atas, jam di dinding sedang melapangkan jarum pendek dan jarum panjangnya secara melintang.
Sembilan suku dah? Ish, aku dah bazirkan 3 jam waktu weekend aku.
Aku mengusap kepala aku sendiri sebagai tanda kasihan, kepada diri sendiri. Mata aku mula berkaca semasa mengimbas kembali kenangan pahit. Semuanya disebabkan tubuh fizikal aku yang kecil, tidak mampu mempertahankan diri. Peluh yang terkeluar dari liang roma aku lap sahaja dengan kain selimut yang masih terlipat. Aku duduk bersila seketika, merenung meja study di hadapan. Situasi ini mengingatkan aku pada peristiwa ketika aku pengsan disepak Amy.
(Imbas Kembali)
"Nasib baik aku tak koma." Aku pandang sahaja Amy yang sedang memandang keluar, mengelak daripada menghadap muka aku. Kata yang merujuk diri 'saya' telah ditukarkan kepada 'aku' secara automatiknya selepas tragedi kecederaan aku. Aku dapati badan aku di atas sofa petak yang tidak selesa langsung di sudut lobby.
"Kau nak menangis macam budak ke?"
"Tak, kau baru je sepak aku dengan high heels tu. Kau tau tak permukaan tajam kat tumit tu memfokuskan lagi tekanan ke-"
"Bla bla bla bla bla." Ayat aku tiba-tiba dipotong dengan sindiran Amy.
"Maaf ya, encik... encik apa ya?"
"Sid." Aku menolong Sarah melengkapkan ayatnya.
"Maaf, encik sheet. Hujan dah nak reda kat luar, tapi dah nak gelap. Encik mampu lagi tak bawak kereta balik rumah? Ke nak kami hantarkan kalau encik tak larat?"
"Takpe, aku boleh bangun. By the way, nama aku S.I.D, Sid. Bukan sheet, atau shit."
"Oh, sorr-"
"Tapi..." Cepat-cepat aku memotong ayatnya kerana ada satu hal lebih penting yang aku hendak beritahu.
"Aku tak boleh pergi rumah aku sebab aku..." Kelihatan Sarah terdiam sahaja menanti jawapan yang terpacul dari mulutku. Chrissy yang dari tadi menyembunyikan diri di belakang Sarah menjengukkan sedikit kepalanya menunjukkan tanda curious. Amy pula mengalihkan bebola matanya ke arahku tanpa menggerakkan kepala.
"... aku... aku takde rumah."
"Seriously? Habis kau duduk mana selama ni?"
"Aku asalnya duduk bilik sewa dalam kampus kat Bukit Dua. Tapi aku keluar, baru je petang tadi. Lepastu aku drive cari bilik sewa. Tetiba hujan, aku berhenti tepi sekejap. Tu yang ternampak Sarah." Ringkas peneranganku kepada Amy, diselitkan sekali alasan bagaimana aku boleh bawa Sarah ke mari.
"Ya, aku tau. Sarah dah explain. Habis kau nak duduk mana ni? Memang takkan dapat la bilik sewa kat area ni, confirmed penuh. Macam whitehead kat hidung kau, penuh." Sempat dia tertawa jahat mempermainkan rupa paras aku.
"Apa kata kita tumpangkan dia duduk kat bilik apartmen kita, dalam seminggu dua?" Sarah menyuarakan cadangan.
"Ha!? Sarah, kau dah gila ke? Dia ni jantan. Kalau dia buat apa-apa kat kita macam mana?"
"Tak ingin aku kat kau." Aku menyuarakan sindiran.
"Kata-kata kau tu masih tak cukup meyakinkan." Betul juga apa yang dia cakapkan.
"Takpe aku ada kereta, aku tidur kat kereta je." Keputusan terakhir aku tawarkan bagi menjimatkan masa mereka.
"No, way! Okay, Amy, listen. Kita ada satu lagi bilik kosong sebelah stor. Katil kat situ kukuh lagi rasanya. Boleh je kan? Daripada tak dipakai." Cadangan aku dibantah dengan cadangan baru.
"Hishhhhhhh." Amy menekapkan telapak tangan ke mukanya, menunjukkan dia keliru apa perlu dibuat. Dia mengalihkan pandangan ke arah Chrissy.
"Apa pendapat kau, Chrissy?"
Chrissy membisu, hanya menyandarkan kepalanya di belakang bahu kanan Sarah.
"I... don't know." Akhirnya dia bersuara.
Habislah, aku nak duduk mana lepasni?
Aku memalingkan kepala menyaksikan hujan renyai yang semakin reda di luar. Kereta Del Sol aku masih elok terparkir di ruang pick-up point. Barang-barang peribadi aku seperti luggage, beg galas dan bakul dobi di seat belakang mencuri perhatian aku.
Sampai bila barang-barang tu nak mereput kat situ?
Aku memalingkan semula kepala ke arah tiga gadis tadi untuk merayu.
"Korang kena tolong aku, please."
"Fine, tapi ni idea Sarah. Bukan keputusan aku, dan aku tak pernah bersetuju." Entah pernyataan apa yang cuba disampaikan oleh Amy, setuju atau tidak? Perempuan memang susah untuk difahami.
Amy mengorak langkah ke arah lif utama. Chrissy berlari anak mengikuti langkah Amy kerana diarahkan oleh Sarah untuk mengikutnya.
"Encik nak saya tolong apa-apa tak? Angkat barang ke?"
"Tak payah formal kot, awak jugak yang suruh saya panggil awak 'Sarah' je."
"Setuju, mulai sekarang kita ber'aku-kau'."
Aku mengangguk kecil tanda setuju.
"Nak aku tolong angkat apa-apa tak, Sid?"
"Tolong sorongkan luggage je."
"Menurut perintah, Tuan Sid." Sempat pula dia bermain-main dengan menabik pada aku.
(Imbas Kembali Tamat)
Aku pegang kepala yang masih pening bak kipas yang ligat berpusing. Persekitaran bilik ini aku amati seketika.
Sejak bila aku tutup pintu? Dengan lampu ni?
Aku biarkan saja misteri itu dihanyutkan dari memori. Perut pula sedang mendendangkan lagu rock metal akibat sudah lama tidak diisi.
Nak sarapan apa ek pagi ni?
Aku pandang sahaja mini fridge putih yang telah aku hias dengan kepingan marble hitam pada kedua-dua sisinya. Sudah kelihatan seperti kereta Vellfire mini yang terdiam di sebelah meja study. Handle pintu peti sejuk itu dicapai, dibuka habis pintunya biar terdedah isi perut mini fridge itu.
Apa yang dapat aku lihat, empat tin air Kickapoo, bar coklat off-brand yang aku dapat dari jemputan majlis kahwin, sandwich Hawaiian Chicken Subway yang hanya tinggal separuh, dan roti ban KFC yang dialaskan tisu. Sandwich itu aku rapati ke hidung, sepertinya masih elok lagi. Sama seperti roti ban tadi, masih tiada bau yang dtidak diingini.
Kedua-dua makanan bergandum itu dibawa keluar. Sampai sahaja di ruangan dapur, mata aku melilau mencari sebuah perkakas elektrik yang boleh menghangatkan semula makanan ini. Kotak besi di sebelah susunan paket Maggi menangkap perhatian aku.
Oh, microwave ke? Aku sangka benda ni oven.
Banyak butang yang menonjol di tepi pintu microwave. Jari telunjuk aku dilalukan ke semua 16 butang yang ada.
Aduh, nak tekan apa ni? How do i turn you on? Eh, jap. 'Turn you on'? Maksud aku, macam mana nak hidupkan natang ni.
"Nampak button merah depan mata kau tu? Tekan lama-lama, nanti dia bunyi." Suara yang datang dari pintu dapur sangat aku kenali sebagai pembuat bising di rumah ini. Kepala aku tidak dipalingkan pun, tidak mahu aku melihat mukanya.
"Lepastu?" Aku ajukan soalan untuk mendapatkan panduan seterusnya.
"Hadeh, bebal jugak kau ni. Kau nak masak apa?"
Sandwich tinggal separuh yang berada di tangan diangkat melebihi paras bahu, memastikan 'monyet' di belakang itu dapat melihatnya. Roti ban tadi sudah disumbatkan ke dalam perut ketika dalam perjalanan ke dapur.
"Nak panaskan." Aku letakkan sandwich di atas spinning plate dalam microwave sejurus selepas aku berkata demikian.
"Okey, nampak button yang ada gambar sandwich tu? Tekan ah. Pastu tekan button 'Heat' kat bawah. Nanti dia automatik set timer lima minit. Kalau kau nak tambah masa, tekan button plus tu."
Aku menurut sahaja arahan yang disampaikan. Timer limat minit itu ditambah menjadi enam minit. Aku tidak tahu kalau enam minit cukup untuk mengembalikan kerangupan crust sandwich ini.
"Dah nak tiga bulan kau duduk sini, itupun tak tau."
Sebagai manusia biasa yang pandai menunjukkan penghargaan tidak seperti Amy, aku menolehkan badan untuk berterima kasih.
"Than-" Aku terdiam, berdiri pegun buat sementara.
"Kau dah tak siuman ke?" Aku tidak tahu kalau Amy hilang akal hari ini.
"Asal?" Amy yang hanya bertuala cuma mempersoalkan keadaan tidak menyedari perkara tidak betul yang dibuatnya.
"Kau... kau tak pakai apa-apa."
"Mana ada, aku pakai towel." Dia membetulkan tuala kedua yang dibentukkan menjadi sanggul di kepalanya.
"Aku belasah kau kalau kau buat apa-apa kat aku." Sambungnya.
"Kau sendiri yang kata jangan apa-apa kan kau, tapi kau sendiri yang mengundang!" Aku meninggikan suara menunjukkan tanda protes
"Ak-"
"Perbuatan kau ni langsung tak selari dengan kata-kata kau." Belum sempat dia menunjukkan reaksi, terus aku potong katanya dengan pernyataan alasan yang munasabah.
"Kalau kau taknak jantan gunakan kau, buat cara macam kau nak mengelak, bukan nak mempelawa. Sorry but I have to say, aku betul-betul kecewa dengan kau." Ayatku disudahi dengan luahan isi hati.
Amy
Tersentak dengan ayatnya. Aku tidak dapat menggerakkan apa-apa anggota badan kerana terlalu kekok.
"Apa-apa pun, thank you sebab tunjukkan cara pakai microwave ni." Sambung gerangan lelaki itu setelah menyampaikan luahan hatinya yang pedas. Kata penghargaannya tidak terbalas kerana aku terlalu malu. Dia termenung sahaja rotinya yang berpusing, menantikan sarapannya menjadi hangat. Aku keluar dari pintu dapur tanpa berkata apa-apa, menuju ke bilik tidurku.
Misi selesai. Dia diluluskan.
Sengaja aku timbulkan drama tadi sebagai ujian kepada Sid. Namun, tidak disangka dia bersikap defensive seperti itu. Dia telah tunjukkan reaksi jelek pada aurat yang didedahkan walaupun cuma ada kami berdua sahaja di dapur itu. Sah, dia sudah boleh teruskan untuk tinggal di sini.
Pintu almari baju dibuka bagi mencari kain berjahit yang boleh menutupi badan ini. Kepala ditundukkan seketika.
Tapi, kenapa aku rasa sedih? Sebab apa yang dia cakap ke? Macam ni ke rasanya kena marah? Sid tak sedih ke selama aku menengking?
Punggung aku dilabuhkan di bucu katil. Aku dapat rasakan yang mata aku mula bergelinang air mata. Setiap aliran air di mata cepat-cepat dikesat dengan lengan. Aku malu.
Sama-sama, Sid.
Sarah
Wap pada cermin muka dilap, kaki melangkah keluar lalu pintu bilik air ditutup. Ikatan tuala yang mengikat badan diperketatkan lagi. Kaki digesek-gesekkan pada alas kaki yang dibeli oleh Chrissy dari Instanbul. Sepatutnya alas kaki ini dijadikan welcome-mat, tetapi diletakkan pula di hadapan pintu tandas kerana diperbuat daripada material yang dapat menyerap air dengan baik.
Sempat aku menyarungkan Baju-T sebelum keluar tandas, baju yang menayangkan tulisan 'Life is Short and so your D' di dada. Aku tidak faham apa yang dimaksudkan dengan 'D' itu. Day atau Dream, mungkin? Tidak mengapa, asalkan badanku disarung sesuatu takut-takut sekiranya terserempak dengan Sid. Kepala aku dipegang kedua-dua tangan, tiba-tiba sahaja berdenyut-denyut. Pening kepalaku dibuatnya kerana memori malam tadi masih terngiang-ngiang di fikiran.
(Pukul 3.19 Pagi Tadi)
Pergelangan tangan dirasakan seperti merengsa kerana digenggam erat oleh lelaki tua sialan ini.
"Kejap je der, pakcik nak manja-manja cikit je."
"Kepala hotak kau nak manja-manja, kau ingat aku ni mak kau ke? Orang tua kerepot macam kau patutnya bertaubat pergi masjid!" Sengaja aku meninggikan suara agar Ikhram dimaklumkan situasi yang sedang berlaku. Tangan kanan ini cuba dilepaskan tetapi apakan daya, kekuatan orang tua ini tidak kena pada umurnya.
"Teman ler pakcik balik rumah, pakcik nak beramah mes- Arkhh!"
Batang kayu penyapu menghinggap muka orang tua syaitan itu. Kelihatan Ikhram datang menyelamatkan keadaan seperti Ultraman datang menyelamatkan bumi pada last-minute.
"Woi, kurang hajar!"
"Sape yang kurang hajar sekarang ni?" Batang penyapu itu dihalakan ke mukanya.
"Kalau pakcik tak keluar dari sini lagi, saya call polis!" Handphone di tangan ditunjukkan ke arahnya, skrin memaparkan nombor '911' yang telah didail tetapi masih belum dipanggil.
"Okey der, okey der. Aku keluor. Aku akan pastikan korang semua kena saman. See you in court!" Terbongkok dia melangkah keluar.
"Sila datang lagi~" Ikhram mengambil kesempatan untuk mengejek
"Dia yang horny, dia pulak yang nak saman." Ikhram menggeleng kepala menyaksikan gelagat orang tua tadi.
"Kau okey tak?"
Keresahan Ikhram aku balas dengan mengangkat ibu jari.
"Thank god, you're safe."
Aku menarik nafas lega.
"Sebenarnya nombor emergency, 999 ke 911? Aku tengok kat phone kau tunjuk nombor 911."
Aku melihat semula nombor yang tertera di skrin.
"Oh, actually dua-dua pun boleh tapi recommended nombor 999 sebab dia biasanya connect terus dengan operator local. Aku type 911 sebab terbiasa sangat tengok cerita CSI kot, hehe."
Aku melihat saja Ikhram mengangguk faham.
"Thanks dowh. Aku tak tau nak balas jasa macam mana kat kau."
Topi Sherlock Holmes yang ditinggalkan orang tua tadi diangkat Ikhram lalu disarungkan di kepalanya.
"No worries. I just won the prize."
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Comments
Gatita✨♥️😺
This book has me hooked, can't wait to see what happens next! 😍
2025-06-17
1