Dinner

Sid

"Boring gila movie ni." Kritikan ringkas aku sampaikan.

"Tapi comel la anak anjing tu, lagi-lagi Sky. Cute." Sarah memberi komen.

"Yup, anjing tu comel. Macam Amy." Aku sengaja mencari nahas semata-mata untuk tawaan kecil. Amy disamakan dengan salah satu watak anjing movie Paw Patrol yang ditayangkan di kaca TV. Aku menyangkakan satu renungan tajam atau carutan tetapi sebaliknya Amy hanya terdiam, termenung jauh dihanyutkan fikiran yang mendalam.

Sarah juga dalam kepelikan. Aku pandang Sarah, Sarah pandang aku. Aku hanya mengangkat bahu menunjukkan bahawa aku tidak tahu apa yang terjadi.

"Amy?"

"Ha? Ya? Apasal? Kenapa, Sarah?" Nampaknya Amy baru tersedar dari mengelamun.

"Kita baru je habis tengok movie, kau mengelamun panjang ke selama ni?"

"Aku..." Dia tiba-tiba menghalakan bebola matanya ke arah aku.

Aku cuba mengelakkan eye-contact dengan menonton credit scene yang diskrol di TV. Aku kembali melihat Amy semula, dia masih mengekalkan posisi mata pada arah yang sama. Aku mengangkat kening sebelah.

"Aku rasa kau kurang sihat ni." Belakang susunan jari Sarah diletakkan di dahi Amy. Amy hanya teruskan berdiam diri.

"Aku baru je topup panadol kat kabinet atas periuk nasi minggu lepas. You know what to do." Aku menyuarakan usaha aku untuk mengekalkan kesihatan penghuni rumah apartmen ini.

"Tak, aku okey je, cuma penat." Amy bertindak mempertahankan diri daripada didakwa kurang sihat.

Hmm, yelah tu.

Memerhatikan gelagat Sarah dan Amy saling berpelukan membuatkan aku berasa kasihan.

Selama ni Amy cergas-cergas je. Mungkin bukan Amy tak sihat, tapi Amy rasa down. Kalau betul pun, apa puncanya?

Aku mengimbas kembali setiap peristiwa yang berlaku.

Takkanlah sebab aku lupa tutup sliding door masa hujan, sampai basah separuh luas permukaan lantai rumah ni haritu?

Aktiviti otak digiatkan lagi.

Oh, maybe sebab aku tegur dia pagi tadi pasal dia tak berbaju.

Jasad Amy diperhatikan semula.

Seriously? Amy yang takde sifat feminin langsung, rasa sedih sebab aku tegur dia?

Aku perhatikan sebentar Chrissy yang bingung dengan keadaan semasa.

Daripada fikirkan puncanya, baik aku fikir macam mana nak hilangkan kesedihan dia. But, how?

Mangkuk bertih jagung yang telah kosong di atas meja memunculkan mentol idea di kepala.

"What if..."

Ketiga-tiga gadis memandang aku serentak.

"...kita makan kat luar, kiranya party dinner. Just four of us. Boleh hilangkan stress. Perut pun kenyang, senang hati." Penerangan cadangan disertakan dengan postur tangan.

"Yup, kita jarang dinner kat luar." Sarah bersetuju.

"How about you, Chrissy?"

Chrissy sedikit terkejut dengan soalan aku.

"Umm... sure, why not?"

Mantap!

"Aku nak kita bertiga perempuan je pergi dinner."

Wait, what?

Aku ternganga dengan pernyataan Amy.

Aku yang bagi idea, aku yang kena halau?

"Jangan salah faham, Sid. Lagi bagus kalau cuma perempuan yang spend time dengan perempuan. Jadi, aku nak spend time dengan sesama jantina je dulu. Girls only, hal perempuan."

Bullshit apa yang baru sahaja aku dengar ni? Habis, aku nak makan apa?

"Okay, whatever. Itu hak kau, keputusan kau, yang aku tak boleh pertikaikan. Asalkan decision ni buat kau selesa dan bahagia, aku setuju." Itu sahaja kata-kataku untuk mengelakkan sebarang konflik.

"Sorry, Sid. Mungkin apa yang dikatakan Amy itu betul. Mungkin Amy lebih selesa kalau macam ni. Dah lama kitorang tak spend time sesama sebab selalu busy dengan hal masing-masing." Sarah pula bersuara.

Correction; maybe cuma kau je yang busy dengan hal kau, Sarah. Aku tak pernah nampak pulak Amy keluar kerja or ke kelas uni, tak pernah ditanya pulak apa yang dia buat dalam melangsungkan hidup. Apatah lagi Chrissy. Ish, apa ni? Husnuzon lah Sid. Nanti lain kali aku tanya diorang.

"Korang nak pergi dinner kat mana? Naik apa?" Hampir terlupa untuk menanyakan soalan ini bagi memudahkan urusan mereka malam nanti.

"Kitorang naik kereta kau, kau bawak. Address nanti aku kasik kat group Whatsapp, atau aku tunjukkan jalan terus jelah, kan senang. Maybe around pukul 9 kita gerak."

Siot.

Sedap tekak Amy sahaja mengaturkan tugas aku. Aku tidak tahu sama ada mahu rasa kasihan atau annoyed dengan sikap Amy ini kerana perasaanku sudah bercampur-baur.

"Baik, puan." Aku balas dengan nada sindiran.

"Eh, jap. Amy, nak pinjam motor boleh tak?"

"Untuk apa?"

"Nak gi solat jumaat. Dah pukul satu lebih ni aku nak bersiap."

"Bayar ah duit minyak."

Duit yang tersorok dalam poket belakang aku hulurkan ke tangannya. Terbeliak mata Amy menyaksikan not berwarna kuning di tangan.

"Tunggu, ni lebih dari cukup."

"Ah, ambik jelah. Aku nak cepat." Aku berlari anak mendapatkan tuala yang digantung di belakang pintu bilik untuk mandi sunat.

Amy

"Aku nak kemas-kemas jap." Tangan Sarah mencapai mangkuk kosong untuk dibawa ke sinki.

Kaki diangkat ke atas sofa bagi mengelakkannya tersentuh lantai melekit yang ditumpahi air teh ais.

Chrissy memanjangkan tangannya, sepertinya mencapai remote TV. Rupanya tidak, dia mengengsotkan diri mendekatiku.

"Uuuhhhh, kenapa?" Aku menyoalkan tindakannya.

Chrissy merapatkan mukanya ke kepalaku.

Apahal lak ni? Tak pernah dia berkelakuan macam ni.

"Do you adore him so much?"

Ha? Apa dia cakap ni?

"Apa maksud kau?" Aku bukan sahaja tidak memahami pertanyaan yang disoalkan, bahasa penjajah ini juga bukan kemahiranku. Kalau ada mat salleh yang bertanya jalan, akulah orang pertama yang lari.

"Do you... maksud aku, kamu suka dia ke?"

"Suka siapa?"

"Sid."

"Ha?" Terlopong mulut aku mendengar nama itu.

"Kenapa kau cakap macam tu?" Aku membalas persoalan dengan soalan lain.

"Well.." Dia seperti teragak-agak untuk memberi penerangan.

"Tell me, Chrissy." Aku pegang kedua-dua tangannya. Hanya kata-kata inggeris 'tell me' sahaja yang aku ingat, kerana aku terimbas kembali memori semasa interview yang memang sinonim dengan arahan 'tell me about yourself'.

"Umm... I saw you... masuk bilik Sid, malam tadi."

Alamak, macam mana dia boleh nampak aku?

"Okey, Chrissy. Ni cuma salah faham."

Chrissy tekun mendengar.

"Aku cuma ternampak bilik Sid terang benderang tak tutup lampu. So, aku tolong tutupkan."

"Really?" Dia meminta kepastian. Aku terlupa kuasanya sebagai tuan rumah di sini.

"Sumpah." Aku mengangkat telapak tangan. Tidak tahu lagi caranya untuk menjelaskannya.

"Korang bersumpah apa ni?"

Terkejut aku dengan kehadiran Sarah di belakang dengan batang mop di tangan.

"Err... ikrar kita tiga sekawan dulu-dulu." Cepat aku menyembunyikan kebenaran daripada terbocor.

Chrissy hanya mematungkan diri, berlagak seperti tidak tahu apa-apa.

"Amy! Kunci motor mana?" Sid bergegas dengan mengenakan baju melayu tidak bergosok dan seluar sukan Puma.

"Cepat gila kau mandi, Sid." Sarah tolong ambilkan kunci di cangkuk gantungan, dilempar ke arah Sid.

"Aku bilas je." Kunci yang dilambung ke udara disambut. Bergegas dia hingga terlupa mengunci semula pintu sebelum keluar.

"Kau masa naik rumah pagi tadi, bangla tu dah repair lif belum?" Aku sengaja menukar topik.

"Dah, diorang dah alihkan sign tu. Nasib baik lif dah elok. Kalau tak, dah terlelap aku kat tangga." Informasi penting diterangkan Sarah.

Aku kagum dengan kebolehan Sarah untuk kekal segar sepanjang hari. Dia selalu tidur beberapa jam sebelum memulakan shift malamnya. Pasti sukar untuk baiki semula jadual tidurnya.

Cun. Seksaan naik turun tangga dah lesap.

...

Sid

"Jama'ah Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya ketakwaan inilah yang akan membawa kita kepada kejayaan dunia dan akhirat.

Hadirin yang dirahmati Allah,

Allah SWT telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Kita diberi akal fikiran, hati, dan anggota badan untuk dimanfaatkan sebaik-baiknya. Salah satu anugerah Allah SWT yang tidak ternilai harganya adalah nikmat iman dan Islam.

Tajuk khutbah pada hari ini adalah berkenaan dengan, Memelihara Batas-Batas Pergaulan Menurut Islam."

How ironic.

Kepala aku disandarkan ke dinding masjid. Kopiah yang teralih kedudukannya dibetulkan. Pembesar suara menjalankan tanggungjawabnya untuk menguatkan suara khutbah pertama itu disertakan dengan efek gema.

Kalau darurat, takde bilik sewa lain, takpe kan?

(9.25 malam)

"Katanya nak gerak pukul sembilan."

"Diamlah!" Amy menjerit sambil berkarya dengan Maybelline hitam di matanya. Sungguh tekun dia memerhatikan wajahnya pada mirror wall sebelah TV.

Aku perlu membiasakan diri dengan sikap perempuan yang bersiap lambat.

"Kau pun siaplah cepat." Arah Amy.

Aku menyarungkan hoodie dark grey yang digantung di arm rest sofa sebagai kain lapisan kedua di badan.

"Dah."

"Ha? Dah siap?"

"Yelah, aku bukan pergi makan pun. Yang kau bersiap macam nak travel Singapore, dah kenapa?"

"Ini outfit casual aku, okey."

Aku memulaukan dia, sedang asyik dengan isu semasa yang hangat di aplikasi Reddit. Hantaran memaparkan informasi bahawa Femboy Cafe yang beroperasi di Cyberjaya diserbu pihak berkuasa.

...

Jam tangan menunjukkan masa 9.37 PM sewaktu kami berempat menyumbatkan diri ke dalam kereta. Enjin yang dihidupkan aku biarkan seketika supaya panas. Chrissy dan Sarah duduk di seat belakang manakala Amy duduk di depan bersebelahan dengan aku.

"Tangan kau jangan meliar sangat. Aku nak pakai gear stick ni." Tombol gear aku gerakkan ke kiri dan kanan bagi memastikan kereta dalam keadaan neutral.

"Nah." Amy menghulurkan telefonnya.

Aku perhatikan saja dia dengan pandangan mata separuh tertutup, mempersoalkan common sense dia.

"Asal?" Dia keliru.

"Kau nampak kereta ni ada phone holder ke? Lagi satu, kau nampak batang kat tengah ni? Tu maksudnya kereta ni manual, so aku kena pakai dua-dua tangan aku."

"Yee, fine. Aku pegangkan. Nanti aku bagitau kat mana nak belok."

Ha! Pandai pun fikir. Barulah senang kerja aku.

"Okey, semua ready?"

"Ready!" Balas Sarah di belakang. Cermin pandang belakang diperhatikan. Chrissy menunjukkan isyarat 'OK' di tangan.

"Lincah lah, tunggu apa lagi. Nanti lambat." Amy menggesa aku.

Ceh, tadi dia jugak yang lambat.

Tombol gear dialihkan ke kiri, kemudian ke atas.

...

Ternyata sangkaan bahawa tugasku akan menjadi mudah jauh meleset. Amy memang sangat 'fail' dalam menunjuk arah. Manakan tidaknya, dia baru beritahu untuk membelok apabila terlepas simpang jalannya. Sudah dua kali.

"Sini lah aku pegangkan." Tangan dihulur.

Handphone kepunyaan Amy mendarat di permukaan tanganku. Skrin diperhatikan. Muka Amy menunjukkan perasaan tidak puas hati.

"Kau nak aku pegangkan tak, Sid?" Sarah menawarkan bantuan.

"Takpe dah nak sampai ni." Skrin di telefon menunjukkan jarak perjalanan berbaki 2KM.

Sepatutnya tangan kiri ini bertugas untuk menukar gear. Tombol gear terbiar sahaja dalam kedudukan gear ketiga. Penunjuk aras pada tachometer sudah mencapai 8500 RPM, melebihi redline iaitu aras bahaya.

Ah, mampuslah kalau gearbox rosak sekalipun. Asalkan cepat sampai.

Destination arrived. Aku melambai sahaja mereka yang berlalu pergi. Restoran yang megah beroperasi ini memang terkenal dengan masakan profesional makanan laut, dan harga yahudinya. Kelihatan Amy tunggu sahaja di tepi pintu kereta.

"Apahal?" Tingkap kereta diturunkan.

"Sorry." Ringkas tetapi padat bicara Amy. Aku mengangguk kecil.

Bergegas Amy membuntuti Chrissy dan Sarah.

Skrin telefon dinyalakan. Aku menaip sesuatu di dalam group Whatsapp yang dinamakan '3Hosmets (+1Pevert)'. Siapa lagi kalau bukan Amy yang menjadi admin?

Sid: "Kalau dah setel, call tau."

Sarah: Noted. *emoji kucing senyum*

Sarah: *Sticker kucing membuat thumbs up*

Amy: *Emoji jari tengah*

Chrissy: *Emoji thumbs up*

Amy: *Emoji thumbs up* (edited)

Aku merenung seketika. Terdapat kehadiran seorang budak belasan tahun sedang mengambil gambar kereta ini dengan flash terpasang. Dia mengangkat tangan tanda sapaan setelah selesai. Bangga seketika sekiranya kereta aku dapat dijadikan inspirasi seseorang. Tetapi apa yang menyedihkan, kereta ini cumalah satu pemberian, bukan hasil usaha bersusah payah. Kereta digerakkan, mencari kedai runcit. Tekak terasa pedih seakan-akan iklim Gurun Sahara.

(Tiga Gadis)

"I can pay for it."

"Seriously, Chrissy?" Amy terpegun dengan sifat baik hati Chrissy, walaupun ini bukan kali pertama.

"We really appreciate your kindness, Chrissy. Anyway, do you guys have any idea nak order set macam mana?" Sarah meminta cadangan.

"Aku lapar, so apa kata kita makan nasi berlauk?"

"Good idea." Cadangan Amy diterima Chrissy.

Menu terus diselidik. Amy merakamkan momen ini untuk dimasukkan ke dalam status Whatsapp. Biar semua kenalannya cemburu.

"How about the Set Two?" Chrissy meminta pandangan.

Amy dan Sarah meneliti semula menu.

"This set, it's not that expensive." Tambah keterangan Chrissy.

Terbeliak mata Amy melihat kandungannya. Tindakan Sarah juga sama.

Set 2

• Salmon Yee Sang

• Special Four Seasons

• Waved Steam Estuary Tiger Grouper With Soy Sauce

• Stir-Fried Butter Sea Prawn

• Braised Abalone With Mushrooms

• Stir-Fried Seasonal Vegetables With Garlics

• Crispy Creamy Fried Chicken With Thai Sauce

• Stir-Fried Crab With Chilli Paste And Curry Leaf

• Special Fried Rice

• Coconut Pudding

(RM 1,600)

Seribu enam ratus? Duit ni boleh bayar loan 5 bulan RXZ aku.

Amy menyandarkan kepala dengan tangan, tergamam.

It's not that expensive?

Sarah mempersoalkan keadaan kewangan Chrissy dalam hati.

"Macam mana kalau tak habis?" Soal Sarah.

"Takeaway. For Sid." Masuk akal kata-kata Chrissy. Terlupa pula mereka berdua tentang Sid yang tidak berpeluang untuk makan malam bersama.

Tangan diangkat, meminta perhatian seorang waiter.

...

"Apa korang fikir pasal Sid?"

Amy dan Chrissy serentak memandang Sarah. Garpu di tangan Amy terkial-kial mengopek kulit ketam.

"Yelah, korang kan tak setuju dia tinggal dengan kita."

"Oh, errr....." Amy memikirkan ayat untuk disampaikan.

"Kau still nak halau dia ke, Amy?"

Amy masih menyusun ayat di kepala. Chrissy hanya memandang Amy.

"Aku dah tak kisah dia tinggal kat sini."

"Wow, seriously?" Sarah terkejut.

Chrissy kelihatan tersenyum kecil. Amy memandang dia dengan renungan tajam seperti mengatakan 'Diam, Chrissy!' dalam mod senyap.

Nasib baik, Sarah tidak menyoalkan gelagat mereka berdua. Mungkin, Sarah cuma menganggapnya sebagai telatah yang random.

"Jadi, kau okey je lah kalau Sid tinggal dengan kita?"

"Seratus peratus."

"Macam mana dengan pandangan tuan rumah?"

"Agreed."

"Well, aku taknak tanya kenapa korang tiba-tiba setuju..."

Amy dan Chrissy saling berpandangan.

"...tapi apa yang penting, selfie wefie dulu!"

Tanda peace ditayangkan dengan elegan pada setiap gambar. Banyak momen yang menjadi highlights malam ini.

"Hey!" Sepit ketam yang terputus dikepitkan di telinga Chrissy.

Amy yang ketawa terbahak-bahak mencuri perhatian orang di sekeliling. Sarah bangun menenangkan keadaan. Inilah momen yang manis untuk dinikmati bersama. Friendship.

Sid

"Berapa?"

"Lima puluh sejam, bang." Perempuan itu mengusapkan tangannya ke dadaku.

"Yang kat sana dia cakap tiga puluh je."

"Sana tu budak baru, bang. Saya lagi ganas~"

"Takpelah. No, thanks." Geli pula aku melihat perempuan murahan ini mengetap bibir.

Aku bukan mahu meratapi tubuh mereka pun, tetapi sengaja mengisi masa lapang bersiar-siar melalui lorong gelap, yang penuh dengan perempuan murahan di sepanjangnya. Aku baru sahaja keluar membeli setin Monster warna pink di kedai 7E berdekatan. Makan? Satu maggi cup kari telah dibaham. Itupun masih terasa lapar.

Tin Monster ditegukkan lagi ke dalam mulut. Segar deria rasa aku dikenakan perisa buah yang agak ketara, terdapat sedikit rasa lemonade. Rasanya ringan sahaja. Biarlah air ini diteguk sampai habis supaya aku bertenaga untuk grinding game Supermarket Simulator hingga lebam biji mata nanti.

Telefon berbunyi. Notifikasi keluar. Sistem mengatakan '1 photo from 3Hosmets (+1Pevert)' di lock screen. Masa yang terpapar juga diperhatikan, 23:45. Notifikasi diketik. Gambar menunjukkan selfie tiga gadis berlatar belakangkan pintu.

Kenapa dia send gam-

Otak aku seperti sedang memproses sesuatu.

Wait a minute. Is that our apartment door?

Mesej baharu dihantar Amy.

Amy: Kitorang dah balik naik grab hehe.

"Is this a joke?"

Hot

Comments

Belinda Dayes

Belinda Dayes

This is such a page-turner, don't stop now!

2025-06-20

0

Th_Fdlh

Th_Fdlh

Wowowo so nice

2025-06-20

0

See all
Episodes

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play