BANTAL

BANTAL

Del Sol

Sid

Keluhan dilepaskan. Sudah gelap gelita. Awan pula menyembunyikan bulan yang mengambang. Agak kuat bunyi detap-detup kasut aku hentakkan ke lantai simen menuju ke destinasi yang aku sudah anggap sebagai rumah kedua. Dengan penuh kesungguhan, setiap anak tangga didaki sambil bahu memikul beg galas yang tidak berat mana pun. Sempat aku menyeka rambut yang sudah tiga bulan lebih tidak dipotong. Anak tangga terakhir tercapai, kakiku membawa badan menerusi koridor panjang sampai ke sebuah pintu. Tombolnya digenggam erat sebelum aku menarik nafas yang dalam. Bukan sahaja stress belajar yang aku kena hadapi. Apa yang aku tahu, stress baharu akan muncul selepas aku buka pintu ini.

"Wah, budak kuli dah sampai!" teriak gadis bertocang satu yang sedang bermalas-malasan di atas sofa menuding jari ke arah dapur.

"Kau nampak pinggan mangkuk hayun semua dalam sink tu? Dah macam Eiffel Tower aku tengok!" Seperti yang aku sangkakan. Memang tidak sah kalau bukan teriakan gadis bernama Ami Maliana yang seakan-akan puntianak dahagakan darah.

"Hei, tak elok jerit malam-malam, Amy."

Gadis yang sedang berpelukan dengan plushie boba tea di sofa sebelah Amy itu Sarah Lea. Aku lebih selesa kalau berbual dengan Sarah sebab dia tidaklah bermulut murai seperti Amy, dan Sarah juga seorang yang supportive.

"Biarlah, kita tak pernah setuju pervert ni kat sini, kan Chrissy?'

"Ya." kata pembenar yang disampaikan oleh Chrissy agak sukar didengar, seperti sepoi-sepoi angin bahasa. Memang dia sengaja tidak banyak bercakap dan sering perlahankan suara kerana dia seorang introvert, tetapi aku yakin dia ada banyak buah fikiran.

"Pervert ni nampak macam penat je. Takkan lah stress sangat class malam ni? Setakat lecturer membebel je pun."

"Tak lah, lif rosak lagi." Aku mengeluh sambil menyandarkan beg di kerusi dapur. Terus aku duduk di meja dapur lalu menghidupkan laptop Dell yang sempat aku cas di library untuk semak semula progress assignment bulanan.

"Kau tak penat ke, Sid? Asyik hadap laptop je. Nak aku buatkan air tak?

Aku geleng sahaja sebagai tanda menolak tawaran Sarah. Mataku masih tertumpu pada skrin laptop mencari sebarang cacat cela dalam penulisan dapatan kajian.

"Biarkan je nerd tu, Sarah. Mesti dia tengah plan nak ambik kesempatan kat body kita."

"Astaghfirullah, tak baik cakap macam tu." Tegas Sarah memberi amaran.

Kenapa lah aku terlibat dalam situasi ni? Keluhku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

(2 bulan lepas)

"Syeid Idrus bin Syeid Hamdi?"

"Betul. Boleh ke?"

"Boleh je tapi serious awak dah tak nak stay kat hostel ni? Awak dah jelaskan payment yuran hostel untuk empat semester dan awak nak bazirkan macam tu je? Awak tahu kan bayaran ni tak boleh refund?"

"Ya, betul. Saya ada sebab tersendiri."

"Hmm, ikut awak lah. Ramai lagi yang rebutkan peluang nak duduk hostel ni."

Hostel manager menghulurkan sekeping notis keluar hostel. Aku sambut lalu keluar daripada office itu tanpa melihat sedikit pun kertas notis yang berada di tangan.

"Finally, I'm free!" Launganku dibebaskan kerana aku sudah muak dengan pelbagai kerenah roommates ketika aku masih menetap di hostel. Ada yang merokok di ruang tamu, ada yang menjadikan bilik tidur aku sebagai hotspot for hangout, dan paling teruk, ada yang buang air kencing di lantai tandas. Fikirkannya sahaja buatkan aku mahu keluarkan segala isi perut nasi lemak pagi tadi. Kertas tadi aku lipat dan simpan di dalam poket belakang.

"Hai, Sid!" Jeritan itu sangat aku kenali. Insyiera atau lebih dikenali sebagai Ira terkepit-kepit kakinya datang menghampiriku, mungkin disebabkan oleh jeans ketat yang dikenakannya.

"Boleh ke I panggil you Sid? Ramai I dengar orang panggil you nama tu." Sebenarnya nama 'Sid' bukanlah nama sebenar aku tapi sekadar nama ejekan dari rakan-rakan kursus yang menyamakan nama aku dengan perkataan mencarut 'shit' semasa ice-breaking orientasi semester satu.

"Ikut suka hati kau lah."

"I macam terdengar suara orang jerit tadi, tu lah sebabnya I datang sini."

Ah, shit. Dia terdengar ke aku jerit? Cringe gila aku.

"Lepastu I nampak you, tu yang I nak bertegur sapa." Sapanya sambil memeluk erat lenganku. Bahu aku pula geli digesek-gesek kepalanya.

"Bertegur sape eh? Macam meraba aku je. Aku buat report kasik kat JAIS, nak?"

"Ish, you ni. I gurau je. By the way, bila you nak ajak I dating?"

Muak aku mendengar permintaannya. Sejujurnya, aku benci amat dengan personaliti Ira yang terlalu obses dengan social media dan gedik mengalahkan Diva A.A. Aku dapat rasakan yang dia sengaja mahu berapat-rapat dengan aku setelah dia mendapat tahu bahawa aku merupakan anak 'taukey' cargo port.

"Aku ada hal. Ciao." Cepat aku leraikan ikatan lengannya lantas aku bertindak lari dari situasi awkward itu. Pantas aku melangkahkan kaki menuju ke kawasan parkir.

"Call I tau!"

"Tak hingin!" Jeritanku menggetarkan anak tekak.

Honda Del Sol merah pemberian bapaku mula kelihatan di pandangan. Kereta ini sepatutnya tiada di Malaysia tetapi entah bagaimana bapaku boleh dapatkan kereta ini dari kontena yang sesat di Selat Melaka. Model era 90-an ini unik dengan automatic convertible feature tetapi malangnya sudah tidak berfungsi lagi.

"Aku patutnya fikir kat mana aku nak duduk lepasni." Kataku kepada diri sendiri sambil memijak pedal clutch lalu memasukkan gear ke nombor satu. Kalau bab memandu kereta manual, bukan masalah bagiku kerana aku selalu main permainan Initial-D Drifting di arked sewaktu zaman remaja. Malah, aku lulus ujian JPJ pada percubaan pertama.

Setiap iklan di dinding kedai aku tatapi tetapi tiada satu pun yang menawarkan perkhidmatan bilik sewa. Yang ada pun cuma iklan jualan pil ubat kuat dan minyak ikan belacak tradisional. Carian di internet juga telah aku buat dan pelbagai nombor telefon telah aku panggil. Namun, jawapannya tetap sama. Penuh.

"Patut ke aku tido dalam kereta?" Aku menjenguk barang-barang peribadi yang telah aku punggah dari hostel lama ke dalam seat belakang kereta. Sengaja aku kemaskan awal-awal sebelum memohon keluar hostel supaya mudah kerja aku. "Sepatutnya tak jadi masalah, untuk sehari dua." Aku mula keletihan. Perjalanan disambung bagi melangsungkan misi pencarian. Susah juga mahu cari bilik sewa. Benarlah kata-kata hostel manager tadi, ramai yang rebutkan tempat tidur di hostel kerana semua perkhidmatan bilik sewa di luar sudah penuh. Cermin kereta diketuk bertalu-talu oleh titisan hujan bak budak beraya ketuk pintu rumah orang minta duit raya. Aku perlahankan kereta pada kelajuan sekitar 40km/h. Aku terpaksa berhenti di perhentian bas berdekatan kerana takut akan bumbung kereta yang nipis ini bocor. Setelah aku berhenti, kelihatan gerangan seorang wanita yang sedang duduk membuai-buaikan kaki di hujung pandangan.

"Cik?" Sapaku dengan nada agak tinggi bagi mengatasi bunyi titisan hujan yang menimpa bumi. Dia tidak menoleh.

"Cik?" Kali ini dengan nada yang lebih tinggi seperti menjerit.

"Ya? Sorry sorry saya tengah berangan."

"Cik tengah tunggu bas ke?"

"Tak lah tengah tunggu hujan berhenti."

"Nak saya tumpangkan tak?" Riak wajahnya seperti ragu-ragu. Aduh, aku cuma mahu jadi baik saja.

"Cik boleh call polis kalau saya nak cuba apa-apa." Kataku untuk meyakinkannya.

"Okey, fine. Boleh tak encik tumpangkan saya ke Apartmen Walinong?"

Encik? Aku sure yang aku still nampak macam 23 tahun lagi. Lagipun, tak pernah dengar pulak nama apartmen Walidnok. Ah, pakai Waze je lah.

Kami berdua melabuhkan punggung ke tempat duduk lantas cepat-cepat menutup pintu kereta. Aku cuba mencari lokasi yang dikatakan di Waze tetapi tidak dijumpai.

"Meh, saya carikan." IPhone 7 yang sedang memaparkan aplikasi Waze berpindah tangan.

"Anyway, you can just call me Sarah. Don't Cik-cik ya."

"Speak to yourself."

Episodes

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play