Cyberpunk Ke Dunia Isekai

Cyberpunk Ke Dunia Isekai

Kota CyberPunk Abad 50

" Woi Owen ! Kamu keluar sekarang ! Aku adalah boss kawasan ini, aku Daijaq untuk kali pertamanya datang ke toko engkau ini setiap hari hanya untuk minta engkau keluar dari sini ! Susah sangat ke! "

" Owen baik kamu dengar kata boss aku kalau tidak siaplah engkau.Aku bom kan tempat ini kalau engkau tidak keluar. "

Beberapa samseng berkumpul di hadapan sebuah toko antik yang kelihatan sangat ketinggalan zaman berbanding bangunan-bangunan di sekelilingnya yang megah, tinggi dan berteknologi tinggi.

Ditunggu dan ditunggu, tidak keluarnya pemilik kedai.

" Sudah sepuluh minit aku tunggu, kesabaran aku pun sudah hilang. Woi, kalian semua. Robohkan tempat ini dengan gunakan bom."

" Tapi tuan, bukankah toko ini dilindungi oleh kerajaan dan... "

" Senyaplah!! Sekarang peperangan telah berlaku dimana-mana sahaja dan kalau tempat besar ini dibom bukankah suatu hal yang perlu difikirkan. Ikut sahaja kata aku kalau kalian mahu hidup!! "

[ Baik, boss ]

Setiap anak buah Daijaq memasang bola bersaiz bola sepak yang merupakan bom kedab bunyi di setiap empat penjuru toko dan bersedia merobohkan toko bersejarah ini.

3...

2....

Tiba-tiba, sebelum Daijaq sempat menekan tombol pengaktifan , bergemanya bunyi siren yang sangat bising di seluruh pelusuk kawasan.

" Krghhh, telinga aku! "

" Bunyi apa ini!!

Setiap dari mereka terbaring ke tanah hanya dengan mendengar bunyi nyaring itu.

Di teruskan pula dengan terbukanya pintu Toko Ancient yang melihatkan sosok lelaki misteri.

" Kalian tidak baca ke bahawa toko aku tutup hari ini. Mengganggu betul. "

Sosok itu menembakkan beberapa putih peluru ke arah samseng-samseng pengganggu ketentramannya.

Peluru yang mengenai samseng-samseng membentuk sebuah gelembung yang mengangkat mereka ke udara.

Boss Daijaq dan konco-konconya berusaha untuk memecahkan gelembung itu tetapi tidak berjaya bahkan suara mereka tidak kedengaran.

" Kalian janganlah buat perkara yang sia-sia. Gelembung itu kedap udara dari dalam ke luar dan tidak akan pecah kecuali dititiskan Natrium Tiosulfat ke atasnya. "

Sosok yang merupakan pemilik toko itu sekaligus bernama Owen mengambil sesuatu dari tokonya iaitu..

" Kalian semua lihat ini. "

" Perkenalkan ini adalah kayu baseball yang diciptakan pada 1700-an yang melibatkan dua pasukan yang bergantian pada pertahanan dan pelanggaran dan melibatkan melempar bola kepada seorang batsman yang cuba "membelikannya" dan berjalan dengan selamat ke pangkalan .Hebat bukan? Kalian mahu jadi bahan penguji nya?

Owen menghampiri Daijaq dan dengan kuat melemparkan nya ke udara.

" Wow jauhnya... ini namanya homerun bukan? Seterusnya siapa pula? " mata Owen tertuju kepada empat konco-konco Daijaq yang ketakutan meratapi nasib mereka selepas ini.

Satu persatu diterbangkan ke udara dengan lajunya.

Mungkin lupa untuk diterangkan tetapi gelembung itu sangat sensitif dengan serangan dari luar. Oleh itu , impak yang kecil sahaja boleh menjadikan gelembung itu bergerak dengan lebih laju.

Selesai membuat 5 kali homerun, Owen memasuki Toko Ancient dan tidak lupa memutarkan kayu ' Close ' yang dipasang di hadapan tokonya.

Meletakkan semula semua senjata yang dibawa, Owen baring di sebuah kerusi urut bagi merehatkan diri.

" Toko ini sebenarnya memang sudah tiada lagi pelanggan tetapi disebabkan kerajaan mencatatkan toko ini sebagai khazanah negara maka toko ini akan sentiasa kukuh berdiri selama-lamanya.

Lawatan sambil belajar akan diadakan pada pukul 5 petang jadi baik aku tidur dulu. "

Owen lantas tidur sekelip mata sebaik sahaja menyatakan hal tersebut.

Burhmm

Sebuah gempa bumi kecil melanda kota Owen walu tidak sedari Owen yang nyenyak tidur.

Senjata yang tadinya Owen letakkan di atas meja jatuh ke lantai mengenai buku-buku yang berserakan.

Aku adalah Pahlawan Suci.

Kembalinya penyihir teragung selepas 780 tahun .

Bertualang sebagai penyihir black magic.

Owen adalah remaja yang meminati buku-buku novel lama yang dikumpulkan oleh moyangnya terdahulu.

Kenapa lama?

Kerana sekarang adalah Bumi pada abad ke-50 tepat nya 5179 tahun .

Kota tempat tinggal Owen sekarang ini adalah Kota Kluang dimana tempat ini menjadi pusat kepada teknologi-teknologi tingkat tinggi.

Teknologi di abad ini telah sebati dengan masyarakat.

Dimana-mana sahaja kita memandang pasti akan menemukan robot, A.I dan senjata berteknologi.

Dari pertanian , pendidikan, ekonomi dan angkasa lepas semuanya dioperasikan oleh teknologi A.I.

Bulan, Marikh, Zuhal dan planet-planet lainnya telah dijadikan rumah kedua untuk masyarakat disini kerana untuk ke sana hanya memerlukan masa 5 minit sahaja.

Adakah semuanya hal-hal yang hebat?

Jawapannya tidak.

Kerana berebut teknologi, banyak negara yang berperang antara satu sama lain sehingga masyarakat berkasta rendahan menerima impaknya.

Kelaparan

Ketakutan

Ancaman

Semuanya menjadi satu dan itu adalah lumrah masyarakat seperti mereka dijadikan budak.

Dunia inilah yang tidak disukai Owen.

Owen sangat menginginkan dunia yang jauh dari teknologi, peperangan dan kesengsaraan tetapi itu semua tidak terjadi yang terkubur menjadi debu yang berterbangan.

Teknologi membutakan mata manusia yang serakah akan kekuasaan.

Kring!!! Kring!!

Tuan Owen bangun segera untuk berangkat ke Blustar Airline bagi mengikuti program lawatan sambil belajar

Bunyi jam A.I. membangunkan Owen yang merenggangkan badannya lantas bersiap untuk menuju Blustar Airline dalam keadaan yang tergesa-gesa.

Jika Kota Kluang adalah pusat dari teknologi dunia maka Blustar Airline adalah jantung kepada semua teknologi yang diciptakan.

Dibukanya kunci yang menjaga hyper board lantas dengan cepat menuju Blustar Airline.

( Di Blustar Airline)

Sebuah Roboh berbentuk gadis cantik melayani para pelajar yang melakukan lawatan sambil belajar mereka.

Terima kasih kerana telah datang ke tempat ini. Perkenalkan saya adalah A19, pemandu pelancong kalian semua hari ini.

A19 membawa Owen dan yang lainnya melawat kawasan-kawasan Blustar Airline yang tersangatlah besar seperti sebuah kota kecil luasnya.

" Aduh! Sakitnya perut aku ini. Kenapa pula tiba-tiba aku sakit perut ini. Ini pasti sebab pagi tadi aku makan pil ramen yang sudah kadaluarsa. "

Owen melihat ke sekeliling mencari tandas dan akhirnya terlihat satu tandas di belakang koridor.

Owen yang sakit perut lantas melepaskan hajatnya di tandas itu tanpa memberitahu kepada A19.

....

" Arghh selesai juga. "

Owen yang keluar dari tandas sekilas mendengar satu suara robot yang menggunakan telepati terus ke kepalanya.

Wahai manusia kesini lah.

" Suara siapa itu? Suaranya tidak seperti A19. Jadi siapa pemilik suara ini. "

Owen sekilas melihat cahaya berkelip-kelip di balik tirai merah .

Dengan berbekalkan keberanian, Owen menuju ke cahaya tersebut dan sebaik sahaja membuka tirai.

Owen melihat sebuah kapal angkasa yang tersangatlah besar di hadapannya.

" Kapal apa ini? Besarnya. "

Owen yang tidak tahan, menyentuh kapal angkasa dan tiba-tiba bunyi siren terdengar di telinganya.

Bahaya! Bahaya! Sila masuk ke pusat kawalan Kapal.

" Suara itu lagi kah? Sebenarnya apa yang terjadi."

Secara mendadak, pintu kapal angkasa terbuka dengan sendirinya dan Owen bagaikan ditarik dengan kuat masuk ke dalam kapal angkasa.

" Arghh, Ini Tarikan Graviti memusat!!!! "

Tidak berselang lama, Owen membuka matanya dan terkedu apabila melihat tempat yang tidak dikenalinya ini.

" Ini dimana? "

Tuan! Sekarang kamu tiada masa lagi jadi sila tekan tombol merah di hadapan jendela itu agar pastikan nyawa tuan terselamatkan.

" Apa? "

*Cepatlah!!!

Owen menekan tombol merah itu kerana terkejut dengan suara robot yang marah dan lantas menghidupkan kapal angkasa ini*.

*Membuka pintu pelepasan.

Menyasarkan tujuan.

Dalam kiraan 3...2...1... Blustar Wings bergerak*.

Terpopuler

Comments

R.F

R.F

swmangat k like
luse balik iya k

2023-03-17

0

『S』『K』

『S』『K』

sudah mampir

2023-03-16

0

Sona Sitri

Sona Sitri

Matilah mereka, kalau terlalu lama dalam gelembung kedap udara, ini namanya pembunuhan secara perlahan

2023-03-16

0

lihat semua

Download

Suka karya ini? Unduh App, riwayat baca tak akan hilang
Download

Bonus

Pengguna baru dapat mengunduh App untuk membuka 10 bab secara gratis

Ambil
NovelToon
Novel sejumlah besar sedang menunggu Anda baca! Juga ada komik, buku audio, dan konten lain untuk dipilih~
Semua konten GRATIS! Klik di bawah untuk download!