" Woi Owen ! Kamu keluar sekarang ! Aku adalah boss kawasan ini, aku Daijaq untuk kali pertamanya datang ke toko engkau ini setiap hari hanya untuk minta engkau keluar dari sini ! Susah sangat ke! "
" Owen baik kamu dengar kata boss aku kalau tidak siaplah engkau.Aku bom kan tempat ini kalau engkau tidak keluar. "
Beberapa samseng berkumpul di hadapan sebuah toko antik yang kelihatan sangat ketinggalan zaman berbanding bangunan-bangunan di sekelilingnya yang megah, tinggi dan berteknologi tinggi.
Ditunggu dan ditunggu, tidak keluarnya pemilik kedai.
" Sudah sepuluh minit aku tunggu, kesabaran aku pun sudah hilang. Woi, kalian semua. Robohkan tempat ini dengan gunakan bom."
" Tapi tuan, bukankah toko ini dilindungi oleh kerajaan dan... "
" Senyaplah!! Sekarang peperangan telah berlaku dimana-mana sahaja dan kalau tempat besar ini dibom bukankah suatu hal yang perlu difikirkan. Ikut sahaja kata aku kalau kalian mahu hidup!! "
[ Baik, boss ]
Setiap anak buah Daijaq memasang bola bersaiz bola sepak yang merupakan bom kedab bunyi di setiap empat penjuru toko dan bersedia merobohkan toko bersejarah ini.
3...
2....
Tiba-tiba, sebelum Daijaq sempat menekan tombol pengaktifan , bergemanya bunyi siren yang sangat bising di seluruh pelusuk kawasan.
" Krghhh, telinga aku! "
" Bunyi apa ini!!
Setiap dari mereka terbaring ke tanah hanya dengan mendengar bunyi nyaring itu.
Di teruskan pula dengan terbukanya pintu Toko Ancient yang melihatkan sosok lelaki misteri.
" Kalian tidak baca ke bahawa toko aku tutup hari ini. Mengganggu betul. "
Sosok itu menembakkan beberapa putih peluru ke arah samseng-samseng pengganggu ketentramannya.
Peluru yang mengenai samseng-samseng membentuk sebuah gelembung yang mengangkat mereka ke udara.
Boss Daijaq dan konco-konconya berusaha untuk memecahkan gelembung itu tetapi tidak berjaya bahkan suara mereka tidak kedengaran.
" Kalian janganlah buat perkara yang sia-sia. Gelembung itu kedap udara dari dalam ke luar dan tidak akan pecah kecuali dititiskan Natrium Tiosulfat ke atasnya. "
Sosok yang merupakan pemilik toko itu sekaligus bernama Owen mengambil sesuatu dari tokonya iaitu..
" Kalian semua lihat ini. "
" Perkenalkan ini adalah kayu baseball yang diciptakan pada 1700-an yang melibatkan dua pasukan yang bergantian pada pertahanan dan pelanggaran dan melibatkan melempar bola kepada seorang batsman yang cuba "membelikannya" dan berjalan dengan selamat ke pangkalan .Hebat bukan? Kalian mahu jadi bahan penguji nya?
Owen menghampiri Daijaq dan dengan kuat melemparkan nya ke udara.
" Wow jauhnya... ini namanya homerun bukan? Seterusnya siapa pula? " mata Owen tertuju kepada empat konco-konco Daijaq yang ketakutan meratapi nasib mereka selepas ini.
Satu persatu diterbangkan ke udara dengan lajunya.
Mungkin lupa untuk diterangkan tetapi gelembung itu sangat sensitif dengan serangan dari luar. Oleh itu , impak yang kecil sahaja boleh menjadikan gelembung itu bergerak dengan lebih laju.
Selesai membuat 5 kali homerun, Owen memasuki Toko Ancient dan tidak lupa memutarkan kayu ' Close ' yang dipasang di hadapan tokonya.
Meletakkan semula semua senjata yang dibawa, Owen baring di sebuah kerusi urut bagi merehatkan diri.
" Toko ini sebenarnya memang sudah tiada lagi pelanggan tetapi disebabkan kerajaan mencatatkan toko ini sebagai khazanah negara maka toko ini akan sentiasa kukuh berdiri selama-lamanya.
Lawatan sambil belajar akan diadakan pada pukul 5 petang jadi baik aku tidur dulu. "
Owen lantas tidur sekelip mata sebaik sahaja menyatakan hal tersebut.
Burhmm
Sebuah gempa bumi kecil melanda kota Owen walu tidak sedari Owen yang nyenyak tidur.
Senjata yang tadinya Owen letakkan di atas meja jatuh ke lantai mengenai buku-buku yang berserakan.
Aku adalah Pahlawan Suci.
Kembalinya penyihir teragung selepas 780 tahun .
Bertualang sebagai penyihir black magic.
Owen adalah remaja yang meminati buku-buku novel lama yang dikumpulkan oleh moyangnya terdahulu.
Kenapa lama?
Kerana sekarang adalah Bumi pada abad ke-50 tepat nya 5179 tahun .
Kota tempat tinggal Owen sekarang ini adalah Kota Kluang dimana tempat ini menjadi pusat kepada teknologi-teknologi tingkat tinggi.
Teknologi di abad ini telah sebati dengan masyarakat.
Dimana-mana sahaja kita memandang pasti akan menemukan robot, A.I dan senjata berteknologi.
Dari pertanian , pendidikan, ekonomi dan angkasa lepas semuanya dioperasikan oleh teknologi A.I.
Bulan, Marikh, Zuhal dan planet-planet lainnya telah dijadikan rumah kedua untuk masyarakat disini kerana untuk ke sana hanya memerlukan masa 5 minit sahaja.
Adakah semuanya hal-hal yang hebat?
Jawapannya tidak.
Kerana berebut teknologi, banyak negara yang berperang antara satu sama lain sehingga masyarakat berkasta rendahan menerima impaknya.
Kelaparan
Ketakutan
Ancaman
Semuanya menjadi satu dan itu adalah lumrah masyarakat seperti mereka dijadikan budak.
Dunia inilah yang tidak disukai Owen.
Owen sangat menginginkan dunia yang jauh dari teknologi, peperangan dan kesengsaraan tetapi itu semua tidak terjadi yang terkubur menjadi debu yang berterbangan.
Teknologi membutakan mata manusia yang serakah akan kekuasaan.
Kring!!! Kring!!
Tuan Owen bangun segera untuk berangkat ke Blustar Airline bagi mengikuti program lawatan sambil belajar
Bunyi jam A.I. membangunkan Owen yang merenggangkan badannya lantas bersiap untuk menuju Blustar Airline dalam keadaan yang tergesa-gesa.
Jika Kota Kluang adalah pusat dari teknologi dunia maka Blustar Airline adalah jantung kepada semua teknologi yang diciptakan.
Dibukanya kunci yang menjaga hyper board lantas dengan cepat menuju Blustar Airline.
( Di Blustar Airline)
Sebuah Roboh berbentuk gadis cantik melayani para pelajar yang melakukan lawatan sambil belajar mereka.
Terima kasih kerana telah datang ke tempat ini. Perkenalkan saya adalah A19, pemandu pelancong kalian semua hari ini.
A19 membawa Owen dan yang lainnya melawat kawasan-kawasan Blustar Airline yang tersangatlah besar seperti sebuah kota kecil luasnya.
" Aduh! Sakitnya perut aku ini. Kenapa pula tiba-tiba aku sakit perut ini. Ini pasti sebab pagi tadi aku makan pil ramen yang sudah kadaluarsa. "
Owen melihat ke sekeliling mencari tandas dan akhirnya terlihat satu tandas di belakang koridor.
Owen yang sakit perut lantas melepaskan hajatnya di tandas itu tanpa memberitahu kepada A19.
....
" Arghh selesai juga. "
Owen yang keluar dari tandas sekilas mendengar satu suara robot yang menggunakan telepati terus ke kepalanya.
Wahai manusia kesini lah.
" Suara siapa itu? Suaranya tidak seperti A19. Jadi siapa pemilik suara ini. "
Owen sekilas melihat cahaya berkelip-kelip di balik tirai merah .
Dengan berbekalkan keberanian, Owen menuju ke cahaya tersebut dan sebaik sahaja membuka tirai.
Owen melihat sebuah kapal angkasa yang tersangatlah besar di hadapannya.
" Kapal apa ini? Besarnya. "
Owen yang tidak tahan, menyentuh kapal angkasa dan tiba-tiba bunyi siren terdengar di telinganya.
Bahaya! Bahaya! Sila masuk ke pusat kawalan Kapal.
" Suara itu lagi kah? Sebenarnya apa yang terjadi."
Secara mendadak, pintu kapal angkasa terbuka dengan sendirinya dan Owen bagaikan ditarik dengan kuat masuk ke dalam kapal angkasa.
" Arghh, Ini Tarikan Graviti memusat!!!! "
Tidak berselang lama, Owen membuka matanya dan terkedu apabila melihat tempat yang tidak dikenalinya ini.
" Ini dimana? "
Tuan! Sekarang kamu tiada masa lagi jadi sila tekan tombol merah di hadapan jendela itu agar pastikan nyawa tuan terselamatkan.
" Apa? "
*Cepatlah!!!
Owen menekan tombol merah itu kerana terkejut dengan suara robot yang marah dan lantas menghidupkan kapal angkasa ini*.
*Membuka pintu pelepasan.
Menyasarkan tujuan.
Dalam kiraan 3...2...1... Blustar Wings bergerak*.
Bumbung kaca dibentang luas dan terbanglah Owen ke angkasa lepas.
" Woi robot ada apa ini! Kenapa kita mulakan penerbangan dan sebenarnya mahu ke mana. "
Kamu bilang aku robot! Aku adalah A.I. tercanggih dan terulung yang diciptakan oleh manusia-manusia genius dari seluruh dunia. Perkenalkan nama aku adalah Sophia jadi panggil aku dengan Sophia dasar manusia rendahan.
" Robot ini memang mencabar kesabaran betullah. " kata hati Owen yang menahan amarahnya.
" Baiklah, A.I. Sophia yang bijak, cantik dan terhebat. Saya, Owen si manusia rendahan ini ingin mengajukan soalan. Sebenarnya apa yang berlaku. "
Tahu tak apa. Disebabkan kamu sangat baik, biarkan Sophia jelaskan.
Sophia merasai ada bahaya besar yang bakal melanda Blustar Airline dan bagi menyelamatkan diri , Sophia menerbangkan Blustar Wings ini jauh dari malapetaka.
Blustar Wings adalah kapal angkasa berteknologi tinggi dengan Sophia sebagai kepala yang bercantum dari hujung ke hujung dari luar ke dalam kapal ini tetapi untuk hidupkan nya perlukan manusia untuk menekan tombol pengaktifan auto-pilot iaitu kamu Owen Scottish.
" Bahaya apa yang akan melanda Blustar Airline? dan bagaimana kita mahu turun ke bumi semula? "
Ini bukan bahaya Blustar Airline sahaja tetapi bahaya semesta.Sebuah janakuasa di dalam tanah telah terlebih bahan muatan dan tiada siapa yang menyedarinya kecuali Sophia.
Janakuasa itu akan meletup dan menciptakan lohong hitam berukuran bulan yang selanjutnya memusnahkan Bima Sakti dalam beberapa detik sahaja .
Kerana itulah Owen perlu larikan diri ke galaksi yang berbeza untuk selamatkan diri anda dan diri A.I. Sophia ini.
Owen sedikit rasa terpukul mendengar rumahnya akan hilang tetapi melihat ke luar jendela, Owen melihat sendiri dengan kedua matanya bumi telah mula musnah dan itu cukup menjadi bukti bahawa ucapan Sophia adalah sebuah kebenaran.
" Aku agak terkilan tetapi tiada apa yang boleh aku lakukan sekarang ini ditambah aku pun sudah tiada siapa-siapa di sana. "
Owen mendoakan kebahagian semua manusia yang bakal musnah ini ke kehidupan di alam sana nanti.
" Arghh. "
Sebuah goncangan besar diterima kapal
Blustar Wings membuat Owen terjatuh ke lantai.
" Sophia, apa yang terjadi ? "
Janakuasa itu telah meletup lebih kuat daripada yang dijangkakan . Kita perlu bergerak dengan lebih cepat.
Owen kamu pergi ke tengah kapal ini dimana ada sebuah kapsul dan berbaringlah disana. Kapsul itu akan lindungi kamu dari .
Sophia akan mengaktifkan sistem pendorong 'hyperdrive' yang memungkinkan Blustar Wings lompat ke dimensi bayangan 'hyperspace', yang menjadi jalan pintas antara titik-titik tertentu di luar galaksi .
Untuk yang lainnya serahkan sahaja pada Sophia jadi pergi ke sana segera!
" Baiklah, semoga berjaya Sophia. "
Sebuah kapsul berwarna hitam berukuran manusia dewasa menjadi tumpuan Owen sebaik sahaja memasuki ruang Intel.
Owen agak ragu untuk masuk tetapi goncangan kedua yang menimpa Blustar Wings membulatkan keberanian Owen.
Owen memasuki kapsul itu dan kapsul tertutup secara automatik.
Gas yang kasar mata keluar dari ventilasi kapsul yang lantas membuat Owen tertidur.
Wahai manusia, ini bukankah kapsul keselamatan tetapi kapsul pencantuman.
Hyper space diaktifkan ....
System A.I. Sophia memasuki tubuh Owen.....
Proses bersatu dengan tubuh dimulakan......
...1 %...
.......
.......
.......
...20%...
.......
.......
.......
...70%...
.......
.......
.......
.......
...100%...
Pencantuman berjaya.
[ Status ]
Nama: Owen ( 17 tahun)
Class : -
Rank: F
STR: F
DEFF: F
INT: F
LUCKY : S+
[System Adventure]:
- STR \= Strength!
Kekuatan serangan fisik dan critical !
- DEFF \= Deffends!
Pertahanan serangan fisik dan sihir !
- INT \= Intelligence!
Serangan sihir dan energi !
- LUCKY
Keberuntungan dalam kehidupan !
...
Planet baharu dikesan ....
Nitrogen (76 %) dan oksigen (23%), dengan sedikit argon (1 %), karbon dioksida, wap air dan gas lainnya.
Luas lautan adalah 60% manakala 40% adalah daratan...
Mengumpulkan maklumat planet.....
Pengumpul maklumat selesai......
Memasuki atmosfera planet Ashes...
Tekanan atmosfera tinggi.....
Melakukan pendaratan kecemasan dan pengaktifan pelindung fizik kapal tidak terlihat......
....
Membangunkan pemilik tubuh....
Pintu Kapsul dibuka....
" Arghhh! Apa yang terjadi? Aku tidur ke? "
Selamat bangun Tuan Owen.
Anda telah tidur untuk 7 hari lamanya dan untuk pengetahuan kita sudah berjaya mendarat di sebuah planet baharu bernama Ashes.
Adakah tuan mahu melihat maklumat yang telah dikumpulkan Sophia sepanjang 7 hari ini ?
Owen keluar dari kapal angkasa bagi menyaksikan pemandangan dunia baharunya yang tersangat indah sejauh mata memandang.
Sebuah lapangan besar yang dipenuhi dengan rumput dan bunga-bungaan. Bahkan rama-rama berterbangan hinggap dari bunga ke bunga.
" Wahhh! Ini kah namanya rumput dan udara disini terlalu segar dan tidak berbau seperti minyak tar. Sophia kita tepat berada di mana sebenarnya? "
Kawasan ini adalah terletak tepat dibelakang Hutan Darkspring yang tercantum dalam kawasan Ibu kota Aggron .
Hutan Darkspring.
Hutan yang terkenal kerana banyaknya monster-monster yang kuat bahkan dikatakan beberapa bawahan raja iblis berkumpul di dalam hutan ini sehingga ditakuti oleh petualang pemula.
Ibu Kota Aggron.
Dipimpin oleh Seorang Raja dan Permaisuri bernama King George dan Queen Elizabeth yang memiliki lima orang putera dan satu orang puteri bungsu.
Ibu kota Aggron adalah pusat dari segala kota di benua barat. Tetapi terkenal dengan kota petualangan kerana Hutan DarkSpring yang menjadi lubuk exp para petualang veteren dan banyaknya dungeon yang muncul sekitar kawasan luar tembok .
" Tunggu, kamu kata tadi tentang monster, Raja Iblis, Dungeon dan Petualang bukan? Apa itu? dan Dunia apa sebenarnya ini? "
Dunia ini dipanggil Ashes yang dibahagi kepada empat benua iaitu Benua Barat, Benua Timur , Benua Selatan dan Benua Iblis.
Benua Barat adalah benua manusia walau ada kawasan yang dihuni oleh Elf dan Peri. Ibu kota Aggron termasuk ke dalam bahagian benua ini.
Benua Timur atau dikenali sebagai Benua Demi Human kerana disinilah bersama berdirinya kota-kota besar yang didirikan oleh suku-suku seperti Elf, Peri, Beastman dan Dwarfs. Juga dikenali dengan prajurit-prajurit tempurnya yang sangat menakutkan.
Seterusnya adalah Benua Selatan yang dikenali sebagai Neraka Manusia. Di Benua ini tiada sebarang peraturan yang berkuat kuasa dan hanya dipimpin oleh orang terkuat di benua tersebut. Juga satu-satunya benua yang masih mengamalkan sistem budak. Tiada benua yang berani menjalin hubungan aliansi dengan mereka kerana hanya kerugian dan malapetaka yang akan menghampiri.
Akhirnya Benua Iblis yang dari namanya sahaja sudah jelas bahawa ini adalah negara Raja Iblis.
Benua ini memiliki tiga Raja Iblis tetapi salah satu dari mereka diberi gelaran Dewa Raja Iblis kerana telah berjaya membunuh pahlawan yang hanya muncul 1000 tahun sekali.
Ini bermakna dunia ini tiada lagi pahlawan dan perlu menunggu 970 tahun lagi untuk kedatangan pahlawan yang baharu .
Selain dari benua-benua ini, berikut adalah ranking monster yang kerap muncul di Benua Barat :
Monster Rank
( F, F+) \= Slime biasa .
Slime elemen .
( E, E+ ) \= Goblin.
Red Eyes Rabbit.
Snail Chicken
( D, D+ ) \= Goblin chief.
Red Wolf.
Golden Bear.
Hobgoblin.
( C, C+ ) \= King Slime.
King Goblin.
Chied Orc.
( B, B+ )\= Ular Titans.
Kesatria kuda.
Undead Knight.
Human Zombie.
( A, A+ ) \= Penyihir Undead.
Anak Naga
Iron Worf
(Epic, Legend and Mythic) \= Tidak diketahui.
Berikut pula ada ranking petualang yang didaftarkan oleh Guild Petualang:
Low Rank \= (F), (F+), (E), (E+), (D), (D+).
Mid Rank \= (C), (C+), (B), (B+), (A), (A+).
High Rank \= (Epic) , ( Legend) , (Mythic) .
Diatas Rank Mythic sepatutnya adalah Rank [ Hero ] tetapi pahlawan terakhir hanya berjaya sampai ke Rank [ Epic ] sebelum dibunuh oleh Dewa Raja Iblis jadi Rank itu diturunkan pihak Guild.
Di Guild petualang, anda perlu memilih class yang sesuai dengan kepakaran dan bakat anda.
Jadi adalah anda mahu jadi petualang?
Tuan Owen?
[ Terima kasih membaca chapter ini. Mohon like dan comment nya❣❣❣ ]
Owen mengelamun seketika.
*Tuan Owen dengar tidak apa yang saya katakan ini*.
Tuan!!!
Jeritan Sophia membangunkan semula Owen yang bermimpi di atas awanan.
" Yeah !!!!! "
" Aku sudah lama mengimpikan dunia seperti ini dan akhirnya bersua juga.
Aku sudah membaca lebih dari 691 buku novel yang berkaitan dengan isekai, dunia sihir, transmigrasi dan reinkarnasi yang dikumpulkan dari abad ke 20 lagi jadi pastinya aku tahu tentang dunia seperti ini. "
" Sophia, adakah dunia ini ada sihir dan adakah aku boleh gunakannya? "
Sihir adalah hal umum disini.
Sihir harian yang menggunakan batu elemen dengan penggunaan mana seperti memasak, memanaskan air dan sebagainya.
Sihir elemen yang terdiri daripada api, air, angin, bumi ,petir , cahaya dan kegelapan.
Lima elemen yang disebutkan di awal pasti sudah kamu ketahui.Jadi lebih mudah untuk Sophia terangkan tentang sihir cahaya dan sihir kegelapan.
Sihir Cahaya :
Sihir penyembuhan dan support ( Buff)
Sihir Kegelapan :
Sihir Debuff, summon dan kutukan.
Tuan, sila ucapkan [ Status ].
"Bukalah [ Status ]."
[ Status ]
Nama: Owen ( 17 tahun)
Class : -
Rank: F
STR: F
DEFF: F
INT: F
LUCKY : S+
" Jadi inilah status game jadul iya? Sudah lama aku tidak lihat perkara ini sejak game konsel terakhir ditidakadakan tetapi bukankah semua ability aku tersangatlah lemah walau ability lucky aku di tahap yang tersangat melampau. "
Dari Sini, Sophia Dapat Simpulkan Bahawa Tuan Owen Boleh Menggunakan Sihir Tetapi Di Tahap Yang Rendah.
Untuk Elemen Sihirnya Sendiri Tidak Diketahui Jadi Mungkin Tuan Lebih Baik Lupakan Untuk Menjadi Seorang Penyihir.
Untuk Atribut Lainnya, Boleh Tuan Tingkatkan Seiring Berjalannya Masa Dan Usaha Tuan.
" Aku tiada masalah untuk tidak menjadi penyihir tapi adakah kapal ini ada senjata? "
Ada tuan.
Senjata di kapal Blustar Wings ini 3x lebih kuat dari senjata yang pernah diciptakan di Bumi mahupun di sini.
Tuan pergilah ke ruang senjata dan pilihlah senjata yang cocok dengan tuan..
Sophia memaparkan skrin peta. Tanda merah di peta menunjukkan lokasi ruang senjata berada dan Owen lantas menuju ke sana.
( Di ruang Senjata)
"Wow! "
Dari pedang, duo Sword, tombak, Arrow, pistol dan tameng semuanya lengkap ada disini.
Owen yang terpesona, berkeliling di setiap penjuru Ruang Senjata yang bahkan menemukan lebih banyak senjata.
Blustar Wings bahkan memiliki suit robot humanoid seperti di dalam film yang terlihat sangat kukuh dan kuat.
" Sophia., izinkan aku memuji lagi. This is so Amazing!!!! "
Tuan sudah pilih senjata.
" Kamu ini rosakkan mood aku lah, Sophia.
Tapi sebenarnya aku sudah tahu senjata jenis apa yang ingin aku pakai jadi boleh saya minta rekomendasi kamu? "
Tentu . Jenis senjata apa yang tuan inginkan.
" Tameng. Aku sudah banyak lihat penggunaan pelbagai senjata di novel-novel tapi hanya senjata tameng yang menarik perhatian ku.
Sama ada sebagai watak utama atau watak sampingan, peran defensif atau tank sangat penting sama ada untuk menahan serangan, melengahkan masa ataupun mereset strategi. "
" Sophia, ada tidak tameng yang tidak terlalu mencolok atau besar, boleh berubah bentuk tetapi memiliki atribut yang tinggi. "
Tentu ada.
Dua buah senjata terapung ke udara yang mendarat di kedua-dua tangan Owen.
Future Glove.
Kemampuan utamanya adalah memanipulasi graviti . Oleh itu sarung tangan ini boleh digunakan untuk pertahanan mahupun serangan.
Selain itu, apabila tuan menekan tombol ✦, sebuah paparan skrin akan muncul dimana tuan boleh memodifikasi Infinite Shield sesuka hati tuan.
Infinite Shield
Item ini akan terapung di sekeliling tuan dan memiliki fungsi untuk berubah bentuk menjadi tameng yang tuan reka di skrin Future Glove.
Berbeza senjata, berbeza abiliti dan keistimewaan. Selain itu, jika tiada idea untuk mereka cipta, Infinite Shield mampu meniru tameng yang sudah ada di pasaran dengan kemampuan [Copy ] .
Setiap senjata yang diciptakan atau dicopy akan terus masuk ke ruang penyimpanan untuk digunakan di lain hari.
" Hebat. Senjata yang bagus. Aku pilih mereka berdua. "
Tuan mahu pakaian baharu yang sesuai dengan dunia ini?
" Tentu. "
" Wow aku rasa lebih ringan lah. "
Owen melompat-lompat dengan tinggi apabila dipasang kan pakaian baharunya yang seperti seorang mage berbanding seorang tank.
Suit ini mampu mengurangkan damage fizikal mahupun Magical yang diterima selain tahan daripada cuaca ekstrim.
Skill pasifnya adalah pakaian ini tidak akan kotor ataupun berbau walau seteruk apa monster yang dilawan.
....
Selesai dengan semuanya, Owen yang ingin memulakan perjalanan dihentikan apabila melihat sesuatu yang aneh.
Kapal Blustar Wings terbenam ke dalam tanah dengan dalamnya tetapi teknologi istimewa Blustar Wings adalah mengubah bentuknya menjadi rantai yang dipakai oleh Owen
Tetapi kesan dari tanah itu, memberi seribu satu soalan di kepala Owen.
" Tanah ini kenapa seperti berbeza dari tanah-tanah di sekeliling. Tanahnya lebih terasa melombong dan memiliki ruang di dalamnya.
Mungkinkah ini....? "
Owen mengaktifkan Future Glove dengan memusatkan daya graviti di sekeliling Future Glove dan menghentam kan serangan ke bawah tanah menyebabkan Owen terjatuh ke dalamnya.
" Arghhh ! "
...
" Ini dimana... wow..... "
Owen yang berada di bawah tanah rupanya masuk ke dalam sebuah kuburan peninggalan orang terdahulu.
Suatu perkara yang menarik perhatian Owen adalah patung yang berbentuk seekor naga putih.
" Ini dimana sebenarnya dan naga putih apakah ini? "
Sophia tidak dapat menemukan data berkaitan tempat ini tetapi apa yang dapat dilihat Sophia.
Ini adalah sebuah kuburan peninggalan orang misterius terdahulu dan patung naga putih itu adalah Naga Cahaya.
Menjadi lambang kepada puncak sihir cahaya tertinggi.
" Jadi orang misterius itu adalah seorang penyihir cahaya yang kuat di zamannya. "
Owen memberanikan diri menyentuh patung itu dan tiba-tiba tersedut ke sebuah tempat misterius.
" Ini dimana? "
Selamat datang anak muda.
Sosok atok tua muncul dari atas langit menghampiri Owen.
Tempat ini adalah dunia yang dihasilkan dari cebisan sihir terakhir atok tua ini.
Orang di zaman dulu memanggilku dengan nama Tuan Xing , seorang Myhtic Sihir Cahaya dan naga putih itu adalah wujud atok selepas menjadi penyihir cahaya terkuat walau akhirnya kalah kerna dikhianati oleh penyihir kegelapan.
Atok ini memanggil kamu disini adalah untuk mewarisi segala kekuatan atok selama ini sebagai balasannya atok mohon untuk kamu membalasakan dendam atok dengan membunuh penyihir kegelapan itu yang kini telah menjadi Raja Iblis nombor tiga.
Orang tua itu menyentuh jidat Owen dan Owen dapat merasakan sebuah kuasa besar yang mengalir ke tubuh Owen.
" H.. Hangatnya. "
Untuk kalahkan penyihir kegelapan itu mudah tetapi tidak dengan dua lagi Raja Iblis yang lain.
Atok memiliki teman yang juga merupakan penyihir elemen terkuat.
Oleh itu, carilah kuburan mereka semua untuk kalahkan Dewa Raja Iblis yang kekuatannya sekarang sudah terlampau kuat.
Kamu akan dapat merasai kuburan mereka apabila kamu mendekati kawasan mereka .
Selamat Tinggal.
...
Owen akhirnya bangun dari tidurnya tapi tidak bangun di tempat yang sama.
" Tunggu, kenapa aku disini. Bukankah tadi aku di bawah tanah. "
Tuan tiba-tiba sahaja pingsan dan setelah itu sebuah lingkaran sihir muncul di bawah tubuh tuan. Lingkaran itulah yang menteleportasikan kita di sini sekarang.
Tepatnya di hadapan Ibu kota Aggron. Kita sudah sampai di tempat tujuan kita.
Tetapi lebih baik tuan lihat status tuan sekarang.
[ Status ]
Nama: Owen ( 17 tahun)
Class : -- Pewaris Nga Putih
Rank: F
Mana : 999.999.999.999
STR: F
DEFF: F
INT: Sihir Cahaya (SS+ )
LUCKY : S+
" Apa!! "
.
.
[ Terima kasih membaca chapter ini. Mohon like dan comment nya❣❣❣ ]
Semua konten GRATIS! Klik di bawah untuk download!