Bumbung kaca dibentang luas dan terbanglah Owen ke angkasa lepas.
" Woi robot ada apa ini! Kenapa kita mulakan penerbangan dan sebenarnya mahu ke mana. "
Kamu bilang aku robot! Aku adalah A.I. tercanggih dan terulung yang diciptakan oleh manusia-manusia genius dari seluruh dunia. Perkenalkan nama aku adalah Sophia jadi panggil aku dengan Sophia dasar manusia rendahan.
" Robot ini memang mencabar kesabaran betullah. " kata hati Owen yang menahan amarahnya.
" Baiklah, A.I. Sophia yang bijak, cantik dan terhebat. Saya, Owen si manusia rendahan ini ingin mengajukan soalan. Sebenarnya apa yang berlaku. "
Tahu tak apa. Disebabkan kamu sangat baik, biarkan Sophia jelaskan.
Sophia merasai ada bahaya besar yang bakal melanda Blustar Airline dan bagi menyelamatkan diri , Sophia menerbangkan Blustar Wings ini jauh dari malapetaka.
Blustar Wings adalah kapal angkasa berteknologi tinggi dengan Sophia sebagai kepala yang bercantum dari hujung ke hujung dari luar ke dalam kapal ini tetapi untuk hidupkan nya perlukan manusia untuk menekan tombol pengaktifan auto-pilot iaitu kamu Owen Scottish.
" Bahaya apa yang akan melanda Blustar Airline? dan bagaimana kita mahu turun ke bumi semula? "
Ini bukan bahaya Blustar Airline sahaja tetapi bahaya semesta.Sebuah janakuasa di dalam tanah telah terlebih bahan muatan dan tiada siapa yang menyedarinya kecuali Sophia.
Janakuasa itu akan meletup dan menciptakan lohong hitam berukuran bulan yang selanjutnya memusnahkan Bima Sakti dalam beberapa detik sahaja .
Kerana itulah Owen perlu larikan diri ke galaksi yang berbeza untuk selamatkan diri anda dan diri A.I. Sophia ini.
Owen sedikit rasa terpukul mendengar rumahnya akan hilang tetapi melihat ke luar jendela, Owen melihat sendiri dengan kedua matanya bumi telah mula musnah dan itu cukup menjadi bukti bahawa ucapan Sophia adalah sebuah kebenaran.
" Aku agak terkilan tetapi tiada apa yang boleh aku lakukan sekarang ini ditambah aku pun sudah tiada siapa-siapa di sana. "
Owen mendoakan kebahagian semua manusia yang bakal musnah ini ke kehidupan di alam sana nanti.
" Arghh. "
Sebuah goncangan besar diterima kapal
Blustar Wings membuat Owen terjatuh ke lantai.
" Sophia, apa yang terjadi ? "
Janakuasa itu telah meletup lebih kuat daripada yang dijangkakan . Kita perlu bergerak dengan lebih cepat.
Owen kamu pergi ke tengah kapal ini dimana ada sebuah kapsul dan berbaringlah disana. Kapsul itu akan lindungi kamu dari .
Sophia akan mengaktifkan sistem pendorong 'hyperdrive' yang memungkinkan Blustar Wings lompat ke dimensi bayangan 'hyperspace', yang menjadi jalan pintas antara titik-titik tertentu di luar galaksi .
Untuk yang lainnya serahkan sahaja pada Sophia jadi pergi ke sana segera!
" Baiklah, semoga berjaya Sophia. "
Sebuah kapsul berwarna hitam berukuran manusia dewasa menjadi tumpuan Owen sebaik sahaja memasuki ruang Intel.
Owen agak ragu untuk masuk tetapi goncangan kedua yang menimpa Blustar Wings membulatkan keberanian Owen.
Owen memasuki kapsul itu dan kapsul tertutup secara automatik.
Gas yang kasar mata keluar dari ventilasi kapsul yang lantas membuat Owen tertidur.
Wahai manusia, ini bukankah kapsul keselamatan tetapi kapsul pencantuman.
Hyper space diaktifkan ....
System A.I. Sophia memasuki tubuh Owen.....
Proses bersatu dengan tubuh dimulakan......
...1 %...
.......
.......
.......
...20%...
.......
.......
.......
...70%...
.......
.......
.......
.......
...100%...
Pencantuman berjaya.
[ Status ]
Nama: Owen ( 17 tahun)
Class : -
Rank: F
STR: F
DEFF: F
INT: F
LUCKY : S+
[System Adventure]:
- STR \= Strength!
Kekuatan serangan fisik dan critical !
- DEFF \= Deffends!
Pertahanan serangan fisik dan sihir !
- INT \= Intelligence!
Serangan sihir dan energi !
- LUCKY
Keberuntungan dalam kehidupan !
...
Planet baharu dikesan ....
Nitrogen (76 %) dan oksigen (23%), dengan sedikit argon (1 %), karbon dioksida, wap air dan gas lainnya.
Luas lautan adalah 60% manakala 40% adalah daratan...
Mengumpulkan maklumat planet.....
Pengumpul maklumat selesai......
Memasuki atmosfera planet Ashes...
Tekanan atmosfera tinggi.....
Melakukan pendaratan kecemasan dan pengaktifan pelindung fizik kapal tidak terlihat......
....
Membangunkan pemilik tubuh....
Pintu Kapsul dibuka....
" Arghhh! Apa yang terjadi? Aku tidur ke? "
Selamat bangun Tuan Owen.
Anda telah tidur untuk 7 hari lamanya dan untuk pengetahuan kita sudah berjaya mendarat di sebuah planet baharu bernama Ashes.
Adakah tuan mahu melihat maklumat yang telah dikumpulkan Sophia sepanjang 7 hari ini ?
Owen keluar dari kapal angkasa bagi menyaksikan pemandangan dunia baharunya yang tersangat indah sejauh mata memandang.
Sebuah lapangan besar yang dipenuhi dengan rumput dan bunga-bungaan. Bahkan rama-rama berterbangan hinggap dari bunga ke bunga.
" Wahhh! Ini kah namanya rumput dan udara disini terlalu segar dan tidak berbau seperti minyak tar. Sophia kita tepat berada di mana sebenarnya? "
Kawasan ini adalah terletak tepat dibelakang Hutan Darkspring yang tercantum dalam kawasan Ibu kota Aggron .
Hutan Darkspring.
Hutan yang terkenal kerana banyaknya monster-monster yang kuat bahkan dikatakan beberapa bawahan raja iblis berkumpul di dalam hutan ini sehingga ditakuti oleh petualang pemula.
Ibu Kota Aggron.
Dipimpin oleh Seorang Raja dan Permaisuri bernama King George dan Queen Elizabeth yang memiliki lima orang putera dan satu orang puteri bungsu.
Ibu kota Aggron adalah pusat dari segala kota di benua barat. Tetapi terkenal dengan kota petualangan kerana Hutan DarkSpring yang menjadi lubuk exp para petualang veteren dan banyaknya dungeon yang muncul sekitar kawasan luar tembok .
" Tunggu, kamu kata tadi tentang monster, Raja Iblis, Dungeon dan Petualang bukan? Apa itu? dan Dunia apa sebenarnya ini? "
Dunia ini dipanggil Ashes yang dibahagi kepada empat benua iaitu Benua Barat, Benua Timur , Benua Selatan dan Benua Iblis.
Benua Barat adalah benua manusia walau ada kawasan yang dihuni oleh Elf dan Peri. Ibu kota Aggron termasuk ke dalam bahagian benua ini.
Benua Timur atau dikenali sebagai Benua Demi Human kerana disinilah bersama berdirinya kota-kota besar yang didirikan oleh suku-suku seperti Elf, Peri, Beastman dan Dwarfs. Juga dikenali dengan prajurit-prajurit tempurnya yang sangat menakutkan.
Seterusnya adalah Benua Selatan yang dikenali sebagai Neraka Manusia. Di Benua ini tiada sebarang peraturan yang berkuat kuasa dan hanya dipimpin oleh orang terkuat di benua tersebut. Juga satu-satunya benua yang masih mengamalkan sistem budak. Tiada benua yang berani menjalin hubungan aliansi dengan mereka kerana hanya kerugian dan malapetaka yang akan menghampiri.
Akhirnya Benua Iblis yang dari namanya sahaja sudah jelas bahawa ini adalah negara Raja Iblis.
Benua ini memiliki tiga Raja Iblis tetapi salah satu dari mereka diberi gelaran Dewa Raja Iblis kerana telah berjaya membunuh pahlawan yang hanya muncul 1000 tahun sekali.
Ini bermakna dunia ini tiada lagi pahlawan dan perlu menunggu 970 tahun lagi untuk kedatangan pahlawan yang baharu .
Selain dari benua-benua ini, berikut adalah ranking monster yang kerap muncul di Benua Barat :
Monster Rank
( F, F+) \= Slime biasa .
Slime elemen .
( E, E+ ) \= Goblin.
Red Eyes Rabbit.
Snail Chicken
( D, D+ ) \= Goblin chief.
Red Wolf.
Golden Bear.
Hobgoblin.
( C, C+ ) \= King Slime.
King Goblin.
Chied Orc.
( B, B+ )\= Ular Titans.
Kesatria kuda.
Undead Knight.
Human Zombie.
( A, A+ ) \= Penyihir Undead.
Anak Naga
Iron Worf
(Epic, Legend and Mythic) \= Tidak diketahui.
Berikut pula ada ranking petualang yang didaftarkan oleh Guild Petualang:
Low Rank \= (F), (F+), (E), (E+), (D), (D+).
Mid Rank \= (C), (C+), (B), (B+), (A), (A+).
High Rank \= (Epic) , ( Legend) , (Mythic) .
Diatas Rank Mythic sepatutnya adalah Rank [ Hero ] tetapi pahlawan terakhir hanya berjaya sampai ke Rank [ Epic ] sebelum dibunuh oleh Dewa Raja Iblis jadi Rank itu diturunkan pihak Guild.
Di Guild petualang, anda perlu memilih class yang sesuai dengan kepakaran dan bakat anda.
Jadi adalah anda mahu jadi petualang?
Tuan Owen?
[ Terima kasih membaca chapter ini. Mohon like dan comment nya❣❣❣ ]
***Download NovelToon untuk nikmati pengalaman membaca lebih baik!***
Updated 22 Episodes
Comments
Lindra
baru sempat mampir nih 👍👍👍 baru kali ini emak baca novel dengan warna baru ... good job❤️❤️❤️
2024-02-27
0
Bintang Ray234🌸🌸
Ceritanya bagus banget kak, semangat dan terus sukses ya buat kaka Author juga karya karya kaka yang lainnya. Dan kalo kaka ada waktu luang mampir yuk ke cerita aku Arigatogozaimasu(Terimakasih)☺️🌸🌸💕💕✨🙏
2023-04-03
0
sudah mampir nih. sekalian boleh minta folback nya agar bisa berteman
2023-03-15
0