'Macam mana dengan Cyrene dan Khai?', bisik hati Phainon. Mereka bergegas keluar tanpa sempat dia memikirkan dua rakannya. Mereka mesti di dewan serbaguna. Macam mana keadaan di sana? Hatinya rasa tak sedap memikirkan ayahnya.
"Phainon. Rehatlah sekejap dulu. Kamu mesti penat", kata si ibu. Phainon mengangguk. Mereka duduk di bawah pohon yang rendang. Peluh di dahi dilap dengan hujung baju. Phainon menoleh ke arah kampung.
"Jangan risau. Ayah kamu kuat. Kita perlu cepat supaya dapat sampaikan amaran", dia memegang bahu Phainon. Hatinya juga gundah gulana tapi dia perlu sampaikan pesanan suami selaku Ketua pengawal.
"Marilah. Kita pergi", Phainon menoleh lagi sebelum kembali melangkah.
⚜️⚜️⚜️
Flame Reaver hanya memerhati bagaimana seorang demi seorang pengawal tumbang. Setiap rumah habis dihancur titankin. Ketua pengawal menarik pedangnya dari badan titankin. Dia sudah kepenatan bertarung sejak tadi. Bilangan titankin masih tak surut.
"Aghhh!!", dia berlawan dengan titankin seterusnya. Kalau aku mati sekalipun, aku tak akan mati tanpa berjuang. Sekurang-kurangnya dia tahu anak dan isterinya selamat.
Dia sudah mengarahkan seorang pengawal untuk ke dewan serbaguna dan memberitahu semua penduduk untuk melarikan diri. Si titankin menyerang balas dengan mudah. Di fikirannya hanya kehancuran demi kehancuran yang harus dilakukan. Akal fikiran mereka sudah lama hilang. Dia melihat Flame Reaver yang hanya berdiri memerhati. Nampaknya dia hanya mengarah. Kalau dia pun turun padang memang aku tak dapat buat apa-apa.
Titankin menahan pedangnya. Dia melibas ke sisinya tapi sempat dia mengelak. Dia menjarakkan diri ke belakang. Tercungap-cungap dia mengambil nafas. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Aku seorang saja yang masih hidup? Rakan sekerja yang lain telah mati di tangan mereka. Apa aku nak buat sekarang? Lari? Dia tak tahu apa yang mereka cuba cari di kampung terpencil ini.
Dia terus berlari ke dewan tanpa berfikir panjang setelah pasti hanya dia yang masih hidup. Pengawal tadi yang dihantar ke dewan menuju ke arahnya.
"Kapten!", lega dia melihat Kapten masih hidup.
"Kau buat apa sini? Kenapa tak ikut mereka?"
"Saya tak nak lari seorang diri. Kapten perlu ikut kami", dia melihat titankin yang masih sibuk menghancurkan apa jua di hadapan mereka.
"Mari cepat. Aku tak rasa mereka akan kejar", dia melihat Flame Reaver yang seperti mencari sesuatu.
Mereka berdua berkejar ke penduduk yang sudah berada di luar kampung. Mereka kelihatan sedih melihat rumah tempat mereka berteduh selama ini hancur di tangan titankin. Apa nasib aku selepas ni? Fikir salah seorang penduduk kampung. Mereka lari sehelai sepinggang tanpa sempat mengambil apa-apa. Pengawal tadi menyuruh mereka lari ke arah kampung sebelah. Dia melihat penduduk lain di sebelah yang masih kelihatan panik. Ada yang merenung saja rumah mereka.
"Sudah. Berapa lama lagi kamu semua nak berdiri sini? Kita perlu bergerak cepat. Kamu nak tunggu titankin sampai sini", kata salah seorang bila melihat tiada seorang pun berganjak.
"Mana kita nak pergi?", kata satu suara. Fikirannya masih berselirat. Tak tahu nak lakukan apa.
"Kapten suruh kita pergi ke kampung sebelah. Kita boleh berlindung di sana", balasnya dengan pasti.
"Mana kau dengar tu?"
"Pengawal tu yang cakap. Dia sampaikan pesanan Kapten"
"Kamu semua buat apa sini?", kata Kapten yang baru sampai. Ingatkan mereka sudah pergi tadi.
"Kapten", mereka semua menoleh.
"Mari cepat. Kamu berjaga di belakang", katanya kepada si pengawal. Dia tak tahu sekarang sudah jam berapa. Mereka perlu bergerak sekarang sebelum malam tiba.
⚜️⚜️⚜️
Senja sudah tiba. Phainon dan ibunya sudah kepenatan berjalan lama. Si ibu melihat peta dan kompas. Mereka akan sampai tak lama lagi. Dia menoleh ke Phainon.
"Sabar ya. Sekejap lagi. Lepas tu kita boleh berehat"
"Baik ibu", dia tahu ibunya kepenatan. Tak apa. Sekejap saja lagi. Selepas setengah jam. Mereka nampak seorang berjalan. Phainon berlari-lari anak.
"Hello", lelaki itu menoleh ke Phainon. Budak? Dia melihat wanita yang mungkin ibunya di belakang, selang 10 langkah dari mereka.
"Hai. Kamu nak apa?"
"Ummm. Abang dari Kampung Erze?"
"Ya. Kamu nak saya bawa kamu ke kampung kami?"
"Boleh juga. Terima kasih Encik", balas ibu Phainon. Nasib baik mereka jumpa seseorang dari situ.
"Ikut saya", keadaan semakin terang bila mereka semakin dekat. Kelihatan orang ramai sedang berjual beli. Mereka berhenti di tengah kampung.
"Encik boleh bawa kami jumpa Penghulu? Kami ada sesuatu yang penting untuk disampaikan"
"Penghulu?", dia melihat wajah mereka berdua. Mereka nampak serius, membuatkan dia mengangguk saja. Apa agaknya mereka nak sampaikan?
"Okay", dia membawa mereka ke sebuah rumah dua tingkat yang terletak tidak jauh dari tengah kampung. Dia pergi ke pintu dan mengetuk.
"Siapa tu?", kata suara seorang wanita dari dalam. Dia membuka pintu dan melihat mereka bertiga.
"Ohh. Kenapa ni?"
"Mereka berdua nak jumpa Penghulu. Ada sesuatu mereka nak sampaikan"
"Ahh. Masuklah dulu. Silakan duduk. Saya pergi panggil suami saya kejap. Mila ambilkan air untuk tetamu kita", katanya kepada anaknya.
"Saya dengar kamu ada sesuatu nak beritahu saya", kata si penghulu sambil melabuhkan punggung di sofa. Dia melihat dua orang tetamu yang dikata isterinya.
"Kami dari Kampung Aedes Elysiae. Kami baru saja diserang sekumpulan titankin. Kami datang untuk beri amaran kepada kamu semua", mereka kelihatan terkejut selepas mendengar apa yang dia sampaikan. Titankin?!
"Macam mana kamu sempat lari?"
"Rumah kami jauh dari kampung. Suami saya Ketua pengawal dan dia arahkan kami hantar amaran ini. Saya tak tahu apa nasib mereka", katanya dengan sayu. Harapnya mereka selamat.
"Orok. Pergi panggil Ketua pengawal. Kita perlu bersiap sedia", katanya kepada lelaki yang membawa mereka ke sini.
"Rehatlah dulu. Kamu berdua mesti penat. Sayang. Sediakan makan malam untuk mereka", mereka makan bersama tapi ibu Phainon tak ada selera makan.
"Kamu perlu makan. Kamu perlukan tenaga untuk lindungi anak kamu. Saya pasti mereka selamat", kata isteri penghulu.
"Betul cakap kamu. Jangan risau Phainon", dia memandang Phainon yang kelihatan risau.
Penghulu dan Ketua pengawal sedang berbincang di ruang tamu. Dia sudah arahkan pengawal lain untuk meronda sepanjang masa dan pastikan semua penduduk bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan. Nasib baik tiada siapa yang panik. Mereka tidak kata yang ia adalah titankin. Bimbang kalau ada sesiapa cuba melarikan diri. Situasi akan jadi lebih buruk kalau ada seseorang yang menjadi pencetus.
"Kamu bermalam lah di sini dahulu", kata si penghulu. Ibu Phainon mengucapkan terima kasih. Dapatlah mereka berehat dengan tenang selepas seharian berjalan.
"Ibu. Ayah akan datang ke nanti?", tanya Phainon. Mereka tidur sekatil di temani cahaya rembulan.
"Mestilah. Dia orang paling berani dan kuat yang ibu pernah kenal", katanya lalu tersenyum.
"Tidurlah. Tinggalkan semua kegusaran dalam hati kamu dan yakinlah dia akan pulang kepada kita esok"
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Comments