Bab 1

Aedes Alysiae. Sebuah perkampungan terpencil yang masih selamat dari Black Tide. Penduduknya sedang melakukan rutin harian seperti biasa. Pasar pagi kelihatan meriah dengan suara jurujual dan pelanggan. Nun di suatu sudut, seorang budak lelaki melihat sekeliling bagaikan seorang pengawal. Di pinggangnya ada sebatang pedang kayu yang selalu dibawa. Teman sepermainan, seorang gadis dengan rambut merah jambu berada di sisinya.

          "Bagi aku semua duit kau sebelum aku hancurkan semua ni!", jerit satu suara di hadapan sebuah gerai. Budak lelaki itu dengan pantas menoleh. Kawannya kelihatan risau memikirkan apa dia akan lakukan.

          "Kenapa aku perlu beri kamu? Kau ingat aku akan buat seperti yang kau minta?", balasnya dengan keberanian. Tidak mahu penyangak ini senang-senang mahu memeras ugutnya.

          "Heh. Cuba nak melawan ya", dia menolak barangan ke tanah. Habis hancur barang jualannya.

          "Apa kau buat ni?!", dia pergi mengambil barang jualannya yang bertaburan. Orang di sekeliling tidak berani mahu campur tangan disebabkan reputasi buruk mereka. Penyangak itu mungkin keseorangan tetapi orang di belakangnya adalah dari kumpulan penjahat yang dikenali.

          Budak itu melangkah dengan berani ke arah mereka. Tiada seorang pun sedar mahupun tahu apa yang dia cuba lakukan. Kawannya mengikut dengan perasaan takut tapi dia tidak mahu biarkan kawannya sendirian menghadap penyangak itu.

          "Bayar balik ganti rugi pak cik atau kau akan hadapi aku", katanya setelah berada di situ, dengan pedang kayu di tangan.

          "Pergi dari sini budak sebelum aku buat apa-apa", balasnya. Dia malas mahu melayan kerenah budak hingusan.

          "Serah diri atau kau akan terima akibatnya", dia menoleh ke gadis itu, memberi isyarat untuk memanggil pengawal. Dia dengan pantas berlari-lari anak.

          "Aku tak ada masa nak layan kau budak. Berambus sebelum aku patahkan tangan kau", ugutnya. Berani nak hadapi aku dengan mainan tu.

          Dia menghayun pedang kayu, mengena lengan lelaki itu. Lengannya terasa sakit walaupun hanya pedang kayu. Dia mengambil pisau yang disembunyi di belakang jaket. Orang sekeliling mula panik. Bimbang apa akan terjadi kepada budak itu.

          "Lari budak. Aku tak perlukan bantuan kamu", kata penjual. Biar aku saja hadap penyangak ni. Dia bangkit dari posisi mencangkung. Barang diletak tepi.

          "Kau dengar tu. Dia tak nak sesiapa bantu", dia mengulang cakap si jurujual.

          "Kenapa pak cik tak nak bantuan? Keadilan tak akan muncul kalau pak cik tak ada keberanian", katanya dengan petah.

          "Hahaha!! Keadilan?! Apa kau mengarut ni? Mana Keadilan dan Keberanian yang kau cakap tu? Tengok! Tak ada seorang pun berani nak halang aku walaupun aku seorang saja", balasnya dengan sinis. Dia tahu mereka tak berani disebabkan individu yang menyokongnya.

          "Kalau tak ada sesiapa biar saya saja yang jadi keadilan tu", dia tahu kemampuan sendiri. Jadi dia hanya teruskan bercakap untuk mengambil masa. Menunggu bantuan tiba.

          "Heh! Aku akui kau lebih baik daripada mereka", dia menjeling orang ramai yang hanya menonton. Pisau ditangan dibaling-baling. Tanpa sebarang amaran dia menyepak kaki penjual membuatkan dia mengaduh kesakitan.

"Lebih baik kau bagi aku sebelum aku buat apa-apa", dia mengacu pisau ke pipi. Menepuk dengan bahagian rata pisau. Kecut perut dia melihat pisau yang dekat si muka. Perlu ke aku beri? Aku perlukan duit untuk bertahan bulan ni. Dia memikirkan anak-anak yang menanti kepulangannya.

Budak lelaki itu menusuk sendi di belakang lutut lalu nyaris terjatuh dia. Sudah lah tajam. Dengan perasaan geram dia melibas pisau. Mujur saja menghiris pipi saja.

"Kau memang cari nahas", dia merenggut kolar baju budak itu lalu badannya diangkat ke udara.

"Ughh", lehernya rasa terjerut. Dia menahan tangan lelaki itu. Mana pengawal ni?! Dia menoleh ke tepi, melihat dua orang pengawal berlari.

"Cis! Kau bernasib baik hari ni. Aku akan datang lagi", dia mencampak budak itu ke tepi setelah melihat kelibat pengawal dari jauh.

"Sakitnya", dia menggosok punggung yang terasa perit. Dia melepaskan nafas lega.

"Kamu okay ke budak?!", tanya si pengawal. Rakannya yang seorang lagi mengejar si penyangak.

"Phainon! Kamu okay?", kata si gadis dengan risau. Nasib baik mereka sampai tepat pada masanya.

"Saya okay", dia memberi senyuman.

"Haih. Terima kasih panggil kami. Kami memang dah lama cuba cari mereka. Harap-harap kami dapat cari markas mereka kali ni", sudah banyak aduan dihantar tetapi mereka belum mendapat sebarang hasil dek kelicikan mereka menyembunyikan diri.

"Phainon. Jangan bahayakan diri lagi. Macam mana saya nak jawap dengan ayah kamu nanti", katanya dengan lembut. Dia tahu Phainon bercita-cita mahu menjadi seorang hero yang melindungi kampung kecil ini.

"Maafkan saya. Saya tak nak apa-apa berlaku kepada pak cik saja"

"Serahkan saja kepada kami. Bila kami dah besar nanti kamu boleh jadi hero. Sekarang kamu cuma fokus jaga diri dan main dengan kawan kami ni"

"Okay...", dia tahu ada benarnya cakap si pengawal.

"Nah. Letak ni di pipi kamu", dia memberi plaster lalu pergi mengejar rakannya.

"Sini saya letakkan", kata si gadis. Dia membuka lapisan plastik lalu diletak di pipinya.

"Terima kasih", mesti dia risau tadi. Serba salah rasanya menyebabkan kawannya panik.

"Jomlah kita pulang. Dah akhir ni", langit sudah bertukar jingga. Malam akan melabuhkan tirai tak lama lagi.

"Jumpa esok. Hati-hati pulang", pesan Phainon. Si gadis melambaikan tangan. Dia membalas lambaian dengan senyuman. Masa untuk pulang. Sampai di rumah, ibu dan ayahnya sedang berbual di ruang tamu.

"Saya dah pulang"

"Phainon. Apa di pipi kamu tu?", kata si ibu.

"Tak ada apalah. Luka sikit je", ayahnya hanya merenung. Alamak. Ayah tahu ke?

"Pergilah mandi. Lepas tu kita makan malam", kata si ayah pula. Dia mengangguk.

Mereka menikmati makan malam dengan tenang. Hari ini menu kegemarannya. Ibu dan ayahnya berbual dengan ceria. Sesekali dia turut mencelah. Senyuman di wajahnya tak lekang. Hari ini pun seperti hari-hari yang lain.

⚜️⚜️⚜️

Si titankin menarik lengan lelaki itu sehingga terputus dari badan. Dia menjerit kuat. Kesakitan yang dirasa tak pernah sejelas ini. Darah merembes keluar dari bahunya. Matanya terasa mahu dipejam tapi ketakutan kepada kematian menghalang diri. Dia mesti memberi amaran kepada perkampungan terdekat.

Mayat bergelimpangan di tanah. Bau darah menusuk ke hidung. Seorang pahlawan pedang hanya merenung kosong suasana bandar. Dia perlu pergi ke tempat seterusnya. Cahaya dari perkampungan dapat dilihat dari sini. Di manakah teras itu? Selagi tak jumpa akan diterbaliknya seluruh muka bumi Amphoreus.

Episodes

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download MangaToon APP on App Store and Google Play