GANGGUAN

*TIT TITT TITTT* Bunyi alarm di pagi hari membuatkan ADAN refleks terbangun lalu mematikan alarm nya dengan berhati-hati bagi tidak membangunkan sahabatnya yang masih tertidur lena di dalam pangkuannya. Dipeluknya erat sahabatnya itu kerana takut akan tragedi ghaib malam semalam. ADAN dengan perlahan lahan bangun dan cuba untuk melepaskan genggaman pelukan itu. Dia harus mandi. Hampir 5 minit ADAN struggling untuk melepaskan dirinya dari pelukan sahabatnya itu. Kuat sungguh genggamannya walaupun dalam tidur. ADAN perlahan lahan membuka pintu dan menutupnya semula agar sahabatnya itu tidak terbangun oleh suara pintu.

••••••••••••••••

"JUSTIN......" kejutnya perlahan, usai selesai dia mandi.

"hey JUSTIN....."

"..... JUSTIN.... bangun... dah pagi ni" kejutnya lagi.

TIADA RESPONS.

*Hhhmmm* ADAN menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Tiada cara lain lagi! Perlahan dia menaiki katil yang bersaiz king itu lalu memandang sahabatnya yang tertidur pulas di bawah kakinya. Lebih tepatnya lagi di bawah antara kaki ADAN. Tersenyum dia kerana tidak sabar melaksanakan tugasnya sebagai kawan yang baik mengejutkan kawan yang satu lagi agar tidak lewat pergi ke kampus. Dengan perlahan..... dia menghenjut- TAK DIA MELOMPAT DI ATAS KATIL!!! JUSTIN yang dibawah turut terhenjut-henjut akibat lompatan yang kuat dari ADAN.

"HAHAAHAHAHAHAHAH BANGONNNN BANGONNNN!!!!" Jerit ADAN sambil tertawa lucu melihat sahabatnya itu kelihatan lemas terhenjut-henjut dengan mata yang separuh terbuka namun masih belum penuh sedar apa yang berlaku. Hanya getaran badan di atas katil itu yang dirasai oleh JUSTIN pada masa itu.

"BANGUN KE TAK??!!" Sambil melompat-lompat dengan lebih kuat. Tidak lupa juga tawa yang memenuhi bilik itu. Sekilas dilihat seperti beruk yang melompat lompat kegembiraan kerana mendapat pisang.

"enggmmm" bunyi menggeliat dikeluarkan. Bukan sekadar menggeliat namun itu juga bunyi yang menunjukkan JUSTIN annoyed. Senyuman ADAN semakin melebar apabila idea nya yang 'bernas' ini berhasil. Seketika itu juga dia berhenti melompat seperti beruk untuk melihat reaksi temannya itu.

*ffuubbbb* bantal yang empuk itu mendarat tepat di muka ADAN. Dia tidak mengelak seinci pun. Setelah bantal itu jatuh kembali ke atas katil, kelihatan ekspresi muka ADAN yang tersenyum bangga.

"Good morning my dearrrr" sapanya kepada JUSTIN. Terlihat muka JUSTIN dengan rambutnya yang acak acakan, mata yang masih tidak terbuka sepenuhnya, terduduk di atas katil mencuba untuk mencerna apa yang telah berlaku sebentar tadi. *rasa macam terbang....* itulah yang ada dibenaknya pada saat itu. Lalu dia mendongakkan kepalanya memandang temannya yang membuat dia 'terbang'.

"dear... dear.... sepak baru tahu...." jawabnya dengan suara yang sangat perlahan, serak basah namun masih dapat didengari oleh ADAN. Perlahan-lahan dia bangun dan meninggalkan kawannya yang masih berdiri di atas katil, bergegas untuk mandi.

••••••••••••••••

"dah siap? jom makan aku dah buatkan breakfast" tersedia bread toast with butter di atasnya. Terdapat sunny egg juga sebagai lauk tambahan dan dua cawan coffee di atas meja.

"kau buat?" tanyanya.

"hhmm" sambil menganggukkan kepala dan tersenyum.

"pandai...." puji temannya itu. ADAN hanya membalasnya dengan senyuman yang tidak putus-putus. Mereka pun duduk berhadap hadapan sambil menghabiskan makanan yang tersisa sehingga ke akhirnya. Selesainya breakfast, mereka bergegas keluar rumah dan on the way ke kampus.

••••••••••••••••

Setelah sampainya mereka berdua di kampus ADAN bergegas ke parking lot dan melilau mencari tempat kosong untuk memarkir kan kereta nya. seusainya dia menghentikan kereta, mereka keluar dan berjalan cepat untuk tidak lewat ke kelas dan disitulah mereka berpisah.

"aku pergi dulu tau. thank you hantarkan" JUSTIN berterima kasih lalu mempercepatkan langkahnya pergi ke kelas.

"ye...." jawab ADAN. Suaranya yang kecil itu sudah pasti tiada siapa pun yang dengar kecuali dirinya sendiri. Kini ADAN memang sendiri. Berjalan perlahan dan santai di parking lot yang sunyi. Hanya separuh jalan lagi dia akan sampai di pintu masuk untuk pergi ke lobi namun disitu....

*TTTUUUPPP*

Semua lampu di parking lot itu terpadam secara serentak membuatkan ADAN juga serentak menghentikan langkahnya kerana terkejut. Tiada bunyi. Tiada cahaya sedikit pun. Gelap gelita adalah suasana yang mampu diungkapkan pada saat itu. Hanya warna hitam pekat yang ADAN lihat. Cepat-cepat dia membelek seluarnya itu untuk mengeluarkan telefon bimbit nya. Setidaknya flashlight dari telefon bimbit itu dapan menerangi jalan yang gelap. Namun cari punya cari.... TIDAK ADA!!! Tetap mencari di dalam poket bajunya, seluar, sehinggakan di dalam beg semua diselongkar berharap dapat menemukan telefon bimbitnya namun nihil. *Rasanya aku dah bawak lah phone aku tadi... tak kan dalam kereta pulak.... aduhhh kena patah balik satu hal....* Keluh ADAN. Namun tiada cara lain, dia terpaksa membuat keputusan untuk patah balik ke arah kereta nya diparkir tadi. Sedikit lagi untuk sampai di kereta ADAN terlanggar sesuatu.

"Eyh, sorry saya tak sengaja" ucapnya kepada orang yang dilanggarnya sebentar tadi. Namun orang itu hanya diam tidak berkata apa pun. Sedikit bunyi juga tidak terdengar olehnya.

"Awak ... sorry...." ucapnya lagi bagi memastikan orang didepannya ini tidak merasa marah ataupun geram kepadanya. Namun sekali lagi tiada respons yang ADAN dapat dari orang itu. Mula merasa curiga ADAN menggapai tangannya untuk memegang bahu orang tersebut namun tiada. Masih meraba berharap dapat memegang bahunya namun apa yang ADAN dapati bukanlah seperti yang dia harapkan. ADAN dapat merasakan sesuatu yang halus, panjang dan banyak. Lembut juga. Teksturnya lebih kepada rambut. Namun tidak mungkin kepala manusia yang disentuh bukan.... kerana ia separas dada ADAN, maka dia masih berfikir positif. Sebenarnya jantung ADAN sudah tidak karu karuan lagi. Laju yang teramat sangat sehinggakan dapat mendengar bunyi degupannya tanpa meletakkan tangan di atas dada. Namun dia memperkuatkan diri mencari tahu apakah sebenarnya yang disentuh olehnya.

Semakin disentuh ke bawah, ADAN merasakan tangannya basah. Seperti cecair yang tidak juga cair seperti air dan bukan juga kental seperti lendir. Cecair itu juga hampir kering dan membuatkan teksturnya melekit. Disitu ADAN dapat merasakan sesuatu yang gembung sebesar separuh dari bola golf. Tidak keras tidak juga lembut. Sedikit basah dan juga licin. Adan berhenti seketika kerana semakin ditelusuri semakin aneh yang dirasainya. Seketika itu juga lampu terbuka serentak. Terang menerangi parking lot tersebut dan mati semula dalam kiraan 3 detik. Namun ini semua tidak berhenti semudah itu, ADAN terdiam sehinggakan dia terjatuh terduduk akibat terlalu terkejut dengan apa yang dilihatnya dalam kiraan saat itu. Semasa lampu bernyala terang menderang dalam kiraan saat, sekilas seperti kilat menyambar dan menghilang, begitulah cepatnya masa berlalu dan yang dilihat ADAN pada saat itu adalah..... KEPALA!!!!! YA!!! KEPALA NAMUN BUKAN MANUSIA! KEPALA YANG HANYA KEPALA TIADA BADAN. BUKAN KUYANG. HANYA KEPALA YANG TERAPUNG SEPARAS DADA ADAN DAN KEPALA TERSEBUT MENGELUARKAN CECAIR DARAH YANG HAMPIR KERING MELALUI MATA, HIDUNG, TELINGA DAN MULUTNYA. DENGAN MATANYA TERSEMBUL SEPARUH KELUAR TERBELIAK MELIHAT KE ARAH ADAN. MATA PUTIHNYA BUKAN PUTIH NAMUN MERAH. DENGAN MULUT YANG TERNGANGA KOYAK RABAK HINGGA KE TELINGA, MENUNJUKKAN ISI DALAM MULUTNYA YANG PENUH DARAH DAN LIDAH YANG TERJULUR KELUAR TERBELAH DUA SEPERTI ULAR. TERSENYUM MENYERINGAI KEPADA ADAN DAN.... GELAP. ADAN pengsan di tempat. Tepat disebelah keretanya.

Lampu terpasang semula menerangi tempat itu. Seseorang yang berjalan di parking lot itu ternampak ADAN terbaring di lantai dan segera mendekatinya untuk menolong. Di check detak nadi, nafas, pergerakan naik dan turun jantung semuanya dalam keadaan baik. ADAN masih hidup. Orang tersebut pun mencari telefon bimbit ADAN dan menjumpainya di dalam poket seluar sebelah kanan bahagian depan bagi mengubungi kenalan ADAN. Nombor JUSTIN ditekan dan....

" hello" sapa orang itu.

"...hello siapa ni, bukan ni phone ADAN ke? kau siapa?!" kasar jawapan yang diberi setelah menyadari itu bukan suara sahabatnya.

"maaf saya jumpa ADAN jatuh pengsan di parking lot, boleh tolong saya?" ucapnya.

"ADAN pengsan?!"

"dia dekat mana?!" tanya JUSTIN.

"dekat sebelah kereta nombor plates RAW69 (bukan nombor sebenar)" jawabnya.

*sebelah kereta ADAN.... Buat apa dia dekat situ?* fikirnya sejenak sebelum dia mengiyakan dan bergegas ke tempat kejadian. Setelah sampai di depan kereta sahabatnya itu, terlihat ADAN yang masih terbaring di atas lantai dengan seseorang yang mengakui sebagai orang yang menelefonnya sebentar tadi.

"ADAN!!" jeritnya terkejut selepas melihat sahabatnya itu terbaring kaku dan lemas di atas lantai.

"boleh bantu saya angkat dia tak? tolong saya angkat dia masuk dalam kereta" tanya nya. Kali ini dengan suara yang tidak lantang namun sopan. Tidak seperti pertama tadi.

"boleh saya akan bantu" jawabnya.

Badan ADAN diangkat oleh orang itu dan JUSTIN menolong nya dengan membukakan pintu kereta agar ADAN dapat diletakkan di dalam dengan mudah.

"thanks. sorry tadi kasar... saya ingat awak-"

"tak apa" jawabnya sambil melemparkan senyuman.

"kalau macam itu, saya pergi dulu" tunduknya sedikit menandakan sopan dan pergi meninggalkan JUSTIN dan ADAN disitu.

••••••••••••••••

Perlahan-lahan dia membuka matanya. Silau. Siling yang dilihatnya itu seperti pernah dilihat sebelumnya. *Tapi di mana ya?* Dia masih melilau mencari jawapan apa yang sudah terjadi kepadanya namun sedikit pun tidak dapat diingat. Perlahan-lahan dia kembali baring di atas katil yang empuk itu. Nyaman. Walaupun tempat itu familiar namun dia tidak tahu dia dimana. Kemudian kedengaran pintu dibuka dan terpampang muka JUSTIN.

"JUSTIN?"

"ADAN!"

*SERENTAK* memanggil nama masing-masing.

"aku dekat mana ni?..."

"kau dekat rumah aku sekarang. kau tak ingat ke kau pengsan tadi dekat parking lot? tepat sebelah kereta kau je. apa jadi?" tanya JUSTIN bertubi-tubi. Risau jugak dia sahabatnya tiba-tiba sahaja pengsan.

"pengsan?.... aku tak ingat pun...." jawabnya perlahan. kedengaran suaranya yang lemah menjawab pertanyaan JUSTIN.

*hhmmm* hembusan nafas dilepaskan perlahan.

"tak apalah... sekarang ni yang penting kau selamat. sekarang kau rehat elok-elok. kalau nak apa-apa panggil je aku, aku dekat luar je" sambil berjalan perlahan ke luar bilik dan meninggalkan sahabatnya itu untuk berehat. ADAN memilih untuk sambung rehat untuk mengurangkan rasa sakit di kepalanya itu. Mungkin kerana keempukan katil JUSTIN dan rasa nyaman yang menyelimuti dirinya itu, dia terlelap. ADAN tertidur. Nyenyak.

Episodes

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play