SAPAAN

ADAN BERNARD dipanggil sebagai ADAN hanyalah seorang manusia biasa yang berketurunan german namun tinggal di jepang untuk melanjutkan pengajian nya di situ. Di mata kasar manusia lain, ADAN hanyalah seorang pelajar yang pendiam, penyendiri, ulat buku pendek kata memang sebijik ciri ciri seorang yang introvert dan hanya minat pada pelajaran. Bukan sahaja ulat buku, ADAN juga pelajar 'top student' di universitinya. Namun itu semua hanyalah sudut pandang manusia lain terhadap ADAN, yang kalau diperhatikan lebih teliti. Dia istimewa. Tidak semua manusia mempunyai kemampuan ini. Kemampuan apa?! Kemampuan merasai kehadiran makhluk lain. Ya! ADAN mampu merasai kehadiran makhluk halus ini walaupun dia tidak dapat melihat namun cukup merasakan kehadiran ' mereka' sudah cukup membuat ADAN tidak selesa dengan persekitarannya.

"YOWWW ADAN!!!" jerit JUSTIN sambil berlari dan memeluk ADAN dari belakang.

"ISSHH kau ni!!! terkejut aku!, ada apa lari-lari ni? tak ada kerja ke?!" tegas ADAN sambil menggosok dadanya kerana masih tersisa rasa terkejut dalam diri.

"kau ada apa apa plan tak lepas ni?" tanya JUSTIN.

"hhmmm..... aku ada assignment nak kena buat ni, prof suruh hantar besok pagi jugak, kalau tak buat takut tak sempat nanti, tapi kau kenapa tanya. Kau ada plan ke?" tanya ADAN kembali kepada temannya.

"OWHH yeke?!?! baguslah macam tu!!!! aku pun ada assignment nak buat ni, nak ajak kau buat sama-sama. Bosan lah buat sorang-sorang kalau ada member kan best sikit. Ada kawan ajak borak" jawab JUSTIN sambil tersengih sengih seperti kerang busuk.

"owhh.... ingatkan apa tadi sampai tergesa-gesa lari kejutkan aku dari belakang bagai. sebab nak tanya aku ada plan ke tidak. itu je?" tanya ADAN lagi bagi memastikan.

"ye!!" jawab JUSTIN. Ringkas dan padat jawapan yang diberi. Siap melemparkan senyuman dan pandangan yang berbinar binar bagi memujuk ADAN untuk menemaninya malam ini.

"yelah..." jawabnya. "YESSS thanky-"

"BUT!!!" memotong pembicaraan JUSTIN dengan menambah "buat kat rumah aku. deal?"

senyap seketika.

"haihhh" hembusan nafas yang tersangatlah berat dilepaskan sebelum JUSTIN bersetuju untuk menginap di rumah ADAN dan menyiapkan assignment mereka bersama sama di rumah itu. Manakan tidak?!?! Rumah tu berpenghuni. Memanglah ADAN yang menghuni rumah tersebut namun ada 'penghuni' lain juga yang turut menghuni rumah tersebut. Sebab itu lah berat hati si JUSTIN ni memikirkan apa yang akan terjadi malam nanti sekiranya dia menginap di rumah ADAN.

Masa berlalu dengan pantas. Tidak disangka malam sudah pun menjelma. Begitu juga dengan plan yang ditunggu tunggu oleh JUSTIN tidak lain tidak bukan.... ASSIGNMENT BERSAMA TEMAN!!

"masuk" kata ADAN kepada JUSTIN sambil mata mengarah kepada kereta di depannya. Bugatti centodieci. pendiam memang pendiam. Namun disebalik semua ini ADAN BERNARD adalah calon CEO seterusnya di perusahaan ayahnya yang terbesar di Japan. Jadi kereta sebegini biasa baginya.

JUSTIN KENSHIN yang juga calon COO (chief operating officer) yang merupakan posisi jawatan tepat di bawah CEO untuk generasi seterusnya mengiyakan arahan ADAN lalu masuk ke dalam kereta untuk segera sampai ke rumah temannya itu. Sepanjang perjalanan tiada perbualan diantara dua sekawan ini. Manakan tidak JUSTIN dengan fokusnya memikirkan apa yang harus dia lakukan sekiranya sesuatu gangguan terjadi di rumah ADAN manakala ADAN memikirkan bagaimana ingin menenangkan JUSTIN sekiranya terjadi gangguan di rumah tersebut. Tenggelam dengan fikiran masing-masing. Tiba-tiba JUSTIN memecah keheningan malam itu dengan bertanya....

"tapi kenapa rumah kau jugak?"

"apa maksud kau?"

"ada banyak tempat lain, kenapa dekat situ jugak?"

SENYAP

"Aku selesa dekat situ."

Soalan yang diajukan JUSTIN kepada ADAN sebentar tadi tersangatlah bodoh sebenarnya. JUSTIN sendiri tahu bahawa temannya ADAN ini memang seorang yang sangat tertutup dan penyendiri. Keluar bersosial dengan orang lain adalah suatu hal yang sangat tidak ADAN sukai kerana ADAN introvert. Maka rumahnya itulah satu-satunya tempat yang sangat sangat disukai oleh ADAN kerana dia boleh menenangkan fikiran dan badannya tanpa memikirkan tentang orang lain.

TIGA PULUH MINIT PUN BERLALU

"dah sampai, bangun! tidur je tahu kau ni.... 30 minit pun jadi ye kau" sindir temannya itu.

"owh dah sampai ke" jawab JUSTIN dengan suaranya yang serak basah sambil menggosok-gosok matanya. Lena sebentar dibuai mimpi. Dengan diri yang belum sepenuhnya sedar, JUSTIN keluar dari kereta dan berjalan mengikuti ADAN dari belakang on the way ke pintu rumah temannya itu. Setibanya di depan pintu rumah ADAN.

*FUHHHHH*

Cepat-cepat JUSTIN mengalihkan pandangannya ke kanan. Menoleh ke sisi mencari asal-usul hembusan nafas yang sepertinya ada orang meniup angin ke telinga kanannya. Hembusan yang kuat itu betul-betul mengejutkan dia. KOSONG. Berderau darah si JUSTIN apabila menyadari tiada siapa disitu melainkan hanya dia dan ADAN. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya ke depan dan menundukkan kepalanya ke bawah demi mengelak matanya melilau mencari punca siapakah yang menghembuskan nafas tersebut kepadanya. Masih dibuai rasa ketakutan dan panik dia dikejutkan lagi dengan suara yang menegurnya.

"WOYY!!!" Refleks JUSTIN memandang ke punca arah suara tersebut dan memandang sosok itu dengan tatapan kosong dan masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya dengan mata kepalanya itu.

"WOYYY JUSTIN!!! kau tak nak masuk ke dalam ke? aku panggil banyak kali kau tunduk je kenapa? kau okay ke tak?"

"hah?....ah... yeye... aku masuk..." jawab JUSTIN. *perasaan aku je tu...* kata JUSTIN dalam hati bagi menenangkan hatinya sendiri.

"duduklah mana-mana kau nak. Buat je macam rumah sendiri lagipun ni bukan pertama kali kau datang rumah aku"

"ye aku tahu" acting nya seperti biasa. Seperti tiada apa yang berlaku sebentar tadi.

••••••••••••••••

1 jam berlalu

••••••••••••••••

2 jam berlalu

••••••••••••••••

3 jam berlalu

••••••••••••••••

"YES FINALLY!!!!" jeritan JUSTIN mengkagetkan ADAN serentak dia refleks bertanya.

"KAU KENAPA?!?!"

"hah? kenapa apa?"

"tak, kau kenapa? yes apa tadi apa?" tanya ADAN panik. Manakan tidak jeritan JUSTIN sebentar tadi memecah kesunyian malam. Bukan malam. PAGI! Terpampang jelas 3:20 AM di jam digital yang terpasang di dinding rumah tersebut.

"Owhhh.... hehehhe, sorry" sambil menggaru garu kepalanya.

"aku excited dah siap assignment, sebab tu lah...." katanya lagi.

"ish kau ni! aku ingat apa tadi. dah pergilah rehat, aku pun tinggal sikit je lagi ni"

"ok, kalau macam tu.... aku buat air dululah, lepastu baru aku tidur. kau ada apa-apa nak order ke? biar aku buatkan.

"hhmmm.... hot chocolate satu!"

"BAIK SIRRR!!!" seraya tertawa bersama akibat candaan mereka berdua itu.

••••••••••••••••

Sementara sibuk menuangkan segala serbuk koko kedalam cawan dan menuangkan air panas dan juga mengadukkan air tersebut tiba-tiba dari belakang JUSTIN terdengar seseorang bersuara.

"lambat lagi ke? dah tunggu lama ni. haus. air yang simple macam ni pun lama betul kau buat kan"

"ish kau ni... aku dah tolong buatkan ni. berterima kasih pun tidak, banyak cakap pulak..."

"nah" sambil memusingkan badannya untuk memberi secawan hot chocolate yang dimintanya tadi kepada ADAN.

KOSONG!!!! sekali lagi JUSTIN dikejutkan dengan gangguan kecil yang mengganggu nya sejak pertama kali dia sampai di pintu masuk rumah ADAN. Pertama, telinga dia ditiup. Kedua, 'dia' ajak berbicara. Ketiga apa pulak? BERTEMU?!?!?! Memang pengsan sebulan lah jawabnya. Cepat-cepat dia berlari ke arah di mana ADAN duduk menyiapkan assignment nya sebentar tadi tidak lupa juga dua cawan hot chocolate yang masih panas di tangan dibawanya bersama.

"ADAN!!!!" Panggilnya cemas dengan nafasnya seperti tak cukup oksigen; baru habis maraton, memandang ke arah ADAN yang kini juga terpinga-pinga melihat temannya itu memanggil nya secara mengejut, dengan suara yang kuat, sambil membawa dua cawan hot chocolate di tangan. Kedudukan ADAN sebelum dan selepas JUSTIN membuat air hot chocolate adalah SAMA!!! Terbukti ADAN tidak bergerak ke mana-mana apatah lagi ke dapur. Perbualan 'mereka' sebentar tadi tidak sampai 5 saat sebelum JUSTIN mengatakan "nah" kepada 'ADAN'. Sangat mustahil sekiranya pergi dan pulang ke tempat asal dalam 5 saat sedangkan perjalanan dari ruang tamu ke dapur mengambil masa lebih dari 10 saat;lebih dari 25 langkah kaki.

"APA?! KENAPA?! ADA APA?!" Tanya nya bertubi-tubi.

".......Letaklah air tu dulu. kalau iya pun aku haus, kau tak payah lari kot..." katanya lagi.

"Hah ada apa? cuba cerita" tanya ADAN selepas dua cawan hot chocolate tersebut telah pun diletakkan di atas meja. Risau jugak dia setelah melihat muka kawannya itu pucat seperti tiada darah yang mengalir di tubuh.

"aku tanya kau jawab!" soalan diajukan dengan tegas oleh JUSTIN.

"Ye..." jawab ADAN.

"JUJUR!!"

"YE!!! AKU JUJUR APA DIA?"

"Kau ada pergi dapur?" tanya nya terus terang.

"tak ade" simple, pendek, ringkas, padat jawapan yang diberi oleh temannya itu. Terjawablah semua persoalan yang penuh di kepala JUSTIN. Terbukti jugalah bukan 'ADAN' yang berbual dengannya sebentar tadi. Terdiam JUSTIN memikirkan hal yang baru sahaja berlaku kepadanya. ADAN memandang muka temannya nya itu. Dengan muka pucat, peluh membasahi muka, leher dan dada, terlihat jelas detak turun dan naik jantung temannya yang masih laju mencuba menenangkan diri. *dia kena ni....* fikir nya dalam hati.

"kau nampak apa?" tanya ADAN kepada JUSTIN bagi memastikan betul atau tidak tekaan nya sebentar tadi..

".....jom tidur...." jawabnya.

MENGELAK. Mengelak untuk menjawab soalan yang diberikan dengan mengajukan sesuatu perkara yang lain demi melupakan sesuatu perkara. TAKUT. Itulah sesuatu yang ADAN dapat tangkap daripada reaksi temannya itu; memandangnya tepat di mata; tiada sepatah kata pun yang keluar selepas dia meminta ADAN untuk tidur namun pandangan yang diberikan mempunyai satu makna; satu arahan yang ADAN faham walaupun sekilas sahaja mata memandang;

‡ JANGAN BANYAK TANYA. JOM TIDUR! ‡

Itulah arahan yang disampaikan oleh JUSTIN melalui pandangan yang diberikan kepada ADAN. Memahami arahan tersebut, lalu ADAN mengiyakan dan mengajaknya untuk tidur bersama di bilik bagi mengurangkan rasa takut yang memenuhi diri JUSTIN. LUCU. Lucu sekiranya seseorang melihat situasi dimana mereka berdua lelaki yang berumur 20 tahun, tidur bersama di bilik yang sama dan di katil yang sama. Berdua.

••••••••••••••••

Justin memilih untuk memandang belakang badan ADAN daripada memandang sisi lain bilik tersebut. Takut dia ternampak sesuatu yang tidak diingini sekali lagi. Di dalam kesunyian malam JUSTIN sekali lagi memecahkan kesunyian tersebut dengan bertanya.

"ADAN..... kau dah tidur ke?"

*hhmmhh* hembusan nafas dihela dengan perlahan lalu ADAN membalikkan badannya menghadap ke arah JUSTIN yang berpeluk tubuh di dalam selimut. Sekali pandang seperti orang yang kesejukan namun kenyataannya tidak. Kini mereka berdua saling bertatap tatapan.

"....belum..." jawabnya sambil memandang ke arah temannya itu.

"kenapa belum tidur lagi.... dah lewat ni..." katanya lagi kepada JUSTIN.

"owhh.... sorry ganggu" jawabnya.

*haihh* kini nafas berat pula dihela lalu ADAN menarik kepala sahabatnya itu ke pangkuannya. Ditepuk perlahan belakang badan kawannya itu untuk mengurangkan rasa was was dalam diri.

"ti~durlah... tidur~..." nyanyi nya perlahan.

"...aku bukan budak-budak lah...." balas nya

"tahu" sambil tertawa nipis.

walaupun JUSTIN tahu bahawa dia bukanlah anak kecil yang harus diperlakukan sebegitu namun pelukan sahabatnya itu cukup menenangkan buatnya membuatkan dia tidak menolak pelukan tersebut dan.... dia tertidur. Lena dibuai mimpi.

Episodes

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play