Pengawal Peribadi Terhebat

Pengawal Peribadi Terhebat

Episode 1: Prologue

Masa: 1700

Tempat: Tokyo Haneda Airport

Misi: Mengapuskan Sindiket Dadah

Agen: Reaper 21

 

 

Disebuah bangunan berdekatan dengan kawasan lapangan terbang Haneda terdapat sesusuk tubuh manusia yang sedang memerhati ke sebuah hangar pesawat peribadi. Kelihatan ramai pengawal bersut hitam sedang berkawal dikawasan hangar tersebut. Mereka sedang menanti kehadiran ketua mereka iaitu Kuramoto Hachiro tiba ke tanah Jepun ini. Inada Tetsuya setia memerhati sasarannya yang dijangkakan akan tiba dalam 5 minit sahaja lagi.

 

 

"Jumlah pengawal adalah 50 orang. Tahap persenjataan mereka adalah tinggi. Kesukaran misi adalah tinggi.

peratusan kejayaan adalah 45%." Kedengaran suara AI ciptaan Tetsuya berbunyi didalam kepalanya. Tetsuya yang ketika itu berada sejauh 1km dari kawasan sasaran dapat melihat dengan jelas situasi dikawasan tersebut tanpa mengunakan sebarang alatan. Dia berupaya mengunakan penglihatan jarak jauh dengan berhubung dengan AI ciptaannya itu.

 

 

AI atau gelarannya SCAI merupakan ciptaan Tetsuya yang berupaya untuk melakukan pengiraan pantas  super komputer dan meramal pergerakan musuhnya. SCAI juga berupaya untuk mengodam pangkalan data kerajaan dan maklumat peribadi seseorang. SCAI telah dimasukkan ke dalam kepala Tetsuya melalui penebukkan dibahagian kepalanya membolehkannya mengawal SCAI tanpa bantuan alat komunikasi atau alat interaksi. Tetsuya juga telah mencipta pelbagai alatan lain untuk "Hidden Society" bagi memudahkan misi. Terdapat sebahagian ciptaannya telah dipasang ke badannya sendiri menjadikan dirinya seorang manusia hibrid yang mampu melepasi had keupayaan manusia.

"Transmisi daripada HQ diterima" Beritahu SCAI kepada tuannya. Dengan serta-merta sebuah tetingkap kecil mengisi pemandangan Tetsuya.

"Reaper 21, didapati bahawa pesawat sasaran diikuti oleh beberapa pesawat peribadi kongsi gelap daripada China. Kelengkapan senjata mereka amat tinggi." Beritahu pembantu pengurus misi.

"Jumlah terkini pengawal adalah 80 orang dan peratusan kejayaan berkurang ke 30% sahaja." Kini SCAI pula memberi maklumat berdasarkan maklumat yang diterima daripada HQ. Tetsuya melihat kearah bertentangan. Kelihatan dua buah pesawat peribadi menghampiri  landasan lapangan terbang. Tetsuya tersengih melihat semula kearah hangar yang akan menempatkan pesawat peribadi Kuramoto Hachiro itu.

"Misi yang susah adalah cabaran yang menyeronokan." Kata Tetsuya kepada SCAI dan pembantu pengurus misi. Dengan serta merta Tetsuya terjun daripada bangunan tersebut lalu mengaktifkan wingsuitnya berserta mod penyamaran yang membuatkan dirinya halimunan. Dia mendarat beberapa meter daripada hangar tersebut. Pada masa yang sama pesawat sasarannya bersama pesawat pengiringnya mendarat di lapangan terbang tersebut.

Tetsuya berlari kearah sasaran sambil mengeluarkan pistolnya. Beberapa pengawal melihatnya terus menembak kearahnya tetapi sebutir peluru pun tidak berjaya menembusi badan Tesuya kerana serangan mereka telah dapat diramal dengan tepat oleh SCAI membolehkan dirinya mengelak daripada tembakan musuhnya itu. Tetsuya segera melakukan serangan balas dengan menembak kembali pengawal-pegawal tersebut. Setiap peluru didalam pistolnya tepat mengenai bahagian kritikal para musuhnya. 15 orang tumbang secara serta merta. Kuramoto Hachiro yang melihat kejadian tersebut terus mengarahkan kesemua pengawalnya menyerang Tetsuya. Tetsuya terus membaling pistolnya kearah musuhnya yang berbaki. Dengan serta merta pistol tersebut menghasilkan satu letupan kecil yang mengakibatkan 65 orang pengawal mati dengan ngeri. Kuramoto Hachiro yang terkena serpihan letupan mengalami kecederan dibahagian kaki mengakibatkan dirinya tidak mampu berdiri. Tetsuya melihat kearah sasarannya lalu menghampirinya. Dia mengeluarkan sebatang rod silinder lalu menekan sebuah butang. Dengan sekelip mata rod tersebut berubah menjadi sebilah pedang katana. Kuramoto Hachiro mula kecut perut melihat pedang tersebut. Dia tahu riwayatnya akan tamat pada malam ini.

"Kegiatan kau berakhir malam ini!" Kata Tetsuya dengan nada yang keras lalu memenggal kepala sasarannya.

Kepala Kuramoto Hachiro terus terpelanting menjauh badan. Tetsuya melihat beberapa barangan kargo di hangar tersebut. Apabila dia bembuka barangan tersebut dia mendapati bahawa bahan tersebut merupakan dadah baharu buatan sindiket dadah Kuramoto Hachiro. Dia mengambil sepaket dadah tersebut untuk kajian "Hidden Society" dan selebihnya dibakar. Tetsuya pergi meninggalkan kawasan tersebut. Beberapa saat setelah Tetsuya beredar kedengaran letupan besar telah berlaku dikawasan hangar tesebut. Pihak polis dan bomba segera ke tempat kejadian namun tidak mendapat sebarang bukti kerana sistem mereka telah digodam oleh SCAI daripada awal.

 

 

Episodes
Episodes

Updated 1 Episodes

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download MangaToon APP on App Store and Google Play