Bunyi bising yang yang kedengaran di kawasan dalam sebuah lorong bangunan yang membuatkan Toshio terkejut dan dengan cepat mendekatkan diri ke lorong yang gelap gelita itu .
"Alamak , atok tua itu dalam bahaya "
Toshio dengan jelas melihat orang tua lemah yang lagi berhadapan dengan dua orang lelaki berbadan besar yang mungkin umurnya melebihi 30 tahun.
Tetapi yang membuatkan Toshio kehairanan adalah atok itu tidak kelihatan ketakutan bahkan gementar .
Walaupun begitu , Toshio tetap merasa ini adalah situasi yang membahayakan untuk seorang orang tua dan lekas menjarakkan diri dari lorong untuk terus menelepon polis di kawasan yang tidak didengar para samseng itu.
"Helo , Balai Polis Anggerik di sini ; apa yang hendak dilaporkan ."....suara Operator lelaki .
" Alamat *********, Lorong****, ada dua orang lelaki besar yang ingin memukul seorang orang tua lemah di dalam lorong bangunan *** ."
"Baiklah polis akan sampai disana , sebelum itu boleh tuan memberitahu nama tuan?"
"Danial Tosyio bin Zairi "
"Baiklah , harap tunggu pihak polis tetapi jangan letak telefon untuk kami menjejak lokasi telefon anda ."
" Faham "
Di dalam tembok itu.
"Atok bagi kami barang kau , kalau tidak siap engkau"
"Betul cakap dia , kau sudah tua tak payah berlagak kuat di sini ."
"Jangan harap "..tegas atok itu .
Salah seorang lelaki itu mula melancarkan pukulan kecil di pipi atok itu sehingga atok itu terbaring ke tanam .
Melihat itu , Toshio memberitahu polis untuk senyap dan tidak membuat suara kerana mahu lindungi atok tersebut .
"Tuan polis , lelaki tersebut sudah mula memukul atok itu ...Tolong senyap dan jangan bersuara ,saya akan buka panggilan dan cuba mencuri masa lelaki tersebut sehingga kalian sampai ."
"Tuan bahaya jangan ...."
"Sekarang ! " jerit Toshio kepada operator.
Toshio mengambil beberapa barang di beg plastik kecilnya dan dengan senyap meletakkan telefonnya di dekat lelaki tersebut setelah mengaktifkan pembesar suara di telefon. Toshio mula mendatangi lelaki itu dengan perlahan-lahan .
"Kalian buat apa disana" ...jerit Toshio .
[[ Siapa ]].... pandang kedua lelaki tersebut di belakang mereka .
Melihat pandangan mereka mula memandang Toshio .Toshio dengan cepat menendang salah satu lelaki ke sisi bangunan dan mendatangi ke penjuru bangunan dimana atok itu terbaring .
"Atok tak apa-apa ...Bertahan tok."
"Jangan kesini .Mereka bahaya . Ketiga orang ini sudah rosakkan telepon pakcik waktu pakcik cuba telefon polis "
"Kalian pengecut .Beraninya lukai orang tua seperti ini ." ...ucap Toshio dengan mata tajamnya kearah kedua lelaki .
" Ini bukan urusan kau anak muda .Kami masih baik lagi , kau pergi dari sini dan lupakan apa yang terjadi sini selagi ada kesempatan .Kalau tidak kami tak akan jamin keselamatan kau ."
"Hhahah, kau budak jangan jadi bodoh ....jangan sia-siakan wajah tampan kau kalau kami pukul nanti." Sahut lelaki di sebelah bangunan yang cuba bangun semula apabila telah ditendang oleh Toshio .
"Orang muda , cepat pergi dari sini ....Jangan masuk campur urusan orang lain ." .....kata atok yang mencuba bangun seorang diri tetapi dibantu oleh Toshio.
"Atok mungkin orang yang saya tidak kenal , tetapi kalau saya tetap berdiri dan tidak berbuat apa-apa apabila nampak orang tua ...sedihlah wajah ummi ayah ku yang telah mengajarkan aku tentang agama dan moral. " ....ucap Toshio dengan perlahan dan lemah-lembut .
"Baiklah , kau dah buat keputusan .Jangan salahkan kami budak ."
Lelaki yang satunya melayangkan sebuah pukulan kuat ke arah perut Toshio tetapi dengan refleks , Toshio mengelaknya dan mengelak segala tumbukan mereka .
Toshio bukanlah seorang atlet mahupun pernah belajar seni bela diri tetapi dalam hal kecepatan mata dan refleks , dirinya lebih unggul .
Terima kasih untuk latihan coding dan penggodaman pada masa lapang dimana ia perlu melihat banyak nombor dalam satu masa.
Dengan mengelak dan menepis pukulan lawan , Toshio dengan kuat menahan satu pukulan lawan dan menolaknya ke lelaki lagi satu yang menyebabkan kedua-duanya terjatuh .
Salah satu samseng mengambil botol kaca arak di tempat sampah dan mencuba untuk membalingkannya ke arah Toshio dan membuat tangan kirinya dilukai oleh balingan botol kaca .
" Arhhh!! " jerit Toshio yang kesakitan .
"Budak mentah sudah aku kata jangan jadi bodoh. Sekarang sudah terlambat untuk kau .Mari aku ajar kau."
Dengan cepat , Toshio mengambil lobak merah di plastiknya menggunakan tangan kanannya yang masih tidak terluka kecuali sedikit lebam-lebam kerana menahan serangan dan memukul keras kepala kedua-dua lelaki itu sehingga lobaknya patah .
Disambung dengan mengambil lada hitam dan memberinya kepada atok .
"Atok tolong buka botol ini dan kalau ada kesempatan baling lada hitam ini kemata mereka . Saya sudah call polis dan mereka akan segera sampai .Kita kena tahan mereka disini supaya tidak lari nanti buat masalah lagi di lain hari "...bisik Toshio dengan sangat perlahan sehingga tidak didengar kedua lelaki itu .
Dalam beberapa saat , kedua lelaki itu mula bangun semula dan menjadi sangat marah kepada Toshio .
Mereka secara bersamaan mula mendekati Toshio untuk menangkapnya tetapi dihalang oleh atok itu yang membaling lada hitam ke arah mereka .
Melihat itu , Toshio memusingkan badannya menghadap tempat lain bagi mengelakkan senjata makan tuan .
[[ AhhhhhAhhhhahhahhh]] ...jerit kedua lelaki itu dengan keras sambil menggosok mata mereka .
"Maaflah tetapi itulah kekuatan utama lada hitam .Ingat untuk tidak menggosak mata kalian supaya tidak teruk ." ucap Toshio yang sebenarnya sudah terlambat.
Melihat masa yang diberikan untuk pihak polis datang sudah 5 minit berlalu (perkiraan Toshio) membuatkan hati Toshio gugup kerana takut mereka masih dalam perjalanan .
Tetapi kekhawatiran itu adalah tidak perlu kerana dua kereta polis mula datang dan mengepung lorong itu di hadapan pintu lorong.
"Kalian semua sila angkat tangan ! "...ucap polis perempuan sambil mengacukan pistol.
[[[Polis !!!]]]...sentak Toshio dan kedua lelaki tersebut kerana dikejutkan dengan kedatangan polis .
"Polis !! Kenapa mereka datang awal sangat tidak seperti dalam drama Sinetron je ni !?" ...ucap salah satu lelaki yang mengangkat tangannya keatas tanda menyerah diri .
"Alhamdullilah , Atok kita selamat sudah "....ucap Toshio dengan lega sambil memeluk atok itu .
"Atok , kamu tidak terlukakan ?Sakit tak mereka pukul ? Kalau sakit nanti kita pergi klinik. "cemas Toshio .
"Anak muda , atok baik sahaja . Mereka tadi hanya menggertak atok sahaja . Tetapi lihat tangan kamu penuh dengan luka dan lebam biru ."ucap Atok sambil menunjuk ke kedua tangan Toshio .
Toshio mula memerhati kedua lengan nya dan sangat jelas kelihatan lebam biru yang sangat banyak serta tangan kirinya yang dipenuhi darah merah kerana luka dari balingan botol kaca .
Toshio mula mengingati bahawa salah satu lelaki itu memiliki cincin permata di kedua tangan yang mungkin menjadi menyebab lebam yang teruk ini ditambah pukulan mereka secara terus menerus.
Polis menangkap kedua lelaki itu dan salah seorang polis yang memiliki banyak lencana mendatangi Toshio untuk diminta ikut bersama menaiki kereta polis untuk memberikan keterangan .
[ Terima kasih kerana membaca ]
***Download NovelToon untuk nikmati pengalaman membaca lebih baik!***
Updated 82 Episodes
Comments