(Di Balai Polis)
" Tuan Toshio, ikut saya ke bilik kesihatan untuk mendapatkan rawatan dan atok sila ikut polis ini untuk membantu memberikan keterangan lebih lanjut tentang masalah ini "
ucap ketua polis yang merupakan seorang wanita .
Toshio meninggalkan atok dan pergi bersama ketua polis menuju bilik kesihatan bagi merawat luka teruk yang dimilikinya.
( Di bilik Kesihatan )
"Uahhh " tahan toshio.
"Toshio tahan sikit. Ada serpihan kaca kecil yang tembus di tisu tangan kamu " ucap jururawat .
Jururawat yang memiliki tag nama Thilaga dengan perlahan mencabut serpihan kaca di luka Toshio menggunakan pinset pembedahan .
Selesai mengambil semua serpihan kaca yang berjumlah 2 serpihan yang berbeza saiz , Jururawat Thilaga memberi sejenis ubat luka yang disapu di lengan Toshio manakala di lengannya yang lebam disabu ubat yang berbeza dan dibaluti kain perban .
"Terima kasih , puan. "
"Sama-sama . Kamu masih muda tetapi sudah berani untuk melawan orang jahat untuk lindungi orang lemah .Orang muda yang hebat ya ." ucap jururawat sambil merapikan kain perban Toshio.
"Tidaklah berani sangat tetapi bila di situasi itu tanpa sedar badan bergerak sendiri dan bahkan berhenti berfikir ." ucap Toshio secara spontan .
" Ohh ya , ketua polis boleh saya tahu apa yang akan terjadi pada kedua samseng itu." Tanya Toshio kepada ketua polis yang duduk di kerusi Thilaga.
"Tak pastilah , Toshio. Kalau jenayah yang mereka lakukan hanya itu sahaja mungkin akan dipenjara untuk 2 bulan tetapi kalau mereka ada rekod jenayah lain ada kemungkinan untuk hukuman diperpanjangkan bergantung jejak jenayah yang mereka pernah lakukan .
Jadi kesimpulannya , hukuman mereka bergantung kepada rekod jenayah mereka "
Jawab ketua polis yang lagi mengunyah popiah goreng yang disediakan Thilaga.
" Ohh " ucap Toshio yang agak kecewa .
Toshio takuti mereka berdua akan kembali berjumpa Toshio dan membuat masalah apabila hukuman penjara mereka sudah tamat.
"Kamu tidak perlu fikir banyak tentang mereka sebab jika mereka tiada kehidupan di luar sana mereka akan dibawa ke penjara lain yang memerlukan pekerjaan untuk diberikan kepada mereka kelak .
Jadi kamu tidak mudah berjumpa dengan mereka walaupun mereka telah dibebaskan " Balas Jururawat Thilaga yang bagai mengetahui pemikiran Toshio.
Jelas terukir senyuman dan kelegaan di wajah Toshio apabila mengetahui perkara itu .
" Toshio, kami akan beri surat cuti(mc) untuk kamu gunakan selama 2 hari .Rehatlah di rumah dan jangan berbuat perkara yang boleh membuat tangan kamu sakit kembali ." ucap Jururawat Thilaga sambil memberi surat cuti kepada Toshio walaupun akan menimbulkan pertanyaan kepada pensyarah kerana surat mc pelajarnya berlogo Balai Polis Kluang .
"Toshio kamu sudah selesai di sini jadi bolehkan ikut kakak polis ke tempat soal siasat ? " Tanya ketua polis.
" Ohh ya , Baiklah" balas Toshio.
.......
(Bilik soal siasat)
Toshio dibawa ke salah satu meja dan disoal selidik selama hampir 45 minit .Disebabkan rakaman suara yang dilakukan Toshio dengan operator polis cukup menjadi bukti kuat untuk memenjarakan mereka dan menyelasaikan banyak soalan yang lebih lanjut dan mempercepatkan proses soal siasat mereka .
Polis ada meminta untuk memanggil ibubapa Toshio tetapi selepas Toshio menjelaskan situasinya , polis itu faham dan tidak meneruskan untuk memanggil ibubapa Toshio tetapi memberikannya surat yang mengatakan secara kasar kejadian ini .Polis meminta Toshio untuk memberikan ini kepada ibubapanya apabila mereka pulang dari kerja mereka.
"Tuan boleh saya tahu , apa yang akan berlaku kepada mereka berdua ?" tanya Toshio.
"Sebenarnya....." jawab tuan polis.
Toshio mendapat tahu kedua lelaki itu sebenarnya memiliki banyak kes lampau berkaitan jenayah di sekitar kawasan ini dari merompak, lumba haram, memeras ugut ,melanggar banyak traffik light dan vandalisme.
Tetapi meraka tidak dapat dijejak dan ditangkap kerana kemahiran mereka yang sentiasa mengubah 'pot' tempat tinggal mereka di segala tempat kotor ataupun rumah kosong ditambah mereka tidak memiliki telefon yang dapat dijejaki pihak polis .
Selain jenayah itu , apabila ujian air kecing dijalankan nampaknya menunjukkan yang mereka positif dadah dan syabu .
Hal ini turut ditambah dengan kes mereka yang lari dari penjara Thailand dan merupakan bukan warganegara Malaysia .
Melihat dari situasinya , mereka nampaknya akan dipulangkan ke Thailand untuk dipenjara selama lebih 50 tahun disana tanpa ikat jamin .
''Padanlah dengan muka mereka'' tertera di wajah Toshio sambil melihat ke arah mereka yang sedang diborgol dan dibawa ke lokap balai polis ini untuk sementara sebelum proses seterusnya dijalankan.
Kelihatannya Toshio tidak perlu takut kepada penjenayah ini kerana mereka tidak akan dapat hidup di dunia yang penuh warna-warni ini.
( Di luar balai polis )
Toshio terserempak dengan atok itu yang masih belum balik lagi .
"Adik Toshio ,sini-sini."
"Atok masih belum balik lagi ke ? Nak saya telefon Grab ? "
"Bukan itu adik Toshio .Ambil ini Sushi untuk kamu makan .Sekarang sudah pukul 9.30 dan kamu masih belum makan lagi .Ambillah sushi ini tanda terima kasih atok sebab tolong atok hari ini . Jangan tolak rezeki."
"Terima kasih ,atok . Saya terima je kalau berkaitan dengan makanan. "ucap Toshio yang menerima bungkusan sushi .
"Sama-sama.Kamu jangan risau ,sushi ini halal sebab atok beli kat kedai sushi muslim di hujung jalan sana ."
"Baiklah atok ."
"Atok pergi dulu ye , cucu atok tengah tunggu atok di stesen perhentian bas disana "
Atok berjalan menuju pintu balai polis dengan memberikan beberapa lambaian selamat tinggal dengan tongkat yang dipenggangnya .Keberadaan atok itu mula menghilang ditengah kegelapan malam dan akhirnya menghilang .
Melihat keberadaan Atok sudah tiada ,Toshio cuba melihat beg plastik pemberian atok itu yang sangat besar.
Terlihat jelas banyak jenis sushi yang dibeli atok itu iaitu ada sake sushi, ebi sushi, tobika sushi dan tamago sushi yang masing-masing memiliki 3 biji .
"Tidak perlulah aku masak hari ini. Tangan pun tak perlu membuat aktiviti yang akan membahayakan luka aku . Terima kasih,atok ." Ucap Toshio didalam hatinya.
Toshio melihat telefon untuk mencari servis grab yang ada disekitarnya .Sebelum dia sempat menekan butang pilihan kereta grab ,bunyi hon kereta terdengar di belakang Toshio mengejutkan Toshio.
"Adik Toshio, mari naik .Ikut kakak je balik ni . Nak tak ? "ucap ketua polis didalam kereta Myvi kuningnya .
"Boleh ke aku ikut kakak yang baru aku kenal ni? " Fikir Toshio.
"Jangan risau , kakak tidak makan orang .Panggil sahaja kakak, Kakak Nurul.Mari naik ."
Tetapi melihat keadaan sudah semakin malam dan untuk menunggu Grab sampai akan mengambil masa dan ditambah kakak ini seorang polis pastinya dia tidak akan berbuat hal yang melanggar hukum polis kecuali dalam hal rasuah ....pastinya .
"Saya nak."
Kak Nurul membuka pintu sebelah pemandu dan dengan segan Toshio masuk ke dalam kereta kak Nurul.
"Terima kasih kakak Nurul ."
"Sama-sama .Sudah duduk diam di sana kakak nak memandu ni ."
"Toshio , kamu tinggal di mana ? Tuliskan dengan Google Map ini senang kakak memandu ."
Mendengar kata Kakak Nurul , Toshio menulis alamatnya di gajet petunjuk jalan milik kakak Nurul.
" Ohh dekat juga dengan rumah kakak sebab kakak tinggal di jalan 6 manakala kamu dijalan 2. Beruntunglah kita. " ucap kakak Nurul .
"Alhamdulillah, sekurang-kurangnya tidak perlulah kakak ulang-alik jauh-jauh dari rumah saya dan kakak." balas Toshio dalam hati.
" Boleh kakak tanya, nama kamu memang Toshio ke atau cuma nama panggilan je ."
''Itu memang nama Toshio , Danial Toshio . Ummi Toshio orang Jepun mualaf (tukar agama ) , sejak kenal dan bercinta dengan ayah , ummi mulai mengenal agama .Selepas berkahwin ,mereka berpindah ke Malaysia dan begitulah ceritanya . Secara asas , Toshio seorang setengah Malaysia dan setengah Jepun .
"Patutlah muka hensem macam orang jepun mesti ikut umminya." Balas Nurul dalam hati yang masih tersipu malu kerana berada dekat dengan jejaka tertampan yang pernah dia jumpa selama dia hidup.
" Boleh kakak tanya lagi satu soalan , kenapa Toshio boleh ada dekat lorong itu sebabnya kawasan disana jauh dari rumah Toshio tinggal ." Tanya kakak Nurul yang sudah sedar dari alam khayalannya .
"Kalau kenapa Toshio ada dekat sana mungkin perlu Toshio ceritakannya dari awal ."
Mengambil masa 10 minit untuk menceritakan tentang kejadian yang berlaku dekat dirinya untuk hari ini dari di Universiti , beli barang dekat supermarket ,memilih untuk menukar arah dan sampailah kebahagian menyelamatkan seseorang apabila berjalan dilorang itu
"Ohh begitu"
[ Terima kasih kerana membaca ]
***Download NovelToon untuk nikmati pengalaman membaca lebih baik!***
Updated 82 Episodes
Comments