Sejak peristiwa itu, Zulkarnain seperti orang hilang arah tujuan. Hidupnya terasa sunyi dan tidak bermakna. Yang ada di fikirannya adalah Ariani semata. Tanpa sedar air mata lelakinya tumpah. Tidak di sangka gadis itu benar-benar meninggalkannya.
"Ariani,tolong jangan tinggalkan Abang" ucap Zulkarnain. Dia berjalan dengan terhuyung hayang. Di tangannya ada sebotol minuman keras.
"Zul,kau kenapa? Apa dah jadi ni..Ya Allah..apa yang kau minum ni?" seru sahabat baik Zulkarnain,Arifin. Dia tidak percaya Zulkarnain akan berubah sedrastik itu.
"Ariani dah tinggalkan aku. Aku tak boleh hidup tanpa dia" suaranya terasa tersekat di kerongkong. Hatinya terasa disiat-siat. Pedih. Kakinya terasa longlai. Tak mampu untuk melangkah.
"Kenapa tiba-tiba dia tinggalkan kau? Pasti ada kesalahan besar yang kau buat sehingga dia tinggalkan kau!" ucap Arifin.
"Aku dah buat salah Fin. Tapi itu cuma salah faham. Aku tak buat yang bukan-bukan pun. Aku sayang Ariani. Tolong aku Fin" rayu Zulkarnain. Jiwanya semakin kacau. Rambutnya kusut tidak terurus.
"Dah-dah jom aku hantar kau balik. Kau mandi bersihkan diri,tidur dulu. Besok aku datang rumah kau" Arifin terus memapah sahabatnya itu,memasukkan Zulkarnain ke dalam kereta
lalu dia menghantar Zulkarnain pulang.
......................
Keesokakan harinya Arifin bergegas ke rumah Zulkarnain. Tujuannya untuk melihat keadaan sahabat baiknya itu.
'Zul,aku tak sangka kau sebodoh itu. Kau lepaskan permata yang sudah berada di dalam genggaman kau hanya kerana terpesona dengan kecantikan kaca yang tidak bernilai'
Sesampainya Arifin di depan rumah Zulkarnain. Dia ternampak Zulkarnain sudah duduk di bangku di hadapan rumahnya. Hatinya lega bila melihat keadaan sahabat baiknya yang nampaknya dalam keadaan baik.
"Assalamualaikum Zul,kau dah okey nampaknya? Aku senang melihatnya." Arifin mengukir senyuman. Pagi itu cuaca mendung sekelam wajah Zulkarnain.
Zulkarnain hanya tertunduk menatap layar telefon bimbit nya. "Fin..kalau dulu pagi-pagi subuh mesti Ariani dah call aku. Kejut aku bangun. Tapi sekarang dah tak ada lagi".
"Aku salah Fin,aku tak hargai dia. Aku bosan bila dia buat semua tu untuk aku. Tapi bila dia dah tinggalkan aku baru aku tahu,yang dia sangat-sangat berharga." sambung nya lagi.
"Sabarlah,kau dah cuba call Ariani?" Arifin cuba memberi cadangan. " Dah,tapi dia tak pernah nak jawab. Dia betul-betul mengabaikan aku. Dia dah ada orang lain"
Arifin terkejut mendengar kata-kata Zulkarnain. Dia seolah tidak mempercayai nya. Setahunya Ariani bukan gadis seperti itu. Yang mudah jatuh cinta dan beralih arah pada hati yang lain. Ariani gadis yang setia pada cintanya.
Diam-diam dia juga pernah cuba mendekati gadis itu. Tapi Ariani terus menolaknya. Jadi tidak mungkin Ariani akan beralih arah secepat itu.
"Zul,jika kau benar-benar menyintai Ariani..kau ikatlah dia dengan ikatan yang halal. Lagipun dah 7 tahun kau kenal Ariani. Sampai bila kau nak dia terus menunggu?"
Zulkarnain diam membungkam. Dia sudah memikirkan nya. Jika Ariani bersetuju memberinya peluang kedua,perkara pertama yang akan dia lakukan adalah mengikat garis itu agar terus berada di sisinya. Namun bagaimana, Ariani sedikit pon tidak memberikannya peluang untuk menjelaskan kesalah fahaman itu.
...****************...
"Bangun,dah subuh" tangan nya menepuk² lengan Zulkarnain. Ucapannya dingin. Tiada kemesraan. Zulkarnain membuka matanya yang sipit sambil mengukir senyuman. Tangannya cuba meraih Ariani namun Ariani pastas mengelak.
"Saya dah ambil wudu' ni" matanya menjeling Zulkarnain dengan tajam. Lantas Ariani membentang dua helai sejadah. Melihat itu Zulkarnain faham lantas segera masuk ke bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wudu'. Bibirnya mengukir senyuman. 'Ada perubahan nampaknya. Abang tahu,dalam hati Ariani masih ada sayang untuk Abang'.
Keluar dari bilik air Zulkarnain terus menyarungkan baju cekak musang dan kain pelikat yang telah di sediakan oleh Ariani. Lantas dia menyembur minyak wangi. Di lihat Ariani sedang duduk bersimpuh di atas sejadah,membelakangkan dirinya. Mulutnya terkumat kamit membaca zikir dan selawat.
Lalu mereka berdua solat berjemaah buat pertama kalinya sebagai suami dan isteri. Usai solat, Zulkarnain membaca doa dan di Aminkan oleh Ariani.
"Ya Allah,kurniakan lah kami taufiq dan hidayahmu,berikanlah kami iman yang sempurna,
ilmu yang bermanfaat,
rezeki yang halal,
anak yang soleh dan solehah,
rumahtangga yang bahagia,
doa yang mustajab,
hajat yang tertunai,
kesihatan yang berterusan,
hutang yang terbayar,Ya Allah..KAU ampunilah dosa-dosa kami,
dosa-dosa pasangan kami,. dosa-dosa anak-anak kami,
dosa-dosa ke dua orang tua kami,
dosa-dosa adik beradik kami,
dosa-dosa ipar duai biras kami,dan dosa-dosa seluruh muslimin dan muslimat.
Ya Allah..Kau selamatkan lah kami dari fitnah akhir zaman,dari fitnah dajjal,dari fitnah alam barzakh,dan dari fitnah akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim..berikan lah kami keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.. Aamiin Ya Rabbal Alamin"
Usai membaca doa, Ariani menyalami tangan Zulkarnain dan mencium belakang tangan suaminya. Lantas Zulkarnain mengucup kening Ariani. "Terima kasih sayang,sudi jadi isteri Abang. Abang janji akan buat Ariani bahagia selamanya". Zulkarnain mengukir senyum bahagia. Namun Ariani hanya mendiamkan diri. Memandang tidak. Mengucapkan sepatah kata jugak tidak.
Dia tersedar bila terasa ada yang memeluknya. Ternyata Zulkarnain sedang memeluk erat. Terdengar nafas nya di telinga. Ariani menolak Zulkarnain. Kalau boleh dia tidak mahu hubungannya menjadi akrab.
"Hari sabtu nanti,kita balik rumah emak Abang ye". Ariani mengangguk tanda faham. Saat itu hubungan nya dengan ibu mertuanya sangat akrab. Bagai anak dan ibu kandung. Walau hubungannya dengan Zulkarnain terlihat dingin,namun Ariani gembira bila dirinya diterima dalam keluarga Zulkarnain.
Setelah siap mengemas Ariani turun ke bawah memasak sarapan pagi. Di bantu adik nya Rica,semuanya dapat di siap kan dengan cepat. 7 orang adik beradik Ariani yang lain sudah berkahwin dan memiliki rumah sendiri. Selepas siap sahaja majlis perkahwinan Ariani,mereka semua pulang ke rumah masing-masing.
"Mak terbau nasi goreng. Dan emak tahu siapa yang buat nasi goreng tu. Bakso ni pon emak tahu jugak siapa yang buat" ucap emak. Ibu mana yang tidak mengenal putrinya. Dia sudah tahu sangat dengan bau masakan setiap anak-anaknya.
Selesai bersarapan,semuanya berjalan duduk di gazebo luar. Angin pagi terasa mendamaikan. Dengan cuaca yang agak mendung, bila-bila sahaja hujan akan turun. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Berlari lah semuanya masuk ke dalam rumah.
Jam baru sahaja menunjukkan ke angka 8 pagi. Tapi kegelapannya terasa sudah jam 7 malam. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Ariani terasa mengantuk,di tambah dengan hujan yang lebat. Kulitnya terasa sejuk. Mahu saja dia bergulung di dalam selimut tebal.
Ariani berjalan menuju ke bilik nya. Niatnya mahu melelapkan mata. Terasa penat menguruskan majlis perkahwinan nya belum hilang lagi. Dengan senyap Zulkarnain mengekori langkah Ariani. Dia bertekad tidak akan mengalah dengan kedinginan Ariani.
Belum sempat Ariani menutup pintu biliknya, Zulkarnain sudah berdiri di depan pintu. Ariani tidak mahu menimbulkan kekecohan. Dia pon membiarkan Zulkarnain masuk ke dalam bilik nya. Zulkarnain terus menutup pintu dan menguncinya.
Jantung Ariani mula terasa laju. Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu berdiri sangat rapat di belakangnya. Minyak wangi yang di pakai Zulkarnain sangat menggoda pernafasan nya.
Ariani terasa sepasang tangan yang sasa memeluknya dari belakang. "Sayang mengantuk ke?". Ariani tidak menjawab pertanyaan Zulkarnain. Diam isterinya itu membuatkan Zulkarnain mula bertindak. Dia mula mencium leher isterinya.
Hembusan Zulkarnain di telinga Ariani membuatkan segala macam perasaan yang timbul. Bulu romanya menegak. Ariani cuba melepaskan diri dari pelukan Zulkarnain. Namun dalam hatinya dia terasa nyaman di peluk erat suaminya.
Ariani membalikkan tubuhnya. Dia memukul-mukul dada Zulkarnain. "Lepaskan lah. Ariani tak nak". Namun Zulkarnain seolah-olah tidak mendengar kata-kata Ariani.
Dia tersenyum melihat wajah isterinya yang sudah merona merah. Mata jernihnya memberitahu kalau dia menginginkan nya. Lantas Zulkarnain mengendong Ariani,diletak kan Ariani di atas katil dengan lembut.
Ariani hanya diam tanpa reaksi. Jantungnya berdetak dengan laju. Dia seolah-olah dipukau. Memandang Zulkarnain tanpa berkelip. Sehinggalah dia terasa bibirnya di cium lembut oleh Zulkarnain. Tangannya di genggam dengan erat. Nafas mereka bersatu. Ariani merelakan segalanya untuk suaminya.
...****************...
***Download NovelToon untuk nikmati pengalaman membaca lebih baik!***
Updated 63 Episodes
Comments