Pagi itu Ariani bangun seawal jam 5 pagi. Sejurus dia membuka matanya,dilihat tangan Zulkarnain kemas memeluk dirinya. Dia cuba meloloskan diri,namun makin kuat tangan sasa itu memeluknya. Sungguh terasa kehangatan tubuh suaminya itu. Dirinya terasa selamat dan nyaman didekat Zulkarnain.
Memang dari awal perkenalan nya 8 tahun dengan Zulkarnain,lelaki itu sangat-sangat menjaganya. Tidak pernah lelaki itu menyentuhnya,walau hanya berganding tangan. Dia benar-benar menjaga batas pergaulannya. Kebenciannya pada lelaki memudar sedikit demi sedikit. Dia terasa di sayangi,dilindungi.
Sampailah satu saat,ketika hubungan nya bersama Zulkarnain mencecah ke 7 tahun,lelaki itu ketahuan curang dibelakangnya.
...****************...
"Hari ni Abang tak dapat nak hantar Ariani kerja ye, Abang ada hal kecemasan". Kebiasaannya setiap kali Ariani harus bekerja shif malam pada hari Sabtu, Zulkarnain lah yang akan menghantar dan menjemput gadis itu.
"Tak apa, Ariani boleh pergi sendiri. Abang hati-hati ya". Ariani segera menutup telefon bimbit nya,lalu bergegas ke bilik air untuk mandi dan bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Ntah kenapa saat itu dia tidak terfikir untuk bertanyakan kepada Zulkarnain tentang hal kecemasan yang disebutnya itu.
Setelah siap, Ariani mengendeng bag tangannya,dia menghidupkan enjen motorsikal nya. Baginya lagi mudah menaiki motosikal berbanding kereta saat mengharungi kesesakan jalan raya.
Fikirnya,dia ingin singgah sebentar ke Dataran T untuk membeli beberapa cemilan. Tidak disangka setelah dia membelokkan motornya ke Dataran T,dia melihat kereta Zulkarnain terparking di bawah pokok di tepi Dataran.
Serta merta jantungnya berdekup kencang. Hatinya terasa tidak enak. Terasa ada sesuatu yang tidak kena. Awalnya dia ingin segera pergi,tetapi nalurinya mengatakan dia harus melihat benarkan Zulkarnain yang berada di dalam kereta itu.
Semakin dia dekat dengan kereta itu semakin laju jantungnya berdegup. Seperti sedang dikejar seekor harimau yang ingin menerkamnya.
Lalu Ariani mengetuk cermin di sebelah sisi pemandu. Dengan cepat si pemandu menurunkan cerminnya. Jelas terlihat didalam kereta itu Zulkarnain bersama seorang wanita yang berpakaian seksi sedang berpegangan tangan. Eratnya bagaikan pasangan kekasih yang sedang dilamun cinta.
Zulkarnain terdiam,tidak di sangka yang mengetuk tingkap keretanya adalah Ariani. Dengan cepat dia melepas pegangan tangan wanita seksi itu.
Tanpa berbicara apa-apa, Ariani membalikkan dirinya dan berjalan pergi. Hatinya sakit. Jiwanya menangis. Mengapa kesetiaan yang dia beri di balas dengan kecurangan?
Ariani berjalan laju menuju ke motornya. Zulkarnain dengan cepat berlari mengejar Ariani. "Ariani,dengarkan dulu,ini semua salah faham". Sedikit pon Ariani tidak menoleh. Zulkarnain memegang tangan Ariani untuk menghentikan gadis itu terus berjalan meninggalkan nya. Dengan sekuat tenaga Ariani melepaskan tangannya dari pegangan Zulkarnain.
"Tidak ada apa yang harus di perjelaskan. Semua nya sudah jelas dan terang." Air matanya mengalir deras. Tidak disangka lelaki yang diharabkan menjadi pelindungnya kelak telah berlaku curang dibelakangnya.
"Kita putus!!". Ariani segera berlari meninggalkan Zulkarnain yang sedang tercengang mendengar kata-kata nya.
"Ariani,ini semua salah faham. Dengar dulu penjelasan Abang". Jeritan Zulkarnain seolah-olah tidak didengari Ariani. Gadis itu dengan pantas menghidupkan motosikal nya,dan berlalu pergi. Fikirannya kacau. Dia tidak terus ke tempat kerja.
Ariani melajukan motorsikal nya menuju ke satu tempat,taman dimana dia selalu beriadah bersama Zulkarnain. Di situ terasa tenang dan sunyi. Jam sudah menunjukkan ke angka 7:30 malam. Terdengar suara azan berkumandang,mengajak semua "hambanya" segera menunaikan solat.
Ariani turun dari motornya lalu dia menuju ke surau berdekatan. Sudah kebiasaan nya, walau kemana saja Ariani akan membawa pakaian solatnya.
Usai solat,dia berdoa. Meluah segala rasa sakit di hatinya. Esakannya terdengar keras. Mujur la saat itu tidak ada ramai orang yang solat di situ.
"Ya Allah,andai saja dia bukan jodohku KAU jauhkan lah dia dariku. Namun andai memang sudah tertulis dia adalah jodoh terbaikku,KAU hilangkan lah rasa sakit ini."
Tanpa Ariani tahu,doanya didengarkan oleh seseorang.
Setelah selesai, Ariani menuju ke tempat dia meletakkan kenderaannya. Terdengar namanya dipanggil. Saat dia menoleh terlihat seorang lelaki sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum mesra.
"Ariani buat apa kat sini?" Tanya Alang. "oh.. Ariani nak pergi kerja,tapi bila tengok jam dah masuk waktu solat,tu yang Ariani singgah solat kejap". Ariani memberi kan alasan.
'Jalan untuk ke tempat kerja berbeza dengan Taman S ni,kenapa Ariani sampai jauh ke sini hanya kerana nak berhenti solat'. Alang mengerutkan keningnya. Dia merasa ada yang tidak kena dengan Ariani. Terasa pelik kerana gadis itu kebiasaannya akan solat di tempat kerja.
Baginya itu tidak menjadi masalah. Dia gembira kerana dapat berjumpa Ariani. Sebenarnya Alang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Ariani. Cuma saja Ariani tidak pernah melayan setiap kali dia mencuba mendekati gadis itu. Gadis itu terlalu dingin terhadapnya.
Di tempat kerja,setiap kali dia bertembung dengan Ariani,dia cuba untuk menyakat Ariani dengan menghalangi laluan gadis itu. Tetapi Ariani tak pernah memperdulikannya. Malah gadis itu sentiasa menunjukkan ketidak sukaan dengan apa yang dia lakukan. Namun dia senang.
"Dah-dahlah kacau budak muka asam pedas tu" sahut Iskandar. Dia dah ada boyfriend lah. Mana dia pandang kau Lang. Kau ingat kau boleh ngorat dia dengan muka kacak kau tu ke? Kalau perempuan lain mungkin dah cair,tapi Ariani tu lain siket. Dia tak macam perempuan lain"
"Perempuan yang lagi susah untuk didapatkan adalah perempuan yang sangat mahal nilainya. Aku akan buktikan yang Ariani akan jadi pendamping aku satu hari nanti!" suara Alang tegas sehingga boleh didengari semua kawan-kawan nya yang berada di situ. Dia memasang angan-angan.
Namun,sudah 2 tahun masa berlalu tetap juga dia masih tidak boleh memikat hati gadis itu. Namun dia tidak pernah menyerah kalah. Setiap hari dia akan dengan sengaja memunculkan diri di hadapan Ariani. Dia berharap Ariani akan nampak kewujudan nya.
Namun gadis itu seperti manusia yang tidak punya perasaan. Hatinya terasa sakit. Apatah lagi setiap kali dia melihat Zulkarnain menjemput gadis itu. Dirinya terasa cemburu.
Tapi bermula dengan penjumpaan yang tidak dirancang ini lah hubungan Alang dan Ariani menjadi semakin akrab.
...****************...
Di tempat lain Zulkarnain terduduk mendengar ungkapan Ariani. Dia tidak rela kehilangan gadis yang dicintainya selama bertahun-tahun itu. Baginya Ariani adalah gadis pertama yang sentiasa sabar dengan sikap cemburu kan kongkongnya. Gadis yang pandai menjaga diri dan maruah. Namun hari ini gadis itu mengucapkan kata putus kepadanya.
Saat Zulkarnain bebalik,dia melihat Hana sudah berdiri di sisi keretanya. " Jom,kita pergi ke tempat yang sudah dijanjikan. Kita dah lambat ni". Zulkarnain memandang Hana dengan pandangan tajam. Tanpa sebarang kata, Zulkarnain segera masuk ke perut kereta nya lalu dia mengunci pintu kereta di tempat duduk penumpang.
Hana terkejut saat pintu kereta tidak boleh di buka. "Zulkarnain,cepat buka pintunya. I nak masuk ni.". Tanpa menjawab sepatah kata, Zulkarnain terus menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi meninggalkan Hana.
Sedikit pon dia tidak melihat kebelakangan. Hatinya benar-benar marah. Dia terasa bodoh kerana menyahut cabaran kawan-kawan. Jika dia tidak melakukan itu pasti Ariani tidak akan meninggalkan kan nya.
Zulkarnain menekan nombor telefon Ariani. Namun gadis itu menolak panggilannya. Hatinya mula dilanda kerisaun. Dia tidak tahu kemana hendak mencari Ariani. Yang dia tahu Ariani pasti tidak akan masuk kerja hari ini. Kerana dia melihat gadis itu membelokkan motosikalnya ke arah yang bertentangan dengan tempat kerjanya.
Puas mencari Ariani, Zulkarnain mengambil keputusan pulang kerumah. Namun saat dia melintasi taman rekriasi tempat dia selalu beriadah bersama Ariani,dia melihat Ariani sedang duduk bersama seorang lelaki. Sepertinya dia mengenali lelaki yang berada disisi Ariani.
Dengan pantas Zulkarnain membelok kan keretanya ke taman Rekreasi itu. Dia berhenti betul-betul di hadapan Ariani dan lelaki itu.
Ariani terperanjat saat kereta Zulkarnain berhenti betul-betul di hadapannya. Namun dia menunjukkan reaksi yang bersahaja. Zulkarnain segera turun dan menarik Ariani menjauh dari Alang.
Belum sempat dia menarik Ariani menjauh, Ariani dengan keras menarik tangannya. "Kita dah tak ada apa-apa hubungan. Jadi tolong jangan ganggu saya lagi". Ariani berjalan meninggalkan Zulkarnain yang terpinga-pinga.
Belum sempat Zulkarnain berbicara,terdengar Ariani mencela..
"Kenalkan,ini kekasih baru saya,Alang". Alang terkejut mendengar ucapan Ariani..dalam masa yang sama dia juga senang. Hatinya mula berbunga. Bibirnya mengukir senyum puas.
...****************...
***Download NovelToon untuk nikmati pengalaman membaca lebih baik!***
Updated 63 Episodes
Comments
Lilis Lestari
bahasa Indonesia aja Thor.
2021-08-30
1