"Kenapa ma? Kenapa mama sama papa selalu sahaja tak suka dengan apa yang Nissa buat? Nissa selalu sahaja dibeza-bezakan sama Abang Iz dan Abang Az. Apa salah Nissa?" Soal Anissa sambil menangis tersedu-sedu. Dia sama sekali tidak mengerti kenapa kedua orang tuanya sering sahaja membeza-bezakan dia dan kedua aba
"Kau nak tahu kenapa? Sebab kau tu anak tak guna! Aku tak nak abang-abang kau Terjangkit dengan kau. Kau tu dahlah hodoh, tak pintar, pemalas. Layaklah kalau aku membeza-bezakan kau dengan abang-abang kau yang pintar dan cerdik tu." Tengking Puan Asmah kepada Anissa. Matanya tajam menatap Anissa yang masih duduk di lantai.
"Kau tu mesti sedar diri! Kau tu tak ada apa-apa dibandingkan abang-abang kau tu. Anak tak guna!" Jerit Encik Saiful pula. Tampa sedar air mata Anissa mengalir. Hati dan perasaanya sangatlah hancur ia rasakan. Mengapalah nasibnya jadi seperti ini? Apa salah dia? Bukan mahu dia dilahirkan serba kekurangan seperti ini. Dia tahu dan sedar kalau dia cacat. Jika dia tidak diinginkan kenapa dia di lahirkan? Kenapa dia harus ada di dunia ini? .
"Apa salah Nissa pa? Kenapa papa dan mama terlalu membenci Nissa?" Tanya Anissadengan air mata yang sudah tak lagi tertahan. Encik Saiful yang mula naik berang mula menarik rambut panjang milik Anissa. Dia tak peduli dengan Anissa yang mengerang kesakitan.
"Kau tu tak layak untuk hidup. Lebih baik kau mati saja." Tengking Eencik Saiful lalu menolak kuat tubuh Anossa hingga mengenai pintu besi di hadapan rumahnya. Anissa terlempar keluar rumah. Tak cukup dengan itu, dia kemudian membaling sebuah beg berisi pakaian dan barang-barang Anissa keluar dari rumah.
"Angkat kaki kau dari sini. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Pergi!" Tengking Encik Saiful dengan nada lantang. Anissa pun melangkah pergi bersama beg sandangnya dengan hati yang remuk dn air mata yang masih mengalir. Sakit, itu yang ia rasakan. Dia tahu bahawa keluarganya sama sekali tidak menginginkan dirinya.
Anissa berjalan menelusuri hutan sambil masih menangis. Rasa benci dan ingin membalas dendam terhadap kedua orang tuanya dan keluarganya. Anissa bersumpah akan membuat mereka menyesl kerana sudah membuat dirinya menjadi seperti ini.
Sebulan kenudian.
Sebulan sudah berlalu. Anissa kini sudah menjadi salah seorang yang terpandang kerana telah berkahwin dengan seorang peniaga paling terkenal di kota. Kerana suami Anissa merupakan seorang yang terpandang, Anissa kini dapat membalaskan dendamnya kepada kedua orang tuanya dan saudara-saudaranya yang sudah membuang dirinya. Anissa juga mempelajari ilmu-ilmu hitam dari sang suami. Walaupun suami Anissa merupakan orang terpandang, tapi sang suami bukanlah manusia biasa. Dia adalah manusia setengah jin yang bila-bila masa sahaja boleh berubah.
Selama satu bulan itu juga keluarga Encik Saiful mengalami gangguan. Banyak perkara-perkara pelik yang berlaku di rumah mereka seperti lampu yang tiba-tiba mati, kerusi dan meja yang bergerak sendiri, bunyi ketukan pintu di tengah malam, suara langkah kaki yang berlari-lari dan banyak lagi gangguan yang bermunculan. Peristiwa-peristiwa seperti itu sering di alami oleh keluarga Rncik Saiful setelah kepergian Anossa.
"Kenapa boleh jadi macam ni?" Tanya Muiz. yang tidak mengerti dengan semua yang berlaku.
"Papa pun tak fahm juga Iz." Balas Encik Saiful smbil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Terlalu banyak peristiwa yang terjadi selama satu bulan penuh ini. Bahkan tak ada sesiapa pun yang mahu dekat dengan kita. Mereka yang dekat-dekat dengan kita pasti akan berakhir dengan nahas." Jelas Puan Asmah pula yang kini duduk di sebelah suaminya.
"Tambahan lagi kini Miaz masih sakit akibat terlanggar masa tul." Beritahu Muiz apabila mengingat adiknya yang terbaring itu. Mereka tak menyedari apa yang terjadi pada mereka adalah akibat dari perbuatan mereka sendiri. Mereka tak menyedari akan sekeping hati yang hancur akibat perbuatan mereka sendiri.
.
Sedang mereka berbual, tiba-tiba sahaja terdengar bunyi ketukan di pintu menyentapkan perbualan mereka. Dengan rasa takut dan gementar Muiz mencuba memberanikan diri untuk membuka pintu dengan di temani oleh kedua orang tuanya. Perlahan Muiz membuka pintu dan terlihatlah seorang lelaki berbaju putih dan bersorban putih sedang berdiri di hadapan pintu sambil tersenyum.
"Assalamualaikum dan selamat malam. Adakah ini rumah Encik Saiful? Saya Ustadz Rafiq. Saya kena call oleh Encik Saiful untuk datang ke sini." Ujar Ustaz Rafiq dengan sopan. Encik Saiful mengangguk lalu tersenyum.
"Oh maaf, saya hampir lupa. Ya, saya ada call ustaz untuk datang. Maaflah kerana menyusahkan ustaz. Silakan masuk ustaz." Pelawa Encik Saiful. Ustaz Rafiq menganggukkan kepalanya lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Di perhatikanya sekeliling. Hawa panas mula ia rasakan di dalam rumah itu. Seperti ada sesuatu yang menyelimuti rumah tersebut.
"Ada berapa orang yang tinggal di rumah ni?" Tanya Ustaz Rafiq tampa memandang Encik Saiful. Dia masih fokus memerhati sekeliling rumah tersebut.
"Ada empat orang ustaz." Jawab Encik Saiful perlahan.
"Lalu? Mana yang satu lagi?" Tanya Ustaz Rafiq kemudian menoleh menatap tiga orang itu dengan tajam.
"Dia ada di biliknya. Sehingga ke hari ini dia belum dapat bergerak akibat kemalangan sebulan yang lalu." Jawab Encik Saiful lagi.
"Tunjukkan saya di mana biliknya. Ini sangatlah berbahaya." Ucap Ustaz Rafiq yang membuat wajah Encik Saiful berubah pucat. Tampa menunggu lama dia pun berlari menghampiri bilik tempat Muaz tempati. Dengan segera dia membuka pintu dan meluru masuk ke dalam. Kelihatan seorang lelaki mida yang terbaring lemah di atas katil dengan keadudukan terlentang tidak berdaya. Ustaz Rafiq mendekati katil tempat Muaz. Dia kemudian duduk di tepi katil lalu meletakkan tanganya di atas kepala Muaz. Muaz hanya diam tampa berkata apa-apa.
"Apa yang kamu rasakan Muaz?" Tanya Ustaz Rafiq yang masih memegang dahi Muaz.
"Panas." Jawab Muaz sepatah dan perlahan. Ustaz Rafiq kemudian melepaskan tanganya dari kepala Muaz. Kemudian dia menoleh memandang tiga orang insan yang sedang berdiri dan kaku itu.
"Boleh saya tanya sesuatu?" Suara Ustaz Rafiq memecahkan keheningan di bilik itu.
"Apakah kamu semua ada menyinggung perasaan sesiapa?" Tanya Ustaz Rafiq memvuatkan tiga orang itu terdiam. Sedangkan Muaz yang mendengar pertanyaan itu hanya membeliakkan matanya tampa bersuara.
"Kami rasa tak ada seaiapa yang kami singgung." Jawab Puan Asmah gementar. Ustaz Rafiq tayang senyum simpulnya. Dia kemudian kembali memandang Muaz yang masih diam.
"Ini bukan sakit biasa. Mungkin sebulan yang lalu kamu kemalangan dan mungkin bagi kamu itu hanya mengalami kemalangan biasa. Tapi kalau saya boleh jujur, lebih baik kamu berhati-hati." Terang Ustaz Rafiq.
"Maksud ustaz?" Tanya Muiz yang tidak faham.
"Apa sebenarnya yang telah berlaku ustaz?" Tanya Encik Saiful pula.
"Ada orang yang ingin balas dendam padamu dan keluargamu. Saya merasakan hawa yang sangat panas di rumah ni. Terutama di dalam bilik ni." Jelas Ustaz Rafiq lagi membuat semua yang ada di sana ternganga.
"Balas dendam? Siapa?" Tanya Muiz ingin tahu.
"Adik perempuanmu. Namanya Anissa, bukan?" Jawab Ustaz Rafiq yang semakin membuat mereka semua terdiam.
"Anissa?" Tanya Encik Saiful seakan tak percaya. Ustaz Rafiq hanya mengangguk sebagai jawapan. Keempat beranak itupun saling beroandangan antara satu sama lain.
"Lebih baik segera cari dan temui dia. Jangan sampai nanti dia melakukan hal yang lebih gila lagi dari ini. Minta maaflah dan akui kesalahan kamu semua. Jangan nanti kamu akan menyesal." Ucap Istaz Rafiq lalu bangun dari duduknya dan melangkah ke pintu keluar.
"Saya pergi dulu. Nanti saya akan datang lagi untuk sesi pemulihan. Assalamualaikum." Ujar Ustaz Rafiq lalu keluar dari rumah. Ustaz Rafiq sememangnya seorang yang dingin namun memiliki hati yang baik. Dia suka menolong orang yang dalam kesusahan. Encik Saiful, Puan Asmah, Muiz dan Muaz terdiam dan memikirkan sesuatu yang sama.
"Apakah mungkin Anissa akan melakukan sesuatu seperti apa yang di katakan oleh Ustaz Rafiq tadi?" Tanya Muiz ingin tahu. Meekipun begitu, dia juga merasa takut jika yang dikatakan Ustaz Rafiq benar. Jika itu benar, maka mereka sekeluarga akan menerima akibatnya.
"Papa tak tahu. Tapi kita harus mencari keberadaan Anissa. Kalau kita sudah menemukanya, kita dapat minta maaf dan menyedarkanya. Kata-kata seorang ustaz bukanlah perkara main-main." Ucap Encik Saiful tegas. Semua orang terus terdiam. Tiada yang bersuara sama sekali. Bilik itu menjadi sunyi dan sepi. Masing-masing dengan perasaan sendiri. Rasa bersalah menyelimuti. Rasa takut menghantui.
***
Sementara di tempar lain Anissa sedang tersenyum kemenangan. Dia sangat suka dengan pertunjukkan yang di perlihatkan oleh cermin suaminya. Pertunjukkan di mana salah seorang abangnya terlentang di atas katil kerana sakit akibat kemalangan jalan raya.
"Kenapa you senyum-senyum sendiri sayang?" Tanya Ridhwan sambil duduk di sebelah isteri kesayanganya itu. Anissa masih dengan senyuman manisnya lalu bersandar di bahu suaminya.
"You tengok saja sendiri di cermin tu apa yang cernin itu perlihatkan." Suruh Anissa kepada suaminya itu. Ridhwan pun menoleh menatap ke arah cermin miliknya. Cermin yang selalu memperlihatkan apapun keinginan tuanya. Tak lama kemudian dia tersenyum.
"Bagus." Ucapnya dengan senyuman. Ridhwan seorang yang sangat menginginkan lawanya merasakan kesakitan. Meskipun perlahan tapi pasti. Ridhwan kemudian memeluk Anissa dengan sebelah tanganya.
"Sayang, you harus membalaskan dendam you kepada mereka semua. Biarkan mereka semua merasakan sakit yang you rasakan. I akan membantu you dari jauh." Ujar Ridhwan sambil mengecup ubun-ubun isterinya. Anissa hanya mengangguk lantas tersenyum. Dia sangat meraaa terlindungi oleh suaminya meskipun dia tahu suaminya adalah manusia setengah jin.
"Sayang, walau apapun yang terjadi, you tetaplah isteri I. You milik I." Ucap Ridhwan lembut. Anissa hanya mengangguk sebagai jawapan. Dia juga merasakan hal yang sama walaipun suaminya itu setengah manisia namun ia merasakan kebahagiaan.
"I tak ada masalah kalau you nak balas dendam pada mereka semua. Tapi I tak nak you kembali lagi pada mereka. You milik I dan akan selamanya seperti itu." Ujar Ridhwan lagi. Dia takkan pernah melepaskan Anissa kerana gadis itu adalah miliknya. Anissa hanya sekedar mengangguk sebagai jawapan. Ridhwan kemudian mengangkat tubuh Anissa menuju ke bilik tidur mereka untuk tidur.
***
Beberapa bulan berlalu. Sakit yang. di alami Muaz semakin menjadi. Bukan bertambah sihat malah semakin merasa kesakitan. Muaz yang terbaring lemah sudah tak mampu lagi menggerakkan anggota tubuhnya yang nyeri dan sakit itu.
"Muaz." Seru Encik Saiful yang tak sanggup lagi melihat puteranya menahan sakit. Muaz sama sekali tidak bersuara. Dia hanya diam sambil matanya menatap ke atas.
"Bang. Apakah perlu kita mencari di mana keberadaan Anissa? Saya tak nak Muaz semakin kesakitan." Ujar Puan Asmah sambil berbisik. Encik Saiful menatap isterinya dengan pandangan sendu.
"Kita nak cari dia di mana? Sedangkan kita tak tahu dia ada di mana." Balas Encik Saiful perlahan. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tak tahu lagi harus berbuat apa.
"Biar Iz yang akan mencari di mana keberadaan Anissa." Ujar Muiz menawarkan diri. Encik Saiful beralih menatap anak sulungnya itu.
"Cepat cari dia. Walau bagaimanapun dia tetap adikmu." Ucap Encik Saiful mengingatkan anak sulungnya itu. Muiz mengangguk kemudian berjalan keluar dari bilik Muaz. Dia mula melakukan pencarian keberadaan Anissa kemana dan di manapun jua.
***
Dua minggu kemudian akhirnya Muiz dapat menemukan rumah tempat tinggal Anissa. Muiz pun segera menemui kedua orang tuanya Mereka pun bergegas menuju ke rumah Anissa. Rumah yang besar nan megah tampak indah di pandang mata. Sebelum mereka mendatangi rumah Anissa, terlebih dahulu Encik Saiful mwnghubungi Ustaz Rafiq untuk datang bersama merrka.
"Ini seperti istana. Besar dan megah." Puji Muiz yang mengagumi rumah Anissa.
"Jangan terlalu di banggakan. Mungkin rumah ini sangatlah indah. Namun sayang, adikmu mendapatkanya kerana berkahwin dengan iblis." Jelas Ustaz Rafiq yang membuatkan Muiz terdiam.
"Ingat apa tujuan kita datang ke sini. Minta maaf dan bawa kembali adikmu." Sambung Istaz Rafiq lagi. Muiz mengangguk faham.
"Mari kita temui dia." Pelawa Encik Saiful. Dia mula melangkah mendekati pintu rumah Anissa diikuti oleh Muiz, Asmah dan Ustaz Rafiq.
Tok tok tok
Anisaa yang mendengar bunyi ketukan di pintu lantas tersenyum. Dia tahu siapa yang datang. Dia kemudian bangkit dari duduknya lalu melangkah menuju pintu utama. Belum sempat dia membuka pintu, Ridhwan terlebih dahulu menyambar pintu utama dan membukanya. Dia tersenyum melihat empat orang di hadapanya itu.
"Ada apa gerangan kamu semua datang dan menginjakkan kaki ke sini?" Tanya Ridhwan ketus.
"Kami mencari Anissa dan ingin menemuinya." Jawab Encik Saiful perlahan.
"Untuk apa cari isteri saya? Untuk apa mencari orang yang sudah di buang?" Tanya Ridhwan lagi dengan rasa marah. Encik Saiful terdiam dan tertunduk. Begitu juga dengan yang lain. Mereka semua tertunduk kecuali ustaz Rafiq.
"Maafkan kami nak. Kami hanya ingin menemui Anisa dan meminta maaf. Kami sedar akan kesalahan kami. Kami ingin Anissa untuk kembali dan berhenti membalas dendam. Kami akui kesalahan kami yang sudah menyia-nyiakan Anissa selama ini. Maafkan kami." Pinta Puan Asmah dengan panjang lebar. Ridhwan hanya tersenyum sinis.
"Hahahaha. Jangan haraplah Anissa akan kembali pada kamu semua. Aku tak akan pernah melepaskan dia. Dia milik aku dan selamanya akan tetap milik aku." Balas Ridhwan tegas. Dia tak akan melepaskan Anissa. Tak akan pernah.
"Hei iblis. Lepaskan gadis itu. Dia harus kembali ke keluarganya." Ucap Ustaz Rafiq tegas. Ridhwan menoleh mentap Ustaz Rafiq dengan matanya yang memerah kerana menahan marsh. jiwa iblisnya mula keluar.
"Anissa milik aku! DIa akan tetap menjadi milik aku dan ikut denganku. Hahahaha." Balas Ridhwan dengan mada suaranya yang sudah berubah. Nada suara Ridhwan yang berubah merupakan nada suara yang khas ketika dia menjadi jin. Namun duara itu akan berubah kembali ketika kembali menjadi manusia. Sementara Anissa masih saja diam dan menyaksikan dari balik jendela.
"Anissa! Keluarlah! Jangan kau turuti kemahuan iblis durjana ini! Berhentilah dan berubahlah! Dendam hanya akan membuatmu semakin jauh dan tak selamat. Tak baik berdendam Nissa! Kembalilah kau ke keluargamu! Janganlah kau mempelajari ilmu hitam dan menggunakanya untuk balas dendam. Sedarlah Nissa." Ujar Ustaz Rafiq mencuba mengingatkan. Anissa yang mendengar terus keluar mengjampiri suaminya.
"Kenapa you tak kerjakan saja mereka terus? I bencilah tengok muka mereka." Tanya Anissa yang membuat Ridhwan tersenyum. Mendengar ucapan Anissa membuat Encik Saiful, Puan Asmah dan Muiz saling berpandangan. Sebenci itukah Anissa terhadap mereka?
"Anissa. Papa, mama dan Abang Iz datang bertujuan untuk meminta maaf dan menjemputmu untuk kembali. Abang Az sedang sakit di rumah dan papa tahu itu semua perbuatanmu. Sudahlah Nissa. Hentikan semua ini. Untuk apa Nissa bersama iblis itu?" Ucap Encik Saiful pula mencuba untuk memujuk puterinya. Anissa menatap papanya dengan pandangan penuh kebencian. Dia kemudian bersembunyi di balik tubuh suaminya yang sasa itu. Hatinya sudah terlalu sakit. Susah untuknya memaafkan. Pintu maafnya sudah tertutup rapat.
"Sudahlah, kalau Nissa tak nak, jangan di paksa. Biarkan dia bersamaku. Bukankah kalau Nissa tak ada kamu semua akan merasa senang?" Soal Ridhwan seakan mengejek. Kalau dia nak, boleh sahaja dia menerkam habis para manusia tidak tahu malu ini. Hanya sahaja dia tidak mahu. Bukan kerana dia takut, tapi dia tak ingin mempermalukan dirinya sendiri. Kalau di hutan bolehlah dia menerkam orang dengan ganasnya.
"Kau tak perlu banyak cakap. Aku akan pastikan kau hangus terbakar." Ustaz Rafiq mula membaca ayat-ayat suci Al@Qur'an yang membuatkan tubuh Ridhwan kepanasan. Dia kemudian memasuki rumahnya sambil masih mengerang kesakitan dan menahan hawa panas. Sedangkan Anissa mencuba menenangkan suaminya yang kesakitan itu. Dia menatap empat orang di hadapanya dengan penuh rasa benci. Dia kemudian merangkul lengan suaminya dan memeluknya erat. Jika suaminya mati, maka dia juga harus ikut mati.
"Anissa, menjauhlah kau dari dia! Kalau tak kau pun akan hangus terbakar! " Arah Encik Saiful namun tidak di pedulikan oleh Anissa.
"Anissa!"
"Diam! Kalau kau nak buat Ridhwan hangus terbakar, maka lakukanlah hal itu padaku juga. Lebih baik aku hidup bersama iblis sebenar daripada aku harus hidup bersama orang yang berhati iblis macam kamu semua." Balas Anissa kemudian mengeratkan lagi genggaman tanganya di tangan Ridhwan.
Ridhwan membalas genggaman tangan Anissa. Di pandangnya wajah cantik isterinya dengan penuh cinta. Matanya menatap tajam ke arah Anissa.
"I tak akan pernah melepaskan you. You milik I. Kalau I mati, you juga harus ikut mati bersama I." Ucap Ridhwan masih menggenggam tangan Anissa. Anissa mengangguk lantas tersenyum. Sedangkan Ustaz Rafiq masih membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an. Ridhwan semakin mengerang kesakitan.
"Aarrgghh! Panas! Panas!" Ridhwan menjerit kesakitan. Sedangkan Anissa masih menggenggam tangan Ridhwan. Takut, itu yang dia rasakan. Dia tak ingin kehilangan suami tercncanya itu. Sedang Ustaz Rafiq masih membaca, Encik Saiful mencuba untuk menarik Aniaya. Namun sayangnya Anissa tiba-tiba menghilang bersama Ridhwan yang meringis kesakitan. Dengan tenaga yang masih tertinggal, Ridhwan memeluk tubuh Anissa dan menghilang bersama kepulan asap hitam.
"Nissa!" Jerit Encik Saiful, Puan Asmah dan Muiz bersamaan.
"Sudahlah, mari kita balik. Pengaruh sihirnya ilmu hitamnya sudsh hilang. Sekarang kita melakukan pengubatan untuk Muaz." Ujar Ustaz Rafiq.
"Tapi bagaimana dengan Anissa? Apakah dia akan kembali?" Tanya Puan Asmah dengan risau.
"Dia tidak akan pernah kembali lagi. Dia sudah dengan pilihanya sendiri. Dia sudah menjadi sebahagian dari iblis." Jelas Ustaz Rafiq yang membuat kedua orang tua Anossa menangis. Menyesal, itu yang mereka rasakan. Kerana kesalahan mereka, Anissa lenyap bersama iblis durjana.
Encik Saiful, Puan Asmah dan Muiz hanya menurut. Mereka akhirnya pulang bersama Ustaz Rafiq. Sesampainya mereka di rumah Encik Saiful, mereka pun segera melakukan pemulihan untuk Muaz. Dalam beberapa bulan, akhirnya Muaz pun sihat seperto sedia kala. Akhirnya mereka dapat kembali berkumpul meski Anossa sudah tiada.
'Nissa, papa mendoakan yang terbaik untuk Nissa. Semoga Nissa bahagia. Maafkan papa kerana tak mampu melindungi Nissa. Maafkan papa.' Doa Encik Saiful dalam hati. Dia akan mendoakan yang terbaik untuk anaknya itu walaupun Anissa bukanlah anak kamdungnya.
TAMAT