" walau apa pun terjadi jangan sesekali buka pintu yang berada di hujung lorong tu " itulah pesanan pemilik rumah kepada Dani sebelum dia menyewa rumah itu . Faiq Daniel atau lebih mesra di panggil Dani adalah seorang mahasiswa tahun pertama di Universiti Malaya . Dani mengambil jurusan law di universiti itu.
Dani bukanlah berasal dari keluarga berada . Dia berpeluang menyambung pelajaran kerana dia mendapat biasiswa setelah mendapat straight A+ untuk SPM nya. Ayah Dani hanya seorang petani bercucuk tanam dan jual bila mendapat hasil manakala ibunya pula seorang penjahit . Dani memiliki seorang adik lelaki yang masih bersekolah di Tingkatan 3 .
Sebelum masuk ke alam kuliah ayahnya iaitu Pak Lam telah mencarikan rumah sewa untuknya. Rumah itu tidak terlalu besar tetapi memiliki 2 tingkat . Kawasan perumahan itu juga berhampiran dengan universiti nya dan hanya perlu berjalan kaki beberapa menit. Seminggu sebelum kuliah bermula Dani telah berpindah ke rumah sewa itu. Pemiliknya juga ramah dan baik
Cuma...dia hairan dengan pesanan pemilik rumah mengenakan pintu di hujung lorong itu. Pintu itu berada di tingkat 2 rumah dan terletak di hujung lorong juga sudah di letak papan amaran . Dani hanya menghiraukan baginya mungkin bilik itu untuk penyewa meletak barang miliknya.
3 minggu berlalu sejak dia berpindah ke rumah sewa itu semua nya seperti biasa tiada gangguan yang berlaku cuma pada suatu hari, Dani balik dari kuliah malam seperti biasa . Jam sudah menunjuk angka 11 dikarenakan terlalu letih dia terus membersihkan diri dan baring kan diri atas katil miliknya.
Pada jam 12 , Dani terjaga bila terdengar seperti bunyi ketukan dari luar. Dia hanya melihat ke arah pintu dan selang beberapa minit bunyi itu hilang. Dani pun menyambung tidurnya tanpa memikir yang bukan bukan. Pada keesokkan harinya , bunyi itu kembali dan membuat Dani terjaga dari lenanya. Bukan berhenti tetapi bunyi itu semakin kuat seperti suara hentaman . Dani berdiri dan terus buka pintu biliknya . Hening tiada apa-apa.
Bilik Dani berada di tingkat 2 dan dia pelik siapa yang mengetuk jika pintu utama yang berada di tingkat bawah sudah di kunci. Semalam dia makin berfikiran positif tetapi sekarang dia pelik. Dani memandang lorong tu kiri kanan sebelum matanya tertancap pada pintu yang memiliki papan amaran itu. Pintu tu seperti menarik minatnya sebelum perlahan-lahan kakinya melangkah mendekati sebelum angin kuat menyentaknya membuat dirinya tersandar dan berundur beberapa langkah dari pintu itu sebelum berlalu pergi ke bilik tidurnya semula.
Hari cuti Dani hanya menghabiskan harinya di rumah sewa sambil menyiapkan assignment yang perlu di hantar. Siang pun berlalu bertukar malam tetapi Dani masih bersengkang mata menyiapkan tugasannya. Sedang Dani fokus membuat tugasan bunyi sesuatu jatuh dari tingkat atas membuat Dani terkejut dan menoleh ke arah tangga menuju ke tingkat 2. Dani perlahan-lahan berjalan menaiki setapak demi setapak anak tangga itu. Sesampai di tingkat 2, Dani boleh melihat bilik di hujung lorong itu. Dani terkejut kerana terdapat cahaya yang berasal dari celah pintu bilik itu.
Dani berjalan perlahan mendekati pintu itu. Dia teragak-agak untuk memulas tombol pintu itu tetapi ada suara sayup-sayup menyuruhnya membuka.
" Tolong buka kan pintu ini...Kami terperangkap " suara itu makin kedengaran di corong telinga Dani. Dani perlahan-lahan memulas tombol pintu itu dan membuka perlahan pintu itu.
Kosong . Itu yang dilihat oleh Dani. Bilik itu kosong dan kelihatan sangat suram dan membuat buku roma Dani berdiri tegak sebelum dia masuk ke dalam bilik itu. Bilik itu ada terdapat satu katil bujang dan terdapat juga meja solek di sudut. Dani hanya berdiri di hadapan pintu bilik itu sebelum suara tadi kembali kedengaran.
" Terima kasih..."
" ...kerana menjadi orang yang selanjutnya " setelah suara itu kedengaran Dani terdorong masuk ke dalam bilik itu. Suara keras pintu tertutup seperti ditutup dengan ganas membuat Dani terkejut dan berlari mendekati pintu mencuba untuk memulas tombol pintu namun pintu itu seperti terkunci. Air mata sudah berkumpul di kelopak mata Dani. Dia masih cuba untuk membuka tetapi gagal. Kedengaran suara benda jatuh membuat Dani reflex memandang ke belakang. Terlihat seorang wanita dengan gaun putih lusuh berdiri sebelah meja solek. Mukanya ditutupi dengan rambutnya yang panjang. Dani sudah mengigil ketakutan sebelum wanita itu mengangkat kepalanya melihat ke arah Dani dengan senyuman yang menyeringai dan seram.
" Mari bermain..." Kaki Dani seperti di tarik ke arah pintu bilik air yang terdapat di dalam bilik itu. Dani sudah menjerit menangis meminta pertolongan tapi semuanya terlambat. Pintu bilik air itu tertutup dengan kuat dan hanya kedengaran suara teriakan Dani di dalam bilik air itu.
Berbulan telah berlaku, rumah itu telah dijual ke salah satu keluarga yang baru sahaja berpindah di kota itu. Namun, pemilik rumah masih merahsiakan perkara yang terjadi dan hanya memberi amaran untuk tidak mendekati pintu yang berada di hujung lorong tingkat 2. Nasib Dani? Mungkin sudah di bawa ke alam lain iaitu alam tak kasar mata...Tamat