ՏᗴᗰIᑎᘜᘜᑌ Տᗴᗷᗴᒪᑌᗰ ᕼᗩᖇI KᗴᒪᑌᒪᑌՏᗩᑎ
Aku berjalan sambil berharap, kapan dia akan pulang dari Mesir dan muncul di sini?
Sampai di depan bilik guru bendahari, aku memberi salam. "Assalamu'alaikum"
"Wa'alaikumussalam" jawab sang guru.
Kemudian aku melangkah masuk ke dalam bilik guru bendahari.
"Guru saya ingin membayar yuran persekolahan yang sudah tertangguh tahun lepas" bicara ku kepada sang guru.
"Silakan duduk, beritahu namamu dan tingkatan berapa? kelas mana?" ucap guru sambil mempersilakan duduk.
Aku duduk di hadapan guru bendahari. "Guru, nama saya Nur Hayati. Tingkatan 5 Umar Al-Khattab, guru." jawab aku.
"Baiklah, tunggu sebentar" guru mengambil satu buku berkulit biru gelap dan membelek-belek buku tersebut mencari nama ku.
Selesai membayar yuran yang tertangguh tahun lepas, aku bangun dan menuju ke pintu. Aku memakai kasut kemudian guru memandang ke arah belakang sebelah kiri ku.
"Fadhil! Kamu sudah pulang dari mesir?" ucap guru bendahari dengan gembira.
"Ya, saya singgah ke sini kerana rindu akan kenangan di sini." ucapnya dengan senyuman lebar.
Aku mendengar nama yang sudah lama aku berharap untuk melihat dirinya, apakah dia baik-baik saja?
Aku masih terkaku di depan bilik guru bendahari. Sementara dia berdiri di kawasan belakang ku.
Aku tersadar dan bergegas untuk menjauh dari tempat tersebut. Tanpa sadar diri aku sudah lama dia perhatikan.
"Tolong berhenti sebentar" ucapnya kepada ku. Aku ingin terus berjalan, tapi dihentikan oleh suara sang guru lelaki.
"Hayati.. Kenapa tidak sambung tingkatan 6?" pertanyaannya membuat aku tidak bisa melangkah lebih jauh.
"Hayati..?" panggil sang guru lelaki, disebabkan aku tidak berbicara dan berdiri tegak membisu seribu bahasa.
"Hah? Ya, guru?" jawab aku selepas sadar kembali ke kenyataan.
"Saya tanya kamu, kenapa tidak sambung tingkatan 6?" ulangnya lagi kepada ku.
"Ouh.. Ingatkan apa lah tadi, tapi guru.." aku terhenti sebentar kerana bunyi orang tertawa.
Aku berpaling ke belakang dan melihat dia yang sedang tertawa. Maybe dia ketawa kerana aku. Apa yang lawak dari aku ya?
"Tapi apa, Hayati?" tanya sang guru lelaki lagi.
Aku menjawab acuh tak acuh "guru.. Bolehkah saya tidak menjawab soalan guru tadi" memandang ke arah guru dengan tatapan memohon.
"Baiklah, mungkin sesuatu yang private tu.." ucap sang guru lelaki dengan santai.
"Cikgu.. Saya pergi dulu. Saya masih ada sesuatu yang perlu dilakukan" ucap ku kepada sang guru lelaki. Padahal aku ingin cepat-cepat pergi dari sini. Bahaya!
"Baiklah.." ucap sang guru lelaki.
Aku yang baru angkat kaki mahu beranjak dari tempat tersebut tapi dihentikan lagi oleh satu suara.
"Cik Hayati, tolong berhenti sebentar" ucapnya dengan sopan.
Mahu tak mahu, akhirnya aku berpaling menghadap dia.
"Mahukah kamu menikah dengan saya?" ucapnya spontan.
Aku terkejut dan tidak percaya. Di depan para guru dia mengucapkan itu. Apa ada masalah dengannya?
Aku terdiam seribu bahasa. Melihat dirinya yang serius, aku tidak bisa menolak kemahuannya.
"Bolehkah kamu menunggu sampai minggu hadapan?" aku bertanya dengan hati-hati.
Melihat senyumannya yang terukir manis, dia mengangguk tanda setuju.
"Baik! Saya akan menunggu sampai waktu itu. Kamu jangan mungkir janji pula" ucapnya sambil mengancam.
Aku mengangguk. "Bolehkah saya pergi? Saya masih ada sesuatu yang perlu dilakukan dengan segera." ucap aku dengan serius.
"Baiklah.." ucapnya sambil tersenyum.
Aku berjalan sambil menunduk ke bawah. Apa yang aku lakukan? Kenapa aku setuju?
Aku terus melangkah tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Aku mendekat kepada sahabat ku Zulaikha.
"Zulaikha, aku ingin kau menemani ku. Jika tidak boleh, tidak mengapa." ucap aku dengan sayu.
"Kau ingin aku menemani mu ke mana?" tanya Zulaikha dengan teka-teki.
Aku tidak menjawab tapi aku hanya tersenyum kepada dia. "Kau mahu temankan aku ke tidak?" tanya aku lagi.
"Nanti aku tanya Abi dan Umi aku dulu, ya?" ucapnya.
"Baiklah.." ucap aku dengan nada kurang bahagia.
ᗴᗰᑭᗩT ᕼᗩᖇI KᗴᗰᑌᗪIᗩᑎ.
"Hayati, Abi dan Umi aku bagi. Kau mahu ke mana?" Zulaikha merespon dan bertanya.
"Nanti kau tahu la.." ucap aku dengan senyuman tersirat.
Selesai mengemas barang-barang yang perlu dibawa. Aku dan Zulaikha pergi ke tempat yang ingin aku tuju.
Sesampai di sana, Zulaikha berdiri tegak diam membisu seribu bahasa. Dia melihat bangunan hospital, kemudian Zulaikha melihat ke arah aku.
"Kenapa ke sini? Bukan kau cakap mahu bercuti?" tanya Zulaikha dengan dahi berkerut.
"Jom! Nanti aku ceritakan." ucap aku sambil menarik tangan Zulaikha.
Selesai urusan di kaunter, aku menarik tangan Zulaikha menuju bilik VIP.
"Nah.. Aku akan tidur di sini, dan kau akan menemaniku. Mengerti?" ucapku dengan santai.
"Maksud kau?" Zulaikha masih belum mengerti apa yang ingin disampaikan oleh Hayati.
"Em.. Bagaimana ya.. Begini, aku ingin meminta mu menemaniku saat-saat aku ingin kembali" ucap aku dengan senyuman.
Zulaikha terdiam sejenak, mencerna apa yang ingin aku sampaikan.
Beberapa minit kemudian, dia baru mengerti apa yang dimaksudkan oleh Hayati.
"Kau.. Sakit apa?" tanya dia dengan wajah ingin tahu.
Aku tersenyum dan berkata "Jika kau ingin tahu, saat aku pergi nanti kau boleh bertanya pada doktor yang bertanggungjawab padaku" ucapku sambil memandang ke luar tingkap.
"Dan saat kau mengetahui tolong jangan hebohkan, ya.." sambung ku lagi dan memohon kepada Zulaikha.
"Kenapa? Kenapa kau tidak mahu orang lain tahu? Apa mungkin.. Keluarga kau pun tidak mengetahuinya?" soal Zulaikha bertubi-tubi tanpa sempat aku membalas.
".. Zulaikha anak yang baik. Izinkan aku meminta 3 hari 2 malam, boleh?" aku menatap wajahnya yang suram.
"... Baiklah" ucapnya dengan sayu.
Hari-hari yang berlaku sangat indah. Kini Hayati sedang terbaring sambil tersenyum menatap wajah Zulaikha.
"Hei sahabatku, aku tidak ingin melihat mu menangis.." ucapku kepada Zulaikha. Suara aku terdengar serak. Itu bukan dapat meredakan tangisan Zulaikha melainkan semakin kuat.
"Jangan bicara apa-apa lagi.." ucap Zulaikha sebak.
"Haha.. Jangan cemas Zulaikha.." ucap aku tertawa walau terdengar sangat serak.
"Macam mana aku tidak cemas!? Jangan tertawa!" Zulaikha mula tersenyum melihat senyuman Hayati masih tersisa.
"Zulaikha.. Aku minta tolong, boleh?" aku bertanya dan berharap dia bersetuju.
"Boleh, apa itu?" ucap Zulaikha kebingungan.
"Tolong berikan ini kepada Fadhil, dan bagitahu dia.. 𝕀𝕟𝕚 𝕛𝕒𝕨𝕒𝕡𝕒𝕟 𝕪𝕒𝕟𝕘 𝕜𝕒𝕞𝕦 𝕟𝕒𝕟𝕥𝕚𝕜𝕒𝕟 𝕤𝕖𝕝𝕒𝕞𝕒 𝕤𝕖𝕞𝕚𝕟𝕘𝕘𝕦 𝕕𝕒𝕣𝕚 ℍ𝕒𝕪𝕒𝕥𝕚" aku sampaikan secret kepadanya.
"Fadhil? Bukankah dia sambung belajar di Mesir?" tanya Zulaikha kepadaku.
"Ya. Dia sudah pulang seminggu yang lalu" ucap aku dengan santai.
Uhuk.. Uhuk.. Uhuk
Batuk berdarah semakin teruk dan saatnya tiba.
"Zulaikha.. Maaf kerana aku sudah merepotkanmu. Maaf.." ucap aku. Selepas Zulaikha mengucapkan kalima suci dan Hayati ucap perkataan yang sama dengan Zulaikha.
Selepas saja perkataan dari kalimah suci, Hayati pun menghembuskan nafas terakhir.
Ttiiiiiiiiiiit..
"Tenang lah di sana sahabatku, Hayati.." Zulaikha menahan sebak di dada mengingat momen-momen bersama Hayati saat-saat terakhir Hayati di dunia.
ᕼᗩᖇI KᗴᒪᑌᒪᑌՏᗩᑎ.
Semua pelajar tingkatan 5 Abu Bakar As-Siddiq, 5 Umar Al-Khattab, 5 Uthman bin Affan dan 5 Ali. Semua berkumpul di dewan untuk menerima keputusan yang dinanti-nantikan oleh para pelajar.
Fadhil setia menanti kehadiran Hayati. Tapi kelibat Hayati masih tidak terlihat dan dia masih setia mencari kelibat Hayati.
"Fadhil, kau yakin ke dia akan datang?" tanya sahabatnya yang melihat kegelisahan Fadhil.
"Tunggu sampai dia muncul.." ucapnya. Mata masih mencari kelibat Hayati.
Zulaikha berjalan sambil mata melihat sekeliling mencari seseorang. Tertangkap oleh kedua pancaindera Zulaikha, Fadhil sedang berdiri di hadapan maktabah tingkat dua.
Selepas Zulaikha mengambil keputusan Hayati. Dia berjalan ke arah Fadhil sambil memegang erat secret yang dititipkan oleh Hayati.
"Maaf. Apa kamu.. Fadhil?" tanya Zulaikha walaupun dia sudah mengetahuinya.
"Ya? Ada apa anda mencari saya?" tanya Fadhil kebingungan.
"Saya datang kerana seseorang menitipkan ini untuk diberikan kepada anda." ucap Zulaikha sambil menghulurkan bungkusan secret itu kepada Fadhil.
Fadhil menyambut bungkusan tersebut. Sebelum dia buka bungkusan suara Zulaikha terdengar.
"Ini titipan dari Hayati, dan dia cakap 𝕚𝕟𝕚 𝕛𝕒𝕨𝕒𝕡𝕒𝕟 𝕪𝕒𝕟𝕘 𝕜𝕒𝕞𝕦 𝕟𝕒𝕟𝕥𝕚𝕜𝕒𝕟 𝕤𝕖𝕝𝕒𝕞𝕒 𝕤𝕖𝕞𝕚𝕟𝕘𝕘𝕦 𝕕𝕒𝕣𝕚 ℍ𝕒𝕪𝕒𝕥𝕚" ucap Zulaikha. Hayati, aku sudah sampaikan apa yang kau minta tolong aku sampaikan.
Fadhil membuka bungkusan tersebut dengan wajah berseri-seri. Selesai dibuka bungkusan tersebut. Terlihat satu buku berkulit hijau, dan diatas buku tersebut tertulis 𝕦𝕟𝕥𝕦𝕜 𝕜𝕒𝕞𝕦 𝕝𝕖𝕝𝕒𝕜𝕚 𝕓𝕖𝕣𝕜𝕒𝕔𝕒 𝕞𝕒𝕥𝕒.
"Kenapa dia titipkan ini?" tanya Fadhil kepada Zulaikha.
"Mungkin di situ ada tulis 'alasannya' cuba buka kad tu." Zulaikha menunjukkan sebuah kad yang ada di bawah buku tersebut.
Fadhil mengambil kad dan membukanya.
Dengan hati-hati dia membuka, takut merosakkan pemberian Hayati.
─────────ೋღ 🌺 ღೋ─────────
Assalamualaikum.
Ketika kamu membuka surat ini, aku sudah tiada di sini. Aku meminta maaf kerana tidak mampu menunaikan janji itu. Aku tidak ditakdirkan untukmu dan kau layak mendapatkan yang lebih baik dari aku.
Jujur saja, aku memang merindukanmu. Aku menanti saat kau pulang dari Mesir ke tanah air mu. Tidak ku sangka kau akan muncul di sini. Tempat pertama kali kita bertemu. Maaf ya..
Aku selalu ada di belakang mu, mendoakan mu agar sentiasa bahagia. Kau bahagia, aku pun bahagia. Aku sentiasa sokong kau dari belakang walaupun kau tidak mengetahuinya.
Penantian ku sudah tamat. Temui lah kebahagiaan mu yang sebenarnya. Jangan tenggelam dengan masa lalu seperti diriku.
Kehadiranmu selalu memberi semangat kepada diriku walaupun kau tidak mengetahuinya.
Last but not least, berbahagialah dengan orang yang bergelar isterimu nanti. Harapanku adalah semoga kamu, lelaki berkaca mata a.k.a Fadhil.. Bertemu dengan orang yang layak dengan mu. Aku ingin melihat pengantin wanitamu, tapi sayangnya.. Takdir tidak mengizinkan ku.
Dari saya
Hayati
─────────ೋღ 🌺 ღೋ─────────
Fadhil terkaku selepas membaca surat tersebut. Dia terdiam seribu bahasa.
"Bukan ini, 𝕛𝕒𝕨𝕒𝕡𝕒𝕟 𝕪𝕒𝕟𝕘 𝕒𝕜𝕦 𝕥𝕦𝕟𝕘𝕘𝕦.." Fadhil menahan air matanya, tidak sanggup melihat surat yang ada ditangannya.
"Maaf.. Sebelum saya pergi. Saya ingin memberitahu bahawa Hayati, dia.. Sudah meninggal dunia" ucap Zulaikha menahan sebak di dada.
Satu pukulan kuat pada diri Fadhil dan guru-guru, sahabat-sahabat Hayati yang lain.
"Dia.. Sudah tiada.." ucap Fadhil dengan perlahan. Tenanglah di sana Nur Hayati.