Mungkin aku hidup hanya untuk menyaksikan kisah cinta orang lain. Aku mempunyai dua orang teman iaitu Aeri dan Vita. Aeri ialah seorang gadis introvert tapi sangat nakal apabila sudah rapat dengan orang yang dia kenali. Vita pula seorang gadis yang kuat ego. Pada awalnya, hubungan kami bertiga sangatlah baik. Namun, hubungan kami menjadi renggang selepas kedatangan Aeros.
“ Aeri, jom pergi kantin. ” ajak gadis yang berbadan tinggi dan kurus, memakai uniform sekolah yang berwarna biru dan putih serta neck tie berwarna hitam.
“ Baiklah, tapi mana Vita? ” tanya gadis yang berambut pendek itu serta sama tinggi dengan gadis yang mengajaknya pergi ke kantin bersama, dan baju uniform yang sama.
“ Vita cakap dia nak bertemu dengan Aeros di kantin. ” jawab gadis itu dan Aeri hanya membalas dengan anggukan.
“ Reina, kamu tak rasa Vita sudah berubah? ” tanya Aeri sambil menatap Reina. Namun, Reina hanya menggeleng pelan lalu tersenyum ke arah Aeri.
“ Eh, mana ada. Mungkin dia sedang cuba nak masuk alam percintaan. ” jawab Reina dengan jawapan yang positif dan dibalas anggukan dari Aeri.
Setibanya di kantin, Reina dan Aeri memesan nasi ayam dan jus epal. Setelah pesanan sampai mereka berdua pun duduk di meja yang paling dekat dengan tingkap. “ Mana Vita ni? Aeri, kamu ada nampak kelibat Vita? ” tanya Reina sambil melihat sekelilingnya.
“ Tak ada. Kenapa? Ada masalah ke? ” tanya Aeri sambil mengerutkan dahinya.
“ Tak ada. Cuma sedikit risau sebab tak ada nampak kelibat dia. ” jawab Reina sambil tersenyum lalu menyuapi nasinya.
Tiba-tiba, seorang lelaki yang berbadan tinggi serta baju uniform sekolah yang berwarna putih, datang menghampiri mereka berdua dan meletakkan sebuah kotak kecil di atas meja untuk diberikan kepada Reina. Reina sedikit terkejut dan mendonggakkan kepalanya untuk melihat siapakah orang yang memberinya kotak tersebut. “ Aeros? ” kata Reina nada yang terkejut.
“ K-kenapa- ” belum habis Reina bercakap, ucapannya malah dipotong oleh Aeros.
“ Kenapa kamu ingin menyatukan saya dengan Vita? Sedangkan kamu sendiri? ” tanya lelaki yang berbadan tinggi itu.
“ S-saya... Apa maksud kamu, Aeros? ” tanya Reina dengan penuh pertanyaan.
“ Kamu selalu menipu saya. Tolong jangan biarkan saya bersama orang lain. ” kata Aeros lagi.
“ Aeros, tolong jangan cakap benda yang bukan-bukan boleh tak!!? Saya tak faham maksud apa yang kamu cuba sampaikan. ” ucap Reina dengan nada marah.
“ Baiklah, biar saya tolong kamu ingatkan semuanya. ” kata Aeros sambil duduk di sebelah Aeri.
Flashback... (05 Jan 2023)
Kini Reina terpaksa berpisah dengan Aeri dan Vita. Kerana dia tidak dapat satu meja dengan teman-temannya tetapi malah satu meja dengan orang yang disukai Vita. Ketika itu, dia sering bergaduh dengan Aeros kerana Aeros selalu menyalin jawapannya. Reina juga selalu marah-marah kerana kadang-kala Aeros selalu mempermainkannya.
“ Aeros, boleh tak kamu berhenti memberi jawapan yang salah kepada saya!? ” kata Reina dengan nada geram.
“ Suka hati sayalah. Kamu pun pandai juga, tapi kenapa memilih untuk menyalin jawapan saya? ”
“ Sebab kamu pun menyalin juga! Jadi kita serilah! ”
“ Kamu nak balas dendam, ya? ”
“ Yelah. Supaya kamu tahu bagaimana perasaan saya apabila jawapan saya disalin oleh orang lain. Lagipun saya bukannya robot kamu. ”
“ Ala..janganlah marah. ” pujuk Aeros sambil mengacak rambut Reina tapi ditepis oleh Reina. Tidak lama kemudian, mereka berdua malah ketawa kecil di sudut paling belakang.
(22 Feb 2023)
Hari ialah hari jadi Reina, semua orang mengucapkan selamat hari jadi untuknya kecuali Aeros. Sebab Vita sedang berbual dengan Aeros. Mereka berdua terlihat sangat mesra ketika sedang berbual dari jarak dekat. ‘Kenapa hati saya sangat sakit. Sepatutnya saya gembira apabila Vita dapat berbual dengan orang yang disukainya.' getus Reina dalam hatinya.
“ Reina, jangan termenung. ” kata Aeri lalu memberinya sebuah kotak kecil.
“ Wah, terima kasih Aeri! ” jawab Reina yang baru tersedar dari lamunannya.
Di sisi lain...
Aeros sempat melirik Reina sekilas namun kembali mendengarkan Vita yang sedang berbual dengannya. Dia dapat melihat riak wajah Reina yang kurang gembira. ‘Adakah Reina sedih sebab saya tak ucapkan selamat hari jadi kepadanya? Atau dia cemburu? ’ kata Aeros dalam hati kecilnya.
“ Aeros? Kamu kenapa? ” tanya Vita apabila dia perasan bahawa Aeros sedang termenung.
“ Oh, tak ada apa-apa! Saya cuma terfikirkan sesuatu. ” jawab Aeros lalu tersenyum ke arah Vita dan Vita hanya mengangguk faham.
‘Apa yang saya fikirkan ini? / Apa yang saya fikirkan ini? ’ getus Reina dan Aeros dalam hati bersamaan.
‘Adakah saya sudah jatuh cinta kepada Reina? / Adakah saya sudah jatuh cinta kepada Aeros? ' getus mereka berdua lagi.
(25 April 2023)
Reina mengajak Aeri mengekori Aeros dan Vita. Setibanya di sebuah taman, Aeros terlihat duduk di sebuah bangku yang terdapat di taman itu. Dan terlihat juga Vita sedang memberikan minuman mineral kepada Aeros. Aeros pun menerima botol tersebut dan membukanya lalu meminum air tersebut. Beberapa saat kemudian, Aeros terlihat tidak berdaya dan pengsan. Melihat kejadian itu, dengan segera Reina meminta Aeri menelefon Vita untuk mengalihkan perhatiannya. Kerana dia tahu bahawa itu ialah perangkap Vita. Tut...tut...tut...
“ Helo, Aeri? Ada apa? ” tanya Vita dengan wajah yang sedikit panik.
“ Ibu kamu mencari kamu. Dia meminta saya menelefon kamu sebab telefon dia jatuh ke dalam kolam ikan. ” jawab Aeri.
“ Betul ke?! Baiklah, saya akan segera kembali. ” jawab Vita lalu mematikan telefonnya dan pergi dari situ.
Tut...
“ Reina, cepat bantu Aeros. Saya akan bantu kamu awasi Vita dari sini. ” kata Aeri lagi dan Reina pun pergi membantu Aeros.
Then...(Di apartment Aeros)
Reina dan Aeri memapah Aeros hingga ke biliknya dan membaringkannya di atas katil. Nasib baiklah, Aeros ada bawa kunci apartmentnya. Kemudian, Aeri pun keluar dan meninggalkan Reina dengan Aeros berduaan di bilik itu. “ Reina, kenapa saya berasa panas? ” tanya Aeros sambil menggenggam tangan Reina.
“ Aeros, Vita telah memasukkan dadah ke dalam air mineral yang kamu minum tadi. Mungkin dia nak ambil kesempatan ke atas kamu. ” jawab Reina sambil tunduk dengan rasa bersalah.
“ Reina, tolong...jangan bersedih... terima kasih sebab selamatkan...saya dari dia... ” jawab Aeros yang berusaha mengawal dirinya agar tidak bertindak dengan tidak senonoh terhadap Reina.
Reina hanya mampu mengepalkan tangannya apabila melihat Aeros yang berada dalam keadaan seperti itu. Dia tidak menyangka bahawa Vita akan bertindak sekeji itu terhadap Aeros. Hanya beberapa saat saja untuk mereka berdua saling bertatapan, secara tidak langsung Reina langsung mencium bibir merah Aeros. Dia tidak tahan melihat Aeros yang menderita seperti itu. Aeros juga sempat membalas ciuman Reina kemudian melepaskan dirinya dari ciuman itu. Dia takut kalau dirinya akan bertindak tidak senonoh terhadap Reina.
“ Aeros, saya sangat mencintai kamu. Tapi saya tak dapat mengungkapkannya. Sebab Vita... ” kata Reina sambil menahan tangisannya.
“ Saya...tahu. Saya pun sangat mencintai kamu... ” jawab Aeros lalu mengelap air mata Reina yang mula jatuh dari matanya.
“ Ya, saya tahu... Maafkan saya, Aeros. Boleh kamu makan ubat ni dulu? ” tanya Reina sambil mengeluarkan sebotol ubat penenang dari dalam begnya.
“ Idea yang bagus... ” jawab Aeros sambil tersenyum ke arah Reina
Kemudian, Aeros memakan ubat penenang itu. Dan perlahan-lahan detak jantung Aeros menjadi tenang, dia pun mula memejamkan matanya agar dia dapat tidur dengan nyenyak untuk beberapa jam. “ Tidurlah, Aeros. Nanti saya beritahu mak dan ayah kamu tentang kejadian hari ini. ” kata Reina sambil menyelimuti Aeros lalu berjalan keluar dari bilik Aeros.
(29 Jun 2023)
Ketika Reina sedang berjalan melintasi jalan raya, sebuah lori yang dipandu dengan laju secara tidak sengaja telah melanggar Reina. Untunglah pemandu lori tersebut bertanggungjawab dan menghantar Reina ke hospital dengan segera. Pihak hospital juga telah menelefon ibu bapa Reina sebaik saja Reina mendapat rawatan di hospital.
Reina sudah tidak sedarkan diri selama dua minggu. Dan pada hari Isnin iaitu, minggu ketiga barulah dia sedarkan diri. Ketika sedar dia dapat merasakan bahawa kepalanya dibalut dengan kain pembalut luka. ‘Apa yang terjadi? ’ tanya dia dalam hati.
“ Reina, akhirnya kamu sedar! ” teriak ibunya dengan gembira lalu memeluknya.
“ Ibu, a-apa yang terjadi? ” tanya Reina kebingungan.
“ Kamu tak ingat? Kamu mengalami kemalangan jalan raya dua minggu lepas. ” jawab ibunya dengan nada risau.
“ Ibu, saya rasa saya hampir lupa separuh daripada ingatan saya. ”
Semenjak Reina bangun dari koma, dia tidak lagi duduk semeja dengan Aeros dan dia pun semakin menjauh dari Aeros. Dia hanya ingat bahawa Vita memyukai Aeros dan dia berusaha menyatukan mereka berdua. Melihat keadaan semakin kacau, Aeri juga tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mampu berdiam diri. Dia tidak ingin teman-temannya saling menyakiti antara satu sama lain. Lebih baik jika Reina melupakan Aeros.
Flashback off...
“ Sekarang kamu sudah ingat? ” tanya Aeros dengan nada yang bergetar kerana berusaha menahan air matanya daripada jatuh. Reina hanya mendiamkan dirinya.
“ Tak mungkin... ” jawab Reina sambil menggelengkan kepalanya dengan kuat.
“ Reina, apa yang dikatakan oleh Aeros ialah kenyataan. ” kata Aeri lagi.
“ Tapi kenapa saya lupakannya?! ” tanya Reina lalu mula menangis.
“ Reina...” panggil Aeros dengan lembut lalu menggenggam tangan Reina.
“ Aeros, maafkan saya. ” jawab Reina mengelap air matanya.
“ Saya takkan mengulanginya lagi...” jawab Reina lalu tersenyum manis ke arah Aeros.
THE END